29 May 2017

Testing The Cookbooks || Resepi Singgang Ikan

Resepi Singgang Ikan || Waktu kecil-kecil dulu singgang ikan memang lauk kegemaran farah. Bila umi masak singgang ikan, makan mesti menambah-nambah. Farah biasanya makan dengan kicap sekali *species hantu kicap*. Sedapppp. 
Resepi Singgang Ikan
Singgang Ikan
Singgang ikan ni biasanya orang guna ikan tongkol kalau tak silap. Masa kecil farah suka ikan kembung. Dah besar ni suka juga lah singgang ikan tongkol.

Bila duduk rumah jauh dari umi abah, selalu juga ada teringin nak makan itu ini. Biasanya teringin nak makan makanan waktu kecil dulu.

Contoh macam ni ah. Teringat singgang ikan yang umi buat dulu. Tu yang buat sendiri tu. Hehe.  

Dulu farah tak tahu ada singgang warna kuning. Sebab rasanya selalu makan umi buat putih je kuahnya. Ikut negeri ke warna singgang ni? 

Kalau ikutkan rasa, tak de beza sangat pun rasa singgang putih dan singgang kuning. Bagi farah lebih kurang je. 

Jom masak Singgang Ikan!

Singgang Ikan

Resepi Singgang Ikan
Resepi asal
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol
 3 ulas bawang putih – dimayang
1 inci lengkuas  - dihiris nipis
1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
5 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
7 biji cili api

Cara-cara:

1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan kedalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4. Sedia dihidangkan.

Komen farah
Resepi Singgang Ikan
Farah suka resepi yang campak semua dalam periuk lepas tu biar je dia masak. Sambil-sambil tu boleh masak lauk lain kan? Hehe.

Singgang seperti biasa, tak menghampakan. Farah suka singgang sebab masam-masam sikit. Hehe. Selera nak makan.  Nak meratah pun best kalau singgang hehe. 

Farah guna 4 ekor ikan kembung. Sebab nak bagi medina makan ikan. Isi ikan tongkol takut keras sangat untuk dia. 4 ekor tu cukup lah untuk 2 ekor sorang farah dan hubby. 

Resepi ni sesuai untuk beginner. Sebab tak perlu banyak pemerhatian, tak banyak langkah-langkah nak masak. 

Korang masak apa hari ni? Jom cuba Singgang Ikan!




Baca sini:


Baca Selanjutnya »

Resepi Telur Dadar

Resepi Telur Dadar || Telur dadar pun nak bagi resepi? Hehe. Biaq la. Bukan semua orang tau buat telur dadar. Ada yang tak pernah goreng telur pun. Apa salahnya farah kongsi resepi telur dadar.
Resepi Telur Dadar
Telur dadar
Masakan telur adalah masakan yang senang. Kebanyakan resepi masakan telur ni cepat dan senang. Macam farah sendiri, farah akan masak telur kalau masa suntuk. 

Buat lah sup telur ke, telur goreng ke, sambal telur ke. Semua senang dan cepat. Lagi satu, telur ni sedap. Hehe. Jadi memang tak kisah lah kalau selalu makan telur. Hubby pun jenis suka telur. Makan pagi pun omelette hehe. Omputih gitew. 

Sebelum ni farah pernah buat telur bistik, sup telur, telur masak merah dan telur masak kicap. Semua farah ada kongsikan resepi. Korang boleh lah cuba semua resepi yang ada. Resepi senang je. Maklumlah, farah pemalas sikit. Tak suka resepi complicated ni hehe.

Jom tengok resepi Telur Dadar!

Telur Dadar


Bahan-bahan:
2 biji telur
½ bawang Holland - dihiris
1 cili hijau/ cili merah - dihiris serong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk. 
2. Masukkan bawang Holland, cili hijau/cili merah dan garam. Pukul menggunakan garfu.
3. Panaskan minyak api sederhana.
4. Tuang adunan telur tadi.
5. Selepas masak separuh balikkan telur. Tunggu hingga masak.
6. Angkat dan hidangkan.

Resepi Telur Dadar
Senang je kan? Hehe.  

Masa kecil dulu farah selalu buat eksperimen dengan telur dadar. Ada yang farah tambah kicap, sos tomato dan sos cili. 

Sekarang pun farah tengok hubby suka letak sos cili dalam omelette dia. Jadi omelette versi melayu lah kot hehe. 

Untuk resepi ni, nak buat telur dadar kosong pun boleh. Takde masalah. Tak wajib pun letak bawang ngan cili tu hehe. 

Ada tak yang tak pernah goreng telur? Jangan risau. Farah dulu pegang penutup periuk jugak masa goreng telur, hadang dari kena minyak. Hehe. Lama-lama bila kena minyak sikit-sikit tu dah takde pape. Dulu je penakut. 

Jom buat Telur Dadar!
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign