27 Mar 2017

Tips Dan Cara Buat Pasport Untuk Kanak-kanak

Sekarang dah makin mudah untuk keluar negara. Tiket pun murah. Flight pun banyak. Jadi makin ramai yang bercuti ke luar negara. Hari ni farah nak kongsi sikit cara nak buat pasport untuk kanak-kanak.
Yes, i'm a fool for my daughter.
2 minggu lepas, farah dan hubby bawa medina ke Jabatan Imigresen di KDN Langkawi untuk buat pasport sebab tak lama lagi kami nak keluar negara. Jalan-jalan sat hihi. Kami ke sana awal-awal pagi sebab kami pergi waktu bekerja.

Keluar awal pagi ni agak susah. Sebab medina mengantuk. Bila dia mengantuk, mula lah meragam. Biasa lah tu.
Pukul 7.50 pagi kami sampai di sana. Bangunan  pun gelap lagi hahaha. Kami tunggu untuk pintu buka pukul 8 pagi. Masa tengah menunggu farah cari notis di pintu masuk kalau-kalau ada tulis harga pasport kanak-kanak. Tak jumpa pulak notisnya. 

Kami masuk, terus ke kaunter sebab tak ada orang. Hubby tanya orang kat situ, kena tekan nombor giliran yang mana kalau nak buat pasport? Orang tu jawab,

"Nak buat pasport dekat imigresen bang, tu kat seberang je"

Salah tempat! Hahaha. Patut lah farah tengok tempat dia macam lain berbanding waktu kami pergi masa buat pasport kami dulu. Rupanya kami silap masuk Jabatan Pendaftaran. Hihi. Mujurlah imigresen depan je. 
Maka kami masuk lah imigresen. Lepas nombor dipanggil, kami ke kaunter. Pegawai bertugas tu minta sijil lahir medina. Kami tak bawak. Huaaaaaaa. Ingatkan boleh pakai mykid. Sedih betul. Nak balik rumah ambil semula, jauh sangat. Pegawai tu cadangkan buat cabutan sijil lahir di Jabatan Pendaftaran. Tapi ada bayaran RM5. 
Di sebabkan tak nak balik rumah, kami ke Jabatan Pendaftaran semula. Cabutan sijil lahir ni sama macam sijil lahir. Kira macam salinan lah. Kalau buat cabutan, lepas ni kami ada 2 sijil lahir medina. dan dua-dua pun boleh guna. Dekat cabutan sijil lahir akan ada di tulis tarikh cabutan.
Dah selesai buat cabutan, kami sambung buat pasport. Masa ni dah lewat, pukul 9 lebih. Medina dah mula meragam tak nak duduk. Terpaksa lah pasang didi untuk dia tengok kamera.
Ini lah cabutan sijil lahir medina.
Tak tahu lah berapa kali ambil gambar baru lepas. Sebab masalah rambut medina tak lulus hihi. Dan dia asyik ternganga. 

Benda yang kita perlu tahu semasa buat pasport kanak-kanak.

1. Bawa sijil lahir bagi yang berumur 18 tahun ke bawah.
2. Pakai pakaian yang gelap.
3. Boleh ambil gambar di kedai gambar terlebih dahulu, tapi pastikan gambar nampak dahi, telinga dan mulut tertutup. Senyum takpe, asalkan jangan ternganga hehe. 
4. Untuk kanak-kanak yang masih kecil, ibu/bapa akan pakai gown warna putih dan pegang anak semasa ambil gambar.
5. Untuk kanak-kanak harga untuk pasport adalah RM100 untuk 5 tahun. 

Medina pakai baju warna cerah, jadi kami kena pakaikan jaket yang dah di sediakan di sana.

Sekarang dah tak ada tempoh sah pasport 2 tahun. 5 tahun je ada. Harga pun dah banyak berkurang. 

Berikut adalah senarai harga terkini bagi warganegara bermula 15 Januari 2015. Tempoh sah laku adalah 5 tahun.
  • Pemohon berumur 13-59 tahun : RM 200
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas: RM 100
  • Pemohon berumur 12 tahun dan ke bawah: RM100
  • Jemaah Haji: RM 100
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) : PERCUMA

Asalnya farah ikat rambut medina kat belakang. Rambut depan dia farah biar je. Tapi kena ikat sebab tak nampak dahi.
Lepas dah ambil gambar sekali, pegawai tu kata dia kena edit gambar untuk buang rambut yang terpacak tu. Tapi lepas tu tak boleh jugak sebab kalau potong rambut tu, terpotong sekali kepala dia haha.
Akhir sekali depa bagi pinjam penyepit rambut untuk rambut depan. Tapi sebab lama sangat medina dah mengamuk. Dia mengantuk.
Hasilnya dapat la gambar pasport muka sedih hehe.
Muka sememeh haha.
Akhirnya tertidur. 

Pasport akan siap dalam masa 1 jam. Jadi kami hantar medina ke rumah mama tok dia dulu, lepas tu baru lah hubby ke KDN semula untuk ambil pasport.


Sumber

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign