Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman || Dah Shopping Raya Ke Belum? Seloka Hari Raya, Menjelang Hari Raya, Suasana Hari Raya, Suatu Hari Di Hari Raya, Suasana Riang Di Hari Raya. Haaa korang! Macam-macam lagu raya dah mula dimainkan di stesen-stesen radio, pusat membeli-belah and juga di pejabat. Korang dah prepare nak raya ke belum?
Tak berapa hari lagi dah nak raya. Baju raya dah ada? Kasut raya dah ada? Kuih-muih raya dah ada? Langsir raya? Ada yang suka hantar baju raya di kedai jahit sebab lebih selesa katanya. Tapi kalau hantar jahit, tailor pula ambil tempahan awal-awal je. Yang tak sempat nak ke tailor ni kena la pergi cari di pusat membeli-belah.
Cuba korang sebutkan satu tempat yang memang popular sangat untuk membeli belah terutamanya bila dekat nak sambut hari raya aidilfitri ni.
Jalan Tunku Abdul Rahman! Tepat sekali!
Lebih dikenali sebagai Jalan TAR, tempat ni merupakan sebuah titik tumpuan kebanyakkan orang bila nak mencari pakaian tak kira lah apa musim. Tapi bila nak raya aidilfitri, makin menjadi-jadi kesesakan di Jalan TAR ni.
Sampai diri sendiri dah putus asa nak masuk atau cuma nak lalu di mana-mana jalan berdekatan kawasan Jalan TAR pada musim-musim nak dekat raya. Bukan je orang-orang KL atau orang-orang yang bermusafir di KL datang sini untuk mencari pakaian. Malah rata-rata orang dari seluruh peninsular Malaysia ni akan datang ke sini pada hujung minggu untuk mencari pakaian raya.
Sebab apa ye?
Sebabnya bermacam-macam jenis design dari pelbagai designers punya pakaian ada dijual di sekitar kawasan Jalan TAR dengan harga yang berpatutan. Selain itu, terletak tidak jauh dari Jalan TAR, ada pula sebuah gedung pakaian siap dan kain pasang iaitu JAKEL Mall yang menawarkan design-design cantik yang menjadi tumpuan kaum wanita serta lelaki.
Bila tempat ini menjadi tumpuan, tidak rugilah para usahawan hotel-hotel di sekitar kawasan Jalan TAR. Kalau korang lalu di jalan yang popular ini, kiri kanan pasti ada hotel-hotel bajet yang menawarkan penginapan dan servis mereka dengan harga-harga yang berpatutan.
Meh nak suggestkan hotel-hotel yang boleh korang survey and book untuk memudahkan urusan shopping korang dengan hanya berjalan kaki di sekitar kawasan tersebut. Kalau penat boleh jalan kaki balik rehat dulu.
Swiss Hotel. Hotel ni terletak di hujung jalan Jalan TAR. Aku suggest hotel ni sebab luar and dalam dah direnovate baru dan ada tempat parking yang cukup untuk tetamu-tetamu hotel ni parking. Hotel ni ada beberapa pilihan bilik yang korang boleh pilih ikut saiz keluarga korang. Dari single bed room hingga family room.
Hotel bertaraf dua bintang ni menyediakan kelengkapan yang cukup contohnya television, WIFI dan beberapa lagi.
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman |
Adya Hotel. Hotel ni pun antara hotel yang boleh dikatakan baru and cantik. Adya Hotel terletak bertentangan dengan Swiss Hotel and berhampiran ZamZam Restoran. Hotel ni turut menyediakan kelengkapan dalam bilik yang lengkap dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman |
Lepas tu ada juga Premiera Hotel. Hotel ni tidak lah dikira bajet kalau dah nama pun hotel bertaraf empat bintang kan. Hotel ni betul-betul di sebelah Maju Junction Mall dan korang boleh lintas jalan terus ke SOGO. Tapi farah masih nak suggestkan hotel ni sebab mana tahu korang rasa nak hotel mahal sikit. Premiera Hotel ni baru je lagi dan ini lah tempat Amar Bahrin dan Amyra Rosli kawin uols hehe.
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman |
Akhir sekali Lotus Hotel. Lotus hotel ni kalau tak silap farah dah lama juga ia bertapak. Hotel ni terletak bertentangan Premiera Hotel dan sebaris dengan restoran cheese naan terkenal, RSMY. Kalau duk Lotus Hotel ni senang lah korang nak pekena cheese naan sebelum tidur.
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman |
Sebenarnya banyak sangat lagi hotel-hotel di kawasan Jalan TAR cuma ini je yang mampu farah suggestkan dalam penulisan kali ni. Korang boleh search sendiri di website Traveloka.com or apps. Ada promosi dan diskaun tu tak rugi korang guna hehe.
Selamat Hari Raya!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/