Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts
2 Mar 2021
31 Dec 2017
Resepi Telur Masak Kurma
Resepi Telur Masak Kurma || Masakan kurma bukan lah masakan yang selalu farah masak. Sebab farah lebih gemarkan makan nasi dengan kuah banjir. Jadi farah lebih sukakan kuah yang tak berapa pekat. Tapi kali ini hubby kata boleh lah cuba biat telur masak kurma. Hubby pun bukan suka sangat masak kurma, tapi sekali sekala boleh aje nak makan.
Resepi Telur Masak Kurma |
Mula-mula tanya hubby nak telur masak kurma ke ayam masak kurma. Hubby pilih telur sebab katanya banyak sangat telur kat rumah haha. Memang banyak pun yang ada. Kami duduk berdua je, tapi beli telur satu papan. Kalau lambat pakai takut telur rosak pula kan.
Farah buat telur kurma ini rebus kemudian goreng. Farah tak pasti orang lain goreng ke tak. Kalau tengok di kedai, jarang-jarang farah jumpa telur masak kurma di goreng. Biasanya cuma rebus biasa. Hubby minta goreng dulu, jadi farah goreng lah hehe.
Jom buat telur masak kurma!
TELUR MASAK KURMA
resepi asal: mamawandiha
Bahan-bahan:
3 biji telur - rebus, kupas dan goreng sebentar
1 biji ubi kentang - potong kecil supaya senang masak
5 biji bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
3 sudu besar rempah kurma - campurkan dengan air untuk dijadikan pes
2 cawan santan
1 keping asam keping
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 cili merah untuk hiasan
Bahan-bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara-cara:
1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. Tumis bahan tumis sebentar, masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sebentar hingga naik bau.
3. Masukkan pes kurma. Kacau rata dengan api kecil. Tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan santan, ubi kentang, garam dan gula. Masak sehingga ibu kentang lembut. Kacau selalu supaya santan tidak membuak-buak.
5. Masukkan asam keping dan telur yang telah digoreng. Masak sebentar.
6. Hias dengan cili merah.
Siap!
Resepi Telur Masak Kurma |
Baca sini:
9 Nov 2017
Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad) || Sebelum ni farah ada buat potato and egg salad. Farah buat untuk bawa ke pantai waktu hubby ajak berkelah
Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad) |
Salad ni salah satu salad yang farah boleh makan. Sebab apa farah cakap macam tu? Sebab salad ni ada mayonis hehe. Farah sangat tak suka mayonis. Terutama kalau rasa dia kuat sangat. Nak telan pun nak muntah. Tak suka.
Tapi salad ni ok. Mayonis tak lah rasa sangat. Cukup untuk bagi dia tak kering dan ada rasa. Bila makan tu tak fikir sangat geli mayonis hihi.
Hubby pula hantu mayonis. Jadi tak ada masalah untuk dia.
Salad ni sesuai untuk di bawa berkelah. Kalau ajak ke pantai, farah rasa salad telur kentang ni lah yang ada dalam kepala farah. Kalau orang lain agaknya fikir mee goreng atau bihun goreng kan? Hehe.
Ok lah, jom buat salad telur dan kentang!
Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
resepi asal: Mama ann
Bahan-bahan:
3 biji telur - rebus
4 biji kentang - potong kecil dan rebus
1 tin tuna in water - buang air dan ambil isi ikan sahaja
mayonis
garam
serbuk lada hitam
Cara-cara:
1. Kentang di buang kulit. Potong kecil mengikut saiz yang dikehendaki dan rebus. Saiz jangan kecil sangat dan jangan besar sangat. Kalau kecil sangat nanti waktu rebus kentang hancur dan lembik.
2. Setelah kentang masak, angkat dan toskan. Ketepikan.
3. Rebus telur sehingga masak. Kupas kulit. Boleh cincang telur untuk hancurkan. Farah lebih suka guna pemarut. Cantik sikit. Senang pun senang hehe. Parut telur sampai habis. Ketepikan.
4. Ambil isi ikan tuna. Mesti beli tuna in water ya, bukan in oil ke in mayonis ke. WATER. Ambil isi je. air dia buang. Isi tuna tu hancurkan pakai sudu. Ketepikan.
5. Dalam mangkuk lain, campurkan telur dan tuna. Gaulkan. Masukkan mayonis. Farah tak sukat mayonis banyak mana. Memang selalu tengok rupa dia je cukup ke tak. Agak-agak lah.
6. Masukkan garam dan blackpepper. Tak perlu banyak. Cukup untuk perasakan.
7. Rasa semua campuran tu dah sedap ke tak. Kalau dah sedap, masukkan kentang. Gaul sampai sebati.
8. Siap!!
Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad) |
Salad ni makan saja pun sedap. Makan kapit roti pun sedap. Nak makan sebagai side dish burger atau chicken chop pun sedap. Bila tak habis farah selalu ratah je haha.
Biasanya farah simpan dalam peti sebab farah suka makan dia sejuk-sejuk.
Selamat Mencuba!!
29 May 2017
Resepi Telur Dadar
Resepi Telur Dadar || Telur dadar pun nak bagi resepi? Hehe. Biaq la. Bukan semua orang tau buat telur dadar. Ada yang tak pernah goreng telur pun. Apa salahnya farah kongsi resepi telur dadar.
Telur dadar |
Masakan telur adalah masakan yang senang. Kebanyakan resepi masakan telur ni cepat dan senang. Macam farah sendiri, farah akan masak telur kalau masa suntuk.
Buat lah sup telur ke, telur goreng ke, sambal telur ke. Semua senang dan cepat. Lagi satu, telur ni sedap. Hehe. Jadi memang tak kisah lah kalau selalu makan telur. Hubby pun jenis suka telur. Makan pagi pun omelette hehe. Omputih gitew.
Sebelum ni farah pernah buat telur bistik, sup telur, telur masak merah dan telur masak kicap. Semua farah ada kongsikan resepi. Korang boleh lah cuba semua resepi yang ada. Resepi senang je. Maklumlah, farah pemalas sikit. Tak suka resepi complicated ni hehe.
Jom tengok resepi Telur Dadar!
Telur Dadar
Bahan-bahan:
2 biji telur
½ bawang Holland - dihiris
1 cili hijau/ cili merah - dihiris serong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk.
2. Masukkan bawang Holland, cili hijau/cili merah dan garam. Pukul menggunakan garfu.
3. Panaskan minyak api sederhana.
4. Tuang adunan telur tadi.
5. Selepas masak separuh balikkan telur. Tunggu hingga masak.
6. Angkat dan hidangkan.
Senang je kan? Hehe.
Masa kecil dulu farah selalu buat eksperimen dengan telur dadar. Ada yang farah tambah kicap, sos tomato dan sos cili.
Sekarang pun farah tengok hubby suka letak sos cili dalam omelette dia. Jadi omelette versi melayu lah kot hehe.
Untuk resepi ni, nak buat telur dadar kosong pun boleh. Takde masalah. Tak wajib pun letak bawang ngan cili tu hehe.
Ada tak yang tak pernah goreng telur? Jangan risau. Farah dulu pegang penutup periuk jugak masa goreng telur, hadang dari kena minyak. Hehe. Lama-lama bila kena minyak sikit-sikit tu dah takde pape. Dulu je penakut.
Jom buat Telur Dadar!
21 May 2017
Lauk Kegemaran Berbuka Puasa || Resepi Telur Masak Merah
Menghitung hari nak puasa. Rasa excited weh. Dulu masa kecil tak suka betul puasa. Sampai bulan puasa je mesti sedih sebab kena tahan makan haha. Dah tua bangka ni baru la tahu nikmati puasa. Sampai tertunggu-tunggu.
Akhir-akhir ni farah tengok ramai orang kongsi resepi berbuka, resepi biskut raya (puasa pun belum haha), dan resepi sahur. Ha, resepi sahur pun ada tau. Jangan memain hehe.
Untuk orang bekerja pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang macam farah ni, waktu berbuka memang farah suka masak lauk yang simple. Tapi simple pun, yang penting hubby suka. Hehehe. Kalau hubby tak makan, buat ape masak.
Lauk paling senang mesti lah lauk telur. Kami dua-dua suka telur. Resepi paling senang punya. Confirm barang semua ada kat dapur. Hehe. Jom cekidout.
TELUR MASAK MERAH @ SAMBAL TELUR
OLEH: Farah Sanusi
BAHAN-BAHAN
6 biji telur (direbus dan dikupas kulit)
1 biji bawang holland
3 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
7-10 cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 sudu besar sos tiram
CARA-CARA
1. Panaskan minyak. Goreng telur yang sudah dikupas kulit. Ketepikan.

2. Blend bawang holland, bawang merah, bawang putih bersama
sedikit air.
3. Blendkan cili kering bersama sedikit air. (nak blend
sekaligus ngan bawang pon boleh)
4. Tumis bahan 2 sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan 3. Kacau rata
5. Masukkan sos tiram. Kacau.

6. Masukkan telur. Kacau hingga sebati dengan kuah. Siap!!

Nak masak resepi ni kejap je. Nak rebus telur tu yang leceh sikit. Rebus telur pun boleh overcook tau. Kalau korang tengok telur kuning ada hijau sikit bahagian luar dia, maksugnya overcook lah.

Nak senang rebus telur, beli je Egg Boiler kat Lazada ni ha. Senang. Sekali rebus pun boleh rebus banyak sebab dua tingkat.
Lazada tengah ada sale Marhaban Ya Ramadhan dari 19 Mei -15 Jun. Riang Ria Raya pulak dari 19 Mei hingga 30 Jun. Flash sale pun ada tau. Jangan lupa buka web Lazada tau. Harga murahhh.
Selamat Mencuba!
29 Apr 2017
Testing The Cookbook || Resepi Telur Masak Kicap
TELUR MASAK KICAP
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji cili merah - dihiris kasar
1 labu bawang besar - dihiris kasar
½ cawan kicap
2 sudu makan sos tomato
1 pokok daun sup - di potong pendek
½ cawan minyak masak
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur satu per satu. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili merah.
3. Masukkan kicap dan sos tomato. Kacau rata.
4. Apabila mendidih, masukkan daun sup dan tutupkan api.
5. Tuangkan diatas telur goreng tadi.
6. Sedia dihidangkan.
Komen Farah
Resepi ni adalah salah satu resepi senang. Sesuai untuk orang bujang atau kalau macam farah dan hubby makan berdua. Simple je masak. Tidak rumit sangat.
Tengok gambar dalam buku dan yang farah masak, lebih kurang sama. Hehe. Ok lah kan?
Hubby kata tak sama dengan farah selalu masak. Memang la tak sama, dah resepi tak sama. Haha. Tapi hubby kata sedap, nanti boleh buat lagi.
Jom buat Telur Masak Kicap!
Selamat mencuba!
17 Apr 2017
Resepi Telur Goreng Sihat
Sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak sihat. Farah sendiri pun tengah cuba untuk ubah gaya hidup dan diet kepada lebih sihat. Nak kurangkan makanan bergoreng, berminyak, makanan yang bercholesterol tinggil, ataupun makanan segera. Dekat rumah memang cuba untuk tak beli mee segera. Sebab kalau beli memang sah farah akan masak haha.
Hari ni nak kongsi cara goreng telur tanpa minyak. Kalau tak ada minyak, goreng ke namanya? Haha. Hentam saja lah.
TELUR GORENG SIHAT
Bahan-bahan:
1 biji telur
Cara-cara:
1. Sediakan kuali leper.
2. Isikan sedikit air. Agak-agak telur separuh tenggelam.
3. Biarkan mendidih.
4. Pecahkan sebiji telur.
5. Tutup kuali. Biarkan sebentar.
6. Bila tengok telur kuning dah masak, boleh angkat.
7. Boleh tabur sedikit garam dah lada hitam kalau nak.
Cara buat telur goreng ni hanya untuk telur mata. Telur dadar farah tak pernah cuba, tak berani nak komen.
Nak buat telur kuning separuh masak pun boleh. Air letak sikit je. Jangan letak banyak macam farah. Memang menjadi.
Kalau korang suka bahagian tepi telur yang rangup, resepi ni memang tak sesuai haha. Tak ada bahagian rangup pun.
Kalau korang tengah cari resepi yang sihat, boleh cuba resepi ni!
Selamat mencuba!
16 Apr 2017
Resepi Sup Telur Paling Senang
Farah sangat suka sup telur. Simple tapi sedap. Makan ratah pun sedap. Kalau tengah-tengah malam rasa lapar, lebih baik buat sup telur dari pi melahap megi hehe.
Sup telur pun ada banyak variasi. Ada orang letak sayur sawi dalam sup. Ada juga orang letak soo hoon. Ikut mana yang korang suka, korang boleh letak. Farah suka sup telur yang kosong sahaja. Kalau letak sawi rasa macam jadi sup sayur bertelur pula hihi.
Jom masak Sup Telur!
SUP TELUR
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji kentang - kerat 4
1 batang lobak merah bersaiz kecil
3 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - dihiris
1/2 kecil lada hitam -ditumbuk
1 kiub pati ayam
Daun bawang / daun sup - dihiris
garam
air
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merang, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang dan lobak merah. Biarkan sekejap.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur masak sendiri.
5. Perasakan dengan garam.
6. Hidang dalam mangkuk yang bersesuaian. Taburkan daun bawang atau daun sup untuk hiasan.
Ha, senang je sup telur. Masa yang diambil untuk masak pun sekejap je. Resepi kali ni sangat sesuai kalau korang nak cepat, orang dah lapar, tak sabar tunggu kita siap masak hehe.
Dah cuba resepi Sup Telur hari ni?
Selamat mencuba!
28 Mar 2017
Alahan Telur Pada Kanak-kanak
Beberapa hari yang lepas, farah dapat tahu medina alahan pada telur. Macam mana boleh tahu? Pada asalnya bulan lepas, farah ada bagi medina makan pancake pisang yang ada telur. Selepas makan pancake tu, sekitar bibir dia naik merah-merah. Farah tak perasan sangat banyak mana sebab farah ingat merah sebab garu. Tapi farah dah syak masa tu dia alahan telur.
Jadi farah cuba bagi medina makan telur lagi sekali. Kali ni makan telur sahaja, tak campur dengan makanan lain. Makan tak banyak pun. Beberapa cubit je. Selepas lebih kurang 10 minit, sekitar bibir medina naik merah medina dan gatal. Kesian dia dok menggaru-garu.
Tidak lama selepas itu, leher dan dada medina mula naik merah-merah. Farah dan hubby dah mula bimbang jadi makin teruk. Kami membuat keputusan untuk ke klinik swasta. Sambil-sambil bersiap kami pantau kalau-kalau medina ada SOB (shortness of breath). Alhamdulillah pernafasan dia ok.
Selepas berjumpa doktor, medina di sahkan ada alahan pada telur. Doktor ada bertanya kalau-kalau medina ada masalah selepas cucuk MMR yang setahun. Medina tak ada masalah selepas cucuk MMR setahun. Jadi doktor pun rasa pelik.
Sepatutnya beberapa bulan sebelum cucuk MMR, misi akan suruh ibu bapa beri telur kepada bayi untuk tengok samada bayi alahan atau tidak. Kalau bayi ada alahan pada telur, doktor boleh tangguh suntikan MMR ataupun bayi perlu diletakkan dibawah pengawasan selepas suntikan MMR.
Sepatutnya beberapa bulan sebelum cucuk MMR, misi akan suruh ibu bapa beri telur kepada bayi untuk tengok samada bayi alahan atau tidak. Kalau bayi ada alahan pada telur, doktor boleh tangguh suntikan MMR ataupun bayi perlu diletakkan dibawah pengawasan selepas suntikan MMR.
Farah langsung tak tahu pasal ni. Salah kami juga tak ambil tahu. Telur sepatutnya diperkenalkan secara berperingkat, tapi farah terus bagi dekat medina. Farah ingatkan medina tiada alahan sebab hari tu makan kek tak ada masalah.
Tanda-tanda alahan telur:
- Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
- Muka menjadi merah.
- Mata berair, bengkak kelopak mata.
- Mulut gatal, bengkak bibir.
- Tekak perit.
- Hidung berair.
- Nafas termengah-mengah, batuk.
- Loya dan muntah.
- Sakit perut.
- Cirit-birit.
Cara memperkenalkan telur kepada bayi secara berperingkat.
PASTIKAN :
- Telur kena pastikan betul-betul masak.
- Boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.
Minggu 1
|
1 sudu besar telur kuning sahaja.
|
Minggu 2
|
2 kali seminggu jumlah yang sama (1
sudu besar telur kuning sahaja).
|
Minggu 3
|
1 biji telur kuning sahaja.
|
Minggu 4
|
2 kali seminggu jumlah yang sama (1
biji telur kuning sahaja).
|
Minggu 5
|
1 biji telur kuning sahaja + 1 sudu
putih telur
|
Minggu 6
|
2 kali seminggu jumlah yang sama (1
biji telur kuning sahaja + 1 sudu putih telur).
|
Minggu 7
|
1 biji telur sepenuhnya.
|
Minggu 8
|
2 kali seminggu jumlah yang sama (1
biji telur sepenuhnya).
|
Minggu 9 dan seterusnya
|
1 biji telur tidak lebih dari 3 kali
seminggu.
|
Dekat sekitar bibir naik merah. |
Di leher pun mula merah dan gatal tak lama selepas tu. |
Alhamdulillah alahan medina sekejap saja. Tuhan je tahu apa kita rasa bila anak sakit. Walau macam mana pun, farah lega alahan medina tak melibatkan paru-paru.
4 Jul 2016
TELUR BISTIK SENANG
Assalamualaikum
Entri kali ni nak kongsi resepi telur bistik. Buat sendiri kat rumah senang je sebenarnya. Kalau makan kat kedai kemain mahal. Lepas ni tak payah dah makan kat kedai haha. Macam lah rajin nak masak tiap-tiap hari.
TELUR BISTIK
Bahan-bahan:
2 biji telur
sayur campur
ayam dada- potong kiub kecil
kicap-farah tambah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
lobak merah-tak letak takpe.dalam sayur campur dah ada
1 bawang holland-mayang
2 bawang putih-potong halus
garam
Cara-cara:
1. Goreng 2 biji telur dadar. Ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan ayam. Goreng hingga masak.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap. Kacau
5. Tambah sedikit air
6. Masukkan sayur campur dan lobak merah.
7. Perasakan dengan garam.
![]() |
Sayur lebih-lebih haha |
SELAMAT MENCUBA!!
Kbai~
16 Jun 2016
GYERAN-PPANG 계란빵 (KOREAN EGG BREAD)
Assalamualaikum
Gyeran-ppang 계란빵 atau pun Korean egg bread ni farah mula-mula dengar masa tengok The return of Superman. Nampak simple je nak buat. Jadi farah cari resepi dia.

Gyeran maksud dia telur. Ppang pulak maksud dia roti. Senang je nak buat gyeran-ppang ni. Bancuhan untuk roti dia tak complicated pun. Farah tak letak telur untuk semua roti. Letak 4 biji je. Sebab macam banyak sangat lak nak guna telur haha. 1 biji roti 1 telur. Habis weh telur kat umah. Jadi untuk yang lain farah bakar roti je la. Tak letak telur. Bila tengok resepi asal, dia ade letak topping atas telur tu. So boleh la letak cheese ke, sosej ke. Farah tak letak sebab bila dah letak telur tu dah penuh muffin pan. Sampai melimpah-limpah.
Bila tengah bakar bau wangi sebab bau vanila. Dah le tengah pose. Bergetar tulang rusuk haha. Roti ni sedap jugak. Mungkin bertambah sedap sebab ade telur hihi. Cuma yang tak best nye bahagian luar telur tu terlalu keras, jadi agak mengganggu masa gigit. Bahagian dalam lembut jadi ok lah. Roti dia agak berat, padat. Tapi sedap. Kalau tak letak telur pun sedap. Tapi kalau tak de telur, name dia Ppang je lah kan? Kekeke.
KOREAN EGG BREAD
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: Messywitchen
Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan butter cair
1/3 cawan gula
1/4 cawan susu
3/4 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon esen vanila
Telur untuk setiap biji roti
Cara-cara:
1. Masukkan 2 biji telur dan gula kedalam mangkuk. Pukul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung, baking powder, vanila esen, butter cair dan susu. Pukul sebati.
3. Griskan loyang (farah pakai nonstick muffin pan)
4. tuangkan batter 1/4 dalam untuk setiap lubang.
Letak bagi 1/4 penuh |
5. Pecahkan 1 biji telur bagi setiap lubang
6. Bakar pada suhu 200c untuk 15 minit
![]() |
Yang ni yang tak letak telur |
![]() |
Bila dah potong rupa dia laguni |
Selamat mencuba!!
Kbai~