13 Feb 2017

Petua Hilangkan Cirit Birit Bayi

Kalau tanya semua ibu bapa bila masa yang paling susah jaga anak,  farah rasa semua pun pendapat sama. Masa anak sakit. Masa ni lah kita rasa biar lah kita yang sakit, biar lah kita yang tak sihat.

Sebagai ibu bapa kita mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. Sape tak nak anak sihat kan? 

Minggu lepas, farah cirit birit selama 4 hari. Ni lah yang paling teruk yang farah pernah alami. Sampai rasa nak pakai pampers haha. Alhamdulillah lepas tu farah ok. Rasanya silap makan. Sebab sehari sebelum tu memang ada beli daging bakar. Rasa dia lain dari biasa tapi farah makan sampai habis jugak. Sape suruh makan banyak. Padan muka. 

Sehari lepas farah sembuh, medina tiba-tiba tunjuk simptom cirit birit. Mula-mula dia muntah waktu tengah tidur. Kami ingat tak ada apa-apa. Ingatkan muntah susu je. Lepas tu muntah tak henti-henti. Minum sikit pun muntah. Makan minum apa-apa pun muntah.

Kami bimbang tak tau nak habaq. Pi klinik, doktor bagi ORS suruh minum sebab takut dehydrated. Masalahnya minum ORS pun muntah huhu. Hari kedua tu medina memang lembik, tak bercakap, baring je 24jam. Boleh kira berapa jam dia sedar, yang selebihnya tidur je. 

Banyak kali jugak kami pi klinik, tapi doktor kata tak cukup lembik untuk hantar ke Emergency. Sebab medina ni bila dok tempat baru, memang mata dia melilau. Dok rumah tak ada tenaga, tiba-tiba depan doktor boleh pulak dia melompat haha. Heran gila.

Lepas tu kami monitor sendiri je kat rumah, cuba jugak bagi ORS. Makan memang dah tak nak langsung. Sampai lah malam hari kedua tu, hubby telefon operator hospital untuk consult. Rasanya hospital sambung ke triage. Depa kata suruh pi emergency sebab masa tu medina dah demam sekali. Demam pun tak boleh control sebab makan ubat pun muntah balik. 
Sampai hospital macam biasa lah, medina start aktif hehe. Kepala tengok kiri kanan. Mulut dah pot pet pot pet sikit-sikit. Tapi doktor masukkan air jugak sebab dah sehari tak minum dan tak kencing. Nak masuk air ni pun kesian. Kita orang tua pakai branula pun sakit, apatah lagi budak kan. Meraung lah. Kita yang tengok ni dalam hati meraung sekali.
Masa tengah masuk air, tidur tak sedar sebab penat sangat.
Bila anak sakit macam ni korang google tak cara nak atasi sakit? Mesti ada google kan? Haa..farah pun sama hehe. Bila google, farah jumpa petua untuk atasi/ mengurangkan cirit birit untuk bayi atau kanak-kanak.

Petua ni farah dapat dari blog Malysianwow. Kopipes je bagi korang baca.


Jika bayi mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. (Jika susu formula hendaklah cairkan susu dari biasa).

Cuba berikan beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. 

Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit tanpa arahan doktor kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.

Selagi bayi tidak muntah-muntah dengan kerap, boleh berikan makanan pejal. Jika bayi berusia enam bulan atau lebih, boleh berikan makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. 

Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan nyahhidrat. 

Ibu bapa perlu memberi lebih perhatian pada perubahan keadaan anak jika berlarutan segera membawa anak ke klinik berhampiran jika masalah cirit-birit berlanjutan.

Antibiotik jarang diberi untuk kes cirit-birit akut kecuali dalam kes tertentu. Ada kalanya antibiotik itu sendiri boleh menyebabkan cirit-birit.

Ubah pemakanan anak buat sementara waktu dengan memberinya makanan lembut seperti bubur, susu tanpa laktosa, bijirin, yogurt, buah-buahan seperti pisang dan sayur celur.

Beri air rebusan nasi kepada anak. Cara menyediakannya mudah, masak nasi sehingga menjadi bubur dan ambil airnya. Sejukkan air ini (atau sehingga suam) dan berikannya kepada anak anda.

Antaran minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa cirit-birit ialah:
  •         Garam Oral Rehidrasi (ORS)
  •         Susu ibu
  •         Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
  •         Sup
  •         Air nasi (air didih)
  •         Air buah-buahan
  •         Teh cair
  •         Air kelapa muda
  •         Perbanyakkan meminum air masak 


Ini ada beberapa petua untuk hilangkan cirit-birit sekadar untuk rujukan. Boleh cuba. Tapi jika berlarutan kene dapatkan rawatan doktor cepat-cepat.



1.  1 sudu tepung gandum dibancuh dengan segelas air suam. Bila semua sudah larut boleh la diberi bayi minum. Boleh juga masukkan dalam botol susu, supaya senang minum. InsyaAllah, cirit-birit akan sembuh. Boleh diamalkan untuk semua peringkat umur. 

2.  Rebus kentang sehingga empuk tanpa ditambah garam atau perisa lain dan dimakan. InsyaAllah, cirit birit akan hilang bersama najis.


Ni lepas balik dari hospital. Masa ni medina segar sikit dah, dah mula nak main. Tengok katil kami memang tak pasang cadar masa ni. Sebab medina dok muntah je selalu. Kejap-kejap kena tukar cadar hehe.

Jadi petua mana farah guna? 
Sebenarnya farah nak bancuh tepung gandum, tapi tepung gandum kat rumah expired tak sempat nak beli hehe. Nak rebus kentang, tapi medina tak nak makan, nanti tak leh makan jugak.

Akhirnya, ape yang kami buat?

Kami bagi susu setiap sejam. Tapi susu kena cairkan dan kami kurangkan kuantiti. Misalnya biasa bagi 6oz setiap 2 jam, tukar je 3oz setiap sejam. Untuk bancuhan susu pulak kurangkan bilangan senduk susu. Contohnya biasa 2oz air=2 sudu, tukar ke 2oz air=1sudu.

Alhamdulillah bila buat macam ni medina tak muntah. Walaupun selera makan masih tak ada, sekurang-kurangnya dia ada minum air jugak. Sekarang dia dah makin sihat. Seminggu cirit berat turun 600g jugak lah. 

Lepas ni kami kena beringat jugak. Kena jaga kebersihan lebih mantap lagi tambah-tambah bila kami sendiri yang sakit.

59 comments:

  1. anak saya pun cirit birit jugak..Tapi peliknya dia cirit birit bila nak dapat upah..Cirit birit dia berbau masam dan berketul2 sikit..Orang tua kata nak beralih bulan..Tapi tulah kesian bila dia kerap cirit..Memang dari umur dia 3 bulan sehinggalah nak masuk dua tahun ni,nak dapat upah mesti kena cirit birit dlu..pergi klinik pun dapat ubat kapur,macam tak jalan,last2 baik sendiri je..Cuma kurangkan susu formula je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. bila baca memang kena kurangkan susu formula. sebab tu kami cairkan susu tu.

      Delete
  2. thanks for the tips. anak sy pun kdg2 kena cirit birit gak. byk kali kena tukar diapers.
    BTW, abam kie follow your blog. no 125. tq.

    ReplyDelete
  3. Skrg anak saya sedang cirit birit... dh buntu sbb xnk mkn n minum... cuma minum susu formula je. Lepas ni kna kurangkn kepekatan susu. Dh cuba mcm2 petua

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kena cuba kurangkan kepekatan susu. Waktu cirit ni banyak air dalam badan hilang. Kena pastikan minum juga susu.

      Delete
    2. salam sis klu anak yg tak menyusu ada petua tak nak hentikan cirit birit

      Delete
  4. ank sy pon byk hari dah cirit birit esok nk try yg bancuh tepung tu...moga2 berhasil tq tip2 yg d beri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ank saya umur 2bulan..boleh X amalkan bancuhan tepung gndum

      Delete
    2. Sis ank saya umur 2bulan..boleh X amalkan bancuhan tepung gndum

      Delete
  5. Ank sy pn cirit birit.. dh berhari jgk dh.. pening kepala pkir.. ank sy mnyusu bdn.. yg pelik nye ank x muntah or dmm tu smua.. mkn n mnum still ok lg..kenapa yer gitu?? Hrtu dh bwak p klinik doktor bg ORS tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan minum ok, rasanya tak risau sangat. Yang kita risau sebab dah banyak membuang, tapi minum tak. Nnt dehydrated.

      Cirit yang lain kot? Doktor kata apa?

      Delete
    2. Assalamualaikum..Sy pon ade mslh yg same.. Anak sy 7bln start ari sabtu ritu kne cirit birit.. Biasa la ibu² mesti akan menggoogle cara mengelakkan cirit birit.. Smpi laa skg anak masih cirit.. Ari isnin semalam pukol 2pagi sy pegi Klinik idham. Tp doc tu ckp kemungkinan anak nk tumbuh gigi.. Mmg ade kene mengena ke ngn cirit?? Doc bg ubat angin ngn cirit.. ORS doc xbg pon. Anak sy xmuntah pon.. Masih bole mkn ngn minum.. Sy bg byk minum air masak. Ubat pon da bg.. Tp masih cirit.

      Delete
    3. Setahu saya gigi nak tumbuh tak menyebabkan cirit. Kepercayaan dulu2 mmg ada juga yang kata macam ni. Tapi secara saintifik tak ada bukti. 7 bulan masih kecil lagi puan. Bimbang juga bila baby cirit lama2. Harap baby cepat sembuh.

      Delete
  6. Kecian kn budak2.. My baby pun cirit birit.. Dok bagi garam n ubat ciritbirit.. Hari ni dah masuk 2 hari. Tak tau nak buat apa.. Esok nak bagi minum air kelapa. Semoga cepat sembuh semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. kesian. Kalau cirit + muntah lagi lah tak tahu nak buat ape. makan ubat pun muntah balik

      Delete
    2. bayi sy dh 2 weeks cirit..start muntah2 last week..cek xd denggi...dktr bg ors n antibiotik..minum ors n antibiotik sama ubt demam..muntah balik..minum susu pon makan xnk..harini sy cuba bg susu fm cair br nmpk xmuntah..lepas tu cuba trus cuba tips sis air tepung nie.harap2 stop lah cirit dia ..ksian...bdan dh kurus sngat...😢😢

      Delete
    3. bayi sy dh 2 weeks cirit..start muntah2 last week..cek xd denggi...dktr bg ors n antibiotik..minum ors n antibiotik sama ubt demam..muntah balik..minum susu pon makan xnk..harini sy cuba bg susu fm cair br nmpk xmuntah..lepas tu cuba trus cuba tips sis air tepung nie.harap2 stop lah cirit dia ..ksian...bdan dh kurus sngat...����

      Delete
  7. Baby I baru 5 bulan, blh beri minum air rebusan nasi ke. Kesian dia , bila minum susu, keluar bawa pula. Dah pe klinik , dah cheack darah. Semua ok

    ReplyDelete
  8. Baby I baru 5 bulan, blh beri minum air rebusan nasi ke. Kesian dia , bila minum susu, keluar bawa pula. Dah pe klinik , dah cheack darah. Semua ok

    ReplyDelete
  9. kalau 5 bulan tak berani nak bagi sis. kecil lagi tuu

    ReplyDelete
  10. Bayi saya baru setahun..kene cirit sejak jumaat lepas..da bwk g kinik tp masih cirit lg..doc bg ubat cirit..sy risau nak bg..ok ke utk bayi makan ubat cirit? Buntu gak fikir kan hal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke ubat cirit? kalau ORS tu tak ape bagi dekat baby. kalau ubat lain saya tak pasti

      Delete
    2. Mmg ad ubt stop crit. Kaolin nma di kotk. Klu g klnk swsta ad dr y akn bg ad dr x bgi. Klu plak baby bwh 1 years biasa dr akn soh bg ors je. N ad dr cdgkn smecta. Blh u smue prgkt umur. Tpi x dlgkkn mkn ubt u stop crit. Sbb nt kumn x kuar abs.. Ank sy pon crit. Dlu sebb ssu. Alah ssu lmbu. Dh strat soya 1 bln tbe2 crit dh nk msok 7 hri. Bert drop tpi still aktf. Bntu nk selesai kn mslh

      Delete
  11. Salam. Baby saya pun cirit birit.. kerap pulak tu.. wrne kuning..ketul2 cair..dan blendir.. lgi sminggu nak masuk setahun.. biasalah org akan ckp..najis nak dpt pemadai.. sy buntu dh.. makan minum xde masalah.. susu fm pun okay.. yg kesian nye kdg2 dia terkentut pun blh tkincit sikit .. tolong saya..

    ReplyDelete
  12. Salam anak sy pun mgalami cirit birit ni.. mkn minum smua ok..susu pun ok. Sy dh cairkan susu dia jgk. Najis dia skrg kuning dn bketul2..dn blendir.. org tua kata beralih bulan. Anak sy lg sminggu nak masuk setahun. Boleh ke kita bg smecta? Ke ada cara lain?

    ReplyDelete
  13. Salam. Baby saya pun cirit birit.. kerap pulak tu.. wrne kuning..ketul2 cair..dan blendir.. lgi sminggu nak masuk setahun.. biasalah org akan ckp..najis nak dpt pemadai.. sy buntu dh.. makan minum xde masalah.. susu fm pun okay.. yg kesian nye kdg2 dia terkentut pun blh tkincit sikit .. tolong saya..

    ReplyDelete
  14. Tq... Best baca penceritaan puan...

    ReplyDelete
  15. anak saya pun cirit birit.. umur dah nak masuk setahun.. harini dah masuk hari ketiga dia cirit birit.. semalam pi klinik doc bagi ubat angin,ors n ubat sapu sebab dah melecet kat bontot.. kesian sangat.. asik mengamuk ja dia.. menjerit, susu pun tak mau sangat.. nanti nak cuba petua tepung tulah.. kot menjadi..

    ReplyDelete
  16. Ank 1 thn 8 bln da 5 hari cirit..mula2 tu muntah...pastu cirik...da pegi klinik hri 3 dia bg ubt kembong n ubt ors..tp skrg msh cirik...xmkn plk tu...just mnum air msk n susu bdn je.. hty ibu mana la yg x rusing...sedih tgk ank yg biase blri2 tiba2 lesu..doakan ank sy sembuh...

    ReplyDelete
  17. Anak sy cirit birit dari hari ahad smpai sekarang, mkn susu semua ok tp setiap kali lepas susu mesti cirit birit..kesian tgk..hari ni buntut dah merah n melicit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buntut merah sy selalu letak minyak baby johnson kt sekitar yg merah tu.. Xyah letak loisyen.. Insyaallah

      Delete
    2. Same goes to my doter..minum susu je cirit..xde masalah lain..knpe yer? Sy pun buntu asyik tukar2 susu je..

      Delete
    3. Same goes to my doter..minum susu je cirit..xde masalah lain..knpe yer? Sy pun buntu asyik tukar2 susu je..

      Delete
  18. Nak tnye ubt ors Ada jenis untuk peringkat umur ke? Semua Sama je Kan. Baby 10 bulan blh minum x

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya dapat dari klinik tu sama je dengan yang dewasa

      Delete
  19. Salam sy nak tanya..anak sy 5bln nak cirit birit 4hari dh...dy minum susu formula..tapi sy x paham sgt cara nk buat susu yg mcm sis farah tulis tu..mcm anak sy minum susu guna botol yg kecik sederhana biasa susu 3scop n air penuh ikut botol tu..kalu sy nk ikut mcm sis buat contoh sy buat mcm ni lah yer..susu sy letak 2scop n air tu stgh or penuh botol susu tu..tlg bagi pencerahan sbb sy mmng xtahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak senang faham macam ni. Ikut cara awak bancuh ya. Air jgn ubah jumlah dia, susu pula jadi separuh. Kalau sblm ni susu awak letak 3 scoop. Tular jadi 1.5 scoop

      Delete
  20. Salam semua..ank sy sdg alami skrng..umur 14bln..hari ni msk hari ke 5..doc bg ors,smecta,probiotic n krim sapu,sudocream...yg lain ok dia mkn kecuali smecta..rasa kapur kot..makan minum still nak..muntah blom ada lg..najis dia belendir n ada campuran darah..x byk tp still nmpk..bau najis mcm telur busuk..risau sgt sbb dah byk hari..doakan ank sy ya semua..tq

    ReplyDelete
  21. Assalam , baby sy 5bulan 2 minggu baru lps ambil injection imunisasi semalam. Hari ni dia cirit birit (najis + lendir + setitik 2 darah cair.) Xda muntah.dia minum susu formula sepenuhnya.
    Boleh ke sy gunakn petua tersebut? Apa pandangan mommy semua?

    ReplyDelete
  22. baby sy pon cirit birit da lbh 3 hr. pergi klinik dr bg air garam dgn ubt skit prt... ingat nk.try bg kentang mcm y puan share tu.. nk bg air tpg xberani.. hehe baby br msk 6 bln 2hr lpas..

    ReplyDelete
  23. salam....ank saya xnk mnum ors...klu cmpur dlm ssu die mnum boleh ke...

    ReplyDelete
  24. masa ni umur anak bape? anak sy setahun sebulan. pon tgh cirit birit. br smpai jakarta 4 hari. risau sbb hygiene kat sini juga. makan nak tp pastu dia akan cirit. lama2 mkn pon dia takut. tp susu ok lagi dia nak. minum air kosong pon nak. kalau mcm ni xyah gi klinik dlu ke?

    ReplyDelete
  25. Anak sy pon skrg tgh cirit birit. Baru tau kena cairkn susu formula. Dia bru 5bulan. Kesian muntah muntah and cirit birit

    ReplyDelete
  26. Sis..anak sy dah 4 hr cirit.. umur 3 bulan. Sy rasa punca anak cirit sbb hr tu sy mkn jamu,,2biji..selalu 1 biji.. pagi tu sy mkn jamu 2 biji.. tengahari tu baby stat cirit.. pergi klinik..doktor x bg apa2 ubat..doktor suruh bykkan menyusu saja.. tapi..lps je menyusu badan..anak berak.. risau nya sy sis.. umur 3 bulan blh minum air gandum ke sis...

    ReplyDelete
  27. Anak sy umur 1 tahun.. dia mengelami ceret beret dah masuk hari ke 3.. dah jumpa doktor. doktor bgi ubat buntut dn ORS.. menyusu tak ada masalah cuma selepas dia mneyusu dia muntah.. manakala ceret beret plak dln sehari sampai 7 _ 10 kali ceret beret... buntu nak fikir... tolong sis..

    ReplyDelete
  28. Best baca komen kt sini.ank saya pun cirit birit.msk hr ke 2.dah g klinik..skrg mcm mn nk bg tempt melecet tu cpt lega yer..sbb ubt sapu mcm x berkesan sgt...kesian plk nk bsh siap menjerit2 nangis.ank saya br nk msk 6 bulan

    ReplyDelete
  29. Ank saya 10 bulan..baru ari kedua cirit..smlm cirit dia kerap jugak smpi 4 kali..mmg kena cairkan susu kalau kes mcm ni..tp so far x muntah.risau hati mmglah..walaupun dia active.ari ni dua kali cirit..tp jarak cirit jauh..lps mkn bubur tadi..harap sembuh cepat..doc bg ubat cirit mcm kapur pink..yg tu takyah mkn eq?

    ReplyDelete
  30. Baby Saya Da 3 hari cirit. X muntah najisnya berlendir berketul2 mcm biji lada. Org tua kata nak beralih bulan. Tp bila cirit ni celah kelengkang pun melecet. Ada ke petua nak pulihkan melecet tu.

    ReplyDelete
  31. Baby Saya Da 3 hari cirit. X muntah najisnya berlendir berketul2 mcm biji lada. Org tua kata nak beralih bulan. Tp bila cirit ni celah kelengkang pun melecet. Ada ke petua nak pulihkan melecet tu.

    ReplyDelete
  32. anak saya umo setahun. nk bg air tepung gandum tp mcm takut2. mmg bg air tepung gandum tu semata2 ke boleh canpur dgn fm?

    ReplyDelete
  33. anak saya umo setahun. nk bg air tepung gandum tp mcm takut2. mmg bg air tepung gandum tu semata2 ke boleh canpur dgn fm?

    ReplyDelete
  34. Terima kasih pn farah.. betol laa tepung gandum tu. mak sedara penah buat utk anak b4 ni.. esok sya akn buat.. dah 2hari cirik.. tp xmuntah.. xnk mkn minum susu je.. ors pun skt ja dia minum.. betol ibu bapa mana xsusah hati anak sakit. Tq for ur info.

    ReplyDelete
  35. Tq pn farah.
    Baby sya nk masuk 6 bln.
    Demam panas dn cirit birit.
    Ni dh hari ke3 dh.
    Saya kesian buntut baby sya dh merah melecet.
    Pedih time nk basuh.
    Mase nk berak mmg dia menangis.
    Agaknya sakit perut.

    ReplyDelete
  36. tq Puan. tisp yang menarik. kalau anak kena cirit birit kadang tak tahu nk buat camna.

    http://www.dotneeda.com/2018/03/produk-paling-berkesan-untuk-hilangkan.html

    ReplyDelete
  37. Pn.farah nk tanye la..mase baby cirit birit tu pn bg susu ape yg cairkan tu?susu tanpa laktosa atau pun susu biase yg baby pn minum?mohon pn dpt reply sbb anak sy da seminggu cirit birit..😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bagi susu biasa yg medina minum. Cuma cairkan je

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign