19 Oct 2018

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam || Kita semua memerlukan tidur pada waktu malam yang cukup. Walaupun siang dah tidur banyak, waktu malam masih perlu tidur sebab kualiti tidur siang dan malam tak sama. 

Semua ibu bapa mengimpikan tidur yang lena sepanjang malam kan? Terutamanya yang baru bergelar ibu atau bapa. Kalau dapat bayi yang baik, tidur senang, tak ada colic, Alhamdulillah. Tapi kalau bayi yang sebaliknya? 

Untuk farah sendiri, Alhamdulillah. Medina dan Hani dua-dua tak ada colic. Bangun menangis malam sebab pampers basah atau nak susu tu biasa lah kan. Selain dari tu tak ada yang sampai kami tak dapat tidur malam. 

Tapi hani susah sikit nak tidur lena lama. 30 minit tidur, dia terus bangun. Ke bayi yang menyusu  badan ni kerap bangun? Haha. Ntah la. Tapi walaupun hani kerap bangun, tak susah sangat nak tidurkan semula sebab farah menyusu. Cuma penat sikit je sebab jaga dia sorang-sorang. Waktu medina dulu minum guna botol, hubby boleh juga tolong kadang-kadang. 

Beberapa bulan lepas, farah ada ternampak satu post di facebook pasal doa untuk anak tidur lena. Mula-mula pelik juga. Kan dah ada doa tidur? Haha. rupanya ada satu surah yang kita boleh baca untuk anak yang sukar tidur. 

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam
Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam


Surah pendek je. Tak perlu risau nak hafal ayat doa panjang-panjang. Korang boleh baca 3 kali, hembus di ubun-ubun. Insyaallah.   





Baca Selanjutnya »

12 Oct 2018

Resepi Gulai Kuning Ayam

Resepi Gulai Kuning Ayam || Beberapa hari sebelum farah masak gulai kuning, farah ternampak rakan facebook upload gambar makanan. Gulai kuning nasi berlauk. Pergh sedapnya. Makan pulak dengan sambal. Menambah-nambah lah nasi nanti. 

Lepas tengok gambar tu, farah dok teringin sangat nak makan gulai kuning. Hajatnya nak buat gulai kuning nasi berlauk. Maksudnya ikan lah. 
Resepi Gulai Kuning Ayam
Resepi Gulai Kuning Ayam 

Farah pun tanya hubby, nak ayam ke ikan. Dia sengih. 

“Ayam”

Siapa suruh tanya kan. Dah tahu pun dia nak jawab apa. Haha. Jadi masak lah gulai kuning ayam. 

Sebelum ni pernah buat ayam masak lemak cili api. Sebenarnya bagi farah macam tak ada beza sangat melainkan resepi kali ni ada kacang dan timun batang dalam gulai. Rasa farah rasa tak jauh beza. Tapi farah lebih suka kan resepi kali ni. 

Hubby pun kata sedap. Makan menambah juga. Dia bukan jenis suka sangat lauk lain melainkan ayam masak merah atau sambal. Haha. 

Medina pun suka. Farah suap medina, habis satu pinggan dia makan. Medina memang suka lauk masakan lemak. Lemak kuning, lemak putih, semua dia suka. Makan campur kicap sikit, licin pinggan hehe. 

Resepi ni tak susah pun. Korang boleh tengok video dulu untuk senang faham. 


GULAI KUNING AYAM

resepi asal : aziekitchen

Bahan-bahan:
6 ulas bawang merah - kisar
1/4 inci lengkuas - kisar
1/2 inci kunyit hidup - kisar
2 cili kering - kisar
1 cawan santan
Air
1 asam keping
1 timun batang - belah 2 dan potong pendek
5 kacang panjang - potong pendek
1/2 Ayam - potong ikut saiz yang sesuai
Gula
Garam

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 
2. Masukkan santan. Kacau seketika. 
3. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan asam keping, timun batang dan kacang panjang. Kacau. 
5. Masukkan ayam. 
6. Perasakan dengan gula dan garam. 
7. Masak dengan api sederhana. 

Siap! 

Resepi Gulai Kuning Ayam
Resepi Gulai Kuning Ayam 
Makan dengan nasi putih panas, sambal belacan fuuuh. Kecur air liur tau. 

Gulai ni kalau nak buat gulai ikan kembung atau ikan selar pun boleh. Sedap juga. 

Selamat mencuba!





Baca Selanjutnya »

30 Sept 2018

Minggu Murah Rezeki

Minggu Murah Rezeki || Minggu ni rasa murah rezeki betul. Ramai orang belanja hehe. Tapi dengan kata lain, minggu diet hancur (konon lah diet kan). 

Mula dengan hari isnin, Chris belanja semua pegawai klinik hubby. Jadi farah pun ikut sekali. Sibuk je kan hehe. Waktu tu chris belanja lepas waktu kerja. Pukul 6. Dah malas nak masak, ikut lah sekali hehe. Kami makan di gerai dekat dengan airport Langkawi je. Kalau tak silap nama kedai tu Halim Gulai Panas. 


Kami yang dah lama dok Langkawi pun tak pernah pi lagi. Depa yang baru ni pi dulu haha. Kedai ni nampak biasa je. Tapi sedap jugak gulai dia. Harga? Yang tu farah tak tau sebab orang belanja hehe. 

Macam-macam jenis lauk ada. Kita boleh pilih dulu bahan mentah. Lepas pilih, tukang masak masak bahan yang kita pilih. Ni depa la kata. Farah sampai lewat masa tu, jadi tak nampak pilih macam mana. 

Lauk lain pun ada boleh order. Kami ada order sotong celup tepung, ayam goreng kunyit, telur dadar. Bukan gulai panas je ade. 

Hari rabu pulak, ada jamuan makan malam yang klinik gigi kuah buat. Yang ni sempena perpisahan hubby yang berpindah ke klinik lain. Pindah dah sebulan dah sebenarnya haha. Tapi majlis baru buat. 

Yang ni makan di kuah. Kedai Singgah Seafood. Kami dah pernah dah makan di kedai ni. Memang sedap. Waktu kami pi dulu, medina baby lagi. Ingat lagi masa tu medina nangis sebab mengantuk, kami tak siap makan lagi. Akak kat kedai tu (tak tau lah tuan kedai ke pekerja) pun mai nak ambil medina nak dodoi. Farah tak selesa sebenarnya orang tak kenal pegang baby. Nak cakap tak boleh pegang kang kecik hati pulak. 

Tapi ntah macam mana berebut, dapat kat dia jugak haha. Mujur lepas tu medina nangis kuat dia tak boleh pujuk (medina tak suka orang dia tak kenal). Dapat lah kami ambil semula. 

Lepas tu kami dah tak pi kedai tu. Semata-mata tak nak orang pegang baby. Bukan sebab masakan tak sedap hehe. Masakan dia sedap. Kami ni paranoid sikit. 

Malam tu kami tak bawa medina dengan hani ikut. Sebab hubby yang diraikan. Takut ganggu pulak. Mujur lah makan tak lama sangat. Kami balik pun tak lewat mana. 

Kat sini kebanyakan lauk semua farah suka. Harga dia standard harga je. Tak mahal tak murah. Kalau tak ada idea nak order apa, boleh tanya orang yang ambil order tu, nanti dia cadangkan yang selalu orang order. 

Hari khamis afiqah belanja semua satu klinik makan dekat pantai Tanjung Rhu. Ni kes dapat gaji pertama ni hehe. Dapat pulak dua bulan gaji. bising lah orang lain dok suruh dia belanja. Kami dah biasa mai kedai ni dulu. Tapi dah lama dah farah tak pi. sekarang pi kerja asyik bawa bekal je. 

Nak pi hari tu kami tempah siap-siap makanan. Sebab kalau pi baru order nanti lambat pula balik klinik. Rehat sejam je. Nanti tak enjoy lah makan kalut-kalut. 


Hari jumaat pula keluar makan dengan nik dan yana. Alang-alang yana mai Langkawi, dia ajak keluar. Kami makan di Restoran Uncle Jai. 

Restoran Uncle Jai ni baru je tukar tempat baru. Sekarang terletak di sebelah Hotel Grand Continental. Dah tukar tempat baru, menu pun ada perubahan sikit. 

Farah dok mengidam sayur campur yang ada soft tofu. Dulu selalu order sayur tu pastu ratah. Tengok-tengok menu baru dah takde. Ade sayur campur biasa je. Sedih betul. Mujur Chicken grill ada lagi. Kalau tak, kempunan lah. Dari petang dok fikir nak makan ape haha. 

Harga kat sini bagi farah harga macam cafe. Belas-belas untuk satu menu. Ada juga yang murah. Contoh macam moi@bubur nasi @nasi air. Ada set atau yang bukan set. Farah selalu order moi ayam untuk medina. Kalau tak silap RM5 je. 

Alhamdulillah minggu ni kenyang perut senang hati hehe. 




Baca Selanjutnya »

20 Sept 2018

Tepung Kek Coklat Moist Tak Menjadi??

Tepung Kek Coklat Moist Tak Menjadi || Beberapa hari lepas farah teringin sangat nak makan kek coklat moist. So farah ada lah cakap kat hubby yang farah dok teringat kek coklat yang kami selalu buat kat rumah. Kek coklat tu pakai tepung kek instant. 

Hujung minggu lepas, kami dengan medina hani pi kedai sebab farah cari daging kambing. Waktu sampai kat kedai tu hujan lebat, jadi farah dengan hani tak turun kereta. Hubby pi dengan medina je. Tiba-tiba hubby mesej. Dia whatsapp gambar tepung kek. 

“Ni kan tepung kek yang selalu guna tu?”

Bukannnnnnnn. 

Haha. Rupa kertas tepung kek tu tak sama langsung. Macam mana lah dia kata sama. Farah bagitau hubby bukan tepung yang sama. Tapi balik je rumah, tengok dalam plastik ade juga dia tepung kek tu. Hubby beli. 

Alang-alang dah ade, buat je lah kan. Kalau kena selera lain kali boleh beli lagi hehe. 

Jadi malam tadi farah pun buat lah kek coklat moist guna tepung kek tu. 

Mula-mula tengok resepi tu rasa agak janggal. Sebab ade guna air sejuk haha. Tips buat kek instant or apa-apa je yang dalam kotak, tin, plastik ni, kalau tak tahu ikut je arahan 100%. Macam farah ni bukan lah pandai memasak atau buat kek ni. Sebab tu lah farah suka ikut resepi betul-betul. Lagi satu, kek instant ni versi bakar. Memang agak takut dengan kek bakar hehe. 

Hand mixer farah pulak rosak. Ada hand mixer mini je. Nk guna mangkuk mixer tu tak lepas sebab dalam. Haha sadis betul. 

Masa bakar kek tu berdebar-debar menunggu sebab takut tak masak haha. Farah  tak pandai kek bakar. Kalau kek kukus ni berani lah sikit. Tapi alhamdulillah kek masak sepenuhnya. Wohoooo!

Farah cuba rasa kek tanpa topping dulu. Hubby kata sedap. Bau pun macam kek dia kata. Nak sedapkan hati kot haha. Bagi farah memang lah bau macam kek. Tapi bau kek coklat tu tak cukup kuat. Dan farah rasa ada bau pelik haha. Rasa dia pulak tak berapa coklat. Rasa kek je. Dan tak moist. Huu. 



Topping?

Yang ni lagi sedih. Topping tak manis langsung. Kalau cuba rasa topping je, memang rasa pahit macam dark coklat. Mungkin resepi kek ni memang untuk dark coklat kut. Ntah la. Sedih jugak la. 

Lepas ni kena cari jugak tepung kek tu. Kalau tak jumpa, buat je resepi google hehe. Serikkk. 


Baca Selanjutnya »

18 Sept 2018

Resepi Cucur Manis

Resepi Cucur Manis || Assalamualaikum semua hehe. Bajet- bajet ramai lah follow blog kita ni haha. Lama sangat dah tak update blog sejak bersalin. Eh tak, sebenarnya slow update masa hujung- hujung mengandung hani hari tu. Bila masuk 8 bulan tu dah penat 24 jam, nak tidur 24 jam, sakit kaki 24 jam haha. 

Sekarang hani dah nak masuk 6 bulan Alhamdulillah. Dah besar dah hehe. Seminggu dua lagi nak mula makan dah. Umi yang excited bila baby nak makan haha. Kesian tau tengok baby telan air liur masa kita makan. Nak makan depan dia pun kesian. Ada tak mak-mak lain macam ni? Sep sikit!

Rasanya dalam sebulan ni farah baru dapat mula masak betul-betul semula. Sebelum ni nak sesuaikan diri dengan status baru ‘mak anak dua’ hehe. Pening juga nak cari masa bila nak masak. Yelah balik kerja pukul 5. Pukul 5.30 baru sampai rumah. Kemas susu, basuh pam, keluarkan barang nak masak dan lain-lain tengok-tengok dah pukul 6. Tiba-tiba hubby sampai dari ambil anak-anak. Berperang pulak dengan medina hani. Makan malam bila nak masak? Ha gitu lah awal-awal haritu. 

cucur manis



Hani pulak kecik lagi. Tak boleh tinggal dengan medina  takut kena penyek hehe. Walaupun medina baik dengan adik dia, masih tak boleh kan. Haa, lagi satu hani kan menyusu badan. Baby menyusu badan ni asyik nak berkepit je dengan mak dia. Hehe. 

Eh panjang pulak pembuka cerita. Sebenarnya nak kongsi resepi cucur manis. 

Beberapa hari lepas tiba-tiba teringin nak buat cucur. Farah fail sikit bab cucur ni. Cucur bodo pun  tak jadi biasanya. Haha. Tengok ada resepi cucur kembung. Teringin nak buat sebab nampak comel je bulat-bulat. 

Tapi waktu nak buat cucur tu tak sempat pulak nak menggentel. Jadi farah guna sudu je untuk goreng cucur. Bentuk dia masih lagi kembung walaupun tak bulat cantik. Rasa pun sedap. Hubby suka, sampai suruh ajar dia buat sebab di nak buat sendiri nanti. Yeke nak buat sendiri haha. 

Ok lah ni resepi dia. Selamat mencuba!

CUCUR MANIS 
resepi asal: fb yati rahim

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam. Kacau. 
2. Tambah air panas. Kacau sebati. 
3. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, guna api perlahan untuk goreng sebab tak nak hangit. 
4. Goreng sampai bahagian luar warna perang. Sambil goreng tu golek-golekkan cucur supaya sama rata masaknya. 

Siap! Makan saja sedap, makan cicah sos pun sedap. Terpulang mana-mana ikut selera masing-masing. 

Selamat mencuba!!

Farah ade buat share video resepi cucur ni juga. Jemput tengok kat youtube farah. Jangan lupa tekan butang Subscribe!


Baca Selanjutnya »

12 Jun 2018

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman || Dah Shopping Raya Ke Belum? Seloka Hari Raya, Menjelang Hari Raya, Suasana Hari Raya, Suatu Hari Di Hari Raya, Suasana Riang Di Hari Raya. Haaa korang! Macam-macam lagu raya dah mula dimainkan di stesen-stesen radio, pusat membeli-belah and juga di pejabat. Korang dah prepare nak raya ke belum? 

Tak berapa hari lagi dah nak raya. Baju raya dah ada? Kasut raya dah ada? Kuih-muih raya dah ada? Langsir raya? Ada yang suka hantar baju raya di kedai jahit sebab lebih selesa katanya. Tapi kalau hantar jahit, tailor pula ambil tempahan awal-awal je. Yang tak sempat nak ke  tailor ni kena la pergi cari di pusat membeli-belah. 

Cuba korang sebutkan satu tempat yang memang popular sangat untuk membeli belah terutamanya bila dekat nak sambut hari raya aidilfitri ni

Jalan Tunku Abdul Rahman! Tepat sekali!

Lebih dikenali sebagai Jalan TAR, tempat ni merupakan sebuah titik tumpuan kebanyakkan orang bila nak mencari pakaian tak kira lah apa musim. Tapi bila nak raya aidilfitri, makin menjadi-jadi kesesakan di Jalan TAR ni. 

Sampai diri sendiri dah putus asa nak masuk atau cuma nak lalu di mana-mana jalan berdekatan kawasan Jalan TAR pada musim-musim nak dekat raya. Bukan je orang-orang KL atau orang-orang yang bermusafir di KL datang sini untuk mencari pakaian. Malah rata-rata orang dari seluruh peninsular Malaysia ni akan datang ke sini pada hujung minggu untuk mencari pakaian raya.

Sebab apa ye? 

Sebabnya bermacam-macam jenis design dari pelbagai designers punya pakaian ada dijual di sekitar kawasan Jalan TAR dengan harga yang berpatutan. Selain itu, terletak tidak jauh dari Jalan TAR, ada pula sebuah gedung pakaian siap dan kain pasang iaitu JAKEL Mall yang menawarkan design-design cantik yang menjadi tumpuan kaum wanita serta lelaki.

Bila tempat ini menjadi tumpuan, tidak rugilah para usahawan hotel-hotel di sekitar kawasan Jalan TAR. Kalau korang lalu di jalan yang popular ini, kiri kanan pasti ada hotel-hotel bajet yang menawarkan penginapan dan servis mereka dengan harga-harga yang berpatutan.

Meh nak suggestkan hotel-hotel yang boleh korang survey and book untuk memudahkan urusan shopping korang dengan hanya berjalan kaki di sekitar kawasan tersebut. Kalau penat boleh jalan kaki balik rehat dulu.

Swiss Hotel. Hotel ni terletak di hujung jalan Jalan TAR. Aku suggest hotel ni sebab luar and dalam dah direnovate baru dan ada tempat parking yang cukup untuk tetamu-tetamu hotel ni parking. Hotel ni ada beberapa pilihan bilik yang korang boleh pilih ikut saiz keluarga korang. Dari single bed room hingga family room. 

Hotel bertaraf dua bintang ni menyediakan kelengkapan yang cukup contohnya television, WIFI dan beberapa lagi. 

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Adya Hotel. Hotel ni pun antara hotel yang boleh dikatakan baru and cantik. Adya Hotel terletak bertentangan dengan Swiss Hotel and berhampiran ZamZam Restoran. Hotel ni turut menyediakan kelengkapan dalam bilik yang lengkap dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan. 

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Lepas tu ada juga Premiera Hotel. Hotel ni tidak lah dikira bajet kalau dah nama pun hotel bertaraf empat bintang kan. Hotel ni betul-betul di sebelah Maju Junction Mall dan korang boleh lintas jalan terus ke SOGO. Tapi farah masih nak suggestkan hotel ni sebab mana tahu korang rasa nak hotel mahal sikit. Premiera Hotel ni baru je lagi dan ini lah tempat Amar Bahrin dan Amyra Rosli kawin uols hehe. 

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Akhir sekali Lotus Hotel. Lotus hotel ni kalau tak silap farah dah lama juga ia bertapak. Hotel ni terletak bertentangan Premiera Hotel dan sebaris dengan restoran cheese naan terkenal, RSMY. Kalau duk Lotus Hotel ni senang lah korang nak pekena cheese naan sebelum tidur.

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Sebenarnya banyak sangat lagi hotel-hotel di kawasan Jalan TAR cuma ini je yang mampu farah suggestkan dalam penulisan kali ni. Korang boleh search sendiri di website Traveloka.com or apps. Ada promosi dan diskaun tu tak rugi korang guna hehe.

Selamat Hari Raya!








Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign