Bergedel adalah salah satu makanan yang farah rasa mewah. Sebab kalau makan di kedai, harga sebiji
bergedel tu alahai mahai. Kadang-kadang saiz kecil pun dah 50 sen.
Dulu masa belajar, farah ingat lagi, sebiji 50 sen di kafe
universiti. Tu 3 tahun lepas. Sekarang mesti lah dah naik harga banyak. Harga kafe dalam university dengan harga di
luar pun mesti lah berbeza kan?
Farah pernah buat bergedel ayam. Senang je rupanya buat bergedel ni. Cuma banyak langkah-langkah,
mungkin sedikit leceh. Rasanya sebab tu lah mahal harganya.
Hubby suka bergedel ayam. Mungkin sebab ada kentang dan
ayam. Rasa pula macam inti karipap sebab farah letak rempah kari hehe. Resepi
orang lain tak tahu lah ada rempah kari atau tak.
Resepi kali ni bukan bergedel ayam, tapi bergedel tauhu.
Jujur nak mengaku, farah tak tahu bergedel tauhu ni wujud haha. Ingatkan ada
bergedel ayam dan daging sahaja. Rupanya
ada juga bergedel tauhu.
Jom buat Bergedel Tauhu!
BERGEDEL TAUHU
Resepi asal |
Bahan-bahan A:
4 keping tauhu lembut
200gm kentang - direbus dan dihancurkan
200gm udang - dibuang kulit dan dipotong kecil
2 biji cili merah
2 pokok daun bawang - dicencang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
2 biji telur - dipukul
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Hancurkan tauhu lembut
2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Celupkan adunan di dalam telur dan gorengkan dengan api yang
kecil sehingga masak.
6. Angkat dan tuskan.
7. Hidangkan dengan sos cili.
KOMEN
Bergedel dalam gambar buku Nampak lebih pejal dari bergedel
yang farah buat. Nampak lebih cantik dan kemas haha. Nama lagi chef yang masak
kan.
Sedap! Hubby pun suka. Dia kata sedap.
Farah guna 2 biji tauhu saiz kecil dan 1 biji tauhu saiz
besar sebab tauhu tak ada. Tapi farah rasa adunan jadi sedikit lembik
disebabkan tauhu besar lebih lembik dari biasa. Jadi farah sarankan korang gunakan
tauhu yang saiznya kecil sahaja. Jangan guna yang saiz besar. Bila lembik, susah untuk dibentuk dan goreng.
Untuk resepi ni dapat agak banyak. Kalau makan tak habis,
boleh simpan beku dulu, nanti nak makan baru panaskan semula.
Dah cuba resepi Bergedel Tauhu? Jom buat!
Selamat mencuba!
Baru semalam nampak ada orang share gambar begedil tauhu ni. Macam sedap tapi bila ada kerajinan nak buat ye...wajib try nanti ni...sbb farah pun ckp sedap.
ReplyDeleteBetul memang sedap hehe. Boleh tambah serbuk kari kalau nak rasa kari sikit.
Deletetak tahu rupanya ada tauhu bergedel.(^_^).Hi Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).
ReplyDeletesama la haha..farah pun baru tahu
Deletetak pernah cuba lagi ni.. nanti boleh cuba.. :)
ReplyDeleteCuba lah mama jue. farah pun sebelum ni tak tau kewujudan begedel tauhu hihi
Delete