15 May 2017

Bercuti di Korea || Day 2



OOTD
Bercuti di Korea, Day 2 || Hari pertama di Korea sangat kelam kabut dan penat. Mujur lah passport dah jumpa waktu hari pertama kami disana. Kalau tak, memang tak dapat melancong dengan gembira hehe. Hari pertama di Korea, kami bertiga sangat penat. Sampai di sana pagi, terus berjalan-jalan. Rehat pun tidak. Biasa lah kan bila bercuti. Tapi farah dan hubby penat mentally sebab medina sangat tak memberi kerjasama. Dia tak tidur malam dalam flight, jadi sepanjang berjalan hari pertama meragam. 
Alhamdulillah malam tu medina tidur lena. Tak sedar langsung. Lega sikit. Waktu kami kejut nak turun makan pagi di dapur hostel pun tak nak buka mata hehe. Sarapan di sini dah termasuk dalam pakej. Tapi di hostel je. Makan roti bakar, jem dan air kopi. Air kopi tu bancuh sendiri lah. 
Farah suka suasana dapur disini. Luas gila. Selesa nak duduk. Sofa pun ada boleh rilek-rilek. Seterika pun disediakan. Waktu kami turun makan pagi, ada juga tengok pelancong lain dari Malaysia. Kami tengok ramai orang Malaysia datang Korea ni. Dah macam dok Malaysia rasanya. Kalau di Shinchon Hostel ni lagi lah. Ramai orang Malaysia.
Ada juga yang bertegur sapa dengan kami. Yang berumur sikit biasanya tak segan nak tegur. Kalau yang muda-muda tu tak tegur pun. Depa buat hal sendiri je. Biasanya orang bawa bekalan untuk masak disini. Ada yang beli telur satu papan untuk makan. Rendang, serunding, nasi himpit, sardin. Semua boleh bawa untuk masak. 

Kami sengaja tak bawa bekalan makanan banyak. Sebab kami ke sana adalah food hunting. Kalau makan makanan melayu, habislah tujuan kami ke Korea hehe. Kami nak rasa makanan Korea sebanyak yang mungkin. 

Kami berjanji dengan atul untuk berjumpa semula pukul 9 pagi waktu Korea. Korea dan Malaysia beza waktu nya cuma 1 jam. Korea lebih laju. Maksudnya pukul 9 di Korea, pukul 8 di Malaysia. 

Lepas siap makan pagi, kami naik ke bilik semula untuk mandi dan bersiap-siap. 

EWHA WOMANS UNIVERSITY
Tempat pertama yang atul bawa kami berjalan adalah Ewha Womans University. Ewha ni farah tahu nama dia lama dah. Selalu ada dalam running man hehe. Dekat je nak sampai. Kami jalan kaki je dari Shinchon Hostel. Sepanjang jalan nak ke Ewha boleh nampak ramai student perempuan dalam perjalanan nak ke kampus. Seronok juga belajar semua perempuan kan?
Di Korea sekarang masih musim bunga tapi sedang peralihan musim panas. Kalau tanya orang yang menetap disana, mereka kata dah masuk musim panas. Waktu pilih tarikh untuk bercuti, kami sengaja pilih awal bulan 5 sebab ingatkan masih musim bunga. Harapnya sejuk lah. Tak seronok jalan panas-panas. 

Tapi rupanya panas! Suhu siang sampai 29 celcius. Kalau waktu pagi dan malam pula baru lah suhu sejuk sikit. 13-14 celcius. Kira waktu tidur selesa lah sikit.
Baju medina semua kami packing untuk musim bunga. Siap beli baju sejuk lagi haha. Rasanya untuk orang korea, 13 celcius tu tak sejuk. Sebab depa selamba  je pakai miniskirt.
Kami ke Ewha sekejap je. Tempat yang kami melawat cuma bahagian perpustakaan. Kawasan sini cantik! Tapi sayang kami cuma boleh tengok dari luar. Tak boleh masuk.

Waktu kami tengah jalan di kawasan tengah, tiba-tiba ada sekumpulan student datang kerumun. Rupanya nak bergambar dengan medina. Medina je. Umi abah medina tak laku hehe.
Budak retis.
Medina sebenarnya jenis susah nak duduk diam waktu bergambar. Gambar kami yang sebelum-sebelum ni  mesti medina dok jerit-jerit tak nak. Tapi sepanjang di Korea dia ok. Siap senyum-senyum lagi. Sebenarnya atul pandai tarik perhatian dia waktu bergambar. Bila atul nak ambil gambar, dia panggil medina. Cara dia panggil dan mimik muka dia lah medina suka hehe. Lepas ambil gambar, atul akan puji medina. Lagi lah suka orang puji dia. Ni tengok hari kedua jumpa atul dia dah boleh lari pi kat kaki atul.

INSADONG
Selepas ke Ewha Uni, kami bertolak ke Insadong dengan menaiki train. Insadong pun ramai pelancong. Gerai cenderahati ada banyak sepanjang jalan. Tapi harga disini agak mahal kalau dibandingkan dengan Namdaemun Market. Farah cuci mata je. Tak beli apa-apa.

Ada juga art exhibition disini. Kami masuk sebab sebelum ni tak pernah lagi masuk art exhibition hehe. Tambahan pula masuk percuma. Kami masuk tingkat bawah je. Baru tengok gambar sikit, medina mula bercakap pot pet pot pet. Sebelum masuk takde pula dia bercakap. Agaknya seronok sebab bergema. Sedap sikit nak test suara hehe. Tak sampai 5 minit kami keluar.
Bila berjalan dengan budak, kena alert waktu tidur dan waktu makan dia. Macam medina memang kami bagi susu setiap 2 jam. Happy tummy, happy baby kan? Selepas minum susu, hubby tidurkan medina. Kami terus sambung berjalan lepas medina tidur.

Ssamziegil. Ssamziegil ni macam mall kecil. Bentuk dia 3 segi. Sebab tu nama dia –ssam (3). Kalau tengok dari luar, tak nampak pun 3 segi. Haha. Masuk berjalan dalam baru nampak bentuknya. Dalam ni banyak kedai cenderahati juga. Kami cuma pusing, tak masuk dalam kedai. Memang tak nak shopping disini. 

Hiasan sepanjang laluan dalam Ssamziegil ni cantik. Comel je.

Adik comel ni peramah. Bila kami lalu, dia panggil suruh duduk.

Sepanjang farah berjalan di Korea, farah rasa agak senang nak cari air masak. Ada mesin refill. Walaupun tak semua tempat ada, kebanyakan tempat yang farah pi akan ada mesin ni. Kami bawa botol siap-siap untuk isi air. Bila jumpa mesin, terus isi penuh. Mesin ni ada air panas dan air sejuk. Boleh bawa termos sekali untuk isi air bancuh susu.
Kami makan tengahari di Insadong. Atul kata nak bawa kami makan ikan bakar. Ikan bakar ni pun salah satu makanan mesti cuba di Korea. Agaknya ikan bakar sini tak sama stail bakarnya hehe. 

Kedai yang kami pi tu agak besar dan selesa. Kedai makan tingkat bawah pulak farah tengok ada gambar Seo Jun dan Seo Eon. Bangga kejap. Padahal bukan kedai sama haha.
Tu Seo Jun dengan Seo Eon

Kami makan di kedai ni. Tingkat 1.

Kami order 3 jenis makanan. Asalnya cuma nak order 2 jenis. Tapi tak boleh. Kedai ni kalau nak nasi 3 mangkuk, lauk kena 3 jenis. Tak boleh nasi 3, lauk 2. Mujur juga 3 lauk. Dapat makan banyak hehe.

Nasi di Korea ni macam nasi pulut. Melekat. Nasi pun montel-montel. Tapi farah suka. Tak ada lagi farah makan nasi sana yang tak habis. Nasi di kedai ni siap ada kacang lagi. Mesti nasi mahal hihi.
Spicy stir fried squid (ojingeo-bokkeum). Farah kurang gemar masakan sotong biasanya. Kali ni farah makan juga sebab nak cuba masakan negara orang. Rasa mestilah tak sama dengan negara sendiri. 

Sotong ni pedas sikit dengan selera farah. Tapi kalau farah rasa sikit je pedasnya orang yang makan pedas mesti tak rasa pedas pun. Kira ok lah. Depa potong sotong ni besar betul satu-satu. 

Nampak je macam banyak tapi sebenarnya sayur lagi banyak dalam tu hehe. Kalau korang peminat sotong, boleh cuba masakan ni.
Ikan bakar. Farah tak tahu ikan ni ikan apa. Tapi sedap juga. Rasanya tak lah kuat sangat. Tak macam ikan bakar kita biasanya berkuah atau ada perapan. Medina pun makan banyak ikan ni.
Sundubu-jjigae (sup tauhu pedas). Sup ni lebih kurang dengan kimchi-jjigae. Cuma bezanya yang ni tauhu. Farah suka sangat sup ni. Ratah saja pun sedap. Ni nak menaip pun kecur air liur. haha.
Side dish pula mesti lah ada sekali. Kali ni dapat seaweed. Kami bagi medina cuba seaweed. Suka betul dia dengan seaweed. Side dish lain yang kami dapat kat sini kimchi, odeng dan taugeh.
Lepas makan, farah nak pi basuh botol susu di sinki tandas. Waktu tengah basuh, tiba-tiba aunty yang jaga kaunter bayar datang dekat farah. Dia cakap "baby.. baby..come". kita ni tercengang-cengang. Rupanya dia tak bagi basuh botol susu di sinki tandas. Aunty tu ambil botol susu medina pastu basuh di dapur. Siap basuh dengan air panas lagi. Terharu betul. 

Masa ni hubby tengah bagi medina minum susu. Botol susu yang tu farah tak basuh kat situ sebab segan haha. 
Lepas makan kami nak bertolak ke Gyeongbuk Palace. Ternampak pula kedai jual hotteok. Apa lagi, terus beli satu. Rupanya macam roti goreng je. Kalau inti sikit tak sedap lah. Inti dan rotinya kena sama banyak. 

Nak makan kena hati-hati sikit. Sebab inti panas, boleh melecur lidah.

Hotteok

Nak ke Gyeongbok Palace kena naik train lagi. Farah perasan orang yang berumur, tok nenek kat sini bagus sangat. Depa jalan-jalan sendiri je naik train. Kebanyakan yang berumur peramah. Mesti tegur kami walaupun bahasa tak sama. 

Ada juga yang hulur coklat, biskut untuk medina. Farah ambil je. Tapi tak makan on the spot. Kena confirmkan dulu dengan atul samada boleh makan atau tak. Hehe.

Medina suka sangat main bintik-bintik bulat kat atas jalan tu. Nampak je dia nak duduk atas lantai.

Gyeongbok Palace
Waktu sampai di Gyeongbok palace, matahari tegak atas kepala. Panasnya tuhan saja yang tahu. Nasib baik farah bawa payung awal-awal lagi. Bolehla payungkan medina. Ikut kata pepatah, sediakan payung sebelum panas ketik. Eh.

Nak masuk sini kena beli tiket. Kami masuk dekat gate yang berlawanan dengan gate beli tiket. Jadi kami tunggu dulu sementara atul belikan tiket untuk kami.

Gyeongbok Palace ni besar gila. Nak pusing habis memang penat. Kami pun tak pusing habis. Kat sini bukan pelancong je yang datang. Orang Korea sendiri pun ramai datang. Kebanyakannya datang pakai hanbok yang disewa lepas tu ambil gambar.  
Farah sempat juga bergambar dengan sekumpulan adik-adik manis yang pakai hanbok. Cantik kan pakai hanbok?

Kami masuk sini banyak bergambar je haha. Dah la orang ramai. Nak bergambar pun kena beratur. 





KOREAN TOURISM ORGANISATION (KTO)

Dari palace, kami berjalan kaki untuk ke KTO. Masa yang diambil dalam 20minit. Di KTO ni kami plan nak rehat-rehat dan solat. Bila berjalan tengah panas, jauh lagi penat rasanya. Hubby mesti lagi penat sebab dukung medina. Waktu kami berjalan nak ke KTO, medina tidur. Sampai di KTO baru lah dia bangun.
Dalam perjalanan. Boleh nampak Gwanghwamun Square.

Selesanya kat sini. Wifi pun laju. Masa ni kalau nak upload gambar kat ig, silakan hehe. Mula-mula farah ingatkan tak ada benda menarik disini. Rupanya banyak benda juga. 
Ni baru bangun tidur. 
Ni tempat bergambar dengan idol. Farah ambil gambar dengan Big Bang je. tapi idol lain pun ada. 

Mula-mula kita akan pilih idol yang kita nak. Lepas pilih, akan muncul video dengan idol tu sekali dengan kita. Ha, apa lagi, posing la. Kamera akan ambil gambar kita dan tayangkan lepas tu. Waktu dia tayang gambar tu, kita ambil gambar tu guna handphone sendiri. Hasilnya dapatlah gambar macam farah ni hehe.
Hubby pun ambil dengan Big Bang.

Bukan minat GD pun sebenarnya haha. 


Surau pun disediakan disini lengkap dengan tempat ambil wuduk. Tak perlu risau nak keluar surau untuk ambil wuduk. Surau kecil je. Boleh muat 2-3 orang sekali solat. Tapi cukup selesa bagi farah.


Waktu kami masuk, kami perasan ada survey boleh buat lepas guna surau. Jadi lepas solat, kami ke bahagian survey. Lepas jawab soalan dapat claim free gift hehe.
Jawab survey di tablet ni.

Lepas habis ambil gambar.

Tunjuk gambar kat sini.

Dapat free gift! Mask tuuu.

Selain tu ada VR. Boleh guna untuk tengok. Waktu farah guna, farah tengok video ski jump. Hubby tengok apa tak tahu lah. Sama kot. Tertunduk-tunduk. 

Waktu masuk toilet sini nampak ada mouthwash kat tepi dinding. Bagus betul. Siap ada cup disediakan. Kalau toilet Malaysia ada macam ni kan best hehe. 


Salah satu tarikan pelancong di KTO ni adalah hanbok experience. Boleh cuba pakai hanbok kalau belum pernah cuba. Kami pi sana, mintak nak warna sedondon haha. Baru cantik nak ambil gambar. 
Hanbok yang farah pakai ni rasanya hanbok queen. Tangan kena letak bawah kain tu bila berjalan ala-ala queen hihi. Kebetulan pulak hanbok hubby depa bagi yang king. Matching la kot kan. Medina pulak jadi princess hehe.
Letak tangan bawah kain macam ni hehe. Baru ada gaya queen.


Ni je gambar berdua dengan atul yang ada.

CHEONGGYECHEON STREAM


Stream ni ramai juga orang pi. Dekat je dengan KTO. Waktu kami ke sana ada banyak lampu-lampu di tengah stream. Tapi lampu cuma pasang waktu malam. Tak dapat lah tengok. Orang kata cantik waktu malam.
Ada juga orang kata sini tempat rendam kaki. Tapi farah tak nampak orang rendam kaki pun hehe. Orang cuma duduk di tepi-tepi je.

Orang korea ni semua jalan tak tengok depan. Tunduk bawah tengok handphone. Sebab tu kena pasang benda ni kot hehe.

Sini tempat baling duit. Kena bagi masuk dalam lubang tu. Ni bukanlah wishing well. Duit yang di baling dalam stream ni akan di kutip dan di gunakan untuk education. Tapi tempat ni bagus untuk tarikan pelancong. Macam farah pun saje je nak cuba baling. Tapi tak masuk pun hehe.
Ni lah yang dia cerita pasal baling duit. 
Ni benda apa tak tau haha.
GWANGHWAMUN SQUARE
King Sejong
Kalau dari Gyeongbok Palace nak ke KTO, kita akan jumpa Gwanghwamun Square dulu. Tapi kami ke KTO dulu sebab dari Gwanghwamun Square boleh terus bertolak balik. 
Admiral Yi Sunshin
Tak ada apa-apa disini, cuma ada statue King Sejong dan Admiral Yi SunShin. Waktu kami nak kesini, ada demonstrasi di tengah-tengah Gwanghwamun Square. ramai gila. Bising pulak tu. Polis pun banyak. Di sini bila ada demonstrasi, polis akan standby untuk jaga orang yang buat demonstrasi. 
Takut juga nak lalu, tapi bila tanya salah sorang polis, depa kata takde pape, lalu je. 
Terjumpa gerai gyeran ppang waktu nak pi square. Singgah beli sebiji. Sedap gilaaa! menyesal beli satu je.


Sedappppppp!

Selepas tu kami bertolak balik. Makan malam di kedai dekat dengan Shinchon Hostel. Nama dia Yang Pang Chicken. Makan ayam goreng je.
Kami order dua jenis ayam. Yang biasa dan yang pedas. 

Sedap!
Ayam pedas ada tteok sekali.

Dua-dua sedap. Ayam goreng dia tak sama dengan kita. Farah pun pelik apa yang lain. Tapi sedap gila. Yang pedas tu pedas betul. Ada juga rasa manis, tapi pedas lebih hehe.  Ni kali pertama farah makan ayam yang pedas sampai mata berdenyut. Biasanya bibir je berdenyut. Air mata pulak mengalir tak berhenti lepas tu haha. 
Ayam pedas kami makan tak habis sebab pedas sangat. Bungkus untuk makan malam. Waktu malam farah cuba makan lagi sekali, tapi tak habis juga. Akhirnya hubby tolong habiskan. 
Dapat sos 2 jenis dan pickle. Tak cicah sos pun takpe. Dah cukup sedap. 
Tamat sudah hari kedua! Tunggu update hari ketiga ya. 

Babai~



Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign