31 Oct 2017

8 Kebaikan Chia Seed

8 Kebaikan Chia Seed || Chia chia chia~ Haha. Aci tak mula entri macam ini? Aci lah sekali sekala kan. Ha, hari ini nak kongsi sikit kebaikan chia seed. Sebab apa farah nak kongsi kebaikan chia seed? Sebab farah sendiri dah rasa kebaikan dia. Jadi farah rasa orang yang belum cuba mesti cuba. 

APA ITU CHIA SEED

8 Kebaikan Chia Seed
google image
Kalau tengok rupa, chia seed ini hampir sama dengan biji selasih. Masa mula-mula farah jumpa chia seed, farah ingatkan selasih. Mati-mati ingatkan orang jual chia seed kat facebook ini tipu haha. 

Bukan selasih ye kawan-kawan. Chia seed ini sejenis bijian dari pokok chia. Jadi lah nama nya Chia Seed. 

Kalau kita lihat, chia seed bukan glamor dikalangan kita orang melayu je. Orang barat pun makan chia seed. Chia seed ini depa panggil super food. Kandungan khasiat dia banyak. 

CARA MAKAN CHIA SEED


Chia seed biasanya orang tabur dalam oat, bubur atau masukkan kedalam air minuman. 

Zaman sekarang ramai orang minum shake kan? Ha, letak sikit chia seed dalam tu. 

Chia seed kecil je rupanya. Tapi bila dicampur dengan air, dia akan kembang. Jadi kena pandai-pandai agak lah nak campur banyak mana. Kalau terlebih banyak nanti jadi puding pulak hehe. 

Farah biasanya masukkan dalam shake farah. Bila minum rasa lebih kenyang. 

Pernah juga terjumpa video di youtube, orang barat biasa buat puding chia seed untuk yang diet dan jaga badan. 

KEBAIKAN CHIA SEED


1.Baik untuk usus. 
Yang ini lah kebaikan yang farah sendiri rasa. Farah dari dulu lagi ada masalah membuang. Dulu seminggu kadang-kadang tak buang lagi. Bayangkanlah betapa dasatnya haha. Tapi bila minum chia seed, usus ini macam ada jadual pulak. Tiap-tiap hari memang akan ke tandas walaupun sikit. 

2. Mengenyangkan.
Chia seed dikatakan mengandungi Tryptophan yang membantu mengenyangkan perut. Tapi pada masa yang sama boleh menyebabkan kita rasa mengantuk hehe. 

3. Melawan Kencing manis.
Chia seed berkesan dalam mengawal kandungan gula dalam darah. Jadi biasanya digunakan sebagai rawatan semulajadi untuk kencing manis. 

4. Mengawal berat badan.
Ini bagus untuk yang tengah jaga badan dan diet. Chia seed mengawal kandungan gula dalam darah dan memberi rasa kenyang yang lebih lama, jadi ia membantu bagi yang sedang mengawal berat badan. 

5. Daya ingatan yang kuat.
Chia seed mengandungi Omega-3 yang mana penting untuk kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan. 

6. Sumber protein.
Chia seed adalah mengandungi sumber protein yang tinggi.

7. Baik untuk kesihatan tulang.
Chia seed mengandungi Mangan (Manganese) yang mana baik untuk kesihatan tulang. 

8. Selamat untuk ibu mengandung.
Chia seed adalah selamat untuk ibu mengandung. Disamping mengandungi zat-zat, ianya juga dapat membantu mengatasi sembelit. 

Jadi apa lagi? Yang belum cuba chia seed tu sila-silalah mencuba. Tak ada yang rugi kalau cuba chia seed.

Chia chia chia~

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign