Beberapa hari yang lepas, farah teringin sangat nak makan
steamboat. Farah jenis yang kalau teringin, memang kena dapat juga benda yang
teringin tu hehe. Kalau tak, sampai sudah dok terbayang-bayang. Kami dah banyak
kali rancang nak pi, tapi selalu batal atas sebab-sebab tertentu.
Sebelum ni farah pernah cakap kat hubby, farah nak juga date
night sekali sekala. Maklumlah, kami dua-dua bekerja. Balik rumah main dengan
medina. Memang tak da masa untuk berbual dengan satu sama lain. Asyik whatsapp
mana boleh. Bukan komunikasi namanya. Tapi bila nak date night mesti asyik
batal, sebab farah tak sampai hati nak tinggal medina. Kesian pula bila fikir
dia tak jumpa kami 8-10jam, lepas tu malam pun tak jumpa.
Tapi akhirnya kami bawa juga medina date night kali ni hehe. Apa
salahnya. Tak apa lah tak dapat sembang banyak pun.
Kami pilih steamboat grill
di Hotel Adya, Kuah. Sebab? Kami dah biasa datang steamboat grill disini. Tempat pula dalam bangunan dan ada penghawa
dingin. Makan steamboat kan panas.
Tambah-tambah lagi bawa budak. Selesa sikit nak makan.
Steamboat grill
disini adalah set. Makanan dah ditetapkan dan di hidang siap-siap. Ada orang
tak suka steamboat yang dihidang dan lebih gemarkan buffet. Tak cukup katanya. Tapi bagi farah dah cukup
banyak. Kami makan setiap kali pun tak habis. Mesti ada yang tertinggal, tak
larat nak habiskan.
Set steamboat grill
disini harganya RM35 untuk seorang.
Berbaloi dah untuk makan di hotel.
Apa yang ada dalam set steamboat
grill Hotel Adya?
Ada 2 pilihan untuk sup steamboat. Tomyam atau sup ayam.
Biasanya kami akan ambil tomyam. Sebab lebih ada rasa berbanding sup ayam. Tapi
kali ni kami pilih sup ayam sebab medina mana boleh makan pedas hehe. Sup ayam
pun sedap juga. Awalnya farah ingatkan tawar, rupanya ada rasa dan sedap juga.
Untuk gril, ada pelbagai makanan yang disediakan. Semua dah
di perap siap-siap. Ada ayam, ikan, daging lembu, udang, sotong dan ketam.
Udang bukan lah udang kecil, boleh tahan juga saiznya. Bahan lain seperti
bebola ikan, bebola sotong, crab stick dan kek ikan pun ada.
Farah kurang gemar masakan sotong melainkan sotong celup
tepung ataupun sambal sotong yang umi farah masak bila makan nasi lemak (ha,
spesifik tak?) hehe. Farah cuba makan sotong gril kali ni. Rasanya ok, tak
hanyir. Jadi farah boleh telan.
Selain bahan untuk gril dan bebola tadi, sayur pun ada
banyak disediakan. Banyak sangat sampai
kami makan tak habis. Yang habis Cuma lobak merah sebab medina makan. Haha.
Mee kuning dan mihun pun ada disediakan. Korang cuma
masukkan je ke dalam sup.
Ha, rasa macam dah banyak kan? Ada lagiii. Nasi goreng pun
ada dalam set steamboat grill ni.
Nasi goreng ni memang sedap gila! Licin kami makan bertiga. Sape makan paling
banyak mestilah medina tak tahu lah. Hubby suapkan medina. Suka betul
dia makan nasi goreng ni. Dalam nasi goreng ni ada telur hancur, kena
berhati-hati sikit bila suap medina. Bimbang juga dia termakan. Alhamdulillah
dia ok.
Air tak perlu order. Air kosong memang disediakan. Bila
habis, waiter akan datang refill. Chinese tea pun ada memang termasuk dalam set
steamboat. Farah tak minum sebab terlupa hehe.
Bila makanan dah hampir habis, waiter akan bawakan satu
pinggan buah. Lupa pula nak ambil gambar. Ada 3 jenis buah. Tembikai merah, tembikai kuning dan tembikai
susu. Rasanya buah ni boleh berubah mengikut keadaan.
Berbaloi atau tak makan steamboat
grill Hotel Adya?
Bagi farah berbaloi-baloi. Makanan banyak dan sedap, layanan
tiptop. Tempat makan pun selesa. Lepas makan, baju tak ada bau asap hehe.
Masa
akan datang kami memang akan pergi lagi ke sini melainkan bila kami dah jumpa steamboat grill yang lebih sedap dan
murah.
Menarik juga makanan dekat hotel ni dengan harga RM35.
ReplyDeleteNampak macam sedap ja hehe.
btw saya singgah blog ni dan follow ya.
jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)