14 Aug 2016

Makan Malam di Santai Cafe Langkawi

Assalamualaikum

Nama Santai Cafe kat Langkawi ni tak asing sangat. Ramai yang kenal cafe ni. Farah mula-mula ke sini masa kawan farah cadangkan. Katanya pisang goreng cheese kat sini sedap. Farah tak percaya sebab selalu beli pisang goreng cheese tak pernah sedap. Tapi farah dan hubby pi juga la dah orang beriya kata sedap.

Macam tak caya pulak mama tengok kamera hehe. Rasanya ni kali pertama selfie dengan abah mama. 

Sekali pi memang sedap! Terkejut kami haha. Tak tau lah ape resepi rahsia dia. Nampak biasa je tapi sedaaaaaaap. Kami pi lagi lepas tu memang sebab nak makan pisang goreng cheese je. Hehe. Servis kat sini memang tiptop. Layanan first class punya.

Kali ni kami pi sebab kak chik dah nak sambung belajar kat universiti. Sebelum pi tu belanja lah dulu. Hubby la belanja, bukan farah hihi. Sampai kat sana, salah seorang pekerja datang tegur abah. Rupanya anak murid abah dulu. Kecil je Langkawi ni. Senang nak jejak kasih hehe.

 Kali ni kami dapat pisang goreng cheese free!! Farah suka gila haha. Lain kali kena bawa abah mai lagi lah kekeke. Simple je kan pisang goreng cheese dia? Farah pernah beli yang warna-warni nampak menarik bagai tapi rasa tak sedap pun.
Kami jarang ambil gambar bertiga. Takde lagi gambar cantik bertiga rasanya.

Korang boleh follow page dia kat facebook. Instagram pun ada.
Chicken chop
Pan Grill Lamb Chop with Mushroom Sauce. Ni saiz jumbo.
Nasi Goreng Ayam
Mixed Rice in hot pot/ Bibimbap
Nak balik tu depa mai hulur guest book untuk abah tandatangan. 
Nak direction ke Santai Cafe bole tengok sini

Babai~
Baca Selanjutnya »

Gajah Untuk Medina

Assalamualaikum

Beberapa minggu sebelum ni farah ternampak orang share di facebook gambar anak patung gajah. Comel gila! Haha. Farah tengok gambar semuanya dengan baby tengah tido ngan gajah tu.

Ni sekali dengan selimut. Medina suka sangat selimut tu. Dapat je dia ramas-ramas

 Berkenan juga lah nak beli untuk medina. Kebetulan lepas tu farah nampak ada orang post pulak penjual anak patung gajah tu. Apa lagi farah pun whatsapp lah orang tu. Gajah yang farah beli dengan dia kena pre-order. Kena sabar jugak lah. Farah tak berapa gemar pre-order. Sebab selalu kalau pre-order, lepas tu barang dapat lambat. Tapi disebabkan nak jugak, farah order lah jugak. Farah ambil yang ada selimut sekali. Harga dia RM59. Kalau takde selimut harga dia RM49. Warna lain pun ada. Ungu, biru, kuning kalau tak silap. Tapi warna kelabu farah rasa paling cantik  hehe. 

Dapat kat abah dia, main macam ni lah haha

Kalau letak medina tepi gajah mesti dia tarik-tarik kaki gajah tu sambil buat bunyi "grrrrrr" Hihi

Gajah tak muat nak masuk katil medina. Jadi malam-malam farah lah peluk gajah ni kekeke.

Babai~


Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign