Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam || Kita semua memerlukan tidur pada waktu malam yang cukup. Walaupun siang dah tidur banyak, waktu malam masih perlu tidur sebab kualiti tidur siang dan malam tak sama.
Semua ibu bapa mengimpikan tidur yang lena sepanjang malam kan? Terutamanya yang baru bergelar ibu atau bapa. Kalau dapat bayi yang baik, tidur senang, tak ada colic, Alhamdulillah. Tapi kalau bayi yang sebaliknya?
Untuk farah sendiri, Alhamdulillah. Medina dan Hani dua-dua tak ada colic. Bangun menangis malam sebab pampers basah atau nak susu tu biasa lah kan. Selain dari tu tak ada yang sampai kami tak dapat tidur malam.
Tapi hani susah sikit nak tidur lena lama. 30 minit tidur, dia terus bangun. Ke bayi yang menyusu badan ni kerap bangun? Haha. Ntah la. Tapi walaupun hani kerap bangun, tak susah sangat nak tidurkan semula sebab farah menyusu. Cuma penat sikit je sebab jaga dia sorang-sorang. Waktu medina dulu minum guna botol, hubby boleh juga tolong kadang-kadang.
Beberapa bulan lepas, farah ada ternampak satu post di facebook pasal doa untuk anak tidur lena. Mula-mula pelik juga. Kan dah ada doa tidur? Haha. rupanya ada satu surah yang kita boleh baca untuk anak yang sukar tidur.
Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam
Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam |
Surah pendek je. Tak perlu risau nak hafal ayat doa panjang-panjang. Korang boleh baca 3 kali, hembus di ubun-ubun. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/