Blog Farah Sanusi: 2018

Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

19 Oct 2018

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam || Kita semua memerlukan tidur pada waktu malam yang cukup. Walaupun siang dah tidur banyak, waktu malam masih perlu tidur sebab kualiti tidur siang dan malam tak sama. 

Semua ibu bapa mengimpikan tidur yang lena sepanjang malam kan? Terutamanya yang baru bergelar ibu atau bapa. Kalau dapat bayi yang baik, tidur senang, tak ada colic, Alhamdulillah. Tapi kalau bayi yang sebaliknya? 

Untuk farah sendiri, Alhamdulillah. Medina dan Hani dua-dua tak ada colic. Bangun menangis malam sebab pampers basah atau nak susu tu biasa lah kan. Selain dari tu tak ada yang sampai kami tak dapat tidur malam. 

Tapi hani susah sikit nak tidur lena lama. 30 minit tidur, dia terus bangun. Ke bayi yang menyusu  badan ni kerap bangun? Haha. Ntah la. Tapi walaupun hani kerap bangun, tak susah sangat nak tidurkan semula sebab farah menyusu. Cuma penat sikit je sebab jaga dia sorang-sorang. Waktu medina dulu minum guna botol, hubby boleh juga tolong kadang-kadang. 

Beberapa bulan lepas, farah ada ternampak satu post di facebook pasal doa untuk anak tidur lena. Mula-mula pelik juga. Kan dah ada doa tidur? Haha. rupanya ada satu surah yang kita boleh baca untuk anak yang sukar tidur. 

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam
Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam


Surah pendek je. Tak perlu risau nak hafal ayat doa panjang-panjang. Korang boleh baca 3 kali, hembus di ubun-ubun. Insyaallah.   





Baca Selanjutnya »

12 Oct 2018

Resepi Gulai Kuning Ayam

Resepi Gulai Kuning Ayam || Beberapa hari sebelum farah masak gulai kuning, farah ternampak rakan facebook upload gambar makanan. Gulai kuning nasi berlauk. Pergh sedapnya. Makan pulak dengan sambal. Menambah-nambah lah nasi nanti. 

Lepas tengok gambar tu, farah dok teringin sangat nak makan gulai kuning. Hajatnya nak buat gulai kuning nasi berlauk. Maksudnya ikan lah. 
Resepi Gulai Kuning Ayam
Resepi Gulai Kuning Ayam 

Farah pun tanya hubby, nak ayam ke ikan. Dia sengih. 

“Ayam”

Siapa suruh tanya kan. Dah tahu pun dia nak jawab apa. Haha. Jadi masak lah gulai kuning ayam. 

Sebelum ni pernah buat ayam masak lemak cili api. Sebenarnya bagi farah macam tak ada beza sangat melainkan resepi kali ni ada kacang dan timun batang dalam gulai. Rasa farah rasa tak jauh beza. Tapi farah lebih suka kan resepi kali ni. 

Hubby pun kata sedap. Makan menambah juga. Dia bukan jenis suka sangat lauk lain melainkan ayam masak merah atau sambal. Haha. 

Medina pun suka. Farah suap medina, habis satu pinggan dia makan. Medina memang suka lauk masakan lemak. Lemak kuning, lemak putih, semua dia suka. Makan campur kicap sikit, licin pinggan hehe. 

Resepi ni tak susah pun. Korang boleh tengok video dulu untuk senang faham. 


GULAI KUNING AYAM

resepi asal : aziekitchen

Bahan-bahan:
6 ulas bawang merah - kisar
1/4 inci lengkuas - kisar
1/2 inci kunyit hidup - kisar
2 cili kering - kisar
1 cawan santan
Air
1 asam keping
1 timun batang - belah 2 dan potong pendek
5 kacang panjang - potong pendek
1/2 Ayam - potong ikut saiz yang sesuai
Gula
Garam

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 
2. Masukkan santan. Kacau seketika. 
3. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan asam keping, timun batang dan kacang panjang. Kacau. 
5. Masukkan ayam. 
6. Perasakan dengan gula dan garam. 
7. Masak dengan api sederhana. 

Siap! 

Resepi Gulai Kuning Ayam
Resepi Gulai Kuning Ayam 
Makan dengan nasi putih panas, sambal belacan fuuuh. Kecur air liur tau. 

Gulai ni kalau nak buat gulai ikan kembung atau ikan selar pun boleh. Sedap juga. 

Selamat mencuba!





Baca Selanjutnya »

30 Sept 2018

Minggu Murah Rezeki

Minggu Murah Rezeki || Minggu ni rasa murah rezeki betul. Ramai orang belanja hehe. Tapi dengan kata lain, minggu diet hancur (konon lah diet kan). 

Mula dengan hari isnin, Chris belanja semua pegawai klinik hubby. Jadi farah pun ikut sekali. Sibuk je kan hehe. Waktu tu chris belanja lepas waktu kerja. Pukul 6. Dah malas nak masak, ikut lah sekali hehe. Kami makan di gerai dekat dengan airport Langkawi je. Kalau tak silap nama kedai tu Halim Gulai Panas. 


Kami yang dah lama dok Langkawi pun tak pernah pi lagi. Depa yang baru ni pi dulu haha. Kedai ni nampak biasa je. Tapi sedap jugak gulai dia. Harga? Yang tu farah tak tau sebab orang belanja hehe. 

Macam-macam jenis lauk ada. Kita boleh pilih dulu bahan mentah. Lepas pilih, tukang masak masak bahan yang kita pilih. Ni depa la kata. Farah sampai lewat masa tu, jadi tak nampak pilih macam mana. 

Lauk lain pun ada boleh order. Kami ada order sotong celup tepung, ayam goreng kunyit, telur dadar. Bukan gulai panas je ade. 

Hari rabu pulak, ada jamuan makan malam yang klinik gigi kuah buat. Yang ni sempena perpisahan hubby yang berpindah ke klinik lain. Pindah dah sebulan dah sebenarnya haha. Tapi majlis baru buat. 

Yang ni makan di kuah. Kedai Singgah Seafood. Kami dah pernah dah makan di kedai ni. Memang sedap. Waktu kami pi dulu, medina baby lagi. Ingat lagi masa tu medina nangis sebab mengantuk, kami tak siap makan lagi. Akak kat kedai tu (tak tau lah tuan kedai ke pekerja) pun mai nak ambil medina nak dodoi. Farah tak selesa sebenarnya orang tak kenal pegang baby. Nak cakap tak boleh pegang kang kecik hati pulak. 

Tapi ntah macam mana berebut, dapat kat dia jugak haha. Mujur lepas tu medina nangis kuat dia tak boleh pujuk (medina tak suka orang dia tak kenal). Dapat lah kami ambil semula. 

Lepas tu kami dah tak pi kedai tu. Semata-mata tak nak orang pegang baby. Bukan sebab masakan tak sedap hehe. Masakan dia sedap. Kami ni paranoid sikit. 

Malam tu kami tak bawa medina dengan hani ikut. Sebab hubby yang diraikan. Takut ganggu pulak. Mujur lah makan tak lama sangat. Kami balik pun tak lewat mana. 

Kat sini kebanyakan lauk semua farah suka. Harga dia standard harga je. Tak mahal tak murah. Kalau tak ada idea nak order apa, boleh tanya orang yang ambil order tu, nanti dia cadangkan yang selalu orang order. 

Hari khamis afiqah belanja semua satu klinik makan dekat pantai Tanjung Rhu. Ni kes dapat gaji pertama ni hehe. Dapat pulak dua bulan gaji. bising lah orang lain dok suruh dia belanja. Kami dah biasa mai kedai ni dulu. Tapi dah lama dah farah tak pi. sekarang pi kerja asyik bawa bekal je. 

Nak pi hari tu kami tempah siap-siap makanan. Sebab kalau pi baru order nanti lambat pula balik klinik. Rehat sejam je. Nanti tak enjoy lah makan kalut-kalut. 


Hari jumaat pula keluar makan dengan nik dan yana. Alang-alang yana mai Langkawi, dia ajak keluar. Kami makan di Restoran Uncle Jai. 

Restoran Uncle Jai ni baru je tukar tempat baru. Sekarang terletak di sebelah Hotel Grand Continental. Dah tukar tempat baru, menu pun ada perubahan sikit. 

Farah dok mengidam sayur campur yang ada soft tofu. Dulu selalu order sayur tu pastu ratah. Tengok-tengok menu baru dah takde. Ade sayur campur biasa je. Sedih betul. Mujur Chicken grill ada lagi. Kalau tak, kempunan lah. Dari petang dok fikir nak makan ape haha. 

Harga kat sini bagi farah harga macam cafe. Belas-belas untuk satu menu. Ada juga yang murah. Contoh macam moi@bubur nasi @nasi air. Ada set atau yang bukan set. Farah selalu order moi ayam untuk medina. Kalau tak silap RM5 je. 

Alhamdulillah minggu ni kenyang perut senang hati hehe. 




Baca Selanjutnya »

18 Sept 2018

Resepi Cucur Manis

Resepi Cucur Manis || Assalamualaikum semua hehe. Bajet- bajet ramai lah follow blog kita ni haha. Lama sangat dah tak update blog sejak bersalin. Eh tak, sebenarnya slow update masa hujung- hujung mengandung hani hari tu. Bila masuk 8 bulan tu dah penat 24 jam, nak tidur 24 jam, sakit kaki 24 jam haha. 

Sekarang hani dah nak masuk 6 bulan Alhamdulillah. Dah besar dah hehe. Seminggu dua lagi nak mula makan dah. Umi yang excited bila baby nak makan haha. Kesian tau tengok baby telan air liur masa kita makan. Nak makan depan dia pun kesian. Ada tak mak-mak lain macam ni? Sep sikit!

Rasanya dalam sebulan ni farah baru dapat mula masak betul-betul semula. Sebelum ni nak sesuaikan diri dengan status baru ‘mak anak dua’ hehe. Pening juga nak cari masa bila nak masak. Yelah balik kerja pukul 5. Pukul 5.30 baru sampai rumah. Kemas susu, basuh pam, keluarkan barang nak masak dan lain-lain tengok-tengok dah pukul 6. Tiba-tiba hubby sampai dari ambil anak-anak. Berperang pulak dengan medina hani. Makan malam bila nak masak? Ha gitu lah awal-awal haritu. 

cucur manis



Hani pulak kecik lagi. Tak boleh tinggal dengan medina  takut kena penyek hehe. Walaupun medina baik dengan adik dia, masih tak boleh kan. Haa, lagi satu hani kan menyusu badan. Baby menyusu badan ni asyik nak berkepit je dengan mak dia. Hehe. 

Eh panjang pulak pembuka cerita. Sebenarnya nak kongsi resepi cucur manis. 

Beberapa hari lepas tiba-tiba teringin nak buat cucur. Farah fail sikit bab cucur ni. Cucur bodo pun  tak jadi biasanya. Haha. Tengok ada resepi cucur kembung. Teringin nak buat sebab nampak comel je bulat-bulat. 

Tapi waktu nak buat cucur tu tak sempat pulak nak menggentel. Jadi farah guna sudu je untuk goreng cucur. Bentuk dia masih lagi kembung walaupun tak bulat cantik. Rasa pun sedap. Hubby suka, sampai suruh ajar dia buat sebab di nak buat sendiri nanti. Yeke nak buat sendiri haha. 

Ok lah ni resepi dia. Selamat mencuba!

CUCUR MANIS 
resepi asal: fb yati rahim

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam. Kacau. 
2. Tambah air panas. Kacau sebati. 
3. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, guna api perlahan untuk goreng sebab tak nak hangit. 
4. Goreng sampai bahagian luar warna perang. Sambil goreng tu golek-golekkan cucur supaya sama rata masaknya. 

Siap! Makan saja sedap, makan cicah sos pun sedap. Terpulang mana-mana ikut selera masing-masing. 

Selamat mencuba!!

Farah ade buat share video resepi cucur ni juga. Jemput tengok kat youtube farah. Jangan lupa tekan butang Subscribe!


Baca Selanjutnya »

8 Feb 2018

Seimbangkan Hormon Dengan Bahan Semulajadi??

Seimbangkan Hormon Dengan Bahan Semulajadi?? || Lama sungguh tak jenguk blog. Sejak dah masuk trimester ke tiga ni penat badan lain macam. Kalau dulu balik kerja mampu lagi nak bersilat kat dapur. Sekarang jangan harap lah haha. Penat yakmat tak tau nak citer.

Eh ini bukan mengeluh. Ini saje je kongsi kat korang hehe. Lama tak bercerita kan. Cerita lah sikit apa salahnya. 

Ha, kali ni nak kongsi satu produk ni dengan korang. Femingra. Pernah dengar tak? Kalau belum meh nak kongsi sikit. 

APA ITU FEMINGRA?
Seimbangkan Hormon Dengan Bahan Semulajadi??

Femingra diformulasi khas dari 7 bahan organik utama berkepekatan tinggi serta diperkaya dengan teknologi MPPT (Micro Pine Pollen Technology).

Bahan-bahan yang 100% dari sumber semulajadi dan organik ini telah terbukti membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita. Ia diperkayakan dengan agen perangsang hormon terbaik iaitu Debunga Pain (Pine Pollen). Femingra bertindak balas pantas dan selamat digunakan bagi wanita pelbagai peringkat usia.

Kesimpulannya, Femingra adalah PAKEJ LENGKAP bagi wanita moden yang ingin menjaga kesempurnaan dalaman tubuh. Kecuali untuk wanita mengandung dan menyusu tak sesuai lah. 

Apa fungsi dia? 

>Kaya dengan pelbagai nutrisi, mineral dan kandungan vitamin termasuk anti-oksidan



>Melancarkan sistem pencernaan dan membantu meningkatkan peredaran darah

>Makanan tambahan unggul untuk anti-penuaan, keseimbangan hormon & meningkatkan kesuburan

>Mengetatkan tisu dalaman wanita serta mengelakkan pendarahan rahim, keputihan dan lendiran abnormal

>Membantu mengawal pendarahan dan intensiti kitaran bulanan serta mengatasi masalah penghadaman

>Meningkatkan stamina dan daya tahan semulajadi, mengurangkan stres serta mengawal insomnia

>Melegakan gejala menopaus, melembapkan kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi tubuh



Kandungan  dan Kelebihan 8 Bahan Organik Dalam Femingra

1. Pine Pollen 
+ Mengandungi 8 jenis asid amino penting 
+ Trend terkini dalam Superfood 
+ Agen anti penuaan 
+ Pemulihan keinginan seksual 
+ Menyeimbangkan hormon 
+ Mengembalikan stamina & kecergasan 
+ Mencegah penyakit 

2. Buah Markisa 
+ Kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin 
+ Tinggi kandungan antioksida 
+ Membantu meningkatkan peredaran darah 
+ Melancarkan pencernaan 
+ Merangsang sistem imun tubuh 
+ Memperkuatkan tulang 

3. Horny Goat Weed (Epimedium) 
+ Merangsang libido & daya seksual wanita 
+ Menggalakkan aliran darah 
+ Membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause 
+ Mengandungi icariin yang membantu mengurangkan gejala menopause 

4. Akar Maca 
+ Afrodisiak yang hebat 
+ Mengimbangi hormon seks 
+ Meningkatkan keinginan seksual 
+ Melaraskan gejala menopause seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh ketika malam, dan kemurungan 
+ Perangsang kesuburan wanita 

5. Manjakani 
+ Mengetatkan tisu dalaman wanita 
+ Menegangkan kulit 
+ Terbaik untuk faraj atau prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan lendiran tidak normal di dalam faraj 
+ Menghapuskan bau di kawasan kemaluan 
+ Membantu menegangkan payudara 6. Habbatus Sauda 
+ Membantu mengawal pendarahan haid 
+ Mengawal intensiti kitaran bulanan 
+ Mengurangkan masalah penghadaman 
+ Pelembap yang baik untuk kulit & rambut 
+ Mempunyai ciri-ciri anti-radang 
+ Sangat tinggi antioksidan 

7. Tribulus Terrestris 
+ Meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita 
+ Mengurangkan gejala menopause seperti panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi 
+ Mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah, dan kehilangan minat seksual 

8. Pueraria Mirifica 
+ Melegakan gejala menopause 
+ Merangsang nafsu  
+ Meningkatkan kelembapan faraj 
+ Meningkatkan saiz payudara 
+ Menggalakkan penghasilan kolagen 
+ Memberi kesan awet muda

Testimoni Pengguna





Cara cadangan pengambilan:

Bancuh sepeket Femingra bersama 120ml air sejuk atau air suam. Minum sehari sekali sebelum makan pada waktu pagi atau tengahari. Tak digalakkan minum pada waktu malam. Amalkan secara konsisten sekurang-kurangnya sebulan. Kesan penggunaan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Femingra ni atau nak buat pembelian boleh ushar link kat bawah ni ya:

WEBSITE
http://maxwellhelath.com.my

FACEBOOK
https://www.facebook.com/maxwellhealthmy

INSTAGRAM
https://www.instagram.com?maxwellhealthmy/

Email : info@maxwellhealth.com.my

No.Telefon : +6012-326 3304

ALAMAT

MAX WELL HEALTH SDN BHD (1187418-K)
21-1, Jalan Cempaka SD12/2, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign