7 Jun 2017

Resepi Kuey Tiaw Kungfu

Resepi Kuey Tiaw Kungfu || Sebelum ini farah ada kongsikan resepi Nasi Goreng USA versi mengelat. Kali ini nak kongsi resepi Kuey Tiaw Kungfu pulak.

Hari-hari seperti biasa farah akan tanya hubby nak makan apa untuk berbuka. Hubby ini jenis orang yang makan makanan sama je tiap-tiap hari. Tapi dia tak jemu. Sebelum kahwin dulu hubby cerita, makan nasi putih dengan ayam masak merah selama sebulan waktu bulan puasa. Haha. Mula-mula terkejut farah dengar. Macam mana lah dia boleh tak bosan makan benda sama.

Bagus lah macam tu kan? Kita nak masak pun senang. Tak payah nak fikir sangat nak masak apa.

Tapi kan. Ada juga yang tak best bila hubby tak memilih. Dia jadi tak tahu nak suruh masak apa bila farah tanya hehe. Farah tak nak masak benda sama tiap-tiap hari. Bukan selalu boleh masak kan? Kita pun nak masak benda lain-lain. Bila tanya mesti dia tak ada idea. Akhirnya, farah kena sebut satu-satu barulah hubby pilih.
Resepi Kuey Tiaw Kungfu
Kuey Tiaw Kungfu

Seingat farah, hubby tak pernah order kuey tiaw kungfu bila makan di kedai. Selalunya farah yang order sebab farah suka. Hehe.

Kalau tak nak kuey tiaw, boleh tukarkan dengan bihun. Farah lebih suka tekstur bihun bila goreng dengan telur berbanding kuey tiaw. Tapi kali ini farah buat kuey tiaw sebab hubby kurang gemar bihun berbanding kuey tiaw.

Jom tengok resepi Kuey Tiaw Kungfu!

Kuey Tiaw Kungfu


Bahan-bahan kuey tiaw:
1 paket kuey tiaw - basuh dan toskan
2-3 biji telur untuk celup.
½ sudu kecil lada sulah
Minyak untuk menggoreng 3 senduk

Bahan-bahan kuah:
1 bahagian dada ayam - potong dadu
10 ekor udang
3 biji bawang putih - cincang
4 baby corn - hiris serong
1 batang lobak merah - hiris
1 ikat kailan - potong panjang
2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan air
Air - agak-agak berapa banyak.
Garam secukup rasa

Cara-cara: 1. Panaskan minyak. 2. Pukul telur dan masukkan lada sulah. 3. Bahagi kuey tiaw kepada 4-5 bahagian. Ambil 1 bahagian dan masukkan kedalam telur. 4. Kaup kuey tiaw dengan senduk supaya dapat telur sekali. Masukkan dalam minyak yang dah panas. 5. Goreng hingga perang dan balikkan. 6. Angkat setelah kedua belah masak. Cara-cara kuah: 1. Panaskan 1 sudu minyak masak. 2. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau. 3. Masukkan sos tiram, air dan kiub ayam. 4. Masukkan isi ayam, lobak merah dan baby corn. Masak hingga isi ayam masak. 5. Masukkan udang dan kailan dan tunggu hingga masak. 6. Masukkan lada sulah, dan garam secukup rasa. 7. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat. 8. Angkat dan hidangkan kuah bersama kuey tiaw yang digoreng tadi.

Resepi Kuey Tiaw Kungfu
Kuey Tiaw Kungfu
Resepi ini farah buat untuk dua orang cukup makan berbuka dan sahur. Kalau lagi ramai korang agak-agak lah nak gandakan lauk.

Air tu kalau boleh masukkan banyak sikit sebab nanti kuah akan pekat. Farah letak air cukup-cukup. Waktu sahur tengok macam dah tak de kuah hehe.

Selamat mencuba!!
 
Baca sini:

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign