30 Apr 2017

Medina Cek Gigi di Klinik

Dah lama farah teringin nak bawa medina cek gigi di klinik. Bukan tak pernah pi. Pernah. Cuma masa baby, farah yang dukung dia. Belum pernah merasa baring atas dental chair.

Medina agak suka gosok gigi. Alhamdulillah. Nasib baik lah. Tapi dia sangat tak suka orang cek mulut dia. Nak tengok kemain susah. Menggelepar, menjerit. Semua ade. 


Biasanya kalau dia tak bagi farah cek pun farah cek je haha. Lepas dah tak cek dia berhenti la nangis. 

Minggu lepas bertekad nak bawa cek gigi di klinik hubby kerja. Farah nak dia cek dengan nurse. Tak nak kami cek sendiri. 

Sampai je klinik, tengok pesakit kanak-kanak punya lah ramai. 

Tunggu punya tunggu sampai pesakit yang sebelum kami. Tiba-tiba hubby mai kata dia nak cek kan. Haha. 
Akhir sekali hubby juga yang cek gigi medina.

Oh lupa. 

Gigi atas medina tumbuh lambat. Sehari sebelum bawa cek gigi, farah perasan dia baru tumbuh. 

Cooperative tak?

TAK. 

Tak mau baring pun haha. Pastu farah kena pegang dia, baru hubby boleh cek. Mujurlah gigi tak banyak, cepat sikit siap cek. Tu pun nangis. 



Baca Selanjutnya »

29 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Telur Masak Kicap

TELUR MASAK KICAP
Testing The Cookbook || Resepi Telur Masak Kicap
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji cili merah - dihiris kasar
1 labu bawang besar - dihiris kasar
½ cawan kicap
2 sudu makan sos tomato
1 pokok daun sup - di potong pendek
½ cawan minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur satu per satu. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili merah.
3. Masukkan kicap dan sos tomato. Kacau rata.
4. Apabila mendidih, masukkan daun sup dan tutupkan api.
5. Tuangkan diatas telur goreng tadi.
6. Sedia dihidangkan.

Komen Farah
Testing The Cookbook || Resepi Telur Masak Kicap
Resepi ni adalah salah satu resepi senang. Sesuai untuk orang bujang atau kalau macam farah dan hubby makan berdua. Simple je masak. Tidak rumit sangat.

Tengok gambar dalam buku dan yang farah masak, lebih kurang sama. Hehe. Ok lah kan?

Hubby kata tak sama dengan farah selalu masak. Memang la tak sama, dah resepi tak sama. Haha. Tapi hubby kata sedap, nanti boleh buat lagi.

Jom buat Telur Masak Kicap!

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

28 Apr 2017

Tak Sabar Nak Ke Korea!

Tak Sabar Nak Ke Korea!Minggu ni kerja cuma 3 hari. Tapi penat nya ya Allah tak tau nak kata. Rabu hari tu ramai orang ambil emergency leave. Ada pulak yang MC. Tinggal farah terkontang kanting.

Masa tak cukup orang ni lah pesakit mai berpusu-pusu. Sakit belakang, sakit tangan, semua ada. Kalau klinik ada katil, lama dah farah pi lena waktu rehat hehe.

Hari kerja dah lepas, sampai lah masa yang di tunggu-tunggu. Jeng jeng jengg.

KOREA!!

Sehari je lagi nak pi. Tak sabaqqq! Farah dah research habis makanan apa yang nak cari nanti, tempat mana nak pi. Adik farah pun dah pesan-pesan dah barang apa nak suruh beli. Hihi.

Rasa macam tak percaya dah nak pi dah. Sebelum ni dok tengok countdown dari setahun, berbulan, berhari sampai lah hari ni. Tiba-tiba rasa kejap pulak. Minggu ni ayat ni lah yang farah dan hubby selalu cakap, 'eh, kita nak pi Korea dah". Hehe.

Perasaan bercampur baur pulak. Excited ada. Takut pun ada. Nak bawa budak kecil pi jalan-jalan bukanlah senang. Macam-macam nak kena sediakan. Rasa macam kami usung satu rumah pi melancong hihi.

Kalau dibandingkan, barang medina jauh lagi banyak dari barang kami. Pampers saja dah satu beg besar haha.  Tu belum masuk baju, botel susu, makanan lagi.

Korea, mu tunggu aku datang. Doakan kami selamat pi dan balik ya.
Baca Selanjutnya »

27 Apr 2017

Buah Tak Tahu Nama

Bulan lepas, farah tengok kat facebook kawan ada post gambar colek buah. Auuuu terlioq oi. Nampak macam buah star. Biji warna ungu.
Masa kecil dulu, belakang rumah kami di Jerteh ada pokok star. Memang kami selalu panjat. Lepas tu kena marah dengan tok sebab tok kata perempuan tak boleh panjat pokok. Haha.

Semalam staf hubby bawa kan buah ni sebab farah minta. Yayy! Dapat juga lah merasa. Tapi depa kata bukan buah star.

Gemia.

I was like, apakah?  Haha. Tak pernah dengar pulak nama gemia. Farah google pun tak jumpa. Bila google buah star baru lah ada.

Hari ni bawa buah ke klinik, nak bagi orang rasa sekali. Ada pulak nama baru dalam tamil.

Mandengga.

Haha. Macho betul nama tamil dia.
Tapi yang ni biji nya bukan warna ungu. Jadi bukan buah star la kot.

Ha, sape boleh confirmkan buah apa?
Baca Selanjutnya »

Air Purifier Yang Sangat Best!

Korang ada tak masalah bilik bau hapak? Nak duduk dalam bilik pun tak selesa. Tak kan nak sembur febreze 24 jam kan?

Masa farah pi tabung haji sebelum ni, farah perasan ruang menunggu tu bau segar sangat. Memang best nak duduk. Bau segar tu macam mana? Nak cerita pun tak reti hehe. Tapi sedap lah baunya. Masa tu farah perasan ada mesin dekat meja ruang menunggu tu. Apa lagi, farah pi la jenguk.
Air purifier rupanya. Comel pulak tu. Bentuk dia bulat, ada penutup bekas bentuk daun hijau dan ada lampu LED warna biru.

Balik rumah terus farah cari kat Lazada. Jumpa sebiji macam kat Tabung Haji hehe. Terus order.
Bila dah sampai terus farah pasang. Mula-mula farah tak ada aromatherapy lagi. Jadi farah sembur perfume dalam air dia. Mak aih wangi bilik lepas tu. Buka je pintu bilik, semerbak bau. Memang tak menyesal beli. 
Sekarang ni cuma masalah nak cari aromatherapy untuk letak dalam ni. Dah cari dekat mall pun tak jumpa. Tanya Body Shop, depa pun tak tau apa aromatherapy oil. Aiyoo. Ada cadangan tak kat mana nak cari aromatheraphy?
Baca Selanjutnya »

26 Apr 2017

Resepi Nasi Goreng Planta

Teringat waktu muda mudi. Waktu masih lagi bergelar seorang pelajar hehe. Dulu farah dan hubby belajar sekali di universiti. Sama course sama batch. Farah kawan rapat dengan hubby dari Tahun 1 hinggalah tahun akhir pengajian kami.
Resepi Nasi Goreng Planta
Dari Tahun 1 lagi, farah memang lebih suka study di perpustakaan. Kalau nak kira, jarak perpustakaan ke desasiswa farah jauh. Tapi gigih jugak pi sana nak study. Sebab bagi farah, tempat yang ada katil adalah tak sesuai untuk study. Tak boleh fokus. Ada je mai bisik suh lena nanti hehe. Tapi ni pendapat farah lah. Kalau korang memang boleh study atas katil, bagus lah. Farah tak boleh.

Bila dah masuk tahun 4 dan tahun akhir, dah masuk klinikal masa makin suntuk. Waktu nak study pun kena pandai-pandai cari masa. Jadi, farah tak keluar makan malam sebab nak jimat masa. Tapi bila tak makan, lapar pulak. Nak study tak boleh fokus. Ha, nampak tak masalah dia hehe.

Masa ni lah hubby mula masak untuk farah. Ala, korang dok asrama mesti semua bawak rice cooker kan? Masak dalam tu je. Hubby akan bawa nasi goreng yang dia masak ni, dan kami makan sama-sama sebelum masuk perpustakaan. Bagiuh betul laki ai hihi.

Nasi yang hubby masak ni simple je. Nasi, planta, sosej, perencah nasi goreng ayam. Tapi cukup sedap. Sampai sekarang pun kadang-kadang kami berdua mengidam nasi goreng ni.
Resepi Nasi Goreng Planta
Farah ada juga masakkan nasi goreng ni untuk hubby bawa bekal kerja kadang-kadang. Sebab resepi nasi goreng ni memang senang. Pakai perencah je hehe.

Resepi ni sesuai untuk korang yang nak masak cepat, ekspres, simple. Cuba lah hehe.

NASI GORENG PLANTA

Bahan-bahan:
Nasi untuk seorang makan
1 batang sosej - dipotong dadu
1 biji telur
1 paket kecil perencah nasi goreng ayam Seri Aji
1 batang cili merah - dihiris nipis
1 sudu besar planta

Cara-cara:
1. Panaskan planta hingga cair. Guna api sederhana.
2. Masukkan sosej dan cili merah yang dah siap potong. Kacau sehingga masak.
3. Pecahkan telur. Biarkan sedikit masak sebelum dikacau hancur.
4. Masukkan nasi. Kacau rata.
5. Masukkan perencah nasi goreng. Kacau rata.
6. Angkat dan boleh di hidang.

Resepi Nasi Goreng Planta
Masa belajar dulu hubby cuma letak sosej je dalam nasi. Sekarang je farah tambah telur dan cili merah. Kadang-kadang kacang panjang kalau ada. Korang boleh tambah apa-apa je yang korang nak.

Perencah tu pulak ikut korang la nak pakai brand apa. Farah memang suka Seri Aji perisa ayam hehe.

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

25 Apr 2017

Medina Mengamuk Tak Nak Balik Rumah

Memandangkan semalam cuti umum, hubby ajak kami ke pantai. Duduk di Langkawi ni orang kata senang nak ke pantai. Dekat je. Sekeliling ada pantai. Betul juga apa orang kata tu. Tapi bagi farah, tak semua pantai boleh bawa kanak-kanak. Ada beberapa pantai kat sini yang terkenal dengan bahaya dan tak digalakkan mandi.
Siap bawak senduk nasi.

Farah sendiri pun selalu dengar kes lemas kat sini. Korang jangan ingat tak ada kes. Adaaa. Jadi kalau korang plan nak mandi manda kat Langkawi, survey dulu tempat tu selamat atau tak.

Ok berbalik pada cerita farah. Farah ada juga terbaca yang main pasir ni bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak kenal tekstur yang berlainan. Bagi tangan dia rasa, bagi kaki dia rasa (dalam kes medina, mulut dia rasa sekali). Sebab ni lah kami nak bawa medina bermain di pantai.

Perjalanan nak ke Pantai Kok dari rumah kami mengambil masa 10-15 minit. Tapi farah rasa sangat lama sebab jalan simpang siur. Pening kepala oii.  Pantai Kok sekarang cuma ada setengah kawasan yang dibuka untuk orang awam. Jalan masuk pun sempit. Hari tu kami pi tapi tak jumpa jalan masuk. Ada orang kata pantai dah tak dibuka untuk orang awam lepas ni. Betul atau tak, farah pun tak tahu.
 
Disebabkan plan tiba-tiba, memang tak bawa makanan langsung. Kami cuma pi untuk main je.  Sampai kat sana, baru perasan tak bawa tikar. Haha. Padahal tikar piknik ada 2 kat rumah. Hentam sajalah duduk atas pasir.
Awal-awal turun kereta, medina tengok je sekeliling. Cek kawasan dulu kot. Hehe. Lepas tu kami bawa dia main pasir. Seronok betul tengok dia kepal-kepal pasir.
Air kat sini ada benda macam hampas. Hitam-hitam. Jadi air tak nampak bersih sangat. Cukup bersih untuk main, tapi tak ada lah bersih macam swimming pool hehe.
Lepas dah main lama, kami nak balik. Masa ni lah medina mula mengamuk. Jerit-jerit tak mau bangun haha. Dah agak dah. Dalam kereta pun bebel-bebel lagi. Medina ni sebenarnya suka main air. Kalau dia tengah bad mood kami mandikan dia, lepas tu mesti mood dia ok.  Mandi tak payah paksa, dengan rela hati masuk bilik air.

Rasanya lepas ni kalau Pantai Kok dah tak boleh masuk, kena pi pantai yang jauh dengan rumah lah jawabnya.

Kepal-kepal.

"Umi tak nak main pasir sekali ke?"

Air nak datang, ready!

Air sampai!

Tangkap!

Tangkap air lagi

Tu nampak ada hampas hitam?

Umi buka saje dok jauh. Nak hadang cahaya matahari lah. 

Baca Selanjutnya »

24 Apr 2017

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST!

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Ok meh nak review Seorang Syed ni. Tengok umur, boleh panggil adik kot. Cikgu, jadi ayat dia memang sedap nak baca. Tak merapu haha. Graphik dia lawa-lawa. Jeles betul dengan orang pandai graphik ni. Korang belajar kat mana eh yang terer graphik ni? Best juga kalau boleh belajar.

Keseluruhan blog nampak kemas. Senang nak cari apa-apa kat side bar.

Bila baca entri, nampak macam Seorang Syed ni blogger yang lagi baru dari farah, tapi blog mantap woo (share tips sikit plis). Maybe masa akan datang boleh colab ke hihi.

Kalau farah menang bloglist ni, Seorang Syed masuk bloglist farah sekali hehe.

Nak join KLIK banner kat atas ye.
Baca Selanjutnya »

23 Apr 2017

Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steamboat Grill Restoran Jelapang

Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Beberapa hari yang lepas, farah teringin sangat nak makan steamboat. Farah jenis yang kalau teringin, memang kena dapat juga benda yang teringin tu hehe. Kalau tak, sampai sudah dok terbayang-bayang. Kami dah banyak kali rancang nak pi, tapi selalu batal atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum ni farah pernah cakap kat hubby, farah nak juga date night sekali sekala. Maklumlah, kami dua-dua bekerja. Balik rumah main dengan medina. Memang tak da masa untuk berbual dengan satu sama lain. Asyik whatsapp mana boleh. Bukan komunikasi namanya. Tapi bila nak date night mesti asyik batal, sebab farah tak sampai hati nak tinggal medina. Kesian pula bila fikir dia tak jumpa kami 8-10jam, lepas tu malam pun tak jumpa.

Tapi akhirnya kami bawa juga medina date night kali ni hehe. Apa salahnya. Tak apa lah tak dapat sembang banyak pun.

Kami pilih steamboat grill di Hotel Adya, Kuah. Sebab? Kami dah biasa datang steamboat grill disini. Tempat pula dalam bangunan dan ada penghawa dingin.  Makan steamboat kan panas. Tambah-tambah lagi bawa budak. Selesa sikit nak makan.

Steamboat grill disini adalah set. Makanan dah ditetapkan dan di hidang siap-siap. Ada orang tak suka steamboat yang dihidang dan lebih gemarkan buffet. Tak cukup katanya. Tapi bagi farah dah cukup banyak. Kami makan setiap kali pun tak habis. Mesti ada yang tertinggal, tak larat nak habiskan.

Set steamboat grill disini harganya RM35 untuk seorang.  Berbaloi dah untuk makan di hotel.

Apa yang ada dalam set steamboat grill Hotel Adya?

Ada 2 pilihan untuk sup steamboat. Tomyam atau sup ayam. Biasanya kami akan ambil tomyam. Sebab lebih ada rasa berbanding sup ayam. Tapi kali ni kami pilih sup ayam sebab medina mana boleh makan pedas hehe. Sup ayam pun sedap juga. Awalnya farah ingatkan tawar, rupanya ada rasa dan sedap juga.
Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Untuk gril, ada pelbagai makanan yang disediakan. Semua dah di perap siap-siap. Ada ayam, ikan, daging lembu, udang, sotong dan ketam. Udang bukan lah udang kecil, boleh tahan juga saiznya. Bahan lain seperti bebola ikan, bebola sotong, crab stick dan kek ikan pun ada.

Farah kurang gemar masakan sotong melainkan sotong celup tepung ataupun sambal sotong yang umi farah masak bila makan nasi lemak (ha, spesifik tak?) hehe. Farah cuba makan sotong gril kali ni. Rasanya ok, tak hanyir. Jadi farah boleh telan.
Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Selain bahan untuk gril dan bebola tadi, sayur pun ada banyak disediakan.  Banyak sangat sampai kami makan tak habis. Yang habis Cuma lobak merah sebab medina makan. Haha.

Mee kuning dan mihun pun ada disediakan. Korang cuma masukkan je ke dalam sup.
Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Ha, rasa macam dah banyak kan? Ada lagiii. Nasi goreng pun ada dalam set steamboat grill ni. Nasi goreng ni memang sedap gila! Licin kami makan bertiga. Sape makan paling banyak mestilah medina tak tahu lah. Hubby suapkan medina. Suka betul dia makan nasi goreng ni. Dalam nasi goreng ni ada telur hancur, kena berhati-hati sikit bila suap medina. Bimbang juga dia termakan. Alhamdulillah dia ok.
Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Air tak perlu order. Air kosong memang disediakan. Bila habis, waiter akan datang refill. Chinese tea pun ada memang termasuk dalam set steamboat. Farah tak minum sebab terlupa hehe.

Bila makanan dah hampir habis, waiter akan bawakan satu pinggan buah. Lupa pula nak ambil gambar. Ada 3 jenis buah. Tembikai merah, tembikai kuning dan tembikai susu. Rasanya buah ni boleh berubah mengikut keadaan.

Berbaloi atau tak makan steamboat grill Hotel Adya?


Bagi farah berbaloi-baloi. Makanan banyak dan sedap, layanan tiptop. Tempat makan pun selesa. Lepas makan, baju tak ada bau asap hehe. 

Masa akan datang kami memang akan pergi lagi ke sini melainkan bila kami dah jumpa steamboat grill yang lebih sedap dan murah.
Baca Selanjutnya »

22 Apr 2017

Kali Pertama ke Taman Permainan




Semalam hubby dan farah bercadang untuk bawa medina bermain di taman permainan. Maklumlah, medina selalu duduk dalam rumah. main pun dalam rumah. Jarang sangat main di luar. Hari tu ada juga kami nak bawa dia ke pantai. Tapi ada juga halangan yang tak dapat dielakkan.

Jadi petang semalam kami bawa juga dia ke taman permainan. Taman yang kami bawa dekat je dengan rumah. Tak sampai 15 minit. Taman yang kami pi ni dekat dengan airport Langkawi.
Pada awalnya farah ingat medina akan suka, lari sana sini. Waktu bertolak tu dah bersedia nak kejar dia haha. 
Sekali bila sampai di taman, medina takut. Takut kat ape pun farah tak tau haha. Bila letak atas tanah, nangis nak dukung. Biasanya dia suka berjalan. 
Kami tunjuk juga mainan satu-satu. Mungkin dia takut sebab tempat baru dan ramai orang. Main dengan muka ketat lah jawabnya. 
Farah rasa lepas ni kena bawa dia pi selalu untuk biasakan diri dengan taman permainan. Tapi orang kata sat lagi dah biasa sangat, nangis sebab tak nak balik rumah pulak haha. 
Nampak tak dah mula depa tangan nak suruh orang dukung hehe.

Sesi pujuk memujuk.
Ada la jugak senyum sat hihi.
Baca Selanjutnya »

21 Apr 2017

Resepi Pisang Sira

Hari tu teringin sangat nak makan pisang sira. Teringat lagi masa kecil, umi farah selalu buat pisang sira. Zaman dulu bukanlah ada pelbagai makanan macam sekarang. Snek, pencuci mulut mesti lah makanan tradisional. Zaman sekarang ni orang tahu pisang goreng cheese je hehe. 
Resepi Pisang Sira
Waktu tengah sira pisang, teringat pula pengat pisang. Ish. Dah mengidam banyak benda pulak dah haha. Semua rasa nak makan. Kalau pengat, fuuh. Pengat pisang, pengat ubi, pengat durian. Nak senaraikan tak habis ni. Semua pun farah suka. Hihi. 

Hmm. Lepas ni kena buat pengat pisang pulak.

Lepas dah berhijrah tinggal di Kedah, benda yang paling susah untuk farah adalah makanan. Cara masakan sangat berbeza. Dah la nama pun berbeza dah. Masakan kebanyakan pedas, dan tak manis (lidah farah mestilah dah biasa manis hehe). 

Bila sampai bulan puasa, mesti farah stress sebab kuih di bazar ramadhan tak manis haha. Tak boleh terima betul. Nama lagi kuih, patutnya manis lah. Kan? Tahun lepas rezeki farah jumpa makcik orang kelantan dan dia jual kuih. Horrey! Tapi makcik tu buka gerai di lewat gila. Nak beli kena tunggu dia sampai haha. Gigih kemain.

Lama-lama, dah semakin biasa dengan makanan sini. Cuma yang pedas tu tak la. Farah tak tahan pedas.

Resepi pisang sira ni tak susah. Korang tau-tau la kan. Farah tak buat resepi yang kompleks hihi. 

Pisang tu farah sarankan korang rendam dalam air kapur dulu setengah jam. Supaya nanti pisang tak cepat hancur dan ada bentuk. Waku farah buat pisang sira ni, farah tak ada air kapur. Tawakkal je lah. Akhirnya pisang lembik (walaupun dah agak). Nak ceduk dari periuk pun patah-patah.

Jadi sila rendam air kapur dulu ye.

PISANG SIRA

Bahan-bahan:
sesikat pisang - farah guna pisang besar, jadi agak-agak berapa biji ikut saiz
1 cawan air
gula
5 kuntum bunga cengkih
pewarna kuning
2 helai daun pandan - simpul

Cara-cara:
1. Ambil pisang dan belah 2. Pisang farah besar, kena bahagi dua dulu, baru dibelah dua.
2. Panaskan air, gula dan daun pandan. Biarkan sampai gula hancur dah mendidih.
3. Masukkan pewarna dan bunga cengkih.
4. Masukkan pisang. Biarkan sampai kuah pekat dan pisang berkilat.
5. Angkat dah di hidang.

Resepi Pisang Sira
Sonang ajo. Hehe. Ada orang suka makan terus waktu masih panas. Farah lebih suka sejuk. Jadi biasanya farah akan simpan dalam peti ais terlebih dahulu, esoknya barulah di makan. Sama macam bubur. Farah suka kalau bubur yang sejuk dan disimpan di dalam peti. 

Ha, ape lagi? Pi buat lekaih. Pisang sira paling senang.

Selamat mencuba!






Baca Selanjutnya »

20 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Bergedel Tauhu

Bergedel adalah salah satu makanan yang farah rasa mewah.  Sebab kalau makan di kedai, harga sebiji bergedel tu alahai mahai. Kadang-kadang saiz kecil pun dah 50 sen.
Resepi Bergedel Tauhu
Dulu masa belajar, farah ingat lagi, sebiji 50 sen di kafe universiti. Tu 3 tahun lepas. Sekarang mesti lah dah naik harga banyak.  Harga kafe dalam university dengan harga di luar pun mesti lah berbeza kan?

Farah pernah buat bergedel ayam. Senang je rupanya buat  bergedel ni. Cuma banyak langkah-langkah, mungkin sedikit leceh. Rasanya sebab tu lah mahal harganya.

Hubby suka bergedel ayam. Mungkin sebab ada kentang dan ayam. Rasa pula macam inti karipap sebab farah letak rempah kari hehe. Resepi orang lain tak tahu lah ada rempah kari atau tak.

Resepi kali ni bukan bergedel ayam, tapi bergedel tauhu. Jujur nak mengaku, farah tak tahu bergedel tauhu ni wujud haha. Ingatkan ada bergedel ayam dan daging sahaja.  Rupanya ada juga bergedel tauhu.

Jom buat Bergedel Tauhu!

BERGEDEL TAUHU
Resepi Bergedel Tauhu
Resepi asal

Bahan-bahan A:
4 keping tauhu lembut
200gm kentang - direbus dan dihancurkan
200gm udang - dibuang kulit dan dipotong kecil
2 biji cili merah
2 pokok daun bawang - dicencang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
2 biji telur -  dipukul
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Hancurkan tauhu lembut
2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Celupkan adunan di dalam telur dan gorengkan dengan api yang kecil sehingga masak.
6. Angkat dan tuskan.
7. Hidangkan dengan sos cili.

KOMEN
Resepi Bergedel Tauhu
Bergedel dalam gambar buku Nampak lebih pejal dari bergedel yang farah buat. Nampak lebih cantik dan kemas haha. Nama lagi chef yang masak kan.

Sedap! Hubby pun suka. Dia kata sedap.

Farah guna 2 biji tauhu saiz kecil dan 1 biji tauhu saiz besar sebab tauhu tak ada. Tapi farah rasa adunan jadi sedikit lembik disebabkan tauhu besar lebih lembik dari biasa. Jadi farah sarankan korang gunakan tauhu yang saiznya kecil sahaja. Jangan guna yang saiz besar.  Bila lembik, susah untuk dibentuk dan goreng.

Untuk resepi ni dapat agak banyak. Kalau makan tak habis, boleh simpan beku dulu, nanti nak makan baru panaskan semula.

Dah cuba resepi Bergedel Tauhu? Jom buat!


Selamat mencuba! 
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign