30 Nov 2017

Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih

Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih || Masakan sayur lemak adalah salah satu lauk kegemaran farah. Tak kisah lah sawi, taugeh, kubis, petola, semua farah suka. Kali ini nak kongsi resepi sawi dan taugeh masak lemak putih. 
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sebenarnya farah masak sayur sawi dan taugeh masak lemak putih ini untuk habiskan taugeh. Kebetulan hari tu beli taugeh tapi tak habis. Nak simpan lama nanti tak elok. 

Farah memang jenis makan sayur banyak bila makan nasi. Rasa tak lengkap kalau sayur sikit hehe. Hubby pula bukan jenis yang wajib makan sayur. Kalau ada, dia makan, kalau tak ada, dia ok je. 

Tapi hubby cakap hari tu sedap juga masak lemak putih macam ini hehe. Bila fikirkan rupanya farah tak pernah masak sayur masak lemak. Lepas ini kena masak petola lemak putih pula. Nak juga tengok hubby makan atau tak kekeke. 

Sayur masak lemak ini senang dan cepat. Farah sarankan korang cuba lah. Kalau yang bujang pun baik cuba hehe. Senang yakmat orang kata. 

Jom masak sawi dan taugeh masak lemak putih!

SAWI DAN TAUGEH MASAK LEMAK PUTIH


Bahan-bahan:
Seikat sawi - potong panjang dan cuci
Segenggam taugeh - basuh
1 kotak santan
3 biji bawang merah - tumbuk
Sedikit ikan bilis - tumbuk
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Satukan bawang merah dan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama santan dan air. 

2. Masak dia atas api sederhana. 

3. Biarkan hingga hampir menggelegak, kemudian masukkan sawi. 

4. Masak sehingga sawi hampir lembut dan masukkan taugeh. 

5. Masukkan garam. 

*Jangan masak terlalu lama supaya taugeh tidak terlalu lembik. 

Siap!!
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sayur lemak macam ini memang senang dan cepat untuk masak. Makan pun berselera. Farah suka makan kuah masak lemak dan taruh kicap sikit. Sedappppp. Memang makan menambah dua pinggan hehe. 

Biasanya bila buat sayur lemak, farah akan buat sayur banyak walaupun kami cuma makan berdua. Sebab selalunya tak cukup sayur untuk kami kalau buat kuantiti untuk dua orang hehe. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign