Assalamualaikum
Nama Santai Cafe kat Langkawi ni tak asing sangat. Ramai yang kenal cafe ni. Farah mula-mula ke sini masa kawan farah cadangkan. Katanya pisang goreng cheese kat sini sedap. Farah tak percaya sebab selalu beli pisang goreng cheese tak pernah sedap. Tapi farah dan hubby pi juga la dah orang beriya kata sedap.
|
Macam tak caya pulak mama tengok kamera hehe. Rasanya ni kali pertama selfie dengan abah mama. |
Sekali pi memang sedap! Terkejut kami haha. Tak tau lah ape resepi rahsia dia. Nampak biasa je tapi sedaaaaaaap. Kami pi lagi lepas tu memang sebab nak makan pisang goreng cheese je. Hehe. Servis kat sini memang tiptop. Layanan first class punya.
Kali ni kami pi sebab kak chik dah nak sambung belajar kat universiti. Sebelum pi tu belanja lah dulu. Hubby la belanja, bukan farah hihi. Sampai kat sana, salah seorang pekerja datang tegur abah. Rupanya anak murid abah dulu. Kecil je Langkawi ni. Senang nak jejak kasih hehe.
|
Kali ni kami dapat pisang goreng cheese free!! Farah suka gila haha. Lain kali kena bawa abah mai lagi lah kekeke. Simple je kan pisang goreng cheese dia? Farah pernah beli yang warna-warni nampak menarik bagai tapi rasa tak sedap pun. |
|
Kami jarang ambil gambar bertiga. Takde lagi gambar cantik bertiga rasanya. |
|
Korang boleh follow page dia kat facebook. Instagram pun ada. |
|
Chicken chop |
|
Pan Grill Lamb Chop with Mushroom Sauce. Ni saiz jumbo. |
|
Nasi Goreng Ayam |
|
Mixed Rice in hot pot/ Bibimbap |
|
Nak balik tu depa mai hulur guest book untuk abah tandatangan. |
Nak direction ke Santai Cafe bole tengok sini
Babai~
sedapnya ! terliur tgk
ReplyDeletePisang goreng cheese tu memang sedap!!
Delete