23 Apr 2017

Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steamboat Grill Restoran Jelapang

Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Beberapa hari yang lepas, farah teringin sangat nak makan steamboat. Farah jenis yang kalau teringin, memang kena dapat juga benda yang teringin tu hehe. Kalau tak, sampai sudah dok terbayang-bayang. Kami dah banyak kali rancang nak pi, tapi selalu batal atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum ni farah pernah cakap kat hubby, farah nak juga date night sekali sekala. Maklumlah, kami dua-dua bekerja. Balik rumah main dengan medina. Memang tak da masa untuk berbual dengan satu sama lain. Asyik whatsapp mana boleh. Bukan komunikasi namanya. Tapi bila nak date night mesti asyik batal, sebab farah tak sampai hati nak tinggal medina. Kesian pula bila fikir dia tak jumpa kami 8-10jam, lepas tu malam pun tak jumpa.

Tapi akhirnya kami bawa juga medina date night kali ni hehe. Apa salahnya. Tak apa lah tak dapat sembang banyak pun.

Kami pilih steamboat grill di Hotel Adya, Kuah. Sebab? Kami dah biasa datang steamboat grill disini. Tempat pula dalam bangunan dan ada penghawa dingin.  Makan steamboat kan panas. Tambah-tambah lagi bawa budak. Selesa sikit nak makan.

Steamboat grill disini adalah set. Makanan dah ditetapkan dan di hidang siap-siap. Ada orang tak suka steamboat yang dihidang dan lebih gemarkan buffet. Tak cukup katanya. Tapi bagi farah dah cukup banyak. Kami makan setiap kali pun tak habis. Mesti ada yang tertinggal, tak larat nak habiskan.

Set steamboat grill disini harganya RM35 untuk seorang.  Berbaloi dah untuk makan di hotel.

Apa yang ada dalam set steamboat grill Hotel Adya?

Ada 2 pilihan untuk sup steamboat. Tomyam atau sup ayam. Biasanya kami akan ambil tomyam. Sebab lebih ada rasa berbanding sup ayam. Tapi kali ni kami pilih sup ayam sebab medina mana boleh makan pedas hehe. Sup ayam pun sedap juga. Awalnya farah ingatkan tawar, rupanya ada rasa dan sedap juga.
Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Untuk gril, ada pelbagai makanan yang disediakan. Semua dah di perap siap-siap. Ada ayam, ikan, daging lembu, udang, sotong dan ketam. Udang bukan lah udang kecil, boleh tahan juga saiznya. Bahan lain seperti bebola ikan, bebola sotong, crab stick dan kek ikan pun ada.

Farah kurang gemar masakan sotong melainkan sotong celup tepung ataupun sambal sotong yang umi farah masak bila makan nasi lemak (ha, spesifik tak?) hehe. Farah cuba makan sotong gril kali ni. Rasanya ok, tak hanyir. Jadi farah boleh telan.
Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Selain bahan untuk gril dan bebola tadi, sayur pun ada banyak disediakan.  Banyak sangat sampai kami makan tak habis. Yang habis Cuma lobak merah sebab medina makan. Haha.

Mee kuning dan mihun pun ada disediakan. Korang cuma masukkan je ke dalam sup.
Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Ha, rasa macam dah banyak kan? Ada lagiii. Nasi goreng pun ada dalam set steamboat grill ni. Nasi goreng ni memang sedap gila! Licin kami makan bertiga. Sape makan paling banyak mestilah medina tak tahu lah. Hubby suapkan medina. Suka betul dia makan nasi goreng ni. Dalam nasi goreng ni ada telur hancur, kena berhati-hati sikit bila suap medina. Bimbang juga dia termakan. Alhamdulillah dia ok.
Makan Malam Di Hotel Adya, Langkawi || Steambot Restoran Jelapang
Air tak perlu order. Air kosong memang disediakan. Bila habis, waiter akan datang refill. Chinese tea pun ada memang termasuk dalam set steamboat. Farah tak minum sebab terlupa hehe.

Bila makanan dah hampir habis, waiter akan bawakan satu pinggan buah. Lupa pula nak ambil gambar. Ada 3 jenis buah. Tembikai merah, tembikai kuning dan tembikai susu. Rasanya buah ni boleh berubah mengikut keadaan.

Berbaloi atau tak makan steamboat grill Hotel Adya?


Bagi farah berbaloi-baloi. Makanan banyak dan sedap, layanan tiptop. Tempat makan pun selesa. Lepas makan, baju tak ada bau asap hehe. 

Masa akan datang kami memang akan pergi lagi ke sini melainkan bila kami dah jumpa steamboat grill yang lebih sedap dan murah.
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign