Jagung Cheese Viral Original di Langkawi || Dapat juga akhirnya merasa jagung cheese viral di kuah. Sebelum ni farah cuba jagung cheese yang di padang matsirat. Sebab dekat sikit. Nak pi kuah tak tau bila. Semalam kebetulan hubby ajak pi Billion di kuah. Alang-alang tu singgah di bus stop yang jual jagung cheese ni dalam perjalanan balik.
Seddapppp!!!!!
Cheese parut dia banyak bertimbun. Serius tak tipu. Tak kedekut langsung.
Jagung Cheese Viral Original di Langkawi |
Jagung cheese di kedai ni ada dua jenis. Dua-dua sama harga. RM6 satu bekas. Satu jagung cheese biasa. Satu lagi jagung cheese dengan aiskrim. Bezanya yang ada aiskrim tu kurang sikit cheese parut.
Rasa?
Dua-dua sedap. Hehe. Manis cukup. Masin cukup. Aiskrim banyak. Cheese banyak.
Ceewah. Ni boleh jadi duta jagung cheese dah ni puji lebih-lebih hehe.
Bagi yang suka manis macam farah ni gerenti korang rasa sedap. Tapi kalau jenis tak tahan manis, mungkin korang tak berapa suka. Bukan lah manis leting, manis melecas. Cuma sesetengah orang tak suka manis kan hehe.
Kalau datang Langkawi boleh lah cuba jagung cheese ni. Dekat je dengan jeti. Gerai dia di bus stop taman permainan di kuah.
Kalut nak makan sampai tumpah haha. |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/