29 Jun 2016

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh



klik banner untuk join ^-^


Baca Selanjutnya »

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

klik banner untuk join

Baca Selanjutnya »

Perkara anda perlu tahu sebelum berjumpa doktor gigi

1. History taking

History taking ni yang doktor dok tanya-tanya soalan tu la. Nak buat ape harini? sakit gigi mana? Bila mula sakit? Sakit macam mana? Denyut-denyut ke, sengal je ke? Ade makan ubat tak? Masa tidur sakit tak? Haaa.. Soalan-soalan ni sebenarnya kena tanya untuk buat diagnosis yang betul. Bukan doktor saje-saje nak buang masa tanya. Lain penyakit lain jenis sakit dia. Sakit gigi bukan satu jenis je tau hehe. Jadi rajin- rajin lah jawab. Jangan doktor tanya sakit denyut ke sengal ke hampa pi jawab

"sakit macam sakit gigi lah"

Buatnye doktor tak pernah sakit gigi guane? Haha

2. Past medical history/ Drug history

Bahasa melayu dia sejarah penyakit yang lampau hehe. Bila nak jumpa doktor gigi mesti tahu penyakit ape yang ada. Kalau bawa nenek/tok/mak/ayah pun tolong ambil tahu. Kencing manis,darah tinggi, sakit jantung,kanser, alahan, penyakit berjangkit dan lain-lain semua penting. Walaupun rawatan gigi nampak simple senang, Tapi sebenarnya ade kaitan dengan benda lain. INI PENTING OK.

Segala jenis ubat yang makan pun kena bagitau. Kalau ade makan ubat cair darah ke, ubat chemo ke. Kalau ada alahan ubat kena ingat nama ubat tu. Kalau susah nak hafal tulis dalam henpon simpan. Supplement, jamu pun kalau boleh bagitau. Sebab ada supplement yang ade bahan yang cairkan darah. Jadi kalau nak buat cabutan gigi kena tahu lah.

3. Bawa duit yang cukup

Haa, kalau klinik kerajaan cas rawatan tak le mahai beno. seringgit, dua ringgit. Lagi senang kalau bawak duit kecik siap-siap. Jangan kena bayar RM1 bagi RM100 haha. Takde duit baki awok eh. 

4. Tenung

Menjeling-menjeling ku memandang~ gituu hehe. Masa buat rawatan agak tak selesa kalau pesakit dok tenung mata kita. Kadang-kadang dok fikir dalam hati, 

"dia tengok mata aku ke? ke dahi? ke kening?"

"ade jerawat nak meletup ke?"

"dahi aku berbulu ke?"

ha macam-macam dok fikir lah. Kalau boleh jangan lah tenung-tenung. Mungkin orang lain tak kisah, tapi farah cukup tak selesa. Lagi suka kalau pesakit tido. Kadang-kadang ade yang berdengkur siap. Lagi ai suke hehe. Jangan pengsan sudah.

5. Scaling a.k.a cuci gigi

Gusi yang berdarah maknanya gusi tak sihat, ada radang gusi (gingivitis). Bila cuci gigi bagi gusi yang tak sihat memang akan berdarah. Jangan fikir doktor gigi scaling ganas sangat sampai berdarah tau.

6. Meludah semasa tampalan

Ada jenis tampalan boleh kalau kawasan gigi basah sikit. Ada jenis tampalan yang tak boleh basah semasa tampalan. Kalau basah nanti tak lekat. Takpun lekat tapi senang tercabut. Jadi kalau boleh cuba jangan bangun untuk meludah semasa buat tampalan.

7. Beritahu jika takut

Kebanyakan memang takut bila jumpa doktor gigi kan? Haa. kalau takut tu bagitau lah doktor. Baru lah doktor boleh tenangkan pesakit. Kadang-kadang kita takut sebab tak tahu doktor nak buat ape kan? Mungkin bila doktor terangkan sikit-sikit boleh kurang rasa takut tu.

8. Ikut jadual yang ditetapkan

Setiap klinik dah ada jadual bila bukak, bila tutup, bila rehat. Jadi ikut lah jadual yang klinik buat tu. Jangan mai waktu rehat pastu cakap tak boleh datang awal sebab kerja. Doktor ngan misi pun nak makan, nak solat. Kesian kat misi tau.

................................................................................................................................................................


Ape lagi tertinggal? Ni je boleh fikir buat masa sekarang. Nanti terfikir lagi baru tambah.

kbai~

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign