20 Aug 2017

Program Jom Jimat Elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 





jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baca Selanjutnya »

8 Aug 2017

Pengalaman Menyertai Kursus Basic Life Support Anjuran Cenang Clinic Sdn Bhd

Pengalaman Menyertai Kursus Basic Life Support Anjuran Cenang Clinic Sdn Bhd || Hari sabtu yang lepas farah berpeluang untuk menyertai kursus Basic Life Support (BLS) anjuran Cenang Clinic Sdn Bhd. 
Kursus BLS ni sebenarnya salah satu kursus yang farah dah lama nak join. Tapi selalunya bila ternampak iklan di mana-mana, tengok harga terus tak jadi join. Sebab ape?

MAHAL.

Tak ada lagi farah jumpa kursus BLS yang murah. Sumpah. Harga mesti beratus-ratus. 

Jadi kursus kali ni berapa yuran penyertaan? PERCUMA! 

Bukan percuma sebab kami kenal penganjur. Hehe. Percuma untuk semua peserta. Ha, terkejut tak? Memang rugi sangat sape-sape yang tak join. Lepas ni confirm dah tak free haha. 

Kenapa pentingnya kita tahu BLS?

Bagi farah sendiri, farah nak join kursus BLS untuk pengetahuan farah sendiri. Supaya farah tahu apa perlu buat kalau farah terjumpa situasi-situasi yang mana kena atasi sendiri. Contohnya,

Dok rumah sorang-sorang dengan bayi 8 bulan. Bayi tersedak susu. Nak tunggu abah dia balik baru pi hospital?

Pi swimming lepas tu ada orang lemas. CPR tak tahu?

Dok kat tempat awam tiba-tiba ada orang pengsan. CPR ke tak?

Banyak benda yang kita tak terfikir boleh berlaku. Malang tak berbau kan?

Kursus ni dijalankan dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Dapat sijil siap. Mula-mula tengok waktu tu agak tawar hati sebab seharian kena tinggal medina. Dah la hujung minggu. Kesian pula kat dia. Tapi bila fikir  balik, timbang baik buruk, kami buat keputusan untuk pi juga kursus ni. 


Kursus ni ada dua bahagian. Ceramah dan amali/praktikal. Waktu ceramah, penceramah dah cerita dan ajar semua cara nak mengatasi masalah. Bila amali, kita akan dapat buat satu-satu. 

Waktu amali kami di bahagikan kepada kumpulan. Tak campur lelaki dan perempuan. Farah lebih suka macam ni. Tak lah segan sangat nak buat amali hehe. 

Stesen amali ada 6 semuanya. 

1. Paeds CPR
2. Paeds choking
3. Adult CPR - 1 man
4. Adult CPR - 2 men
5. Adult choking
6. AED

Alhamdulillah, farah dapat cuba yang paeds CPR dengan choking. Tapi yang adult farah tak dapat buat atas sebab kesihatan. Jadi farah tengok je lah. 

Bukan senang nak buat CPR tau. farah tengok kumpulan farah yang buat semua termengah-mengah. Penat wei. 

Hubby pula cerita ramai orang lelaki kumpulan dia mengelat. Tak nak buat. Tipu cakap dah buat pun ada. Depa ni ambil ringan la sebab kursus free. 

Cadangan farah, untuk tahun seterusnya kalau nak anjurkan lagi. Setiap peserta kena bawa checklist untuk pegawai stesen sign. Kalau tak buat, tak dapat sign. Kalau sign tak lengkap, tak dapat sijil. Hehe. 

Kalau ikutkan farah ni tak patut dapat sijil lah sebab tak buat banyak haha. 

Apa-apa pun farah rasa peluang macam ni tak dapat selalu. Tak rugi sertai kursus BLS ni. Lain kali Insyaallah farah join lagi. 
Baca Selanjutnya »

7 Aug 2017

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Resepi Sotong Goreng Kunyit || Sotong goreng kunyit ni senang je. Korang tau-tau la kan farah tak masak benda susah complicated ni haha. 
Resepi Sotong Goreng Kunyit
Sotong Goreng Kunyit
Farah kalau makan sotong agak cerewet. Farah tak suka kalau dia kenyal yang kurang masak. Kalau kenyal sebab terlebih masak tak ape. Tak suka kalau bahagian dalam sotong tu basah atau macam ada lendir. Geli hehe. Tak suka sotong dalam sup atau tomyam sebab nampak macam sotong tak masak. 

Farah paling suka sotong bakar. Tapi nak bakar pun ada syarat dia. tak suka kalau bakar sekor gitu. Sebab nanti dalam sotong tu basah, tak kering. Farah lebih suka potong leper dulu, buka sotong tu bagi jadi sehelai je. Baru bakar jadi kering hehe. 

Pernah sekali farah bagitau kawan yang farah tak suka sotong. Dia pelik. Dia kata, 

"macam mana boleh tak suka sotong? sotong sedap gila kot"

Orang suka sotong memang la kata sedap haha. 

Walaupun tak suka, farah masih lagi makan sotong. Ada juga hari-hari yang teringin nak makan sotong hehe. 

Maka terhasil lah sotong goreng kunyit simple ni. Ni farah makan ratah je haha. 

Jom cuba buat sotong goreng kunyit!

Sotong Goreng Kunyit


Bahan-bahan
3 ekor sotong saiz sederhana - basuh dan potong bulat
1 bawang holland - mayang atau hiris bulat
sedikit serbuk kunyit
garam
minyak masak


Cara-cara:
1. Gaulkan sotong, kunyit dan garam. 
2. Panaskan minyak guna api sederhana.
3. Masukkan sotong yang sudah digaul kunyit tadi. Kacau sehingga hampir masak. 
4. Masukkan bawang holland dan kacau sebentar. 
5. Angkat dan sedia di hidang. 
Resepi Sotong Goreng Kunyit
Sotong Goreng Kunyit
Korang boleh letak cili merah sekali kalau nak. Farah tak letak. Cili merah Tu hiris nipis. Masukkan sekali dengan bawang holland. 



Selamat mencuba!

baca sini
Resepi Rendang Ayam
Resepi Ikan Masak Kicap
Resepi Ayam Goreng Madu
Baca Selanjutnya »

2 Aug 2017

Resepi Rendang Ayam Cara Mama

Resepi Rendang Ayam Cara Mama || Sejak kecil dulu farah tak berapa gemar rendang ayam. Tak tahu kenapa. Rasanya sebab pedas kot haha. Ataupun sebab waktu kecil dulu farah tak suka ada hampas serai dalam rendang. 

Bila dah kahwin dengan hubby. Farah dapat merasa rendang mama. Rendang mama ni kalau nak kata rendang utara, macam tak. Sebab bila tengok rendang utara yang orang lain buat, tak sama rupa dengan rendang yang mama buat. 

Tapi tapi tapi,

Rendang mama lah farah paling suka. Rupa dia macam gulai. Tapi rasa tak macam gulai. Hehe. Yang penting, memang sedap. 

Korang kena cuba resepi ni dulu sekali, baru lah faham apa yang farah maksudkan hehe. 
Resepi Rendang Ayam Cara Mama
Rendang Ayam Cara Mama
Baru-baru ni farah buat rendang ni sebab hubby ada jamuan di klinik. hubby kata nak masak sendiri. Tapi farah mintak nak tolong masak kan sebab masa tu dah malam. Kang bimbang lambat siap masak, tidur lewat pulak hehe. 


Rendang Ayam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil. lumur garam kunyit dan goreng sebentar.
1 biji kelapa -  jadikan santan. farah guna 1 cawan santan.
*15-20 biji cili kering - rebus
*2 batang serai - dikisar
2 batang serai - di ketuk
*5 biji buah keras - tumbuk dahulu sebelum kisar
*1 labu bawang besar - kisar
6 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
*1 sudu besar rempah biji - tumbuk dahulu sebelum kisar
*1 sudu teh jintan manis - tumbuk dahulu sebelum kisar
*1 inci halia - kisar
*1 inci lengkuas - kisar
2 helai daun pandan
1 keping asam gelugor
garam
gula

Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil. Lumurkan dengan garam kunyit dan goreng sebentar. 
2. Kisar bahan bertanda *
3. Tumis bawang merah, bawang putih, serai yang diketuk, bersama daun pandan hingga naik bau. 
4. Masukkan bahan kisar. Masak hingga agak garing dan pecah minyak. 
5. Masukkan ayam yang telah digoreng. 
6. Masukkan santan. 
7. Masukkan gula, garam dan asam keping. 
8. Masak sehingga kuah agak pekat dan sedikit kering. 
9. Sedia dimakan dengan lemang, ketupat dan sebagainya. 

Mula-mula farah tengok bahan-bahan dia, rasa takut juga nak masak. Sebab macam banyak je bahan kan?

Sebenarnya tak susah pun. Senang je. Kebanyakan bahan di kisar. Langkah-langkah nak masak pun senang. 

Selamat mencuba!

baca sini




Baca Selanjutnya »

1 Aug 2017

Bercuti di Korea || Day 5

Kami bercuti di sana 5 hari 4 malam. Hari ke-5 sebenarnya hari bertolak balik ke Malaysia. Bukan lah berjalan-jalan. Kira jalan-jalan cuma empat hari sahaja. 
Tiap kali bila kami beritahu orang kami pi 5 hari, mesti orang kata sekejap. Haha. Bagi farah dah cukup lama. Duduk sana dapat makan macam-macam, jalan-jalan banyak tempat, dah puas hati. Ada juga tempat yang kami takpi, contohnya themepark. Rasanya tak berapa sesuai bawa medina. Sebab tu kami tak nak pi. 
Muka baru bangun tidur
Flight pulang kami awal pagi. Jadi nak ke airport pun kena bertolak awal. Hari terakhir ni tak jumpa tour guide dah. Cuma ada driver mereka yang datang ambil kami untuk ke airport. 
Kali pertama naik Starex. Besar yang amat. Siap ada peti ais dengan tv lagi. Hehe. Tapi tak pasang pun tv tu. Dalam perjalanan ke airport kami tidur je. Maklumlah awal pagi lagi. 
Ni peti ais
Sampai kat sana beratur untuk cek in. Kena check in kat kaunter, mesin tak ada pula. Part ni lah yang lama. Biasanya kami check in sehari sebelum atau lebih awal bila naik flight. Tapi kali ni tak check in pula. 

Apa yang best kat sini, kami boleh masuk awal ke dalam flight. Nak masuk kastam pun awal. Waktu di check in kaunter, dia bagi kami fast track pass. Bawa pass ni ke gate fast track, terus dapat masuk. Tak sampai lima minit settle semua. Syukur Alhamdulillah. 
Fast Track Service Pass

Mudah sikit untuk orang yang bawa baby, budak kecil, warga tua atau kurang upaya. Ingat lagi waktu kat Malaysia, kami ambil hot seat. Hot seat tu pun tak boleh masuk flight awal. Harga je mahal.
Sambil tunggu makan roti cream cheese hihi

Seat kat sini ada kosong satu. Dapat lah medina duduk sorang dia hehe. 

Alhamdulillah selamat sampai Malaysia dan Langkawi. 

Sebenarnya agak rindu dengan makanan korea haha. Konon la rindu kan. Tak de lah selalu. Kadang-kadang ada juga teringin. 

Insyaallah kalau ada peluang lagi, nak pi lagi Korea. Tapi pi bahagian lain pula lah. Busan ke, Jeju ke. 

Babai~


Baca sini:


Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign