9 Aug 2016

Jalan-jalan Johor || Kenduri Iqbal & Ekin

Assalamualaikum


Baru-baru ni farah ke Johor untuk menghadiri kenduri kawan farah dan hubby. Kami berdua tak sabar lah nak bercuti. Maklumlah dah lama tak cuti dan tak sabar nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. 

Bersepah habis barang nak bawak. Buai medina tu tak bawak hokay. Memang dok situ malas nak angkat hehe. Gamak nak bawak buai pi jalan-jalan kan. Bawak baby nest je senang. Masuk dalam beg pun muat hehe.
Fail yang ada geran kereta dan dokumen lain wajib bawa sekali. Tertinggal hat tu naya nak patah balik rumah.

Kami bertolak hari khamis tengahari dan bermalam di Jitra dulu. Jumaat pagi baru bertolak ke Johor. Plan asalnya nak naik flight tapi lepas kira-kira budget, bawa keluar kereta sendiri lagi jimat. Ada ke yang tak tahu macam mana nak bawa keluar masuk kereta dari Langkawi? Ada 2 cara. Pertama boleh naik kargo. Kalau kargo ni ambil masa sehari untuk kereta sampai ke seberang. Kereta je bole naik kargo tau. Tuan kereta tak boleh join sekali hehe. Kalau ikut kargo, kereta akan sampai ke Jeti Kuala Kedah. Cara yang kedua naik feri kereta (farah kasi nama sesuka hati haha). Ikut lah nak guna Langkawi auto atau roro. Farah biasa guna Langkawi auto. Belum pernah naik roro lagi. Yang ni boleh naik dengan penumpang sekali. Masa pun jimat sikit sebab terus sampai. Tak perlu tunggu esok. Feri kereta akan sampai ke Kuala Perlis. Bayaran dia pula ikut jenis dan cc kereta. Lagi besar kereta lagi mahal lah. 

Kereta no plat luar senang sikit proses nak keluar Langkawi. Kalau kereta plat Langkawi macam farah susah sikit lah. Banyak borang dan tempat kena singgah sebelum naik feri. Kalau ikutkan hati nak biar hubby je yang uruskan. Malangnya tuan punya kereta yang kena urus haha. 

Mula-mula pi kat pejabat dia. Sini tak ada no giliran. Selalu sangat ada orang potong line. Masa orang sikit lega lah tak perlu tunggu lama.
Lepas siap kat sana kena pi 'bilik kv'. Ni untuk orang yang pakai plat langkawi je kot. Sini biasa laju je.

Dulu kena masuk kat pejabat kastam. Untuk ape farah tak tau. Masa tu kali pertama bawa keluar kereta. Mengekor hubby je lah. Sekarang tak de pulak pi pejabat kastam tu. Malas nak tanya hubby hehe. Lagi kurang tempat nak singgah lagi bagus haha.

Okei lepas siap kat bilik kv, boleh beratur kat pintu masuk. Kat sini pegawai kastam akan cek kereta. Kalau yang rajin dia bukak habis beg baju, beg galas dan segala jenis beg kita. Sebab nak cek kalau kita bawa keluar barang bebas cukai lebih had. Contoh macam kain batik dan rokok. 
Dok dalam feri bosan lah dia. Kasi main stereng baru lah senyum-senyum. Ni dalam feri tau. Kang ade orang kata laki ai pegang baby masa drive.
Macam biasa, medina ni cepat bosan. main stereng kejap je pastu dok gigit baju. Sampai lencun baju dia gigit.
Semenjak ada baby, kereta memang bersepah bila travel. Tak bersepah memang pelik lah ahaha.
Kali ni 2 jam baru sampai ke Jeti Kuala Perlis. Biasa naik 1 jam 30 minit je. Punya lah penat. Tapi lepas sampai kami pi Tesco Mergong dulu jalan-jalan. Sambil-sambil terbeli baju sehelai dua hehe. 

Siap jalan-jalan kat tesco kami pi makan kat Secret Recipe. Menu wajib farah kalau ke Secret Recipe mesti lah spaghetti meatballs hehe. Tak de benda lain dah. Tapi kali ni meatballs dia tak sedaaaapp! Huaaa. Sedih gila. Tak pernah lagi makan meatballs tu tak habis.

Hubby lah suka white chocolate. Farah biasa-biasa je. Tak suka macadamia nut tu sebenarnya hehe.
Kami selalu bayar pakai maybank card kalau makan Secret recipe. Jadi dapat free ice lemon tea dengan 1 slice kek. 
Ni saje lah nak tambah gula dalam darah haha


Spaghetti meatballs 
Chicken parmigiana

Sampai kat rumah petang tu kami sediakan air untuk medina mandi. Sambil tunggu air siap, farah dok kat ruang tamu dengan medina. Baru je pusing tengok beg nak ambil barang tiba-tiba hubby jerit. Farah pusing tengok medina muntah susu punya lah banyak. Sampai masuk hidung masuk telinga. Sumpah rasa macam jantung berhenti. Hubby terus angkat medina. Masa ni mula lah otak dok recall balik cpr dan lain-lain. Alhamdulillah medina cuma muntah. Tak ada tersedak. Dia rilek je lepas muntah. Siap senyum lagi dengan muntah penuh kat muka haha. Farah ngan hubby yang takut. Sapa tak takut weii.
Lepas dah cuci muntah, mandi semua. Siap-siap nak tidur. Bantal busuk dia tak leh tinggal. Peluk memanjang hehe
Esok pagi bertolak jam 7 pagi. Baik je duduk dalam car seat kan. Hehe. Asalkan ada mainan ok lah.
Kami berhenti setiap 2 jam untuk medina minum susu. Alang-alang tu makan pagi sekali. 

 Ni tak ingat dah RnR ape. Berhenti makan tengahari. 

 Nasi kandar sebenarnya. Tapi tak ambil lauk lain. Nampak macam nasi putih ayam goreng je la.
Yang bulat-bulat tu creampuff katanya. Inti kastad. Comel je bentuk ikan hehe.

 Tu kat belakang tu mesin dia. Senang je tengok depa dok buat. Angkat yang siap masak je. Letak acuan dan inti semua mesin yang buat. 

Ni dalam dia. Makan panas-panas sedap. Bila sejuk rasa macam tawar  pulak dah haha. 

Sepanjang jalan nak pi banyak nampak papan Dianz ni hehe. Hubby pun cakap banyak dia nampak.
Akhirnya pukul 6.30 petang kami sampai kat Tebrau city. Punya lah penat. Hampir 12 jam dalam kereta dengan kena berhenti setiap 2 jam. Medina pun dah ngamuk. Dia pun penat dok tempat sama agaknya. Sampai sana terus cari hotel, tak singgah mana-mana dah.
Kami cek in Hotel Tebrau CT terus lepas sampai. Hotel farah dah tempah siap-siap dengan agoda. Senang tak perlu bimbang hotel penuh.  Medina tengah chillin' sambil tengok kartun kat tv hehe.
 

Hotel kira ok lah. Cuma yang tak best lantai hallway dia berbukit bukau. Banyak kali jugak nak terjatuh sebab tersadung. 

 Malam tu kami plan keluar makan dengan pasangan pengantin dan kawan-kawan yang lain. Mula-mula si Ain tu cakap nama kedai tu bigplate. Punya lah farah cari dalam waze tapi takde. Rupanya nama kedai Bigfood ! Hahaha. Bigplate pon jadi lah.

Medina penat tunggu makcik-makcik bersiap sampai setengah jam pun tak sampai lagi hehe. Baring-baring dulu kat lobby hotel.
"Macam menarik je shawl aunty ni. Patot lah lama nak bersiap" hahaha
Bigfood ni makanan dia semua portion besar. Satu pinggan memang besar. Memang puas hati sangat. Makan sampai buncit haha.

 Tengah makan tu dengar Iqbal cakap ngan wife dia. Dia bahasakan diri dia 'orang'. Macam ni,

"yela, orang nak makan la ni"

Haha. Suka hati aku je pasang telinga. Sweet je tengok orang baru kawen tapi tak leh nak tukar nama panggilan kan? Ha lagi satu, masa mula-mula sampai kat kedai pun iqbal dok menunjuk wife dia kat kitaorang haha.

"eh, wife aku ni"
"eh, wife aku ni"
"eh, wife aku ni"
"eh, wife aku ni"

Ha, ada 4 orang single kat situ. Jadi 4 kali lah dia ulang ayatnye. Eh awat hubby tak pernah pun menunjuk ai kat kawan-kawan kekeke.
Nak ambil gambar pengantin, tapi medina dok pandang-pandang pulak dah. kena la masuk dia sekali kekeke.
Dah macam reunion kecil-kecilan pulak. 


Terima kasih aunties semua main dengan medina sampai penat. Balik bilik terus lena. Tak payah penat-penat nak dodoikan.
Esoknya kami nak konvoi ramai-ramai dari rumah ain ke rumah iqbal. Janji berkumpul kat rumah ain untuk makan pagi dulu. Farah check out dari hotel terus. Sebelum pi rumah ain, kami singgah kat Aeon mall sebab nak beli termos. Tak sempat nak jalan-jalan sangat kat aeon tu. Beli barang terus keluar. 

Dah bersiap nak keluar tapi nak golek-golek lagi tengok kartun. Bantal busuk ngan selimut fevret tak leh tinggal hehe.
Medina ni baik je dok ngan orang. Jarang-jarang baru dia nangis tak mau.

Masa tengok makan pagi kat rumah ain tu memang terfikir sah-sah semua pedas. Tapi bertekad nak makan jugak sebab nak latih lidah makan pedas semula hehe.
Bila makan rupanya tak pedas sangat. Samaada ain masak tak pedas ataupun lidah dah boleh terima pedas sikit-sikit kuikui. Ke ni orang lain yang masak??
Kalau pi kenduri farah suka bila ada ayam masak merah. Baru semangat nak makan hehe.
Lamb chop sedap yang amat!! Dengan rasminya nak umumkan yang farah dah boleh makan kambing muaahha. Lamb chop ni sedap sampai tak cukup tau. Nak tambah lagi tapi tak de dah. Lepas balik kenduri farah bebel kat hubby sebab dia ambilkan sikit sangat haha. Ni nak kasi hint nak suruh diet ke hape niii.
Ni geng-geng dia. Air tebu pun sedap. Owner ni ada facebook page. Nanti farah update semula kat sini page dia.

Dapat goodies!! Siap ada telur pindang lagi. 

Sayang sebab tak sempat bergambar dengan semua. Ada yang balik dah sebab ada kenduri lain. Ada yang balik sebab nk balik jauh.
Lepas makan kami bertolak terus ke Selangor. Cadangnya nak bermalam dulu baru bertolak balik. Tak larat dah nak 12 jam dalam kereta. 

Masa dalam perjalanan balik, medina tiba-tiba menjerit dalam kereta. Jerit tau. Bukan nangis. Dah lah dekat tengah highway. Sampai kami tak tau nak buat ape. Hubby terus on lampu kecemasan, berhenti kat lorong kecemasan. Bila farah keluar kereta dia berhenti jerit. Masuk kereta terus jerit balik. Akhir sekali bagi medina kat hubby, farah lompat ke tempat driver. Tukar farah yang drive. Hubby pegang dia tak jerit dah. Tapi nangis sikit-sikit. Hubby azan dalam kereta pastu baca doa pelindung dan surah. Lepas tu baru lah dia ok dan tertidur. 

Ingatkan dah ok tapi tak. Lepas tukar balik farah yang pegang terus dia nangis. Hubby bacakan doa kat farah, lepas tu medina senyap. Tapi sepanjang perjalanan tak putus-putus zikir dan baca doa sampai lah kat Selangor. Nak kata ada benda halus tau tahu lah. Nauzubillahiminzalik. Lepas ni nak jalan-jalan kereta pun kena pagar sekali.

Farah singgah Ikea dulu sebelum balik. Tu tujuan nak bermalam kat sana haha. Ape salahnye. Pagi-pagi tu telefon adik tanya ade kerja tak. Rupanya adik memang plan nak pi Ikea. Jadi boleh la jumpa kat sana. N

Chicken meatballs 
Lembu meatballs?? Haha
Sama tak muka hehe. Tak pernah lagi orang kata sama. Medina ni ngantuk kat semua tempat.

Ni dah sampai Jeti. Nak pi makan pagi sebelum naik feri.
 Masa dok dalam feri tu ada lah minah arab mai dok cuit-cuit medina. Masa tu hubby pegang. Lepas tu dia dok mintak nak dukung. Farah ape lagi kasi jelingan tajam kat hubby haha. Nasib baik hubby tak kasi dukung. Kalau tak sebulan ai dok bebel lagi. 

Dalam feri happy terlebih. Kalu boleh lari agaknya dia lari satu feri hehe.

Alhamdulillah selamat pergi dan balik Johor. Agak trauma nak pi jalan-jalan 12 jam dalam kereta ngan baby haha. Kepada kawan-kawan orang Johor, sila jangan kawen dalam masa terdekat sebab tak bersedia nak pi sana lagi hahaha.

Pengajarannya rancanglah perjalanan anda. Jangan ade baby tapi plan jalan-jalan macam takde baby hehe. Padan muka masing-masing. Kekeke.

Babai~
p/s: sape-sape ade link ayat-ayat ruqyah yang bole download bole share tak?
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign