14 Apr 2017

Resepi Bendi Goreng Telur

Bendi goreng telur adalah salah satu sayur yang farah suka. Teringat masa duduk di asrama dulu ada lauk gulai yang ada bendi. Masa tu farah tak suka bendi. Bila jumpa dalam gulai, farah akan beri kepada kawan farah. 
Resepi Bendi Goreng Telur
Sampai lah satu hari, farah tanya dia, "sedap ke bendi tu?". Kawan farah jawab, "Dah cuba ke belum?". Haa, sebenarnya farah tak pernah cuba. Otak je kata tak sedap, padahal belum pernah cuba. 

Selepas hari tu farah cuba makan bendi. Mula-mula terkejut juga sebab bendi berlendir. Biasanya makanan basi lah yang berlendir haha. Awal-awal tak boleh terima. Tapi bila lama-lama terjatuh cinta. Betul lah orang kata tak kenal maka tak cinta.

Kebetulan hubby pun suka sayur bendi. Hubby selalu minta buat bendi goreng telur. Bendi goreng telur pun farah baru kenal selepas kahwin hihi. Sebelum ni cuma makan bendi dalam gulai atau kari je. 

Bila beli bendi, farah lebih suka beli yang muda dan bersaiz sederhana. Kalau yang besar dan tua biasanya lebih keras. Kena masak lama dan tak kena selera farah. 

Yang sedapnya bila masak bendi goreng, boleh ratah macam tu je. Ingat lagi masa mengandung dulu, farah masak bendi tiap-tiap hari waktu dah dekat nak bersalin. Ada tips yang mengatakan baik untuk makan makanan yang berlendir macam bendi supaya mudah untuk bersalin nanti. Wallahu a'lam.

Kalau korang diet dan tak boleh makan nasi, boleh juga masak bendi goreng telur untuk makan. Memang sedap. Masak dalam kuantiti yang banyak, boleh kenyang.

Ok, dah sedia? Jom Masak resepi Bendi Goreng Telur!

BENDI GORENG TELUR
Resepi asal: Azie Kitchen

Bahan-bahan A:
15 batang bendi - dipotong serong nipis
2 biji telur dipukul - farah guna 1 je
garam secukup rasa
perasa

Bahan-bahan B (Dikisar)
3 cili merah -di buang biji
2 bawang merah
1 bawang putih

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan bendi dan kacau rata.
3. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Masak bendi hingga separuh masak. Kemudian masukkan telur.
5. Tunggu telur masak sedikit barulah dikacau.
6. Masak hingga sedikit kering.
7. Sedia di hidang.
Resepi Bendi Goreng Telur
Senang je masak bendi goreng telur ni. Dah pernah masak sekali, lepas tu tak perlu tengok resepi dah. hehe. 

Jom cuba resepi Bendi Goreng Telur!

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign