19 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Sardin

Resepi Nasi Goreng Sardin || Semalam hubby seharian tiada di rumah. Ada pertandingan futsal pulak dia. Hubby beritahu pagi-pagi lagi kena keluar sebab dia penganjur. 7.30 pagi dah nak bertolak. Awal sungguh. Farah pun bangun lah awal sikit untuk goreng nasi untuk hubby isi perut. 
Resepi Nasi Goreng Sardin
Resepi Nasi Goreng Sardin
Kebetulan dalam peti ada sardin yang belum habis. Terfikir nak buat nasi goreng sardin. Biasanya farah selalu buat nasi goreng ikan goreng je. Yang tu farah suka hehe. Jadi kali ini nak cuba juga rasa macam mana nasi goreng sardin. 

Selongkar peti cari sayur, sayur pula tak ada haha. Yang ada cuma sayur campur. Sayur campur pun jadi lah kan. 

Farah buat nasi goreng simple je. Tak susah pun. Kalau tengah lapar tu cuba lah buat nasi goreng ini. Sedappp. 

Jom buat nasi goreng sardin!

NASI GORENG SARDIN 


Bahan-bahan:
2 ulas bawang merah - potong dadu/ cincang
Nasi 2 mangkuk
3 ekor sardin saiz kecil - ambil ikan je. Hancurkan. Kuah tak perlu. Kalau nak letak kuah, jangan banyak sangat. 
Sedikit sayur campur - kalau nak sayur lain pun boleh
1 biji telur
Garam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. 

2. Masukkan bawang merah. Tumis hingga naik bau. 

3. Pecahkan telur. Buar separuh masak baru gaul sehingga hancur. 

4. Masukkan sardin yang telah dihancurkan. Kacau sebentar. 

5. Masukkan sayur campur. Kacau. 

6. Masukkan nasi. Kacau hingga sebati. 

7. Perasakan dengan garam. 

Siap! Makan panas-panas sedap. Kalau korang jenis suka sardin, memang gerenti korang suka nasi goreng sardin ini hehe. 
Resepi Nasi Goreng Sardin
Resepi Nasi Goreng Sardin
Farah tak letak ayam, udang atau sotong sebagai lauk. Kalau nak letak boleh je. Tak ada masalah. Pagi tadi nak cepat sangat, tak sempat nak defrost segala benda hehe. 

*kalau nasi goreng sardin ini ada kat kedai, mesti mahal kan. Dah sardin kan mahal haha. 

Selamat mencuba!!

Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign