31 Oct 2017

8 Kebaikan Chia Seed

8 Kebaikan Chia Seed || Chia chia chia~ Haha. Aci tak mula entri macam ini? Aci lah sekali sekala kan. Ha, hari ini nak kongsi sikit kebaikan chia seed. Sebab apa farah nak kongsi kebaikan chia seed? Sebab farah sendiri dah rasa kebaikan dia. Jadi farah rasa orang yang belum cuba mesti cuba. 

APA ITU CHIA SEED

8 Kebaikan Chia Seed
google image
Kalau tengok rupa, chia seed ini hampir sama dengan biji selasih. Masa mula-mula farah jumpa chia seed, farah ingatkan selasih. Mati-mati ingatkan orang jual chia seed kat facebook ini tipu haha. 

Bukan selasih ye kawan-kawan. Chia seed ini sejenis bijian dari pokok chia. Jadi lah nama nya Chia Seed. 

Kalau kita lihat, chia seed bukan glamor dikalangan kita orang melayu je. Orang barat pun makan chia seed. Chia seed ini depa panggil super food. Kandungan khasiat dia banyak. 

CARA MAKAN CHIA SEED


Chia seed biasanya orang tabur dalam oat, bubur atau masukkan kedalam air minuman. 

Zaman sekarang ramai orang minum shake kan? Ha, letak sikit chia seed dalam tu. 

Chia seed kecil je rupanya. Tapi bila dicampur dengan air, dia akan kembang. Jadi kena pandai-pandai agak lah nak campur banyak mana. Kalau terlebih banyak nanti jadi puding pulak hehe. 

Farah biasanya masukkan dalam shake farah. Bila minum rasa lebih kenyang. 

Pernah juga terjumpa video di youtube, orang barat biasa buat puding chia seed untuk yang diet dan jaga badan. 

KEBAIKAN CHIA SEED


1.Baik untuk usus. 
Yang ini lah kebaikan yang farah sendiri rasa. Farah dari dulu lagi ada masalah membuang. Dulu seminggu kadang-kadang tak buang lagi. Bayangkanlah betapa dasatnya haha. Tapi bila minum chia seed, usus ini macam ada jadual pulak. Tiap-tiap hari memang akan ke tandas walaupun sikit. 

2. Mengenyangkan.
Chia seed dikatakan mengandungi Tryptophan yang membantu mengenyangkan perut. Tapi pada masa yang sama boleh menyebabkan kita rasa mengantuk hehe. 

3. Melawan Kencing manis.
Chia seed berkesan dalam mengawal kandungan gula dalam darah. Jadi biasanya digunakan sebagai rawatan semulajadi untuk kencing manis. 

4. Mengawal berat badan.
Ini bagus untuk yang tengah jaga badan dan diet. Chia seed mengawal kandungan gula dalam darah dan memberi rasa kenyang yang lebih lama, jadi ia membantu bagi yang sedang mengawal berat badan. 

5. Daya ingatan yang kuat.
Chia seed mengandungi Omega-3 yang mana penting untuk kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan. 

6. Sumber protein.
Chia seed adalah mengandungi sumber protein yang tinggi.

7. Baik untuk kesihatan tulang.
Chia seed mengandungi Mangan (Manganese) yang mana baik untuk kesihatan tulang. 

8. Selamat untuk ibu mengandung.
Chia seed adalah selamat untuk ibu mengandung. Disamping mengandungi zat-zat, ianya juga dapat membantu mengatasi sembelit. 

Jadi apa lagi? Yang belum cuba chia seed tu sila-silalah mencuba. Tak ada yang rugi kalau cuba chia seed.

Chia chia chia~

Baca Selanjutnya »

30 Oct 2017

Jalan-jalan di Pasar Malam Langkawi

Jalan-jalan di Pasar Malam Langkawi || Hari ahad adalah hari wajib untuk kami ke pasar malam. Sebab pasar malam hari ahad lah paling dekat dengan rumah. Tak sampai 5 minit dah sampai hehe. 
Budak kecik ni serius je masa orang nak ambil gambar.
Dekat Langkawi ini hari-hari ada pasar malam. Cuma tempat je berbeza. 

Farah memang lebih biasa dengan pasar malam hari ahad, dekat Beras Terbakar sebab dekat dengan rumah kami. Kalau hari lain yang selain ahad, farah biasa pi dekat Air Hangat (jumaat) dan Kuah (Sabtu). Tiga hari ini je biasa pi. Yang lain jarang-jarang sekali. 

Minggu lepas farah ternampak lagi satu pasar malam. Di Bayas. Sebelum ini tak ada. Hubby kata pasar malam bayas tu ada hari jumaat. Jadi hari jumaat ada 2 tempat pasar malam. 
Bila pi ke pasar malam ini lebih baik sediakan bajet siap-siap. Kalau pi membeli ikut nafsu memang pokai lah. Makanan semua nampak sedap kan? Dari nasi kepada kek, semua ada. 

Kami sendiri pun habis banyak duit tiap kali pi. Ini kes tak bajetkan perbelanjaan awal-awal hehe. 

Kadang-kadang waktu tengah beli tu kita rasa macam kita boleh habiskan makanan semua. Tapi padahal tak pun. Makan mesti tak habis. Sama lah macam bulan puasa. 

Hari ini hubby tak kerja. Hubby ambil time off. Jadi dia duduk rumah je dengan medina. Kami ke pasar malam selepas farah balik kerja. Lepas solat asar terus keluar rumah. Farah lebih suka awal sebab tak nak balik rumah lewat sangat. 

Rutin biasa kami mesti pi kedai sama, 

Kedai burger hubby
Kedai kuey teow/bihun/ moi sup medina
Kedai apam balik

Ini kedai wajib. Kedai sunat tak masuk lagi hehe. Kalau beli nasi, air, ayam goreng, keropok lekor, donut, kek, kuih bertambah lah kedainya. 
Pasembur farah. RM4. Isi biasa je. Tak lah banyak sangat.
Hari ini farah tak rasa nak makan. Jadi farah tak beli nasi. Farah beli pasembur di dekai sup. Hubby pula makan burger je. Nasi pun tak makan. 


Kuey Teow Sup RM4.50

Carrot ais RM2

Apam balik Special RM5. Kami selau ambil yang special, lepas tu minta manis sikit hehe. 

Apam balik ni memang sedap. Isi meleleh-leleh bila makan. 

Korang makan apa malam ni?
Baca Selanjutnya »

29 Oct 2017

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh || Kek kukus ini memang kegermaran farah. Kalau kek atau masakan yang kukus, farah lebih berani nak cuba hehe. Kalau bakar, kena fikir banyak kali baru buat keputusan nak buat ke tak.

Pandan cheese leleh ini dah banyak kali farah buat sebenarnya. Hubby pun suka. Rasa dia lemak-lemak, tak tak over sangat manisnya. Nak makan pun sedap.
Resepi Kek Pandan Cheese Leleh
Kek Pandan Cheese Leleh
Farah tak pernah cuba resepi kek pandan yang lain lagi. Lain kali mungkin akan cuba resepi orang lain pula.

Kek pandan yang ini agak mampat. Farah lebih suka yang ringan dan berangin. Tapi hubby kata mampat macam ini pun sedap jugak. Habis juga makan tiap kali buat.

Jom buat Kek Pandan Cheese Leleh!

Kek Pandan Cheese Leleh


Bahan-bahan kek:
*4 biji telur
*1/2 cawan gula
*1 sudu besar ovallete
Sedikit pewarna hijau
Pandan esen - 1 penutup botol
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 cawan minyak masak @ minyak jagung - farah guna minyak masak je

Cara-cara:
1. Pukul bahan-bahan yang bertanda * hingga kembang dan ringan.
Resepi Kek Pandan Cheese Leleh
2. Masukkan pewarna, pandan esen, tepung gandum, baking powder dan minyak masak. Kacau sehingga sebati.

3. Sapukan minyak pada loyang. Tuangkan adunan kek tersebut. Ratakan permukaan kek tadi.

4. Panaskan periuk kukusan. Pastikan air mendidih sebelum letak kek.

5. Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke dalam adunan.

6. Kukus kek selama 40 minit.

7. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh


Bahan-bahan topping:
*250 gram Cream cheese  
*1/2 cawan Susu cair
*1/2 cawan Susu pekat
Cheddar cheese blok-untuk parut

Cara-cara:
1. Pukul semua bahan * di atas sehingga sebati.

2. Tuangkan diatas kek tadi.

3. Parutkan Chedder cheese di atas topping.

*Tips parut cheddar cheese: Letak dalam peti sejuk sebelum parut supaya cheese sedikit keras dan proses parut lebih senang. Parut cheese gunakan parutan yang halus sepaya lebih cantik.
Resepi Kek Pandan Cheese Leleh
Kek Pandan Cheese Leleh
Farah tak ada pemarut yang halus, jadi farah guna je mana ada. Besar sikit tapi takpe lah. Makan sedap jugak hehe.

Selamat Mencuba!




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

28 Oct 2017

Resepi Bebola Ayam Homemade

Resepi Bebola Ayam Homemade

Resepi Bebola Ayam Homemade
Bebola Ayam Homemade
Bahan-bahan:
500gm isi ayam
1 biji bawang holland
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung ubi kayu


Cara-cara:
1. Kisarkan isi ayam hingga lumat. Farah guna food processor. 
Resepi Bebola Ayam Homemade
2. Masukkan bawang holland yang dipotong kecil. Kisar bersama isi ayam tadi sehingga sebati. 

3. Masukkan garam, lada hitam dan tepung ubi kayu. Gaul sebati.

4. Didihkan air di dalam periuk. 

5. Bulatkan bebola kecil-kecil. 
Resepi Bebola Ayam Homemade
*tips untuk isi ayam tak melekat di tangan: Sapu minyak masak ke tapak tangan sebelum membentuk bebola, baru lah isi ayam tak lekat kat tangan.

6. Masukkan bebola kedalam air yang mendidih tadi. Bebola yang sudah masak akan terapung. 

Boleh simpan frozen untuk kemudian hari. 
Resepi Bebola Ayam Homemade
Bebola Ayam Homemade
 Selamat Mencuba!




Baca Selanjutnya »

27 Oct 2017

Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam

Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam || Masakan yang menggunakan blackpepper sebenarnya bukan lah kegemaran farah. Kalau kuat sangat rasa lada hitam tu, farah tak boleh makan. Kalau sedang-sedang tak ada masalah untuk makan. 
Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Contoh kalau makan chicken chop. Kebanyakan kedai kuah dia blackpepper. Kadang-kadang susah nak cari kuah mushroom. Kalau tak ada kuah mushroom farah tak akan makan chicken chop hehe. 

Hubby pulak terbalik. Dia suka blackpepper. Chicken chop pun dia suka. Nasib lah kalau selera tak sama kan?

Farah cuba cari resepi yang rasa lada hitam nya farah boleh terima. Tak kuat sangat. Saja lah cuba nasib masak resepi ini. Alhamdulillah ok. Rasa dia tak kuat, tak pedas. Kalau farah makan dengan nasi tu elok dah rasanya. 

Jom masak Ayam Blackpepper/ Ayam Lada Hitam!


Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam

resepi asal: 1 hari 1 resepi

Bahan-bahan A:
500gm ayam
1 batang lobak merah - dipotong kecil
1 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan ½ cawan air
2 sudu makan lada hitam - tumbuk
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (hiris)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan C (hiasan)
2 tangkai daun sup- potong pendek. Tak letak
2 tangkai daun bawang-potong pendek
1 biji tomato belah 4 - tak letak
2 biji cili merah- hiris
Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Cara-cara:
1. Buang kan kulit ayam, kemudian potong kecil.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi dan layu.

3. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak (daging nya lembut).

4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan garam.

5. Masak hingga pekat dan masukkan bahan hiasan.

6. Angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti. 
Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Farah jenis letak bahan hiasan lepas dah hidang lauk atas pinggan. Jadi hiasan nampak lebih jelas hehe. Terpulang lah. Hiasan tu pun boleh makan juga. 

Selamat Mencuba!




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

26 Oct 2017

Resepi Jemput Pisang / Cekodok Pisang Tanpa Telur

Resepi Jemput Pisang / Cekodok Pisang Tanpa Telur || Semalam farah ke klinik hubby kerja sebab ada urusan sikit. Asalnya farah plan nak pi sekejap je. Sekali hubby pi tambah kerja, sampai pukul 1 tengahari baru siap. Elok-elok dengan masa nak makan tengahari hehe. 
Resepi Jemput Pisang / Cekodok Pisang Tanpa Telur
Jemput Pisang / Cekodok Pisang Tanpa Telur
Alang-alang tu keluar lah makan tengahari dengan hubby. Bukan selalu boleh keluar sama waktu kerja. Jarang-jarang sangat. Hubby bawa farah makan nasi berlauk. Kalau nak cepat, memang hubby suka mai kedai ini. Cepat, makanan pun boleh tahan. Kena dengan tekak farah yang selera ke-kelantanan ini hihi. 
Resepi Jemput Pisang / Cekodok Pisang Tanpa Telur
Sayur mesti ada hehe.
Hubby kata orang yang masak tu orang kelantan. Ntah betul ke tak tak tau la. 

Dulu sebelum kahwin, kami selalu cakap tak kan bawa balik hal kerja diluar waktu kerja atau lepas waktu kerja. Memang mustahil la haha. Tak ada lah cakap pasal kerja 24jam. Tapi kebanyakannya mesti hal kerja. 

Tapi lepas ada medina ini kurang sikit kami sembang pasal kerja kat rumah. Ada, tapi kurang. Kadang-kadang tu tunggu medina dah lena baru boleh sembang. Sebelum tu dok layan medina, tak ada nya sempat nak bersembang hehe.

Balik rumah lepas kerja tadi farah tengok pisang yang mama bagi kat kami ada lagi. Dah lembik sebab masak sangat. Ada yang dah lebam-lebam. Nak makan tak sedap kalau lembik macam ini. Jadi farah terfikir nak buat jemput-jemput. Lama tak makan jemput pisang. 

Nak buat jemput pun fikir banyak kali. Farah tak pernah buat jemput jadi bulat. Selalu mesti leper haha. Tapi kalau tak guna pisang ini membazir pula. Cuba juga lah buat. Resepi ini sebenarnya hentam sendiri. Tak google mana-mana cari resepi. 

Jom cuba buat Jemput Pisang!

Jemput/Cekodok Pisang


Bahan-bahan:
4 biji pisang saiz sederhana
2 sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar gula
Secubit baking powder

Cara-cara:
1. Kupas kulit pisang. Letakkan pisang yang telah di kupas didalam mangkuk. Lenyek sehingga lumat. Farah guna alat yang buat tekan daging burger je hehe.  
2. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga sebati. Tepung tu boleh tambah kalau korang nampak tak cukup. Jangan cari sangat adunan kalau tak nanti tak cantik bentuk jemput tu. 
3. Masukkan baking powder dan gula. Kacau hingga gula larut. 
4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
5. Bila minyak dah panas, boleh mula goreng. Jemput pakai tangan boleh, pakai sudu pun boleh. Terpulang yang mana lebih selesa. Farah guna 2 sudu, satu untuk sudu adunan, satu untuk tolak adunan masuk minyak. 
6. Balikkan jemput bila warna dah agak gelap. Jemput pisang memang gelap sikit. Tapi jangan tak tahu beza kalau hangit pulak hehe. 
7. Bila dah masak boleh angkat.
Resepi Jemput Pisang / Cekodok Pisang Tanpa Telur
Jemput Pisang / Cekodok Pisang Tanpa Telur
Alhamdulillah kali ini jemput farah tak leper hehe. Rasa pun sedap. Hihi. Hubby pun kata sedap. Sampai kata nak beli pisang lagi haha.

Selamat mencuba!


Baca sini:


Baca Selanjutnya »

25 Oct 2017

Jalan-jalan Cari Makan di Telaga Arabic & Seafood Restaurant , Cenang Langkawi

Jalan-jalan Cari Makan di Telaga Arabic & Seafood Restaurant, Cenang Langkawi || Malam tadi kami keluar makan diluar. Lama dah rasanya tak keluar makan malam kat luar ini. Sebab kami biasa makan malam sebelum pukul 7 malam. Jaga badan kononnya hihi.

Hari ini hari lahir mama. Jadi hubby ajak keluar makan memandangkan hari tu tak sambut sekali dengan adik. Hubby punya cadangan lah nak makan nasi arab. Tak tau lah dia mengidam ke dia tak ada idea haha. Pi mai pi mai tempat sama. Farah on je dah sebab farah suka nasi arab kan. 
Telaga Arabic & Seafood Restaurant , Cenang Langkawi
Chicken Mandy
Kalau di kawasan pantai cenang, farah memang akan ke Telaga Arabic & Seafood Restaurant untuk makan makanan arab. Bukan tak ada kedai masakan arab yang lain, cuma sebab farah rasa kat Telaga Arabic ini yang sedap dan berpatutan harganya. 

Kat sini bukan ada makanan arab je. Makanan laut pun ada. Tapi tak pernah cuba lagi makanan laut kat sini. Kami dah ada kedai makanan laut lain yang kami suka hihi.

Biasa bila kami mai kat Telaga Arabic, proses nak order makanan berjalan lancar je. Kali ini waiter yang ambil order tak faham kami cakap ape. 

“1 chicken mandy. For the chicken i want thigh.”

Waiter tak faham. 

“Give me chicken leg. U know, leg?”
“drumstick?”

Amekkau. Habis english-kedah-malay keluar. Farah suruh hubby tunjuk kaki dia supaya waiter tu faham. Hubby tak mau tunjuk. Ai, takkan farah nak tunjuk kaki kot. Kang lain cerita pulak haha. 

Last sekali dia panggil waiter lain untuk tolong translate. Waiter baru tu tolong translate. Pastu dia tunjuk kaki dekat waiter yang tak faham tu haha. Kan dah kata kena tunjuk kaki. 

Akhirnya sampai juga order nasi mandy peha ayam kami hehe. 
Telaga Arabic & Seafood Restaurant , Cenang Langkawi
Chicken Mandy, RM29
Nasi mandy kat sini portion dia besar. Biasa memang kami kongsi berdua nasi tu. Kalau orang yang makan sikit, kongsi tiga pun boleh kot. Farah dengan hubby dua-dua jenis makan banyak. Jadi kongsi berdua tu cukup-cukup lah. 
Telaga Arabic & Seafood Restaurant , Cenang Langkawi
Ni kuah untuk nasi mandy. Farah panggil gulai, hubby panggil tomyam, mama panggil dalca. Mana satu betul tak tau haha.
Biasa farah akan order juga chicken kebab. Kadang-kadang boleh buat lauk sekali. Tapi farah suka gulung dalam roti. Dah nama pun kebab. Makan dengan roti dia lah hehe. 
Telaga Arabic & Seafood Restaurant , Cenang Langkawi
Chicken Kebab, RM27
Nasi arab dia memang sedap. Kalau tak letak kuah pun dah ada rasa. Tapi farah suka ada kuah, tak suka kering sangat. 

Ha lagi satu, Hubby order air sejuk. Harga dia segelas 50sen. Murah kan? Haha. Biasa kalau kedai macam ni air kosong pun RM2 kot. 

 Telaga Arabic & Seafood Restaurant , Cenang Langkawi

 Kenyang perut suka hati~

Babai!


Baca sini:


Baca Selanjutnya »

24 Oct 2017

Resepi Ayam Masak Kurma Faiza

Resepi Ayam Masak Kurma Faiza || Farah tak pernah masak kurma kot sebelum ini. Kali pertama nak masak kurma, senang-senang ikut resepi dekat paket perencah hehe. Alang-alang tu kita tengok menjadi tak resepi dekat paket. 
Resepi Ayam Masak Kurma Faiza
Ayam Masak Kurma Faiza
Farah guna perencah kurma Faiza. Farah beli paket kecil je sebab nak masak ayam pun untuk makan berdua je. Resepi ada juga farah ubah sikit-sikit ikut kesesuaian. 

Ayam Masak Kurma Faiza


Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
2 biji bawang besar - hiris
1 paket kecil rempah kurma faiza
600gm ayam@ daging
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
3 biji kentang - belah 4
2 biji tomato - belah 4(farah tak letak)
Resepi Ayam Masak Kurma Faiza
Resepi Ayam Masak Kurma Faiza
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama bawang besar.
2. Campurkan rempah kurma faiza dengan sedikit air didalam mangkuk yang berasingan untuk dijadikan paste. 
3. Masukkan paste rempah tadi dan kacau hingga naik bau. 
4. Masukkan ayam, santan dan garam secukup rasa.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih. 
6. Setelah ayam agak empuk, masukkan 3 biji kentang. Masak sehingga kentang empuk.
7. Masukkan tomato. Biarkan seketika.
8. Sedia dihidang.
Resepi Ayam Masak Kurma Faiza
Ayam Masak Kurma Faiza
Farah agak suka kurma. Hubby rasanya jarang makan kurma. Dia suka masakan ber-sambal haha. Tapi bukannya tak makan langsung. 

Tips nak bagi hubby makan lebih, letak kentang lebih sebab dia suka kentang hihi.

Selamat Mencuba!


baca sini:



Baca Selanjutnya »

23 Oct 2017

Sambut Hari Lahir Adik

Sambut Hari Lahir Adik || Waktu cuti sekolah minggu lepas, farah dengan hubby plan nak ajak abah, mama sambut birthday adik. Memandangkan masa tu semua da. Along, kak ana, kakak, ikram, kak chik pun ada sekali. Waktu kami bincang berdua, kami cadang nak sambut sekali lah dengan birthday mama walaupun waktu tu belum sampai lagi birthday mama. 
Lepas abah dah beli Secret Recipe sekali, tak beli dah kek lain hehe. 
Tapi tak tahu lah kenapa jadi birthday adik sorang haha. Mama kata tak payah lah sambut birthday mama. Malu nak sambut. Hehe. 

Kami pun bukan jenis sambut birthday sangat. Kalau birthday kami sendiri pun macam tak sambut haha. Setakat beli hadiah cikai-cikai untuk masing-masing. Takpun ada surprise kek. Kalau nak kata bagi hadiah mahal-mahal tu takde lagi lah. Tapi baik jangan beli hadiah terlebih mahal, nanti tahun lepas tu tak ada idea nak bagi hadiah ape haha. 

Mula-mula cadang nak makan kat luar. Lepas tu tak jadi. Farah cadangkan kat hubby untuk buat jamuan satey. Lagipun sebelum ini abah selalu jamu satey bila birthday hehe. 

Jadi lah plan nak makan satey kat rumah mama. Satey dengan kek abah belikan. Kami pi sana berlenggang bawak perut.
Sampai rumah mama masa tu baru nak azan Isyak. Abah dok kat surau lagi. Jadi kami tunggu abah balik surau. 

Masa ini penat dok kejar medina lah. Dia sibuk nak ambil satey lah, sosej lah. Bila suruh makan, dia berlakon makan je. Haha. Bukan makan betul pun. Lepas tu sibuk nak suap orang lain. 

Mama goreng mee kuning jugak malam tu. Farah rasa farah makan tiga pinggan mee tu haha. Satey tak sempat nak rasa, sibuk dok makan mee. Akhir sekali satey tu bungkus bawa balik rumah.
Birthday girl potong kek. Rasa macam takde nyanyi lagu happy birthday pun haha. Simple betul kami sambut. 

Walaupun gambar ni kabur, nak jugak upload sebab ada medina menyibuk kat situ hehe. Kalau nak suruh tepuk tangan, boleh suruh dia. Orang paling semangat tepuk tangan hehe. 

Ucapan pendek untuk adik:
Happy Birthday adik! Tahun ni SPM, kak ara tak risau sebab tau adik pandai haha.
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign