8 Dec 2017

Resepi Mini Cheesecake

Resepi Mini Cheesecake || Sebelum ini farah asyik rasa teringin nak makan cheesecake bakar. Nak buat kek agak malas sebab besar. Kalau makan berdua mesti tak habis. Bimbang pula membazir. Teringat pula pernah terbaca resepi cheesecake bakar tapi versi mini. Ha, apa lagi. Baru lah berasap oven hehe.
Resepi Mini Cheesecake
Resepi Mini Cheesecake
Farah google banyak resepi mini cheesecake. Banyak berkenan. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semua pun nampak sedap. 

Benda yang paling malas bila buat cheesecake ni , farah malas nak buat base/dasar kek dia. Kalau buat tak betul nanti mudah hancur. Nak makan pun tak sedap. 

Dapat idea nak cari di facebook MAHN. Jumpa lah satu resepi yang guna biskut tiger sebagai base kek. Biskut tu tak perlu dihancurkan, letak je terus dalam papercup. Senang kan? Tak payah fikir panjang haha. 

Jadi farah guna resepi ini.

Malangnya waktu bakar lupa nak double boiled. Kering sikit lah cheesecake farah. Dasar pula sedikit hitam. Mujur rasanya masih sedap. Hubby pun makan cakap sedap. Itu lah. Salah sendiri juga. Sape suruh derhaka dengan resepi haha. 

Ok, jom buat mini cheesecake!


Mini Cheesecake

Resepi asal: fb amanda rania zafreen 

Bahan-bahan:
500gram cream cheese
2 biji telur gred A
½ cawan gula aising
½ cawan whipping cream
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sunquick
Hirisan peach - farah tak letak
Kepingan biskut tiger untuk dasar

Cara-cara:

1. Campurkan cream cheese, telur, gula aising, whipping cream, tepung jagung dan sunquick. Pukul hingga sebati. 

2. Susunkan biskut tiger di dalam papercup sebagai dasar kek.

3. Panaskan oven dengan suhu 150C.

4. Susunkan hirisan peach diatas biskut tiger tadi. 

5. Tuangkan adunan kek ke dalam papercup. 

6. Bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit mengikut oven masing-masing dengan menggunakan kaedah double boiled. 

7. Selepas masak, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum makan. 

Siap! 
Resepi Mini Cheesecake
Resepi Mini Cheesecake
Cheesecake farah tak sama rupanya dengan resepi asal. Agak huduh dipandang haha. Tapi rasanya agak sedap.

Lupa pula nak kira berapa cheesecake yang dapat. Tapi dapat lah hubby bawa 2 biji setiap hari ke kerja sebagai bekal pencuci mulut untuk beberapa hari. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:
Resepi Sawi Dan Taugeh Masak Lemak Putih

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign