4 May 2017

Resepi Blueberry Cheesecake

IMG_6628.JPG


Beberapa hari yang lepas, gian pula rasanya nak buat kek. Lama sangat dah tak buat kek. Dah berbulan-bulan.

Bila gian mula lah cari resepi kek apa nak buat. Biasanya mesti kek coklat kukus je farah buat haha. Kali ni nak challenge diri sendiri buat kek yang agak susah. Kek Keju Bluberi Bakar ataupun Blueberry Cheesecake.

Dalam kepala, berangan kek rasa sedap macam New York Cheesecake Secret Recipe haha.

Untuk resepi ni, farah guna springform pan iaitu loyang yang boleh buka bahagian bawahnya.

Kek keju ni di bakar dengan cara bain marie ataupun water bath. Maksudnya loyang kek akan berada di dalam loyang lain yang berisi air. Untuk cara ini kita mesti balut bahagian bawah loyang dengan menggunakan aluminium foil supaya air tak masuk ke dalam loyang kek.

Jom buat Blueberry Cheesecake!

BLUEBERRY CHEESECAKE / KEK KEJU BLUBERI BAKAR

Bahan-bahan base biskut:
100g biskut marie - dihancurkan
100g butter - dicairkan

Cara-cara:
IMG_6892.JPG

1. Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat
2. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).

Bahan-bahan Meringue:
30g gula kastor
3 putih telur Gred A
¼ sudu teh cream of tartar

Cara-cara Meringue:
IMG_6895.JPG

1. Dalam satu bekas, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk. Bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Ini dinamakan ‘Meringue’.

Bahan-bahan Kek:
250g cream cheese - suhu bilik
65g whipping cream
30g gula kastor
3 kuning telur Gred A
½ sudu teh esen vanila
½ sudu teh jus lemon
200g blueberry filling

Cara-cara:

1. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula.

2. Masukkan whipping cream, esen vanila dan jus lemon perlahan-lahan. Pukul sampai adunan menjadi sebati dan gebu. Guna kelajuan yang sederhana.

3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati.
IMG_6898.JPG
4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balik ke dalam adunan cream cheese. Ulang beberapa kali sehingga meringue habis.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali di atas meja untuk mengeluarkan buih-buih yang besar.
IMG_6900.JPG
6. Balut bahagian bawah loyang cheesecake dengan aluminium foil. Loyang lebih baik menggunakan springform pan. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake untuk 1 jam.
IMG_6619.JPG
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas rak.

8. Simpan cheesecake di dalam peti sejuk 6 jam. Dah sejuk tuangkan blueberry filling di atasnya.
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign