12 Jun 2018

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman || Dah Shopping Raya Ke Belum? Seloka Hari Raya, Menjelang Hari Raya, Suasana Hari Raya, Suatu Hari Di Hari Raya, Suasana Riang Di Hari Raya. Haaa korang! Macam-macam lagu raya dah mula dimainkan di stesen-stesen radio, pusat membeli-belah and juga di pejabat. Korang dah prepare nak raya ke belum? 

Tak berapa hari lagi dah nak raya. Baju raya dah ada? Kasut raya dah ada? Kuih-muih raya dah ada? Langsir raya? Ada yang suka hantar baju raya di kedai jahit sebab lebih selesa katanya. Tapi kalau hantar jahit, tailor pula ambil tempahan awal-awal je. Yang tak sempat nak ke  tailor ni kena la pergi cari di pusat membeli-belah. 

Cuba korang sebutkan satu tempat yang memang popular sangat untuk membeli belah terutamanya bila dekat nak sambut hari raya aidilfitri ni

Jalan Tunku Abdul Rahman! Tepat sekali!

Lebih dikenali sebagai Jalan TAR, tempat ni merupakan sebuah titik tumpuan kebanyakkan orang bila nak mencari pakaian tak kira lah apa musim. Tapi bila nak raya aidilfitri, makin menjadi-jadi kesesakan di Jalan TAR ni. 

Sampai diri sendiri dah putus asa nak masuk atau cuma nak lalu di mana-mana jalan berdekatan kawasan Jalan TAR pada musim-musim nak dekat raya. Bukan je orang-orang KL atau orang-orang yang bermusafir di KL datang sini untuk mencari pakaian. Malah rata-rata orang dari seluruh peninsular Malaysia ni akan datang ke sini pada hujung minggu untuk mencari pakaian raya.

Sebab apa ye? 

Sebabnya bermacam-macam jenis design dari pelbagai designers punya pakaian ada dijual di sekitar kawasan Jalan TAR dengan harga yang berpatutan. Selain itu, terletak tidak jauh dari Jalan TAR, ada pula sebuah gedung pakaian siap dan kain pasang iaitu JAKEL Mall yang menawarkan design-design cantik yang menjadi tumpuan kaum wanita serta lelaki.

Bila tempat ini menjadi tumpuan, tidak rugilah para usahawan hotel-hotel di sekitar kawasan Jalan TAR. Kalau korang lalu di jalan yang popular ini, kiri kanan pasti ada hotel-hotel bajet yang menawarkan penginapan dan servis mereka dengan harga-harga yang berpatutan.

Meh nak suggestkan hotel-hotel yang boleh korang survey and book untuk memudahkan urusan shopping korang dengan hanya berjalan kaki di sekitar kawasan tersebut. Kalau penat boleh jalan kaki balik rehat dulu.

Swiss Hotel. Hotel ni terletak di hujung jalan Jalan TAR. Aku suggest hotel ni sebab luar and dalam dah direnovate baru dan ada tempat parking yang cukup untuk tetamu-tetamu hotel ni parking. Hotel ni ada beberapa pilihan bilik yang korang boleh pilih ikut saiz keluarga korang. Dari single bed room hingga family room. 

Hotel bertaraf dua bintang ni menyediakan kelengkapan yang cukup contohnya television, WIFI dan beberapa lagi. 

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Adya Hotel. Hotel ni pun antara hotel yang boleh dikatakan baru and cantik. Adya Hotel terletak bertentangan dengan Swiss Hotel and berhampiran ZamZam Restoran. Hotel ni turut menyediakan kelengkapan dalam bilik yang lengkap dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan. 

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Lepas tu ada juga Premiera Hotel. Hotel ni tidak lah dikira bajet kalau dah nama pun hotel bertaraf empat bintang kan. Hotel ni betul-betul di sebelah Maju Junction Mall dan korang boleh lintas jalan terus ke SOGO. Tapi farah masih nak suggestkan hotel ni sebab mana tahu korang rasa nak hotel mahal sikit. Premiera Hotel ni baru je lagi dan ini lah tempat Amar Bahrin dan Amyra Rosli kawin uols hehe. 

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Akhir sekali Lotus Hotel. Lotus hotel ni kalau tak silap farah dah lama juga ia bertapak. Hotel ni terletak bertentangan Premiera Hotel dan sebaris dengan restoran cheese naan terkenal, RSMY. Kalau duk Lotus Hotel ni senang lah korang nak pekena cheese naan sebelum tidur.

Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman
Hotel-hotel Berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman

Sebenarnya banyak sangat lagi hotel-hotel di kawasan Jalan TAR cuma ini je yang mampu farah suggestkan dalam penulisan kali ni. Korang boleh search sendiri di website Traveloka.com or apps. Ada promosi dan diskaun tu tak rugi korang guna hehe.

Selamat Hari Raya!








Baca Selanjutnya »

1 Jun 2018

Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals

Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals || Alhamdulillah dah separuh Ramadhan. Rasanya radio pun dah mula pasang lagu raya. Feeling-feeling raya dah ni hehe. 
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Macam mana persiapan raya korang? Baju dah beli? Tudung? Kasut? Handbag? Cukup lengkap tak? Farah beraya biasa je. Baju pun beli siap. Tak tempah pun. Hubby pun sama. Mesti warna baju kami tak tona tak sama macam tahun-tahun sebelum ni haha. 

Kasut pula farah belum beli. Tak tahu lah nak beli baru ke tak. Rasa macam tak beli. Handbag, tak pernah lagi farah beli handbag raya haha. Tapi tengok kawan-kawan ada beli handbag raya, jadi farah rasa korang mesti beli juga kan?

Bonus Raya! Paling ditunggu-tunggu tiap kali raya memandangkan dah tak ada orang kasi duit raya hehe. Tapi tahun ini farah tak dapat bonus raya sebab gred 41 dan ke bawah je yang dapat. Haha. Takpe lah rezeki orang lain kali ini. 

Yang tak dapat bonus tu tak perlu sedih-sedih, marah-marah. Meh sertai Shakin’ Deal dari Lazada ini hehe. Dapat juga duit raya kan?

Lazada Shakin’ Deals bermula 22 Mei 2018 hingga 4 Jun 2018 sahaja. Shakin’ Deals ini diadakan sempena kempen Riang Ria Raya Lazada. Korang boleh menang sehingga RM50 baucar duit. Banyak tu. Dah tua ini sape lah nak kasi duit raya RM50 kat kita haha. 

Setiap hari ada tiga kali untuk kita main game ini. Pukul 5.30 pagi, 12.30 tengahari dan 9.30 malam. Ha, lepas sahur tu boleh lah cuba sekejap. 

Kalau farah, farah buat alarm siap-siap sebab takut terlepas haha. 

Macam mana cara nak sertai Lazada Shakin’ Deals?


Senang je. Mula-mula korang download aplikasi Lazada (kalau belum download). 
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Lepas tu sign up untuk akaun korang kalau belum pernah sign up. Kalau dah ada akaun, log in je macam biasa. 
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Tunggu waktu game macam yang farah sebut tadi. Ada tiga kali sehari.
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Goncang handphone korang!!
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals

Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals
Lazada Riang Ria Raya Shakin' Deals

Senang kan? Setiap sesi korang boleh cuba 5 kali.

Untuk lebih maklumat, boleh tengok terma dan syarat Shakin' Deals di sini.

Game Page Lazada Shakin' Deals pula korang boleh tengok sini.

Oh ya. Lazada pun ada video raya tau. Boleh tengok kat sini



Selamat mencuba!!

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign