4 Jun 2017

Resepi Nasi Ayam Senang

Resepi Nasi Ayam Senang || Sape tak suka nasi ayam? Ada ke? Ish, tipu lah. Farah kalau nasi ayam, makan satu periuk pun boleh haha. Hiperbola sangat. Nasi ayam ini memang kegemaran farah dari kecil lagi. Umi selalu masak nasi ayam terutamanya hari minggu atau masa bulan puasa. Sebab itu lah bila bulan puasa je, kami adik beradik teringin nak makan nasi ayam umi. 
Resepi Nasi Ayam Senang
Nasi Ayam

Sebenarnya hubby yang minta farah masak nasi ayam kali ini. Teringin katanya. Dah lama farah tak masak nasi ayam. Alang-alang hubby dah minta, farah pun cari lah resepi nasi ayam yang pernah viral tahun lepas. Resepi ini farah dapat dari perkongsian Puan Rafiza di facebook.

Kalau ikut kan farah guna resepi umi, cuma perapan ayam dan sambal cili sahaja farah guna resepi nasi ayam viral ini. 

Farah cuma guna setengah ayam untuk kali ini. Sebab kami cuma berdua. Takut tak habis pula kalau banyak. Tapi rupanya tak cukup setengah ayam haha. Lupa pula yang kami suka meratah ayam nasi ayam. Terpaksa lah menahan nafsu, simpan dua ketul kecil untuk sahur.

Nasi Ayam

Bahan-bahan nasi dan sup:
½ ayam- terpulang nak kerat berapa. 
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit - farah tak letak
Daun pandan
1 inci halia
2 ulas bawang putih - di lenyek
1 sup bunjut
2 kiub ayam

Bahan-bahan perapan ayam:
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap
Sedikit lada sulah

Bahan-bahan sambal cili:
6 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu jus limau nipis
1 ruas jari kelingking halia*
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
¾ cawan (200ml)  air rebusan ayam*
1 sudu kecil tepung jagung dilarutkan dengan 2 sudu air

Bahan-bahan sayur/salad:
1 timun batang - buang kulit, garis tepi timun dengan garpu. Kemudian hiriskan serong.
2 biji tomato - hiriskan
1 pokok daun salad - basuh dahulu


Cara-cara:
1. Panaskan air hingga mendidih. 

2. Masukkan ayam. Tunggu hingga ayam masak dan keluarkan ayam.

3. Ambil air rebusan ayam dan gunakan untuk masak nasi. Gunakan air rebusan ayam sepenuhnya untuk masak nasi ayam. Tambahkan daun pandan untuk lebih wangi. Masak nasi seperti biasa.

4. Tambahkan kiub ayam, sup bunjut, halia dan bawang putih dalam air rebusan ayam. Masak sup seperti biasa.  

Resepi Nasi Ayam Senang
5. Sediakan perapan ayam. Campur kan semua bahan perapan ayam dan gaulkan dengan ayam yang telah direbus tadi. Perap minima 15 minit. Farah lebih suka perap lama.

6. Panaskan minyak. Masukkan ayam bila minyak cukup panas. Goreng hingga habis. 

Resepi Nasi Ayam Senang
7. Untuk sambal cili pula. Kisar semua bahan * untuk sambal cili hingga sebati.

8. Panaskan periuk. Masukkan bahan sambal cili yang sudah dikisar tadi. Masak guna api kecil sahaja. 

9. Bila mendidih, masukkan gula, garam dan air limau nipis dan bancuhan tepung jagung. 

10. Hidangkan nasi, ayam, sup, sambal cili dan sayur/salad bersama-sama
Resepi Nasi Ayam Senang 
Untuk nasi, farah tak rendam dahulu dengan serbuk kunyit. Kalau nak nasi yang kuning cantik, korang boleh rendam beras dengan air serbuk kunyit sebelum memasak nasi. 

Untuk sup, korang boleh tambahkan ubi kentang kalau nak lauk sikit. Tapi tak wajib. Sup nasi ayam ini sup kosong pun dah sedap. Cukup merasakan sup supaya tak tawar. 

Biasanya farah buat kicap pedas. Tapi kali ini farah tak buat sebab dah buat sambal cili. Kalau nak kicap cili pun boleh. Senang je. Farah biasanya kisar air rebusan ayam, kicap dan cili. 

Selamat mencuba!



Baca sini:
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign