Blog Farah Sanusi: sayur

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

5 Jan 2018

Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia

Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia || Farah bukan suka sangat makan popia. Sebab kenapa farah tak berapa suka popia ini adalah kulit dia. Dan biasanya kalau beli popia susah nak dapat inti banyak. Bila makan mesti rasa macam makan kulit popia je. Farah rasa loya kalau rasa kulit je hehe. Jadi biasanya kalau beli popia, farah lebih sukakan popia basah. 
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Masalahnya hubby tak suka popia basah. Dia pulak yang geli tekak, loya kalau makan popia basah haha. Tak sama langsung selera kan?

Hari tu farah tiba-tiba rasa nak makan popia goreng. Tapi tak mau beli sebab takut inti angin hehe. Bukan karipap je boleh inti angin tau. Farah pun cari lah resepi popia goreng. 

Resepi ini farah dapat dari blog cikmatahariku. Popia sayur. Senang sikit nak buat kalau sayur. Hehe. Farah plan nak buat banyak sebab nak frozenkan. Boleh goreng pagi-pagi untuk bawa ke kerja kan. 

Dapat lah sebekas untuk forzen lepas dah makan sikit. Masalahnya bila pagi farah keluarkan nak goreng, kulit dia melekat. Tension pagi-pagi. Kalau lepas tu bila pisahkan banyak kulit terkoyak. 

Lepas ini farah ingat nak balut sikit dengan plastik satu-satu supaya tak melekat antara satu sama lain. Pagi-pagi senang sikit nak goreng. Tak ada lah kalut nak pi kerja. 

Ok jom buat popia inti sayur!

POPIA INTI SAYUR DAN PENCICAH POPIA


Bahan-bahan:
1 paket kulit popia - farah tak guna semua pun. guna setakat inti habis. Keluarkan dari peti awal supaya kulit popia lembut.
1 batang timun batang sederhana besar - parut
1 batang lobak merah sederhana besar - parut
1 biji sengkuang cina  saiz agak kecil - parut
satu gengam udang kering - kisar
3 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 biji telur
Garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Kisarkan udang kering, bawang merah dan bawang putih. Nak tumbuk pun boleh, farah kisar. 

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. 

3. Masukkan lobak merah, timun batang dan sengkuang yang sudah di parut. Masak sebentar. Kalau lama sangat nanti sayur lembik. Farah lebih suka kalau rangup. 

4. Masukkan garam secukup rasa. 

5. Pecahkan telur. Kacau rata. Lepas telur masak tutup api. 

6. Tapis inti tadi sebab memang akan ada air. Kalau basah sangat inti nanti kulit popia lembik dan senang koyak. 

7. Ambik sekeping kulit popia, isikan dengan inti tadi dan gulung seperti biasa. Hujung sekali lekatkan dengan air supaya tak terbuka. 

8. Lepas dah siap gulung semua boleh mula menggoreng!
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Bahan-bahan pencicah:
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji tomato  - kisar
1 sudu besar cili giling
Garam 
Gula

Cara-cara pencicah:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan cili giling. Kacau dan masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.

3. Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.

4. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak.
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Resepi Popia Inti Sayur dan Pencicah Popia
Siap!

Boleh lah makan banyak-banyak sampai puas hati hehe. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

3 Jan 2018

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur || Sayur bendi adalah sayur yang farah tak pernah makan waktu kecil. Biasa lah budak-budak kan. Sayur hijau je memang tak suka hehe. Farah mula makan bendi waktu tinggal di asrama dulu. 
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Kat asrama selalu ada masakan gulai ikan kan? gulai ke? Hmmm. Rasa macam lebih kepada asam pedas haha. Ntah lah. Lupa pula. Tapi dalam gulai tu ada ikan dengan bendi sekali.

Tiap kali makan farah tengok kawan farah makan bendi tu. Lepas tu mesti dia minta bendi farah sebab farah tak makan. Farah tak pernah cuba sebab bendi kan berlendir, lepas tu ada biji-biji kat dalam. Geliii haha.

Sampai lah satu hari tu farah tanya kawan farah, sedap sangat ke bendi ini. Dia tanya balik, “dah pernah cuba ke belum?”. Ha, tudia. memang tak pernah cuba. Dah tak cuba, mana layak nak mengutuk hehe. Lepas pada tu baru lah farah cuba. 

Ingatkan pahit. Rupanya tak. Betul lah kata orang tak kenal maka tak cinta. Lepas tu jatuh cinta dengan bendi hihi. Sedap rupanya bendi ini. Berlendir, berbiji, takde masalah pun. 

Waktu mengandung medina dulu farah ratah bendi tiap-tiap hari masa dah dekat dengan tarikh bersalin. Sebab orang kata bagus untuk melancarkan proses bersalin haha. Kalau fikir macam mengarut je kan? Tapi apa salahnya makan sayur? Sambil menyelam minum ayaq gitu. 

Hubby pun suka bendi ini. Bila ada bendi kat rumah mesti dia suruh buat sayur bendi goreng. Jadi lah bendi goreng kita hari ini. 

Jom buat sayur bendi goreng telur!

SAYUR BENDI GORENG TELUR


Bahan-bahan:
sayur bendi - ikutlah nak banyak mana. Basuh, kemudian potong pendek serong.
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 biji telur 
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau. 

2. Masukkan bendi yang telah dipotong. Kacau rata. 

3. Masukkan sedikit air, kecilkan api dan tutup kuali. Biar sebentar supaya bendi masak sekata. 

4. Pecahkan telur, biar sekejap dan kacau sebati dengan semua bendi. 

5. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur


Selamat Mencuba!

Baca Sini:

Baca Selanjutnya »

2 Jan 2018

Resepi Petola Masak Lemak Putih

Resepi Petola Masak Lemak Putih || Assalamualaikum semua. Ha, resepi pertama untuk 2018 hehe. Petola masak lemak putih. Ada ke petola masak lemak tak putih? Haha. Farah tak pernah jumpa lagi yang kuning. Kalau ada sila kongsi resepi di ruang komen ya hehe. 
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Farah buat petola masak lemak putih ini waktu petola tak habis tempoh hari. Tak tahu nak masak apa, senang-senang buat masak lemak saja. Buat pun tak lah banyak sangat sebab nak habiskan petola. Cukup untuk sekali makan berdua. 

Sebelum ini farah pernah tanya hubby, dia lebih suka kan petola masak lemak atau petola masak tumis air. Hubby kata mana-mana pun tak apa, sama je. Tapi farah perasan bila hubby makan masak lemak, hubby makan lebih banyak berbanding tumis air. Waktu makan dia cakap,

“sedappp..sedappp”

Ha tudia hehe. Sedap masak lemak la kot. Sejujurnya farah pun lebih suka masak lemak. Bila makan farah suka letak kuah masak lemak banyak lepas tu tambah kicap sikit. Fuuuh, mengancam. Makan memang tak kira berapa pinggan menambah hehe. Tapi tu lah masalahnya, berselera sangat pula makan kalau sedap haha. Ada santan pula tu. Ish ish ish.  

Sekali sekala makan tu tak apa lah kan. Jangan tiap-tiap hari makan makanan bersantan. Sendiri kena beringat. 

Ok tunggu apa lagi, mengomel panjang pulak. Jom buat petola masak lemak putih!

PETOLA MASAK LEMAK PUTIH

Resepi asal: resepisedap-nennie

Bahan-bahan:
2 biji petola - potong bulat
2 paket campuran suhun/fucuk - rendam dalam air supaya lembut. farah tak letak sebab takde.
1 genggam ikan bilis - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 kotak santan 
Garam secukup rasa 
Sedikit air

Cara-cara:

1. Masukkan santan, bahan yang ditumbuk dan air kedalam periuk. Didihkan dengan api sederhana.

2. Kacau sentiasa hingga santan masak. 

3. Masukkan petola. Masak hingga petola masak. 

4. Masukkan suhun/fucuk. Kacau. 

5. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Resepi Petola Masak Lemak Putih


Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

27 Dec 2017

Resepi Petola Tumis Air

PETOLA TUMIS AIR

Resepi Petola Tumis Air
Resepi Petola Tumis Air
Bahan-bahan:
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang petola  - potong bulat
1 plastik kecil soun - rendam dengan air terlebih dahulu
1 batang cili merah - hiris
Sedikit lada hitam - tumbuk
Garam
Air secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan lada hitam. Kacau sekejap. Masukkan air. 

3. Selepas air mendidih, masukkan petola. Masak sehingga petola lembut. Kemudian masukkan soun dan cili merah. 

4. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Petola Tumis Air
Resepi Petola Tumis Air


Selamat Mencuba!

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

10 Dec 2017

Resepi Tumis Air Sawi dan Cendawan Paling Mudah

Resepi Tumis Air Sawi dan Cendawan Paling Mudah || Beberapa hari yang lepas, farah teringin nak makan tumis air sayur petola. Pagi-pagi lagi suruh hubby keluar ke pasar pagi untuk beli petola. Bila hubby balik, hubby kata langsung tak ada petola kat pasar. Jadi hubby belikan sawi dan cendawan. Mujur lah, dapat juga farah buat tumis air walaupun bukan petola hehe. 
Resepi Tumis Air Sawi dan Cendawan Paling Mudah
Resepi Tumis Air Sawi dan Cendawan Paling Mudah
Farah suka sayur tumis air sejak akhir-akhir ini. Rasa nak ratah macam tu pun ada. Buat masakan tumis air ini farah rasa agak sihat, tak ada unsur-unsur lemak dan sebagainya. 

TUMIS AIR SAWI DAN CENDAWAN


Bahan-bahan:
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 pohon sawi - potong panjang
1 mangkuk cendawan - basuh dan carikkan
Sedikit lada hitam - tumbuk
Garam
Air secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan lada hitam. Kacau sekejap. Masukkan air. 

3. Selepas air mendidih, masukkan sawi dan cendawan. Masak sehingga sawi lembut. 

4. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Tumis Air Sawi dan Cendawan Paling Mudah
Resepi Tumis Air Sawi dan Cendawan Paling Mudah
Senang je kan. Ini masak cukup lah untuk sekali makan berdua. Kalau nak banyak, tambah je lagi kuantitinya hehe. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini: 

Baca Selanjutnya »

30 Nov 2017

Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih

Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih || Masakan sayur lemak adalah salah satu lauk kegemaran farah. Tak kisah lah sawi, taugeh, kubis, petola, semua farah suka. Kali ini nak kongsi resepi sawi dan taugeh masak lemak putih. 
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sebenarnya farah masak sayur sawi dan taugeh masak lemak putih ini untuk habiskan taugeh. Kebetulan hari tu beli taugeh tapi tak habis. Nak simpan lama nanti tak elok. 

Farah memang jenis makan sayur banyak bila makan nasi. Rasa tak lengkap kalau sayur sikit hehe. Hubby pula bukan jenis yang wajib makan sayur. Kalau ada, dia makan, kalau tak ada, dia ok je. 

Tapi hubby cakap hari tu sedap juga masak lemak putih macam ini hehe. Bila fikirkan rupanya farah tak pernah masak sayur masak lemak. Lepas ini kena masak petola lemak putih pula. Nak juga tengok hubby makan atau tak kekeke. 

Sayur masak lemak ini senang dan cepat. Farah sarankan korang cuba lah. Kalau yang bujang pun baik cuba hehe. Senang yakmat orang kata. 

Jom masak sawi dan taugeh masak lemak putih!

SAWI DAN TAUGEH MASAK LEMAK PUTIH


Bahan-bahan:
Seikat sawi - potong panjang dan cuci
Segenggam taugeh - basuh
1 kotak santan
3 biji bawang merah - tumbuk
Sedikit ikan bilis - tumbuk
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Satukan bawang merah dan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama santan dan air. 

2. Masak dia atas api sederhana. 

3. Biarkan hingga hampir menggelegak, kemudian masukkan sawi. 

4. Masak sehingga sawi hampir lembut dan masukkan taugeh. 

5. Masukkan garam. 

*Jangan masak terlalu lama supaya taugeh tidak terlalu lembik. 

Siap!!
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sayur lemak macam ini memang senang dan cepat untuk masak. Makan pun berselera. Farah suka makan kuah masak lemak dan taruh kicap sikit. Sedappppp. Memang makan menambah dua pinggan hehe. 

Biasanya bila buat sayur lemak, farah akan buat sayur banyak walaupun kami cuma makan berdua. Sebab selalunya tak cukup sayur untuk kami kalau buat kuantiti untuk dua orang hehe. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

9 Nov 2017

Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)

Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad) || Sebelum ni farah ada buat potato and egg salad. Farah buat untuk bawa ke pantai waktu hubby ajak berkelah 
Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
Salad ni salah satu salad yang farah boleh makan. Sebab apa farah cakap macam tu? Sebab salad ni ada mayonis hehe. Farah sangat tak suka mayonis. Terutama kalau rasa dia kuat sangat. Nak telan pun nak muntah. Tak suka. 

Tapi salad ni ok. Mayonis tak lah rasa sangat. Cukup untuk bagi dia tak kering dan ada rasa. Bila makan tu tak fikir sangat geli mayonis hihi. 

Hubby pula hantu mayonis. Jadi tak ada masalah untuk dia. 

Salad ni sesuai untuk di bawa berkelah. Kalau ajak ke pantai, farah rasa salad telur kentang ni lah yang ada dalam kepala farah. Kalau orang lain agaknya fikir mee goreng atau bihun goreng kan? Hehe. 

Ok lah, jom buat salad telur dan kentang!

Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)

resepi asal: Mama ann 

Bahan-bahan:
3 biji telur - rebus
4 biji kentang - potong kecil dan rebus
1 tin tuna in water - buang air dan ambil isi ikan sahaja
mayonis
garam
serbuk lada hitam

Cara-cara:

1. Kentang di buang kulit. Potong kecil mengikut saiz yang dikehendaki dan rebus. Saiz jangan kecil sangat dan jangan besar sangat. Kalau kecil sangat nanti waktu rebus kentang hancur dan lembik. 

2. Setelah kentang masak, angkat dan toskan. Ketepikan.

3. Rebus telur sehingga masak. Kupas kulit. Boleh cincang telur untuk hancurkan. Farah lebih suka guna pemarut. Cantik sikit. Senang pun senang hehe. Parut telur sampai habis. Ketepikan.
Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
4. Ambil isi ikan tuna. Mesti beli tuna in water ya, bukan in oil ke in mayonis ke. WATER. Ambil isi je. air dia buang. Isi tuna tu hancurkan pakai sudu. Ketepikan. 
Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
5. Dalam mangkuk lain, campurkan telur dan tuna. Gaulkan. Masukkan mayonis. Farah tak sukat mayonis banyak mana. Memang selalu tengok rupa dia je cukup ke tak. Agak-agak lah. 

6. Masukkan garam dan blackpepper. Tak perlu banyak. Cukup untuk perasakan. 
Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
7. Rasa semua campuran tu dah sedap ke tak. Kalau dah sedap, masukkan kentang. Gaul sampai sebati. 

8. Siap!!
Resepi Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
Salad Telur dan Kentang (Potato and Egg Salad)
Salad ni makan saja pun sedap. Makan kapit roti pun sedap. Nak makan sebagai side dish burger atau chicken chop pun sedap. Bila tak habis farah selalu ratah je haha. 

Biasanya farah simpan dalam peti sebab farah suka makan dia sejuk-sejuk. 

Selamat Mencuba!!
Baca Selanjutnya »

13 Jun 2017

Resepi Sup Sawi Kosong

Resepi Sup Sawi Kosong || Hari tu farah ada buat ayam panggang. Tak ada idea nak masak apa untuk kuah. Ayam panggang kan tak ada kuah? Hubby kata buat sup sayur je lah. Teringat pula masa berpantang lepas bersalin dulu selalu makan sup sayur. Sebab malas nak buat mewah-mewah, buat la sup sawi kosong ini hehe. 
Resepi Sup Sawi Kosong
Sup Sawi Kosong

Dulu farah tak makan sawi. Kalau ada sawi dalam mee goreng, satu-satu farah kutip buang. Sebabnya farah ingatkan sawi tu pahit. 

Baru farah tahu rupanya sawi ada banyak jenis. Yang farah tak suka tu pak choy hehe. Tak suka part putih dia. Sawi cina pun kurang gemar. Sawi hijau je farah makan. Lepas dah kenal sawi hijau, baru lah farah makan sawi dalam mee goreng. Sedap rupanya sawi hijau ini hehe. 

Sup sawi ini kalau ratah pun sedap. Cara masakan sihat, jadi sesuai untuk orang yang tengah diet. Diet pun kena makan sayur banyak. Makan lah sawi, kan bagus makan sayur hijau. Tak payah-payah beli supplement hehe. 

Jom masak sup sawi kosong!

Sup Sawi Kosong


Bahan-bahan:
2 pohon sawi - potong panjang
½ batang lobak merah -  di hiris 
2 biji bawang merah kecil -  di hiris
1 ulas bawang putih -  di hiris
1 sudu lada hitam- ditumbuk
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kacau sebentar.
3. Masukkan air. Tunggu menggelegak. 
4. Masukkan sawi. Masak sehingga sawi hampir masak kemudian masukkan lobak merah. 
5. Perasakan dengan garam. 
6. Sedia di hidang.
Resepi Sup Sawi Kosong 
Senang jeee. 

Ini resepi paling cikai la kot. Kalau tak ada lobak merah, letak sawi je lah. Hehe. kalau nak lebih sikit boleh tambah telur, udang, fishball. Tapi dah tak jadi sup sawi kosong dah la kalau tambah hehe. 

Selamat Mencuba!



Baca sini:


Baca Selanjutnya »

28 May 2017

Testing The Cookbook || Resepi Kacang Buncis Goreng

Resepi Kacang Buncis Goreng || Ha,sebelum ni farah ada kongsikan resepi ikan tiga rasa. Kali ni farah nak kongsikan resepi kacang buncis goreng pula. Makan mestilah ada sayur kan? Tak lengkap lah kalau takde sayur.
Resepi Kacang Buncis Goreng
Kacang Buncis Goreng
Tiap kali nak masak, mesti farah fikir dulu lauk apa yang hubby makan. Lepas dah pilih lauk utama, fikir sayur pulak. Sayur kena lah masuk dengan lauk utama, nanti tak best hehe *cerewet tak?*

Kacang panjang ke kacang buncis? Kalau pendapat farah sendiri, farah lebih suka kacang buncis. Sebab farah rasa kacang buncis lebih rangup. Rasa pun tak sama. Kacang buncis lebih segar rasanya. 

Tapi tengok masakan juga lah. Ada masakan yang tak sesuai guna kacang buncis, guna lah kacang panjang. Contohnya macam Som Tam. Biasa guna kacang panjang kan? Ke ada orang guna kacang buncis? Macam tak masuk je haha.

Apa lagi, jom cekidout resepi Kacang Buncis Goreng.

Resepi Kacang Buncis Goreng

Resepi Kacang Buncis Goreng
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500gm kacang buncis
½ batang lobak merah
½ cawan air
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak masak

Bahan-bahan B (tumisan):
500 gm udang -dibuang kulit. Farah tak letak
1 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris

Cara-cara:
1. Kacang buncis dan lobak merah dipotong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan kacang buncis, lobak merah, air dan garam.
4. Tutup kuali dan biarkan sayur-sayuran masak. Rasakan dengan garam.
5. Sedia dihidangkan

Komen Farah
Resepi Kacang Buncis Goreng
Resepi orang bujang hehehe. Senang sangat nak masak sayur ni. Campak-campak je lepas tu siap. Kalau korang cuba buat, mesti jadi punya. Kalau tak jadi tak tau lah haha. Kena masuk kelas memasak la kot. Ikut je resepi satu-satu, Insha Allah menjadi. Farah pun bukan terer masak pun.

Sedap. Farah memang penggemar kacang buncis. Jadi kalau masakan sayur kacang buncis tak sedap mestilah sedih. Resepi ni cukup rasa. Sedap. Tapi hati-hati lah. Garam jangan lebih-lebih.

Kalau tengok gambar farah masak dengan buku, lebih kurang dah kot rupanya. Bezanya takde udang je hehehe. Farah tak letak udang. 

Jom cuba masak Kacang Buncis Goreng!








Baca sini:

Baca Selanjutnya »

14 Apr 2017

Resepi Bendi Goreng Telur

Bendi goreng telur adalah salah satu sayur yang farah suka. Teringat masa duduk di asrama dulu ada lauk gulai yang ada bendi. Masa tu farah tak suka bendi. Bila jumpa dalam gulai, farah akan beri kepada kawan farah. 
Resepi Bendi Goreng Telur
Sampai lah satu hari, farah tanya dia, "sedap ke bendi tu?". Kawan farah jawab, "Dah cuba ke belum?". Haa, sebenarnya farah tak pernah cuba. Otak je kata tak sedap, padahal belum pernah cuba. 

Selepas hari tu farah cuba makan bendi. Mula-mula terkejut juga sebab bendi berlendir. Biasanya makanan basi lah yang berlendir haha. Awal-awal tak boleh terima. Tapi bila lama-lama terjatuh cinta. Betul lah orang kata tak kenal maka tak cinta.

Kebetulan hubby pun suka sayur bendi. Hubby selalu minta buat bendi goreng telur. Bendi goreng telur pun farah baru kenal selepas kahwin hihi. Sebelum ni cuma makan bendi dalam gulai atau kari je. 

Bila beli bendi, farah lebih suka beli yang muda dan bersaiz sederhana. Kalau yang besar dan tua biasanya lebih keras. Kena masak lama dan tak kena selera farah. 

Yang sedapnya bila masak bendi goreng, boleh ratah macam tu je. Ingat lagi masa mengandung dulu, farah masak bendi tiap-tiap hari waktu dah dekat nak bersalin. Ada tips yang mengatakan baik untuk makan makanan yang berlendir macam bendi supaya mudah untuk bersalin nanti. Wallahu a'lam.

Kalau korang diet dan tak boleh makan nasi, boleh juga masak bendi goreng telur untuk makan. Memang sedap. Masak dalam kuantiti yang banyak, boleh kenyang.

Ok, dah sedia? Jom Masak resepi Bendi Goreng Telur!

BENDI GORENG TELUR
Resepi asal: Azie Kitchen

Bahan-bahan A:
15 batang bendi - dipotong serong nipis
2 biji telur dipukul - farah guna 1 je
garam secukup rasa
perasa

Bahan-bahan B (Dikisar)
3 cili merah -di buang biji
2 bawang merah
1 bawang putih

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan bendi dan kacau rata.
3. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Masak bendi hingga separuh masak. Kemudian masukkan telur.
5. Tunggu telur masak sedikit barulah dikacau.
6. Masak hingga sedikit kering.
7. Sedia di hidang.
Resepi Bendi Goreng Telur
Senang je masak bendi goreng telur ni. Dah pernah masak sekali, lepas tu tak perlu tengok resepi dah. hehe. 

Jom cuba resepi Bendi Goreng Telur!

Selamat mencuba!




Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign