Blog Farah Sanusi: cookbook

Showing posts with label cookbook. Show all posts
Showing posts with label cookbook. Show all posts

27 Oct 2017

Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam

Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam || Masakan yang menggunakan blackpepper sebenarnya bukan lah kegemaran farah. Kalau kuat sangat rasa lada hitam tu, farah tak boleh makan. Kalau sedang-sedang tak ada masalah untuk makan. 
Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Contoh kalau makan chicken chop. Kebanyakan kedai kuah dia blackpepper. Kadang-kadang susah nak cari kuah mushroom. Kalau tak ada kuah mushroom farah tak akan makan chicken chop hehe. 

Hubby pulak terbalik. Dia suka blackpepper. Chicken chop pun dia suka. Nasib lah kalau selera tak sama kan?

Farah cuba cari resepi yang rasa lada hitam nya farah boleh terima. Tak kuat sangat. Saja lah cuba nasib masak resepi ini. Alhamdulillah ok. Rasa dia tak kuat, tak pedas. Kalau farah makan dengan nasi tu elok dah rasanya. 

Jom masak Ayam Blackpepper/ Ayam Lada Hitam!


Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam

resepi asal: 1 hari 1 resepi

Bahan-bahan A:
500gm ayam
1 batang lobak merah - dipotong kecil
1 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan ½ cawan air
2 sudu makan lada hitam - tumbuk
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (hiris)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan C (hiasan)
2 tangkai daun sup- potong pendek. Tak letak
2 tangkai daun bawang-potong pendek
1 biji tomato belah 4 - tak letak
2 biji cili merah- hiris
Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Cara-cara:
1. Buang kan kulit ayam, kemudian potong kecil.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi dan layu.

3. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak (daging nya lembut).

4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan garam.

5. Masak hingga pekat dan masukkan bahan hiasan.

6. Angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti. 
Resepi Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Ayam Masak Blackpepper / Ayam Masak Lada Hitam
Farah jenis letak bahan hiasan lepas dah hidang lauk atas pinggan. Jadi hiasan nampak lebih jelas hehe. Terpulang lah. Hiasan tu pun boleh makan juga. 

Selamat Mencuba!




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

1 Jun 2017

Testing The Cookbook || Resepi Sambal Bebola Ayam

Resepi Sambal Bebola Ayam || Semalam farah masak simple saja. Sambal bebola ayam. Ni pun hubby yang minta. Farah punya lah takde idea nak masak apa, bagi je buku masakan kat hubby suruh dia pilih. 

Bila tengok dia pilih, memang tak heran hehe. Hubby memang suka masakan sambal. Agaknya orang utara memang suka masakan sambal ye? Lagi satu hubby suka bebola, sosej, daging burger dan sebagainya *ya, sangat tak sihat*. Haha. 
Resepi Sambal Bebola Ayam
Sambal Bebola Ayam
Dalam resepi ni ada letak cuka. Farah tak letak sebab takde cuka di rumah. Jadi mungkin rasa sambal yang farah masak agak berbeza dengan resepi chef dalam buku.

Gula pula farah letak lebih banyak berbanding resepi asal. Sebab rasanya satu sudu teh tu sikit sangat hihi. Alah banyak sikit je, bukan manis leting, manis melecas (betul ke?).

Sambal ni kejap je lah masak. Dalam setengah jam farah masak dah siap. 

Ok jom masak Sambal Bebola Ayam!

Sambal Bebola Ayam

Resepi Sambal Bebola Ayam
Resepi asal
Bahan-bahan A:
20 biji bebola ayam
1 sudu teh cuka-tak letak
1 labu bawang besar – dihiris
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
1 ulas bawang besar

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bebola ayam.
2. Keluarkan separuh minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan bawang besar, garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Masukkan bebola ayam. Kemudian kacau rata dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.

Komen Farah
Resepi Sambal Bebola Ayam
Oh sedap! Simple je lauknya. Kuah sambal ni tak banyak sangat. Tapi farah suka gaul kuah sambal yang sikit-sikit kat nasi. Makan macam tu pun sedap dah.

Rasa mungkin sedikit berbeza dengan resepi asal sebab farah tak letak cuka. 

Sambal bebola ayam yang farah masak Nampak lebih kurang saja dengan gambar dalam buku resepi. Kira ok la ye? Hehe. 

Resepi sesuai untuk semua yang nak cepat. Memang kejap je siap.

Jom cuba Sambal Bebola Ayam!


Baca sini:

Baca Selanjutnya »

30 May 2017

Testing The Cookbooks || Resepi Sambal Goreng Kentang

Resepi Sambal Goreng Kentang || Hari ini nak kongsi resepi salah satu makanan kegemaran hubby. Sambal goreng kentang. Hubby suka masakan sambal macam ni. Hari ni pulak dia request nak sambal bebola ayam hehe. 

Ubi kentang tu kalau nak cepat, korang boleh je guna yang frozen. Tak payah nak potong. Tapi yang frozen ada salut tepung sikit kan? Jadi berbeza sikit lah dengan resepi asal. 

Sambal Goreng Kentang
Sambal Goreng Kentang
Farah gunakan ubi kentang sebab kebetulan nak bagi medina makan ubi sekali. Alang-alang tu guna je lah. 

Sambal goreng Kentang ni makan dengan nasi putih kosong je pun dah cukup. Tak payah ada lauk lain dah. Makan macam ni pun boleh menambah dua tiga kali kan. Setuju tak? Hehe.

Jom Masak Sambal Goreng Kentang!


Sambal Goreng Kentang

Sambal Goreng Kentang
Resepi asal

Bahan-bahan A: 
3 biji kentang - dibuang kulit
1 sudu teh gula
1 sudu teh cuka
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B(dikisar):
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-cara:
1. Kentang dipotong baji. Basuh dan tuskan.
2. Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga garing
3. Asing kan separuh minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam, gula, dan cuka. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan kentang goreng dan kacau sekali lagi.
6. Sedia dihidangkan. 

Komen Farah
 Sambal Goreng Kentang
Kurang manis. Farah biasa makan sambal kentang macam ni, lebih manis rasanya. Dah terbiasa macam tu. Hehe. Jadi bila tak manis tu rasa tak lengkap lah. 

Kentang tu kena goreng garing sikit sebab farah tak suka bila dia lembik. Yang ni farah goreng tak cukup garing.

Resepi ni tak pedas *rasanya cili kering yang farah beli tu yang tak pedas*. Kalau ikut kan bilangan cili kering yang letak tu, patutnya dah cukup pedas dah dengan farah hehe. 

Terpulang pada korang nak buang biji cili tu atau tak. Farah nak buang tapi tak sempat. Kisar je dengan biji hehe. 

Senang nak ikut arahan yang diberikan dalam resepi asal. Farah suka kalau resepi ada sukatan minyak sekali hehe. Yelah, kita bukan tahu bajet banyak mana nak letak kadang-kadang kan.

Jom cuba masak Sambal Goreng Kentang!




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

29 May 2017

Testing The Cookbooks || Resepi Singgang Ikan

Resepi Singgang Ikan || Waktu kecil-kecil dulu singgang ikan memang lauk kegemaran farah. Bila umi masak singgang ikan, makan mesti menambah-nambah. Farah biasanya makan dengan kicap sekali *species hantu kicap*. Sedapppp. 
Resepi Singgang Ikan
Singgang Ikan
Singgang ikan ni biasanya orang guna ikan tongkol kalau tak silap. Masa kecil farah suka ikan kembung. Dah besar ni suka juga lah singgang ikan tongkol.

Bila duduk rumah jauh dari umi abah, selalu juga ada teringin nak makan itu ini. Biasanya teringin nak makan makanan waktu kecil dulu.

Contoh macam ni ah. Teringat singgang ikan yang umi buat dulu. Tu yang buat sendiri tu. Hehe.  

Dulu farah tak tahu ada singgang warna kuning. Sebab rasanya selalu makan umi buat putih je kuahnya. Ikut negeri ke warna singgang ni? 

Kalau ikutkan rasa, tak de beza sangat pun rasa singgang putih dan singgang kuning. Bagi farah lebih kurang je. 

Jom masak Singgang Ikan!

Singgang Ikan

Resepi Singgang Ikan
Resepi asal
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol
 3 ulas bawang putih – dimayang
1 inci lengkuas  - dihiris nipis
1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
5 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
7 biji cili api

Cara-cara:

1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan kedalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4. Sedia dihidangkan.

Komen farah
Resepi Singgang Ikan
Farah suka resepi yang campak semua dalam periuk lepas tu biar je dia masak. Sambil-sambil tu boleh masak lauk lain kan? Hehe.

Singgang seperti biasa, tak menghampakan. Farah suka singgang sebab masam-masam sikit. Hehe. Selera nak makan.  Nak meratah pun best kalau singgang hehe. 

Farah guna 4 ekor ikan kembung. Sebab nak bagi medina makan ikan. Isi ikan tongkol takut keras sangat untuk dia. 4 ekor tu cukup lah untuk 2 ekor sorang farah dan hubby. 

Resepi ni sesuai untuk beginner. Sebab tak perlu banyak pemerhatian, tak banyak langkah-langkah nak masak. 

Korang masak apa hari ni? Jom cuba Singgang Ikan!




Baca sini:


Baca Selanjutnya »

28 May 2017

Testing The Cookbook || Resepi Kacang Buncis Goreng

Resepi Kacang Buncis Goreng || Ha,sebelum ni farah ada kongsikan resepi ikan tiga rasa. Kali ni farah nak kongsikan resepi kacang buncis goreng pula. Makan mestilah ada sayur kan? Tak lengkap lah kalau takde sayur.
Resepi Kacang Buncis Goreng
Kacang Buncis Goreng
Tiap kali nak masak, mesti farah fikir dulu lauk apa yang hubby makan. Lepas dah pilih lauk utama, fikir sayur pulak. Sayur kena lah masuk dengan lauk utama, nanti tak best hehe *cerewet tak?*

Kacang panjang ke kacang buncis? Kalau pendapat farah sendiri, farah lebih suka kacang buncis. Sebab farah rasa kacang buncis lebih rangup. Rasa pun tak sama. Kacang buncis lebih segar rasanya. 

Tapi tengok masakan juga lah. Ada masakan yang tak sesuai guna kacang buncis, guna lah kacang panjang. Contohnya macam Som Tam. Biasa guna kacang panjang kan? Ke ada orang guna kacang buncis? Macam tak masuk je haha.

Apa lagi, jom cekidout resepi Kacang Buncis Goreng.

Resepi Kacang Buncis Goreng

Resepi Kacang Buncis Goreng
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500gm kacang buncis
½ batang lobak merah
½ cawan air
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak masak

Bahan-bahan B (tumisan):
500 gm udang -dibuang kulit. Farah tak letak
1 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris

Cara-cara:
1. Kacang buncis dan lobak merah dipotong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan kacang buncis, lobak merah, air dan garam.
4. Tutup kuali dan biarkan sayur-sayuran masak. Rasakan dengan garam.
5. Sedia dihidangkan

Komen Farah
Resepi Kacang Buncis Goreng
Resepi orang bujang hehehe. Senang sangat nak masak sayur ni. Campak-campak je lepas tu siap. Kalau korang cuba buat, mesti jadi punya. Kalau tak jadi tak tau lah haha. Kena masuk kelas memasak la kot. Ikut je resepi satu-satu, Insha Allah menjadi. Farah pun bukan terer masak pun.

Sedap. Farah memang penggemar kacang buncis. Jadi kalau masakan sayur kacang buncis tak sedap mestilah sedih. Resepi ni cukup rasa. Sedap. Tapi hati-hati lah. Garam jangan lebih-lebih.

Kalau tengok gambar farah masak dengan buku, lebih kurang dah kot rupanya. Bezanya takde udang je hehehe. Farah tak letak udang. 

Jom cuba masak Kacang Buncis Goreng!








Baca sini:

Baca Selanjutnya »

Testing The Cookbook || Resepi Ikan Tiga Rasa

Resepi Ikan Tiga Rasa || Alhamdulillah. Selesai sudah Ramadhan yang pertama kita. Ramai lah yang update status media sosial pakai hashtag #doneiftar, #doneterawih dan sebagainya hehe. Korang makan apa berbuka semalam? Masak ke beli kat bazaar? Farah masak ikan tiga rasa semalam hihi *mode bangga*.
Resepi Ikan Tiga Rasa
Ikan Tiga Rasa
Bulan puasa kali ni farah berazam nak masak sebulan hehe. Kecuali yang waktu balik kampung, balik rumah mama, jamuan berbuka di luar. Yang lain semua farah nak masak. Tak mau pi bazaar ramadhan tahun ni. Kuih pun nak buat sendiri kalau teringin sangat. Cewaah. Besar tak cita-cita? Hehe.

Bukannya apa, bila tak pi bazaar ni banyak kebaikannya. Eh farah tak kata orang yang pi bazaar ni tak bagus hokay. Bagus lah menyokong bisnes orang. Cuma farah sendiri yang tak nak ke bazaar sebab nak melatih diri sendiri mengawal nafsu. Bila pi bazaar, tengok makcik susun kuih muih berderet-deret, sape tak terliur? Betul tak? Selain nak mengawal nafsu, boleh juga jimat duit belanja sikit kan.

Hari pertama puasa ni semangat sikit nak masak. Masak lah mewah sikit hehe. Hubby kata masak ikan pula lah. Dah selalu sangat masak ayam.*padahal dia yang suka sangat ayam* Dia request ikan tiga rasa.


Resepi Ikan Tiga Rasa

Resepi Ikan Tiga Rasa
Resepi asal
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan bawal atau ikan siakap
1 sudu makan tepung jagung - untuk salut ikan
3 biji bawang merah - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
minyak bagi menggoreng ikan

Bahan-bahan B (sos)
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
1 susu teh gula

Bahan-bahan C (hiasan)
1 pokok daun bawang - dipotong pendek
2 cili merah - dihiris
2 cili hijau - dihiris
2 biji tomato - belah 4. Farah tak letak

Cara-cara:

1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 
6. Curahkan kuah sos di atas ikan.


Komen Farah
Resepi Ikan Tiga Rasa
Ikan Tiga Rasa
Resepi ni simple, senang nak ikut. Untuk ikan tu sebenarnya korang boleh je guna ikan lain. Kalau tak suka siakap, boleh guna ikan lain. Farah guna siakap, tapi satu potong je sebab besar sangat. 

Rasa dia sedap. Memang rasa masamnya. Manis pun cukup tak lebih-lebih. Kalau tiga rasa tu masam manis pedas ye? Yang ni tak ada rasa pedas hehe. Mungkin tak cukup cili? Tapi farah suka lah sebab tak pedas.

Ikan Tiga rasa yang farah buat nampak lebih kurang dah dengan dalam buku. Lulus! *sendiri bagi lulus*

Bahan-bahan nak masak ikan tiga rasa ni nampak je banyak. Sebenarnya sikit je. bahan hiasan tu tak letak takpe. Tapi kalau nak jamu mertua, letak ler. Nampak ala chef sikit kan. Hihi. 


Tak ada idea nak masak apa hari ni? Jom masak Ikan Tiga Rasa!




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

5 May 2017

Testing The Cookbook || Resepi Ayam Masak Halia

Resepi Ayam Masak Halia

AYAM HALIA
IMG_7062.JPG
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500 gm ayam
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung -dibancuh dengan ½ cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang - di potong pendek
1 biji tomato - dipotong 4
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B (dihiris):
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air.
3. Masak ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.
5. Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau rata.

6. Sedia dihidangkan.
Resepi Ayam Masak Halia
Baca Selanjutnya »

2 May 2017

Testing The Cookbook || Resepi Tomyam Ayam


Tomyam Ayam || Bila waktu cuaca sejuk, hari hujan, mesti farah teringin nak makan sup panas-panas. Tak kisah lah sup apa, asalkan sup panas. Ratah macam tu je sedap juga. Tak ada nasi pun ok. Maka terhasil lah tomyam ayam ni hehe.
Baru-baru rasa nak makan tomyam ayam. Kalau nak beli kat kedai, tak semua kedai buat tomyam sedap. Selalu dapat kuah cair, pastu tak ada isi pun. Yang banyak bawang hiris je.

Jadi farah ingat buat sendiri je tomyam. Kononnya bila buat sendiri lagi sedap haha. Tapi bila sendiri yang masak, isi banyak la boleh letak.  Kebetulan pula isi ayam ada banyak di rumah.

Jom kita tengok resepi Tomyam Ayam.

RESEPI TOMYAM AYAM
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500gm ayam - dipotong kecil
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar -dihiris
2 batang serai - diketuk
8 biji cili api - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
1 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu makan pes tomyam
1 batang daun saderi di potong kecil
3 helai daun limau purut dikoyak
Air dan garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
100 gm bunga kubis
2 biji tomato - dipotong 4
2 biji limau nipis - diambil airnya
1 pokok daun ketumbar - dipotong pendek

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga lembut.
2. Masukkan bunga kobis dan tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar.
4. Sedia di hidangkan.

Komen farah
Sedap! Gerenti. Resepi senang je. Tapi rasa tomyam dia ada. Tak de lah tawar.

Tomyam ayam farah nampak lebih kurang dengan gambar dalam buku. Kira lulus lah hihi.

Resepi asal tak letak udang. Tapi farah letak sebab nak habiskan udang dalam peti.

Jom buat Tomyam Ayam!


Selamat Mencuba!




Baca Selanjutnya »

29 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Telur Masak Kicap

TELUR MASAK KICAP
Testing The Cookbook || Resepi Telur Masak Kicap
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji cili merah - dihiris kasar
1 labu bawang besar - dihiris kasar
½ cawan kicap
2 sudu makan sos tomato
1 pokok daun sup - di potong pendek
½ cawan minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur satu per satu. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili merah.
3. Masukkan kicap dan sos tomato. Kacau rata.
4. Apabila mendidih, masukkan daun sup dan tutupkan api.
5. Tuangkan diatas telur goreng tadi.
6. Sedia dihidangkan.

Komen Farah
Testing The Cookbook || Resepi Telur Masak Kicap
Resepi ni adalah salah satu resepi senang. Sesuai untuk orang bujang atau kalau macam farah dan hubby makan berdua. Simple je masak. Tidak rumit sangat.

Tengok gambar dalam buku dan yang farah masak, lebih kurang sama. Hehe. Ok lah kan?

Hubby kata tak sama dengan farah selalu masak. Memang la tak sama, dah resepi tak sama. Haha. Tapi hubby kata sedap, nanti boleh buat lagi.

Jom buat Telur Masak Kicap!

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign