5 Jan 2018

Jagung Cheese Viral Original di Langkawi

Jagung Cheese Viral Original di Langkawi || Dapat juga akhirnya merasa jagung cheese viral di kuah. Sebelum ni farah cuba jagung cheese yang di padang matsirat. Sebab dekat sikit. Nak pi kuah tak tau bila. Semalam kebetulan hubby ajak pi Billion di kuah. Alang-alang tu singgah di bus stop yang jual jagung cheese ni dalam perjalanan balik. 

Seddapppp!!!!!

Cheese parut dia banyak bertimbun. Serius tak tipu. Tak kedekut langsung. 
Jagung Cheese Viral Original di Langkawi
Jagung Cheese Viral Original di Langkawi
Jagung cheese di kedai ni ada dua jenis. Dua-dua sama harga. RM6 satu bekas. Satu jagung cheese biasa. Satu  lagi jagung cheese dengan aiskrim. Bezanya yang ada aiskrim tu kurang sikit cheese parut. 

Rasa?

Dua-dua sedap. Hehe. Manis cukup. Masin cukup. Aiskrim banyak. Cheese banyak. 

Ceewah. Ni boleh jadi duta jagung cheese dah ni puji lebih-lebih hehe. 

Bagi yang suka manis macam farah ni gerenti korang rasa sedap. Tapi kalau jenis tak tahan manis, mungkin korang tak berapa suka. Bukan lah manis leting, manis melecas. Cuma sesetengah orang tak suka manis kan hehe. 

Kalau datang Langkawi boleh lah cuba jagung cheese ni. Dekat je dengan jeti. Gerai dia di bus stop taman permainan di kuah. 

Jagung Cheese Viral Original di Langkawi
Kalut nak makan sampai tumpah haha.


Baca Selanjutnya »

Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia

Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia || Farah bukan suka sangat makan popia. Sebab kenapa farah tak berapa suka popia ini adalah kulit dia. Dan biasanya kalau beli popia susah nak dapat inti banyak. Bila makan mesti rasa macam makan kulit popia je. Farah rasa loya kalau rasa kulit je hehe. Jadi biasanya kalau beli popia, farah lebih sukakan popia basah. 
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Masalahnya hubby tak suka popia basah. Dia pulak yang geli tekak, loya kalau makan popia basah haha. Tak sama langsung selera kan?

Hari tu farah tiba-tiba rasa nak makan popia goreng. Tapi tak mau beli sebab takut inti angin hehe. Bukan karipap je boleh inti angin tau. Farah pun cari lah resepi popia goreng. 

Resepi ini farah dapat dari blog cikmatahariku. Popia sayur. Senang sikit nak buat kalau sayur. Hehe. Farah plan nak buat banyak sebab nak frozenkan. Boleh goreng pagi-pagi untuk bawa ke kerja kan. 

Dapat lah sebekas untuk forzen lepas dah makan sikit. Masalahnya bila pagi farah keluarkan nak goreng, kulit dia melekat. Tension pagi-pagi. Kalau lepas tu bila pisahkan banyak kulit terkoyak. 

Lepas ini farah ingat nak balut sikit dengan plastik satu-satu supaya tak melekat antara satu sama lain. Pagi-pagi senang sikit nak goreng. Tak ada lah kalut nak pi kerja. 

Ok jom buat popia inti sayur!

POPIA INTI SAYUR DAN PENCICAH POPIA


Bahan-bahan:
1 paket kulit popia - farah tak guna semua pun. guna setakat inti habis. Keluarkan dari peti awal supaya kulit popia lembut.
1 batang timun batang sederhana besar - parut
1 batang lobak merah sederhana besar - parut
1 biji sengkuang cina  saiz agak kecil - parut
satu gengam udang kering - kisar
3 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 biji telur
Garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Kisarkan udang kering, bawang merah dan bawang putih. Nak tumbuk pun boleh, farah kisar. 

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. 

3. Masukkan lobak merah, timun batang dan sengkuang yang sudah di parut. Masak sebentar. Kalau lama sangat nanti sayur lembik. Farah lebih suka kalau rangup. 

4. Masukkan garam secukup rasa. 

5. Pecahkan telur. Kacau rata. Lepas telur masak tutup api. 

6. Tapis inti tadi sebab memang akan ada air. Kalau basah sangat inti nanti kulit popia lembik dan senang koyak. 

7. Ambik sekeping kulit popia, isikan dengan inti tadi dan gulung seperti biasa. Hujung sekali lekatkan dengan air supaya tak terbuka. 

8. Lepas dah siap gulung semua boleh mula menggoreng!
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Bahan-bahan pencicah:
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji tomato  - kisar
1 sudu besar cili giling
Garam 
Gula

Cara-cara pencicah:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan cili giling. Kacau dan masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.

3. Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.

4. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak.
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Siap!

Boleh lah makan banyak-banyak sampai puas hati hehe. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign