7 Nov 2017

Resepi Fudgy Brownies Kedut

Resepi Fudgy Brownies Kedut || Beberapa hari yang lepas kawan farah, kak nad beritahu yang ada kawan kami yang dah nak bersalin mengidam brownies. Kak nad kata dia nak minta farah buatkan tapi segan haha. 
Resepi Fudgy Brownies Kedut
Kebetulan farah sebenarnya dok teringin nak buat brownies. Rasa macam lama dah tak buat. Lama dah farah tangguh nak buat. Maklum lah. Buat untuk diri sendiri ni banyak alasan sikit. Kalau buat kat orang baru lah ada semangat, kan?

Jadi farah pun merajinkan diri baking brownies hehe. Barang kebanyakannya dah ada di rumah. Cuma satu dua barang je yang tiada. 

Jom buat brownies!

Fudgy Brownies Kedut

Resepi Fudgy Brownies Kedut
Fudgy Brownies Kedut
Bahan-bahan:
230gm dark coklat jenama beryl's jenis coin (farah pakai cooking coklat biasa je) 
180gm gula kastor 
85gm butter anchor
85gm tepung gandum (ayak dulu)
23gm serbuk koko (ayak dulu)
2 biji telur A
1 penutup esen vanila
cip coklat secukupnya

Cara-cara:
1. Cairkan butter dan coklat menggunakan double boiler. Bila dah cair, sejukkan sebentar.

2. Pukul telur dan gula sehingga kembang putih.

3. Masukkan adunan coklat yang dah suam ke dalam adunan telur.  Kacau pakai senduk je.

4. Masukkan tepung. Kacau guna senduk sahaja.

5. Bila sebati masukkan esen vanilla. 

6. Lapik loyang dengan baking paper. Lebihkan tepi supaya senang nak angkat keluar bila dah masak.

7. Panaskan oven 160c api atas bawah. 

8. Tuang adunan dalam loyang.  Ratakan bahagian atas.

9. Taburkan cip coklat di atas adunan. 

10. Bakar kek suhu 160c untuk 25-30 minit mengikut oven masing-masing

*Tips kedutkan brownies. Bila dah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Buka sedikit pintu oven agak-agak dalam 15-20 minit baru keluarkan.

Lepas dah siap masak malam tu, farah bagi hubby rasa dulu macam biasa. Sebab farah lupa rasa borwnies yang farah selalu buat haha. Maklumlah bila biat mesti sebab nak beri kat orang atau jamuan. Jadi memang farah tak makan sangat. Bagi orang makan je. 

Hubby kata sama macam biasa. Hohoho. Hari ni rasa nak buat lagi sekali. Nak bawa pi klinik pula. 


Selamat mencuba!!
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign