12 Nov 2017

Resepi Kuey Teow Goreng Basah

Resepi Kuey Teow Goreng Basah || Hujung minggu biasanya rajin sikit nak masak. Tapi semalam masak senang je untuk makan malam. Farah cuma masak kuey teow goreng basah dan goreng keropok keping. Simple je. Tapi sedap juga hehe. 
Resepi Kuey Teow Goreng Basah
Kuey Teow Goreng Basah
Sejak akhir-akhir ni kami perasan medina suka makan kuey tiaw sup. Kalau dibandingkan dengan bihun dan mee kuning, dia lebih berselera bila makan kuey teow. 

Sebab tu lah farah bercadang untuk masak kuey teow untuk makan malam. Alang-alang, hubby pun suka kuey teow jugak. 

Jom masak kuey teow goreng basah!!


Kuey Teow Goreng Basah

resepi asal: sunniesdiary

Bahan-bahan:

500gm kuey teow  
4 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 sudu besar cili boh/ cili kering kisar 
1 sudu besar sos tiram 
3 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar sos cili  
3 sudu besar kicap manis 
1/2 sudu besar kicap pekat 
1 mangkuk air - kalau rasa kuah pekat boleh tambah
1 ikat daun kucai - farah tak letak
1 genggam taugeh
garam secubit 
daging ayam dan kerang - kerang kena rebus dulu. farah tak letak. 
bebola ikan -  kerat 4
1 biji tomato -  kerat 4 atau 8

Cara-cara:
Resepi Kuey Teow Goreng Basah
1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang putih yang sudah dicincang. Tumis sehingga kuning.

2. Masukkan cili kering kisar / cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam. Gaul dan masak sehingga ayam separuh masak. Selepas itu masukkan kerang yang sudah direbus. Masak kejap.

4. Masukkan air. Gaul sebati dan biarkan hingga mendidih. 

5. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat dan garam.

6. Bila ayam dah betul masak dan kuah pekat sikit, masukkan kuey teow. Gaul rata. 

7. Masukkan taugeh, kucai dan tomato. Masak hingga kuey toew masak. Tapi jangan sampai kuah kering. 
Resepi Kuey Teow Goreng Basah
Siap! Senang je goreng-goreng ni. Kejap je dah siap. Hubby kata sedap. Hehe. 

Satu je farah kurang sikit. Farah ni jenis tak reti  nak agak banyak mana nak masak kuey teow tu. Sebungkus nampak sikit, tapi bila dah masuk kuali rupanya banyak haha. Ada banyak juga lebih tak habis. Tapi takpe, farah boleh bawa bekal ke kerja hehe. 

Jadi kalau korang nak maask untuk dua orang makan, masak separuh plastik (250gram) je. Jangan guna satu plastik macam farah. 

Selamat Mencuba!

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign