23 Jul 2017

Makan Malam Perpisahan Dr Abrizah di Restoran Chef Zack Langkawi

Makan Malam Perpisahan Dr Abrizah di Restoran Chef Zack Langkawi || Malam tadi kami beramai-ramai keluar makan malam bersama bos kami Dr Abrizah di Restoran Chef Zack.
Sebenarnya bos kami telah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri bahagian pergigian. Tapi dapat tahu agak lambat, kebetulan pula baru balik dari cuti raya. Masa suntuk dan tak sempat nak buat majlis perpisahan yang proper. Jadi kami buat keputusan untuk keluar makan malam sahaja. 

Farah sebenarnya pernah makan Shell Out di Restoran Chef Zack, cuma farah tak tahu tu restoran dia haha. Restoran Chef Zack ni agak terkenal juga. Ramai orang kata Shell Out dia sedap. 

Farah pi makan malam tadi tak ada niat nak makan shell out pun. Memandangkan hubby tak makan kebanyakan lauk dalam shell out, tak berbaloi kalau ambil. Tapi tiba-tiba boleh kongsi dengan orang lain, apa lagi amek shell out lah kita ehhehe. 
Tak semua ambil shell out. Ada yang ambil masakan panas. Hubby pun ambil masakan panas juga. Sebab nak makan nasi katanya. 

Strawberry Milkshake

Nasi goreng chicken wing. Ni hubby punya. Tak sempat nak merasa. Hubby kata sedap juga, ok la. hehe.

Chicken Chop

Char kuey tiaw ketam

Nasi goreng udang lipan


Boleh tahan juga lewat kami sampai rumah. Dah habis makan dok bersembang pulak. Lepas tu bergambar lagi. Ni bos siap ajak amek gambar denga Chef Zack. Ha, yang tengah sekali dok sebelah bos tu lah chef. 

Rasa next time boleh pi lagi dinner kat sini. Lain kali bawa medina makan sekali. Malam tadi kami tak bawa sebab dalam plan asal ada nak pi bergambar di Dataran Lang lepas makan. Kami tak berani bawa medina ke Dataran Lang sebab takut tak tidur malam nanti. Faham-faham je la hehe. 

All the best Dr Abrizah di tempat kerja baru!

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign