13 May 2017

Bercuti di Korea || Day 1

Kami bertolak dari Langkawi pukul 6 petang dengan Airasia. Pukul 7 malam dah sampai ke KLIA2. Tapi flight delay sikit, jadi sampai lepas maghrib. Flight untuk ke Incheon International Airport pula pukul 1 pagi. Ada 6 jam untuk bertolak. Asalnya kami memang pilih waktu malam dengan harapan medina tidur sepanjang perjalanan.
Lepas sampai KLIA2, ambil beg siap-siap dan nak solat. Waktu maghrib macam ni biasanya medina mengantuk tapi kami tak bagi tidur bila di rumah. Sekarang dia meragam sebab mengantuk, jadi hubby bagi juga dia tidur. Farah pi solat dulu lepas farah solat baru hubby. Suka betul dengan surau di airport. Selalu selesa dan kemas. Nak rehat pun best. Kalau jalan sorang-sorang mesti mai lena dalam surau agaknya hehehe.

Waktu hubby pi solat, medina sedar dari tidur. Lepas tu dah tak tidur dah. Kami bawa pusing-pusing airport. Seronok betul dia dapat berjalan dekat kawasan yang luas. Maklumlah rumah kami sempit. Jalan sikit dah jumpa dinding. Pusing tempat sama je lah.
Lepas dia sedar, mama tok dia telefon. Tapi medina takut sebab mama pegang fon dekat sangat haha.
Nak tunggu flight pukul 1 pagi punya lah penat. Nasib baik Berjaya tidurkan medina sebelum naik flight. Mula-mula kami sangka dia akan tidur sepanjang malam. Memandangkan di rumah medina biasa tidur tak bangun. Tapi dia asyik sedar dan menangis. Medina ni jenis tidur nak pusing-pusing 360 darjah. Kalau ada halangan tak boleh pusing dia akan marah. Rasanya sebab tu lah dia sedar. Tak selesa tidur atas farah.
Maka esoknya kami bertiga tak cukup tidur. Tiga-tiga bad mood haha. Sampai di Incheon International Airport, jumpa dengan tour guide kami, Atul. Dia dah tunggu siap-siap di gate. Dari airport nak ke hostel mengambil masa dalam 1 jam. Kami naik bas airport. Tambang semua termasuk dalam pakej yang kami ambil, jadi atul yang akan bayarkan.

Bas dia ada seatbelt sorang satu. Sebelum bertolak driver mai cek suruh pakai seatbelt.

Waktu ni boleh lagi sengih-sengih, pasport tak hilang lagi haha.
Oh lupa nak cerita pasal pakej. Farah dan hubby ambil pakej ke Seoul dan Nami Island dengan travel agency. Kami pilih pakej private. Maksudnya hanya kami je, tak ade orang lain. Pakej private biasanya lebih mahal dari pakej berkumpulan. Tapi tak apa lah. Susah nak berjalan dengan orang ramai bila bawa baby. Nak berhenti minum susu, tukar pampers tak boleh berhenti sesuka hati.

 Bila ambil pakej private sebenarnya pakej tu adalah pakej backpacking. Akan ada banyak naik public transport untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat.

Asalnya farah tak ambil tahu yang kena berjalan ahaha. Mujurlah kami bawa stroller untuk medina. Kalau tak, hari pertama dah sakit belakang. 
Sambung cerita. Kami sampai di hostel dan terus check in. Kami duduk di ShinChon Hostel. Dekat je dengan Ewha  Women University. Jalan kaki dah boleh sampai. Atul bagi masa untuk kami rehat dalam 45 minit sebelum bertolak ke Itaewon. Sampai je kami terus mandikan medina. Tak sempat rehat langsung haha. Masa nak bertolak ni lah yang kami sedar beg pasport kami bertiga hilang. 

Kalau korang nak tau cerita pasport kami hilang, boleh baca kat sini.
Nak ke Itaewon dari hostel kena ambil train/metro. Sepanjang berjalan disini memang train lah pengangkutan kami. Usung medina dengan stroller naik train. Hehe. Hubby akan dukung medina, farah akan angkat stroller. Walaupun stroller lagi besar saiznya, tapi medina lagi berat dari stroller. Sebab tu lah hubby yang kena bawa medina. Farah tak larat dukung dia.

Ada orang tak nak duduk diam. Nak lari-lari dalam train.
Kat Korea ni nak naik public transport akan guna T-money. Macam kad ni ha. Kad ni boleh beli je kat convenience store. Farah tengok dalam 7-Eleven sini pun ada. Lepas tu topup baki kad dekat mesin dia. Yang ni semua atul uruskan. Kami pegang kad je lepas dia bagi. Hehe. Sorang dapat satu. 
Ni kad T-money.


ITAEWON STREET

Di Itaewon kami lunch dulu. Sepanjang jalan di Itaewon street, farah tengok kedai makan di sini banyak makanan arab. Berlambak-lambak. Terjumpa juga Mr. Kebab yang famous ni. Tapi kami tak singgah beli kebab sebab takut kenyang pula. Lepas makan ingat nak beli aiskrim dia, tapi lupa haha.
Atul bawa kami makan di Eid-Halal Korean Food Restaurant. Tengok nama dah kenal. Memang bila farah survey tempat makan di Korea, akan jumpa nama restoran ni. Atul order 3 jenis makanan. Samgyetang, bulgogi dan ayam goreng pedas (lupa pula nama atul bagitau haha).
Kat Korea ni makan mana-mana pun akan dapat side dish complementary. Kat sini ada 3 side dish kami dapat. Dapat juga merasa kimchi Korea hehe. Kimchi sini tak sama langsung rasanya dengan Malaysia. Sedapnya jauh beza. Farah makan banyak sampai atul kata, “akak suka kimchi ya?”. Padahal sebelum ni tak suka pun hihi.

Makanan sedap sangat masyaAllah.
Bulgogi rasanya manis. Tapi bukan manis gula sampai kita tak boleh makan. Atul kata manis dalam bulgogi tu sebab dia akan letak air buah pear waktu masak. Ha, betul la tu selalu tengok dalam variety show. Hubby tak makan daging jadi dapat lah farah makan banyak-banyak bulgogi. Hari kedua pun dok teringat lagi sebab sedap hehe. Atul kata tak semua tempat rasa sedap. Ada juga tempat yang masak tak sedap. Jadi kena pandai cari tempat yang masak.
Samgyetang ni farah expect rasa macam sup ayam. Tak teringin pun nak cuba. Tapi rupanya rasa dia tak sama langsung. Kalau ikut logik memang lah tak sama, depa pakai rempah bukan sama dengan kita kan hehe. Ada rasa daun bawang. Rasa dia sedap, farah suka. Farah tak pasti ginseng  dan jujube yang depa letak tu menyumbang atau tak kepada rasa sup dia.
Ayam goreng ni ada sekali dengan tteok (rice cakes). Termakbul juga hajat nak makan rice cake sini hehe. Rice cake kalau kat Malaysia pun sedap juga. Tapi kena lah merasa yang negara asal dia. Yang ni pun sedap! Hubby banyak makan ayam ni dari lauk lain.

Seaweed soup pun ada. Farah tak suka seaweed. Farah cuba semulut je haha.
Omija tea. Sedap juga rasanya.
Waktu ni passport kami hilang lagi, semua orang takde selera. Farah je yang makan banyak. Tapi tu pun tak sempat makan habis semua. Samgyetang kami tapau untuk makan malam. Lepas siap lunch, kami ke Itaewon Mosque untuk solat.

ITAEWON MOSQUE
Jalan di sini berbukit bukau. Memang pancit. Nampak sangat kami tak fit. Haha. Nak naik Itaewon Mosque lagi lah. Tinggi macam hiking jalannya. Bahaya.
Tempat solat perempuan di tingkat 4, kami tak larat nak naik tangga, jadi kami solat di bilik dekat bawah je. Kat sini pun biasanya ramai orang solat. Telekung pun ada di sediakan. Yang tak bestnya, tempat wuduk jauh di belakang. Nak pi ambil wuduk akan lalu depan tempat lelaki. Tak selesa sikit lah.

DEOKSUGUNG PALACE
Waktu hubby siap solat, kami dapat berita tentang passport kami. Plan asal berubah sikt. Kami kena ke Deoksugung Palace dulu untuk berjumpa dengan shahirah. Shahirah lah yang akan teman kami ambil passport di airport.

Waktu ni shahirah tengah bawa guest dia melawat, jadi kami dan guest dia akan tukar tour guide. Untuk sementara waktu. Atul akan bawa guest shahirah sementara shahirah teman kami ambil passport.

Sebenarnya rasa bersalah sangat sebab kacau jadual depa. Tak sempat nak berkenalan dengan guest shahirah, tapi farah dan hubby minta maaf banyak-banyak.

Kami tak masuk pun  Deoksugung palace. Cuma tunggu di luar pintu. Hehe. Deoksugung Palace ni kecil sikit kalau dibandingkan dengan Gyeongbuk Palace yang akan kami pergi nanti.

Dari Deoksugung palace, kami ke airport naik teksi dan train.

HONGDAE
Jumpa dah beg passport kami. Tu yang hubby pegang tu hehe.
Selepas hal passport selesai, shahirah bawa kami ke hongdae untuk jumpa semula dengan atul. Sebab guest shahirah nak makan daging, tapi atul tak tahu tempat nak bawa katanya. Sambil tunggu atul, kami pi Sulbing.
Memang langkah kanan. Sulbing pun salah satu tempat yang farah nak pi bila pi Korea. Teringin lama dah. By the way, cara sebut dia sol-bing, bukan sul-bing.

Dapat juga pegang benda ni. Bila order siap dia bergetar. Jakun giler haha.
Ni air teh. Tapi warna dia jernih. Minum dalam cawan kertas lembik. Kalau terpenyek terus tumpah haha. 
Kami order satu je. Yang ada mango dan cheesecake. SEDAPPPP! Farah makan paling banyak seperti biasa haha. Menyesal order satu je.
Medina meragam sepanjang hari pertama sebab dia penat tak tidur malam. tidur siang tak sama dengan tidur malam. 
Sulbing dekat Hongdae ni penuh dengan couple. Waktu kami tu dah dekat malam. Tambah pula hari ahad kan hujung minggu. Ramai lah yang ke sana sebab sana banyak pub orang kata hehe.

Lepas atul sampai kami balik semula ke Shinchon Hostel. Atul cadangkan makan take out je malam pertama ni. Kami pun on je sebab dah penat ulang alik ke airport.
Dinner makan nasi telur ikan. Cara makan dia kena hancurkan telur mata tu pastu gaul semua sekali. Farah tak suka sangat sebab rasa seaweed kuat. Telur ikan tu pun farah tak makan, farah asingkan hahaha. Cerewet tak? Hubby suka nasi ni. Dia kata sedap.
Tengok side dish pun dapat sekali. Pickle ni selalu tengok dalam tv. Rupanya rasa dia macam jeruk. Ala, korang dok makan jeruk Pak Ali tu, lebih kurang camtu lah rasanya. 
Ni dapur dalam hostel kami. Luas sangat. Siap ada sofa, tv, keyboard, gitar (tapi patah). Pinggan mangkuk, alatan memasak semua diasingkan muslim dan non-muslim. 

Ni lah banana uyu yang famous tu. Farah beli dekat 7-eleven yang dekat dengan hostel.

Ada banyak lagi perisa. farah paling suka strawberry dari banana. Perisa lain yang ada macam melon, coklat. Yang penutup biru tu farah tak pasti rasa ape.

Sini ada mesin basuh. Free je untuk guna. Kami memang bawa baju sikit sebab nak jimat ruang. Basuh tiap-tiap hari pastu recycle. 
Tamat hari pertama! Nanti farah update hari kedua kami pi mana ya. 

Babai~




Baca sini:
Bercuti di Korea || Day 4
Bercuti di Korea || Day 3
Bercuti di Korea || Day 2
Pengalaman Hilang Passport di Korea
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign