18 May 2017

Bercuti di Korea || Day 3

Bila dah masuk hari ketiga, mula rasa sedih sebab dah dekat masa nak balik Malaysia. Ni lah dilema tiap kali bercuti. Tak nak balik kerja! Haha. Sedih, sedih jugak. Yang ada juga yang best bila masuk hari ketiga ni. 

SHOPPING!!!

Haha. Itinerary kami hari ni banyak shopping. Shopping makeup, shopping buah tangan dan makanan sikit-sikit. 
Hari ni kami akan ke Myeongdong. Farah awal-awal lagi buat senarai nak beli apa kat Myeongdong. hehe. Noreen, adik farah siap order lagi apa dia nak. Laju je.

Tapi sayang ada benda farah terlupa beli. Punya lah set dalam kepala nak beli mask tangan dengan kaki. Sampai kat sana, lupa langsung. Tak beli satu pun. Beli mask muka je. Sadis sungguh.

Makan pagi kami macam biasa di hostel. Tapi pagi ni kami turun ke dapur awal dari semalam. Cadangnya nak makan megi hehe. Lama sangat dah kami tak makan megi. Tiba-tiba teringin. 
Farah masak megi kosong je sorang satu. Medina pula makan roti bakar dan yogurt. 

Waktu tengah makan, datang sepasang couple nak sarapan juga. Kalau tengok dari pakaian, depa dah bersiap-siap nak keluar lepas makan. Kami bertiga turun makan pagi tak mandi pun lagi haha. Depa yang tegur kami dulu, bagi salam kat kami. Baguih gila.

Sembang punya sembang, rupanya pensyarah master. Dulu belajar di Jepun. Hubby lah yang sembang banyak. Farah tengah masak megi masa tu. Lepas sembang lama-lama, rupanya ada student depa orang Langkawi juga. Kawan sekolah hubby dulu pulak tu haha. Kecik betul dunia. 

NAMDAEMUN MARKET

Selepas siap makan pagi, kami naik ke bilik semula dan bersiap-siap untuk keluar. Macam biasa, kami keluar pukul 9 pagi. 
Tengok escalator ada line tengah. Bila naik je kena ingat nak berdiri kat sebelah kanan hehe.
Tempat pertama yang kami pi hari ni adalah Namdaemun Market. kat sini barang banyak yang murah-murah. Rambang mata nak memilih.
Biasanya orang ke Namdaemun Market untuk beli brooch dan kain. Tapi disebabkan kami tak berminat nak beli semua tu, atul cuma bawa ke bahagian souvenir. 

Kat sini juga kami ada beli beg galas hehe. Hubby beli satu, farah beli satu. Sebenarnya memang berkenan bila tengok depa bawa. Beg galas sini design dia tak sama dengan biasa tengok. Beli lah satu.

Sepanjang farah berjalan di Korea 5 hari ni, farah perasan ada dua jenis beg yang orang selalu bawa. Beg Anello dengan Kanken. Pi lah mana-mana pun mesti ada jumpa. Tapi beg yang kami beli bukan beg jenama ni. 
Selain shopping buah tangan, kami pi ke kedai seaweed. Kami langsung tak terfikir yang kami akan beli seaweed. Biasanya jarang sangat lah beli makanan untuk bawa balik bila bercuti. 

Seaweed yang ni farah suka. Ada banyak perisa di kedai yang kami beli. Tapi cuma yang vegetarian sahaja muslim boleh beli. Kami beli perisa original untuk medina, perisa bawang putih dan perisa kimchi. Farah paling suka perisa bawang putih. Hubby pula suka perisa kimchi. 

Untuk buah tangan pula, farah suka beli penyepit kuku. Sebab boleh guna. Fridge magnet farah tak minat sangat. Tak semua orang ada peti ais kat rumah kan.

Di Namdaemun ni kebanyakan penjual faham dan boleh berbahasa Melayu. Waktu kami lalu depan kedai yang jual kol-ta-rae, brader yang jual tu cakap, 

"kak, sedap giler."

Haha. Terkejut farah masa tu. Perkataan yang selalu guna waktu tawar menawar biasanya depa faham. Jadi hati-hati kalau nak sebut 'mahal' dan  'murah'. Confirm depa tau. 


RESTORAN KAMPUNGKU MALAYSIAN CUISINE

Lepas shopping di Namdaemun, kami bertolak untuk makan tengahari. Makan tengahari kami hari ni adalah masakan melayu di Restoran Kampungku. 
Kalau korang teringin nak makan masakan melayu boleh lah datang ke sini. Terubat juga lah rasa rindu bila dapat makan keropok keping hehe.

Kami order dua jenis nasi goreng. untuk hubby nasi goreng kampung . Farah pula nasi goreng tomyam (rasanya lah, lupa pulak). Nasi goreng farah penuh dengan daging. Macam separuh pinggan tu daging je. Memang heaven lah waktu makan. Hehe. 
Kalau kedai makan di korea ni wajib ada botol air atas meja. Nak air kosong, free je. Senang sikit kan? Kami pun tak pernah order air sepanjang makan di Korea. Minum air masak je cukup.

Dekat sini pun ada wifi. Sesuai lah nak upload gambar kejap sebelum bertolak semula hehe. 

Restoran Kampungku ni berada di Myeongdong. Kami makan disini sebab senang sikit dah dekat dengan Myeongdong Fashion Street. Lepas makan dan solat terus pi sana untuk shopping makeup dan mask hihi.

MYEONGDONG FASHION STREET
Myeongdong Fashion Street
Sampai juga akhirnya di Myeongdong. Kat sini lah tempat yang tertunggu-tunggu. Hehe. Farah memang aim dari awal lagi nak beli mask banyak-banyak. Orang kata murah giler kat sini. 

Nature republic. Satu bangunan pun pokok haha. 
Makeup toksah cakap, bersepah-sepah kedai. Korang cakap je nak brand ape. Innisfree, nature republic, aritaum, etude house, IOPE, laneige. Ha nak tulis penat la weh. 

Farah teringin nak beli Laneige sebenarnya. Tapi takut nak masuk kedai dia. Takut masuk lepas tu tak beli haha. Jadi farah tak masuk. 

Mask muka memang MURAH GILA! Farah kira kat Nature Republic, sekeping rm1.80. Mana nak dapat kat Malaysia oii. 

Farah beli lip tint dari Nature Republic. Lip tint dia tahan lama. 
Lepas tu, bila kita beli barang, wajib dapat free gift. Kalau depa tak bagi, korang mintak je. Kalau beli banyak, mintak banyak sikit. Hehe. 
Nah mask untuk hadiah je. hehe. 

Shopping kat sini lebih baik shopping banyak di satu kedai. sebab kalau lebih 30,000 won korang pakai dalam satu resit, boleh tax free. Waktu berjalan bawa passport sekali untuk dpatkan tax free. Tapi ada juga kedai yang tak boleh potong tax free di kedai kalau bayar cash. So korang kena buat di airport atau guna credit card waktu bayar.

Kat sini juga kami ke Cat Cafe. Teringin nak tengok macam mana suasana dia. Atul bagi pilihan nak pi Cat Cafe ke nak pi Hello Kitty Cafe. Farah tak minat Hello Kitty, jadi faham-faham je lah hehe.
Pilihan air. 
Nak masuk kena bayar untuk setiap orang. Bayaran dah termasuk minuman kita. Untuk kanak-kanak, kalau dah boleh berjalan, kena cas bayaran juga. 

Waktu kami pi, ramai betul budak sekolah. Sesak sikit nak main. 

Farah rasa kusing sini tak mesra haha. Biasanya kucing kan datang kat kita, gesel-gesel kat kaki. Ni tak, depa lari. Yang lain pulak tidur. Ada sekor je yang duduk dekat orang. Jadi agak bosan lah. 
Kasut kena buka sebelum masuk dan pakai kasut yang disediakan. 

Beg kena letak dalam plastik ni. 

Ada kucing yang tak sihat waktu tu. Tak boleh sentuh pun. 



Ni lah yang paling mesra. 

Tengok, semua dok dalam katil.

Medina main kusing kena supervise. Nanti dia tarik bulu. 

Masa mula-mula tengok, farah ingatkan yang warna putih tu kucing haha. 

Kucing yang ada. 
Lepas keluar Cat Cafe, kami pi beli aiskrim rose. Waktu dok shopping kat sini nampak orang makan. Teringin juga. Atul kata boleh makan, so apa lagi, pi beli la hehe. 

Kami beli satu je. Kongsi. Perisa strawberry yogurt. Sedap juga. 
Yang kami beli ni dua perisa je. Korang boleh tambah lagi perisa. Jadi ada banyak warna. Lagi cantik. 
Ha macam ni, ada warna hijay dan hitam. 
Kreatif kan?
NAMSAN TOWER
Selepas Myeongdong, kami ke Namsan Tower. Nak ke sana kami perlu naik bas dari Myeongdong. 

Mula-mula farah ingatkan bila sampai sana dengan bas, kira dah sampai lah. Rupanya kena berjalan lagi. Dah la bukit. Aduhai. Ada juga orang pi sana naik cable car. Tapi farah tak pastu macam mana. 
Hubby naik dulu sebab farah lambat hehe. 
Sampai kat atas terus ambil gambar bukti. 
Apa lah yang happy sangat medina? hehe.

Kat Namsam Tower ni benda alah ni lah yang menjadi tarikan pelancong. Letak kunci dengan buah hati korang, dengan harapan till jannah la kot. Farah tak buat pon. Nanti balik Malaysia boleh beli mangga, pasang kat grill rumah je. Haha. 
Kerusi ni pun salah satu tempat orang berebut nak bergambar. Waktu kami beratur pun ada orang tua mai potong line. 


Ni lah Namsan Tower. 

Balik dari Namsan Tower, kami ke Myeongdong semula. Sebab farah nak cuba street food di sana. Street food akan buka dari pukul 5. Jadi sementara nak tunggu buka, kami pi Sulbing dulu lepak-lepak.

Ni menu-menu yang ada. 
Kali ni farah order Strawberry pulak. Haritu dah order mangga. Farah tengok ramai orang order Strawberry kat sini. Mesti sedap. 
Sayangnya tak boleh lawan Mangga haha. Mangga lebih sedap. Lebih manis. Hubby pun setuju dengan farah. 
Carbonara Tteokbokki Pija (piza)
Mak aih sedappppppp! Dia punya crust pun sedap, cicah dengan carbonara sos dengan cheese. Wohooo! Licin kami makan bertiga.
Bila dah lewat sikit, kami terus ke Myeongdong semula untuk makan street food. Tapi tak banyak dapat makan sebab medina meragam. Selepas cuba beberapa makanan, kami ambil keputusan untuk balik. 
Taiyaki. Yang ni lama dah farah nak cuba. Tapi sayang yang ni kulit dia guna puff pastry. Taiyaki yang farah nak yang bahulu. Waktu pusing memang tak jumpa yang bahulu. Ada yang ni je. Rasanya sedap. farah beli inti kacang merah sebab farah suka kacang merah. Sedap! 
Ni pulak crepe. Crepe pun salah satu makan yang mesti cuba. Crepe yang farah beli ni banana nutella. Manis melecas. Dah la farah tak suka nutella haha. Sape suruh mengada nak rasa kan.

Scallop with cheese. Yang ni hubby tak boleh makan haha. Dia geli. Scallop ni depa masak guna blow torch. Api direct, Bukan guna pemanggang. Farah rasa macam kurang masak sikit. Rasa sedap pun sebab ada cheese. Kalau tak, memang tak sedap. 
Pajeon. (green onion pancake)
Pajeon ni selau tengok dalam tv kan? Farah ingat macam mana lah rasanya. Rupanya rasa macam cucur udang. Serius tak tipu haha. Macam cucur udang lah. Kalau ada kuah kacang lagi sedap. haha. 
Aiskrim ikan. Bukan perisa ikan tau. Eiii. Sape nak makan aiskrim perisa ikan haha. Aiskrim tu diletakkan dalam waffle berbentuk ikan. Atas aiskrim pulak akan diletakkan madu. Madu sekali dengan sarang madu (betul ke panggil camni?). hehe. Sejujurnya farah tak suka madu haha. Dah la melekit-lekit, nak pegang medina lepas tu pun susah. Aiskrim ni sedap. Tapi lagi sedap kalau takde madu hihi. Melainkan korang suka gila madu, lagi sedap macam ni. 
Tamat sudah hari ketiga kami. Next update hari keempat!

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign