20 Jan 2018

Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi

Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi || Baru-baru ini banyak farah tengok di facebook, kawan-kawan guna Tasneem Balm untuk anak masing-masing. Awal-awal tu memang buat tak tahu juga. Tak cuba baca pun kawan cakap apa hehe. Biasa lah kan. Dah asyik naik banyak sangat dekat wall baru lah nak baca. 
 
Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi
Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi 

Asalnya tak terdetik langsung nak cuba. Farah ingat balm ini cuma guna untuk bayi kembung saja macam minyak telon. Rupanya tak. 


Tasneem Balm ini ada 4 jenis tau. 

1. CF Rub
2. Calm Time
3. Sleep Time
4. Tummy Time

Ha, memang jelas-jelas bukan untuk kembung je kan hehe. 

Waktu dapat je balm ini yang mula-mula farah cuba adalah Sleep Time. Kalau difikirkan medina ini bukan lah jenis susah tidur malam. Kami biasa dodoi tu dia tak jarang ada masalah nak tidur. 

Tapi sejak akhir-akhir ini bisa dekat waktu tidur je dia aktif terlebih. Lari sana-sini. Nak tukar pampers pun macam main lumba lari. Haha. Terutama bila dengan farah. Manja lebih. Kalau dengan hubby dia behave sikit hehe.

Jadi farah sapukan Sleep Time tu. Sedap bau balm ini tau. Medina pun nampak ok bila pakai. Sebelum ini ada cuba balm lain. Buka je penutup mesti medina bising-bising sebab bau dia kuat sangat. Ha, Tasneem Balm ini dibuat dari essential oil. Mungkin juga sebab tu baby suka. 
Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi
Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi
Tummy Time ini farah sapu di perut medina. Kadang-kadang medina sembelit. Mungkin sebab kadang-kadang waktu siang dia main sampai tak minum air kosong. Seharian tu minum susu dengan makan nasi je. Dah lah sayur susah nak makan. Kunyah-kunyah lepas tu buang. Pening kepala kita fikir. 

Tummy Time ini boleh menggantikan minyak telon tau. Bau semestinya best hehe. Balm Tummy Time ini boleh membantu melegakan perut kembung, sembelit,membuang angin berlebihan dan membantu masalah penghadaman. Yang ini farah pun guna sekali. Farah selalu juga ada masalah penghadaman ini. Sampai nak tidur malam pun susah. Perut rasa tak selesa. 

Korang jangan ingat Tasneem Balm ini untuk bayi je. Orang dewasa pun boleh guna. 

Tummy time tu sapukan di tapak kaki dan perut. Kat perut tu macam biasa lah buat urutan I LOVE U baru lah bayi lebih selesa dan membantu membuang hehe. 

Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi
Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi
Calm Time pula untuk membantu anak-anak lebih tenang dan ceria. Nak sapu bila? Bila-bila masa pun boleh. Farah sarankan sapu lepas mandi. Waktu ini senang sikit nak sapu kat semua tempat. Kalau medina lah. Hehe. Anak orang lain tak tau lah bila masa.

Calm time ini sapukan dia tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang. Farah ada guna guna Calm time tu. Ada juga hari tu farah cakap kat hubby, kalau farah tengah marah, tengah bad mood, sapu je Calm time tu kat farah. Hubby jawab, 

“Kalau masa tengah marah macam singa tu takdenya berani nak pi sapu-sapu balm”

Haha. Amekau seketul. Kan dah kena balik.


CF Rub pula khas untuk demam, batuk dan selsema. Bahan-bahan yang ada dalam CF Rub ini boleh membantu mengurangkan batuk, melegakan pernafasan dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu badan kanak-kanak. 

Farah belum berkesempatan guna CF Rub sebab waktu balm ini sampai medina dah tak selsema. Cara guna dia sapukan di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang. 

Ha, apa lagi kelebihan Tasneem Balm?

Ada no KKM sudah semestinya
90% berkesan
Newborn sampai dewasa boleh guna
Menggunakan bahan semulajadi dah tiada campuran chemical
Jimat sangat. Satu bekas boleh tahan 3 bulan.
Saiz kecil. Senang nak bawa kemana-mana.
Bau bestttt!
Tak panas, tak melekit dan tak pedih
Dibuat di kilang OEM bertaraf GMP
Campuran essential oil yang best. Setiap balm ada lebih dari 5 essential oil.
Produk muslim
Harga berpatutan dengan ramuan balm yang digunakan.

Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi
Tasneem Balm Kit Lengkap Untuk Ibu Dan Bayi 


Sebarang pertanyaan korang boleh tengok kat link kat bawah ni.

Instagram: tasneemnaturel

Baca Selanjutnya »

12 Jan 2018

Resepi Ayam Masak Halia Senang

AYAM MASAK HALIA

Resepi asal: iresepi
Resepi Ayam Masak Halia Senang
Resepi Ayam Masak Halia Senang
Bahan-bahan:
500 gram ayam - potong kecil. Gaul dengan garam kunyit kemudian goreng separuh masak.
4 ulas bawang putih - hiris nipis
2 cm halia - hiris halus memanjang
1 sudu besar kicap 
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - hiris nipis membulat
1 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris sepanjang 2cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Sedikit garam dan kunyit
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 

2. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3. Masukkan pula sos tiram, dan kicap. Kacau seketika.

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. 

5. Tambah sedikit lagi air kalau nak lebih kuah.

6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. 

7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Siap!
Resepi Ayam Masak Halia Senang
Resepi Ayam Masak Halia Senang


Selamat Mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

10 Jan 2018

KITSUI MEAL REPLACEMENT DAN BELLY LOSS FIBER

KITSUI MEAL REPLACEMENT DAN BELLY LOSS FIBER || Dah masuk tahun 2018 ni, mesti ada yang simpan azam nak kurus kan? Hehe. Terutamanya awal tahun macam ni semua mesti bersemangat nak diet, jaga badan, pi gym. Ha bagus-bagus. Azam dan target tu perlu ada. 
KITSUI MEAL REPLACEMENT DAN BELLY LOSS FIBER
KITSUI MEAL REPLACEMENT DAN BELLY LOSS FIBER
Bagi yang bertahun-tahun cuba diet, dah tukar banyak jenis diet plan tapi tak berkesan juga, apa kata cuba Kitsui pula?

Produk dari Kitsui ada banyak jenis. Dari penjagaan kulit hinggalah penjagaan berat badan. Hari ni farah nak kongsi sikit dua produk dari kitsui tentang penjagaan berat badan. Kitsui Meal Replacement dan Belly Loss Fiber.

MEAL REPLACEMENT


Meal Replacement diformulasikan daripada:  

>Beras Perang 
>Susu Skim 
>Oat 
>Kacang Soya 
>Spirulina

Semua ramuan ni adalaha untuk meningkatkan metabolisme badan dan memberikan anda rasa yang kenyang dan bertenaga sepanjang hari.

Korang boleh minum meal replacement ni sebagai sarapan, waktu tengahari bersama buahan atau diantara waktu makan sebagai snek. Nak ambil boleh ambil dua kali sehari kalau nak. Sehari sekali pun boleh. 

Cara minum:
Campurkan 1 paket ke dalam 200-300ml air suam. Kacau sehingga larut dan minum serta merta. nak lagi senang, gunakan shaker hehe.

KELEBIHAN MEAL REPLACEMENT? 

>Mengawal berat badan 
>Mengawal diet dengan memberikan diet yang seimbang 
>Lebih kenyang dan bertenaga 
>Meningkatkan metabolisme badan 
>Membantu mengawal paras glukosa dalam darah
KITSUI MEAL REPLACEMENT DAN BELLY LOSS FIBER
KITSUI MEAL REPLACEMENT DAN BELLY LOSS FIBER

BELLY LOSS FIBER


Ha, dengar nama pun korang boleh agak produk ni membantu untuk lawas kan? hehe. Betuii. 

belly loss fiber ni boleh membantu: 
>menghindarkan penyerapan lemak berlebihan dan karbohidrat
>mencuci toxin dan sisa buangan dan lemak yang tidak diingini dari badan
>seimbangkan fungsi badan dan untuk sistem imuniti yang lebih kuat
>sebagai pengganti kepada buahan dan sayurann yang kaya dengan mineral dan nutrien

Cara minum:
Campurkan 1 paket kedalam 150ml air suam, kacau sehingga larut dan minum serta merta. Minum air secukupnya untuk kesan yang terbaik. 

Dos yang dicadangkan:

Untuk Detox dan kesihatan badan:
1 paket sekali setiap 2 hari selepas makan

Untuk turunkan berat badan dan sembelit:
1 paket sekali setiap hari sebelum makan

TESTIMONI MEAL REPLACEMENT DAN BELLY LOSS FIBER







Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok kat sini:

Facebook page: Kitsui My
Instagram: kitsuimalaysia

pssss: Yang mengandung macam kita ni tak perlu lah ambil supplement lagi. hehe. Tunggu lah baby keluar dulu. 
Baca Selanjutnya »

Resepi Sambal Udang

SAMBAL UDANG

Resepi Sambal Udang
Resepi Sambal Udang
Bahan-bahan:
100gram udang  - basuh
1 senduk cili kisar - kisar bersama bawang merah dan putih. Farah guna 10 cili kering.
3 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
½ botol sos tomato saiz biasa
Gula
Garam
1/2 cawan air

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih- ketuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - ketuk
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
2 kuntum bunga lawang


Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

2. Masukkan bahan kisar tadi. Kacau. Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga,  dan bunga lawang. Kacau. Masak sehingga naik minyak dan cili garing.

3. Masukkan air dan kacau.

4. Masukkan sos tomato. Masak sehingga kuah agak pekat.

5. Masukkan gula dan garam secukupnya.

6. Bila kuah semakin pekat, masukkan udang. Kacau rata dan biarkan sehingga udang masak. 

8. Tambah air mengikut kepekatan yang perlu. Kalau dah cukup pekat, boleh tutup api. 

Siap!

Resepi Sambal Udang
Resepi Sambal Udang

Selamat  Mencuba!

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

7 Jan 2018

Resepi Mee Sup Senang

Resepi Mee Sup Senang || Ada hari kadang-kadang rasa nak makan sup kan? Terutamanya hari hujan. Cuaca sejuk. Sedap je hirup sup panas. Farah nak buat sup kosong tapi takut tak kenyang pula. Jadi buat lah mee sup. 
Resepi Mee Sup Senang
Resepi Mee Sup Senang
Sebelum buat tu suruh hubby belikan perencah sup. Hubby keluar beli sorang, farah duduk dalam kereta dengan medina. Sekali dia masuk kereta, farah tengok salah beli perencah haha. Dia belikan perencah untuk buat sup ayam. Mujur cek awal-awal. Akhir sekali farah pi beli sendiri. 

Medina jenis sukakan mee. Mee kuning, bihun, kuey teow, spageti. Semua tu dia suka lah. Nasi suka juga. Tapi kalau letak mee dengan nasi dalam satu pinggan, dia makan mee dulu. Nasi tak layan hehe. Mungkin mee lebih menarik sebab panjang-panjang rupanya. Nak makan pun seronok. 

Mee sup ini farah buat senang je. Guna perencah. Tak payah fikir banyak hehe. Cepat pun cepat. 

Jom buat mee sup!

MEE SUP SENANG


Bahan-bahan:
½ paket mee kuning - rendam air panas 5 minit lepas tu bilas dan toskan.
1 paket serbuk mee sup adabi - bancuh dengan 5 sudu besar air
4 sudu besar minyak masak
100 gram ayam - farah tak letak
4 cawan air (800ml)
Seikat sawi - potong panjang
1 paket bebola ikan
Cili merah - potong serong
Limau nipis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis serbuk mee sup yang telah dibancuh dengan air dengan api perlahan sehingga naik bau. 

2. Masukkan ayam dan bebola. Masak hingga empuk dan keluar minyak. 

3. Masukkan air. Biar sehingga mendidih. 

4. Masukkan sawi. Masak sebentar lebih kurang 2 minit. 

5. Hidangkan sup bersama mee kuning. Tabur cili merah dan perah limau nipis jika mahu. 

Siap!
Resepi Mee Sup Senang
Resepi Mee Sup Senang


Selamat Mencuba!

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

6 Jan 2018

Resepi Pengat Pisang

Resepi Pengat Pisang || Pengat pisang ini sedap kalau di makan waktu petang. Ada pula air teh panas. Fuhh. Cukup lengkap dah rasanya. 
Resepi Pengat Pisang
Resepi Pengat Pisang
Farah jenis lain sikit. Pengat atau bubur farah suka makan sejuk bila baru keluar peti hehe. Jadi biasanya bila farah buat pengat atau bubur, farah simpan dalam peti supaya sejuk. Nanti dah sejuk baru makan. 

Kalau bubur makan panas pun sedap juga. Contohnya kalau pi kenduri biasanya ada bubur kacang. Ha kalau yang tu sedap lah makan panas-panas. 

Resepi asal dari iresepi. Farah ikut yang mana mampu je hehehe. Tapi hubby kata sedap dah pengat ini. 

Jom buat pengat pisang!

PENGAT PISANG


Bahan-bahan:
4-5 biji pisang - farah hentam je pisang apa yang ada
1 kotak kecil santan
1/2 cawan sagu - tak letak
2-3 keping gula melaka - potong kecil-kecil supaya senang larut
1/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - ikat
garam jika perlu

Cara-cara:
1. Buang kulit pisang. Kalau pisang besar, boleh potong setebal 1-2 cm. Farah guna pisang kecil. Jadi tak potong nipis.

2. Rendam pisang dalam air kapur selama 30 minit supaya pisang susah hancur bila dimasak. 

3. Bilas pisang dan masukkan kedalam periuk. 

4. Masukkan santan, gula melaka, gula pasir, sagu, daun pandan dan garam.

5. Kacau selalu dengan api perlahan. 

Siap!

Resepi Pengat Pisang
Resepi Pengat Pisang

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

5 Jan 2018

Jagung Cheese Viral Original di Langkawi

Jagung Cheese Viral Original di Langkawi || Dapat juga akhirnya merasa jagung cheese viral di kuah. Sebelum ni farah cuba jagung cheese yang di padang matsirat. Sebab dekat sikit. Nak pi kuah tak tau bila. Semalam kebetulan hubby ajak pi Billion di kuah. Alang-alang tu singgah di bus stop yang jual jagung cheese ni dalam perjalanan balik. 

Seddapppp!!!!!

Cheese parut dia banyak bertimbun. Serius tak tipu. Tak kedekut langsung. 
Jagung Cheese Viral Original di Langkawi
Jagung Cheese Viral Original di Langkawi
Jagung cheese di kedai ni ada dua jenis. Dua-dua sama harga. RM6 satu bekas. Satu jagung cheese biasa. Satu  lagi jagung cheese dengan aiskrim. Bezanya yang ada aiskrim tu kurang sikit cheese parut. 

Rasa?

Dua-dua sedap. Hehe. Manis cukup. Masin cukup. Aiskrim banyak. Cheese banyak. 

Ceewah. Ni boleh jadi duta jagung cheese dah ni puji lebih-lebih hehe. 

Bagi yang suka manis macam farah ni gerenti korang rasa sedap. Tapi kalau jenis tak tahan manis, mungkin korang tak berapa suka. Bukan lah manis leting, manis melecas. Cuma sesetengah orang tak suka manis kan hehe. 

Kalau datang Langkawi boleh lah cuba jagung cheese ni. Dekat je dengan jeti. Gerai dia di bus stop taman permainan di kuah. 

Jagung Cheese Viral Original di Langkawi
Kalut nak makan sampai tumpah haha.


Baca Selanjutnya »

Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia

Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia || Farah bukan suka sangat makan popia. Sebab kenapa farah tak berapa suka popia ini adalah kulit dia. Dan biasanya kalau beli popia susah nak dapat inti banyak. Bila makan mesti rasa macam makan kulit popia je. Farah rasa loya kalau rasa kulit je hehe. Jadi biasanya kalau beli popia, farah lebih sukakan popia basah. 
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Masalahnya hubby tak suka popia basah. Dia pulak yang geli tekak, loya kalau makan popia basah haha. Tak sama langsung selera kan?

Hari tu farah tiba-tiba rasa nak makan popia goreng. Tapi tak mau beli sebab takut inti angin hehe. Bukan karipap je boleh inti angin tau. Farah pun cari lah resepi popia goreng. 

Resepi ini farah dapat dari blog cikmatahariku. Popia sayur. Senang sikit nak buat kalau sayur. Hehe. Farah plan nak buat banyak sebab nak frozenkan. Boleh goreng pagi-pagi untuk bawa ke kerja kan. 

Dapat lah sebekas untuk forzen lepas dah makan sikit. Masalahnya bila pagi farah keluarkan nak goreng, kulit dia melekat. Tension pagi-pagi. Kalau lepas tu bila pisahkan banyak kulit terkoyak. 

Lepas ini farah ingat nak balut sikit dengan plastik satu-satu supaya tak melekat antara satu sama lain. Pagi-pagi senang sikit nak goreng. Tak ada lah kalut nak pi kerja. 

Ok jom buat popia inti sayur!

POPIA INTI SAYUR DAN PENCICAH POPIA


Bahan-bahan:
1 paket kulit popia - farah tak guna semua pun. guna setakat inti habis. Keluarkan dari peti awal supaya kulit popia lembut.
1 batang timun batang sederhana besar - parut
1 batang lobak merah sederhana besar - parut
1 biji sengkuang cina  saiz agak kecil - parut
satu gengam udang kering - kisar
3 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 biji telur
Garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Kisarkan udang kering, bawang merah dan bawang putih. Nak tumbuk pun boleh, farah kisar. 

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. 

3. Masukkan lobak merah, timun batang dan sengkuang yang sudah di parut. Masak sebentar. Kalau lama sangat nanti sayur lembik. Farah lebih suka kalau rangup. 

4. Masukkan garam secukup rasa. 

5. Pecahkan telur. Kacau rata. Lepas telur masak tutup api. 

6. Tapis inti tadi sebab memang akan ada air. Kalau basah sangat inti nanti kulit popia lembik dan senang koyak. 

7. Ambik sekeping kulit popia, isikan dengan inti tadi dan gulung seperti biasa. Hujung sekali lekatkan dengan air supaya tak terbuka. 

8. Lepas dah siap gulung semua boleh mula menggoreng!
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Bahan-bahan pencicah:
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji tomato  - kisar
1 sudu besar cili giling
Garam 
Gula

Cara-cara pencicah:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan cili giling. Kacau dan masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.

3. Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.

4. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak.
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Siap!

Boleh lah makan banyak-banyak sampai puas hati hehe. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

4 Jan 2018

Suri Rumah Untuk Dua Hari

Suri Rumah Untuk Dua Hari || Kerja yang paling susah di dunia. SURI RUMAH. Hari ni hari kedua merasa jadi suri rumah (konon) haha. 

Boleh pulak ber-haha. Sebenarnya ni bukan lah hal lucu atau lawak dan sebagainya. Beberapa hari sebelum ni kami dapat berita bahawa pakngah (adik kepada mama) terkena serangan strok dan dimasukkan ke hospital. Waktu di hospital tu dah berada dalam keadaan koma. Doktor pun kata tak ada apa-apa yang boleh di lakukan. 

Semalam kami keluar makan dengan abah mama. Hubby nak belanja abah makan sempena hari lahir abah 3 Januari. Dalam perjalanan abah dapat panggilan yang  pakngah dah tak ada. 

Duduk di Langkawi ni macam ni lah. Ada kecemasan waktu malam, esok pagi baru boleh keluar dengan feri. Kalau kapal terbang sekali pun, ada limit masa juga kan. 

Jadi keesokan harinya barulah abah, mama, adik, dan hubby keluar naik feri pagi-pagi. 

Oh, yang nak cerita kat sini bukan pasal tu sebenarnya. Nak cerita pasal farah duduk rumah jaga medina hehe. 

Orang lain yang baca ni mesti, 

"So what? Orang lain jaga anak jugak."

Bukan selama ni tak pernah jaga anak sorang. Tapi tak pernah lagi duduk dengan medina berdua kat Langkawi masa hubby keluar Langkawi. kalau waktu kerja yang hubby keluar sekali pun, masa tu farah pun kerja, jadi medina duduk dengan mama juga. 

Bimbang tu mesti lah ada sebab kalau jadi apa-apa, hubby tak ada kat Langkawi nak minta tolong. 

Hari ni pula mama dan abah belum balik dari Jitra, jadi farah cuti lagi untuk jaga medina. Hubby kata dia yang nak ambil cuti. Tapi farah tak bagi. Nanti bising pulak dia dok sebut cuti dia habis haha. 

Best juga jadi suri rumah ni. Boleh basuh baju pagi-pagi. Habis 4 bakul basuh. Biasa malam balik kerja baru boleh basuh. Penatnya bila nak tidur malam. 

Boleh main dengan medina puas-puas. Ni salah satu sebab kenapa ramai ibu-ibu yang asalnya wanita berkerjaya ambil keputusan untuk berhenti kerja semata-mata nak jaga anak. Boleh tengok anak membesar sendiri depan mata. Priceless tau. 

Ha nanti ada lah yang kata, 

"kalau macam tu berhenti je lah kerja"

Senangnya cakap. 

Bukan senang jadi suri rumah tau. Farah dah pernah fikir nak berhenti kerja. Lama farah fikir. Lepas tu tak jadi. Sebab?

Salah satu, tak semua lelaki rasa wanita duduk rumah tu kerja banyak. Ramai fikir ala duduk rumah je pun, baring atas katil main handphone. Anak biar dia lah main sendiri. Ha rumah sape nak kemas? Baju sape nak basuh? Sape nak jemur? Lantai sape nak mop? Makan anak sape nak masak? Lepas anak makan sape kemas meja? Basuh pinggan? Basuh periuk? Basuh kuali?

Lelaki dengan perempuan, cara jaga anak tak sama langsung. Percaya lah. Been there. Done that. Haha. Cara mengemas pun tak sama. 

Bukan lelaki a.k.a suami je yang pandang rendah dengan suri rumah ni. Orang sekeliling pun sama. Zaman sekarang ni orang panggil 'makcik bawang' haha. Asal suri rumah je pandang rendah. Nampak sangat otak cetek. Humph. 

Weh panjang pulak membebel. Kena stop sebelum taip benda mengarut haha. 

Ok bye. 

Baca Selanjutnya »

Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap || Nak masak kat hubby ini kalau bukan ayam masak sambal, ayam masak kicap lah yang dia suka sikit kot. Kalau lauk macam sup ayam tu tak lah dia suka sangat. 
Resepi Ayam Masak Kicap
Resepi Ayam Masak Kicap
Sebenarnya hari tu buntu nak masak ape. Asyik kena masak ayam je haha. Pening kepala fikir tau. Nak masak benda sama, nanti farah jemu. Hubby takpe lah. Dia makan benda sama 30 hari berturut-turut pun ok lagi. Farah tak suka. 

Asalnya nak buat je ayam masak kicap macam biasa. Tapi teringat hari tu ada masak daging masak kicap. Rasa macam nak cuba resepi daging tu untuk ayam pula hehe. Tapi farah ubah sikit lah. Yang ini farah letak serai. Kalau ikutkan lebih kurang je resepinya. 

Jom buat ayam masak kicap!

AYAM MASAK KICAP


Bahan-bahan:
100 gram ayam  - perap dengan garam dan kunyit
1 biji bawang holland  - hiris bulat
1 biji cili merah  - hiris serong. Takde pun takpe.
1 batang serai - ketuk
Kicap manis
Garam

Cara-cara:

1. Rebus ayam dalam air. Air tak perlu banyak, hanya perlu cukup untuk ayam masak. Rebus hingga ayam empuk dan air kering.

2. Masukkan minyak masak. Goreng ayam hingga sedikit perang. Kemudian masukkan serai. 

3. Masukkan kicap. Kacau rata.

4. Masukkan bawang holland dan cili merah. Kacau. 

5. Perasakan dengan garam. 

Siap!
Resepi Ayam Masak Kicap
Resepi Ayam Masak Kicap


Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

3 Jan 2018

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur || Sayur bendi adalah sayur yang farah tak pernah makan waktu kecil. Biasa lah budak-budak kan. Sayur hijau je memang tak suka hehe. Farah mula makan bendi waktu tinggal di asrama dulu. 
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Kat asrama selalu ada masakan gulai ikan kan? gulai ke? Hmmm. Rasa macam lebih kepada asam pedas haha. Ntah lah. Lupa pula. Tapi dalam gulai tu ada ikan dengan bendi sekali.

Tiap kali makan farah tengok kawan farah makan bendi tu. Lepas tu mesti dia minta bendi farah sebab farah tak makan. Farah tak pernah cuba sebab bendi kan berlendir, lepas tu ada biji-biji kat dalam. Geliii haha.

Sampai lah satu hari tu farah tanya kawan farah, sedap sangat ke bendi ini. Dia tanya balik, “dah pernah cuba ke belum?”. Ha, tudia. memang tak pernah cuba. Dah tak cuba, mana layak nak mengutuk hehe. Lepas pada tu baru lah farah cuba. 

Ingatkan pahit. Rupanya tak. Betul lah kata orang tak kenal maka tak cinta. Lepas tu jatuh cinta dengan bendi hihi. Sedap rupanya bendi ini. Berlendir, berbiji, takde masalah pun. 

Waktu mengandung medina dulu farah ratah bendi tiap-tiap hari masa dah dekat dengan tarikh bersalin. Sebab orang kata bagus untuk melancarkan proses bersalin haha. Kalau fikir macam mengarut je kan? Tapi apa salahnya makan sayur? Sambil menyelam minum ayaq gitu. 

Hubby pun suka bendi ini. Bila ada bendi kat rumah mesti dia suruh buat sayur bendi goreng. Jadi lah bendi goreng kita hari ini. 

Jom buat sayur bendi goreng telur!

SAYUR BENDI GORENG TELUR


Bahan-bahan:
sayur bendi - ikutlah nak banyak mana. Basuh, kemudian potong pendek serong.
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 biji telur 
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau. 

2. Masukkan bendi yang telah dipotong. Kacau rata. 

3. Masukkan sedikit air, kecilkan api dan tutup kuali. Biar sebentar supaya bendi masak sekata. 

4. Pecahkan telur, biar sekejap dan kacau sebati dengan semua bendi. 

5. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur


Selamat Mencuba!

Baca Sini:

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign