6 Jun 2017

Iftar Perdana Klinik Pergigian Air Hangat 2017, Hotel Bella Vista Langkawi

Iftar Perdana Klinik Pergigian Air Hangat 2017, Hotel Bella Vista Langkawi || Tercapai juga angan-angan nak berbuka di hotel tahun ini hehe. Kali ini kami ramai-ramai pi berbuka puasa di Hotel Bella Vista, Langkawi. Semua yang terlibat adalah staf klinik tempat farah bekerja dan beberapa dari klinik lain yang ikut sekali.
Tahun ni lupa nak ambil gambar semua sekali. Gambar geng perempuan je ada.

Tahun lepas kami ada juga berbuka puasa bersama-sama di Hotel Seaview, Langkawi. Farah suka buffet ramadhan di Hotel Seaview, tapi sebab dah cuba, kita pi tempat lain pula lah. 
Buffet Ramadhan Hotel Bella Vista Langkawi
Hotel Bella Vista menawarkan lebih 100 juadah berbuka setiap hari dengan harga RM38 untuk dewasa. Kami dapat dengan harga RM35 sebab pi ramai hihi.
 
Farah dan hubby sampai di sana pukul 7 lebih. Kalau tak silap buffet dah mula pukul 6.30 petang lagi. Waktu kami sampai makanan memang dah ada banyak terhidang. Ada beberapa je yang belum siap, termasuk lah kambing bakar. Waktu kami sampai, kambing dah ada, tapi belum di gantung (betul ke?) kat batang besi pembakar tu. Waktu tu rasanya dah lewat, farah bimbang nanti kambing tak sempat masak hehe. 
Bahagian luar.

Grill corner.
Bila dah dekat waktu berbuka, kami mula ambil makanan masing-masing. Mula-mula ambil ikan bakar dan ayam bakar. Ada ikan yang farah nak tapi tak ambil sebab macam susah nak makan. Ape ntah nama ikan tu. Haha. 
Spageti can Cher Kuey Tiaw.
Farah macam biasa kalau ada spageti, kena ambil. Hubby tak mau spageti, dia nak nasi je. Farah ambil juga nasi, tapi ambil sikit sebab nak makan benda lain banyak lagi hehe.
Mihun Sup
Selain nasi dan spageti, makanan berat yang lain pun ada, contohnya mihun sup, nasi ayam, char kuey tiaw. Mihun sup farah rasa biasa je, tapi orang lain kata sedap. Char kuey tiaw sedap. Nasi ayam pula tak sempat merasa sebab dah kenyang sangat. 
Aiskrim

ABC
Bahagian pencuci mulut pun ok. Ada aiskrim, ais kacang (farah tak jumpa, tapi hubby ada ambil), ABC, dan pelbagai jenis air. Farah ada cuba ABC dan aiskrim. Dua-dua sedap. Ada orang siap ambil aiskrim dua mangkuk farah tengok hehe. 
Air

Waktu berbuka, kami makan dulu sikit, lepas tu kami pi solat. Surau agak jauh dari tempat makan. Kena jalan naik lif ke tingkat satu. Punya lah kami pening cari surau tak jumpa. Dah jumpa surau, tengok tak ada tempat wuduk pula. Keluar balik pi cari tempat wuduk. Hampir-hampir pi masuk tandas lelaki masa tengah cari hehe. 

Siap solat maghrib kami sambung makan semula. 

Makanan meja lelaki

Makanan meja perempuan

Sup apa dah nama dia. Tapi rupa macam sup sirip ikan yu hehe. 


Yang ni farah suka. Farah makan 2 mangkuk. Rasa dia macam ribena.
Ada banyak juga makanan yang farah tak dapat merasa. Masa tu nak ambil rojak, tapi kuah tak ada. Habis. Bila tanya adik yang jaga rojak tu dia kata habis. Farah tanya lah, tak refill ke sebab awal lagi masa tu. Bahan rojak pun banyak lagi, kuah je habis. Dia jawab tak refill. 
Rojak sebelum kuah habis hehe. Tu mangkuk putih yang kecil tu la kuah rojak.

Kecewa gila. Kalau korang pi makan buffet, kutip lah makanan yang korang nak siap-siap. Terutamanya yang tak di refill. Kang kempunan. Dah bayar mahal, pastu tak le makan. Kecewa ai. Spageti pun sama. Kuah bolognese ayam dah habis, memang dah tak de refill. Baru ingat nak ambil pinggan kedua haha. 
 
Oh lupa pasal kambing. Waktu dekat nak masuk berbuka, farah pi beratur di bahagian kambing bakar. Masa tu tak lama dah nak berbuka. Masa tengok depa potong kambing tu nampak dah kambing macam kurang masak. Rare lagi omputih kata. Tengok daging paha pun merah-merah lagi. Tapi kami beratur juga. Kambing bakar macam biasa, mesti ramai orang beratur nak ambil. 

Ada lah brader ini beratur bawa pinggan 2 biji. Pastu sembang pulak lama-lama. Kita kat belakang ini dah panas tapak kaki. Bimbang azan masa tengah beratur. Sekali azan sungguh haha. Berbuka makan angin lah kami. Nak korek hidung kang batal puasa je, bukan buka puasa. 

Sayangnya kambing yang farah dapat kurang masak. Ada bahagian yang masak elok, sedap gila. Tapi bahagian yang kurang masak tu farah tak boleh makan. Sayang kan? So hubby pun bawa balik kambing tu kat bahagian grill untuk grill balik. Lepas dapat semula kambing tu pun farah tengok tak masak jugak. Kami pun ber-huhu je la. Nak makan apa kalau tak masak haha. 
 
Durian pulak. Kalau tak silap, Bella Vista je yang ada durian untuk berbuka. Bila sebut buffet ramadhan, kita fikir ada selonggok durian, pi lah makan banyak mana suka. Rupanya durian dia hantar di setiap meja. Haha. Tapi kalau habis, boleh minta lagi. Bagus juga kot buat macam tu. Kurang sikit pembaziran. 
Kuih muih. Creampuff tu sedap. Inti durian.


Kuih muih

Ulam dan sambal

Nasi dan lauk.


Nasi Ayam.
Lepas dah kenyang, farah dan hubby balik. Orang lain ada lagi belum balik. Ada yang duduk sambung makan siakap bakar, ada pulak pi bergambar. 
#doneiftar hehe
Balik rumah dengan perut kenyang hehe. Tahun depan nak berbuka di mana?
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign