8 Nov 2017

11.11 Singles’ Day dan Black Friday Beri Peluang Membeli-belah Dengan Lebih Jimat

11.11 Singles’ Day dan Black Friday Beri Peluang Membeli-belah Dengan Lebih Jimat || Kalau cakap pasal shopping online, farah ni memang jenis kuat shopping. Kalau dibandingkan membeli online dengan ke pasaraya, rasanya lebih banyak farah membeli online. Sebab? Bila membeli online farah boleh ambil masa untuk bandingkan harga, pilih barang, dan boleh bandingkan harga barang antara kedai. 

Kadang-kadang kedai-kedai pasaraya takde semua barang. Nak pilih pun susah. Yang mana ada, yang tu lah kena terima. Susah kan? Terutama sekali kalau duduk di kawasan terpencil macam farah. Kedai dan pasaraya tak banyak pilihan. 

Jadi sebab tu lah farah lebih banyak membeli barang-barang online berbanding di pasaraya. 

Tapi nak membeli online pun kita kena bijak. Kena pandai pilih barang mana yang berbaloi, online store mana yang bagus. Sekarang ni banyak laman web yang menawarkan kupon dan diskaun untuk pembeli. Ha, yang ni lah korang kena tahu cari. 

Laman web mana yang farah selalu guna untuk membeli atau menempah online? Banyak. Yang biasa farah guna contohnya Lazada, Agoda, AirAsiaGo, Booking.com, Althea, Hermo, Malaysia Airlines, Pixajoy dan Shopback.
11.11 Singles’ Day dan Black Friday Beri Peluang Membeli-belah Dengan Lebih Jimat

Sebagai seorang pembeli online, korang kena  tahu pasal shopping waktu 11.11 (11 November) atau Black Friday.

SINGLES DAY? BLACK FRIDAY?


What is Singles Day? Apa lah Singles Day ni sebenarnya? Korang ada yang tak pernah dengar Singles Day? Singles Day ni sebenarnya adalah sambutan bagi orang yang single di China. Sambutan ni kemudiannya menjadi penting dalam dunia membeli belah dalam talian. Tarikh 11.11 (11 November) ni dipilih sebab nombor 1 tu sendiri yang melambangkan ‘Single’. 

What is Black Friday? Ha Black Friday pulak apa? Black Friday ni adalah hari membeli belah terbesar setiap tahun. Kebiasaannya dianggap hari pertama bagi membeli belah untuk smbutan Christmast.  Waktu ini lah bebanyakan kedai dan jenama-jenama terkenal akan memberikan potongan harga untuk pembeli. 

Lazada pun ada buat promosi semasa Black Friday. Korang kena take note betul-betul Lazada Black Friday ni. Kang terlepas promosi menyesal hehe. 

Shopback ada menawarkan banyak cashback waktu 11.11 Singles Day Promotion.  Korang boleh check out di web untuk tengok promosi-promosi yang ada. 

Happy shopping!!
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign