Dah lama sangat rasanya tak balik kampung. Tahun Baru Cina kali ni kami sekeluarga balik Besut untuk beraya hehe. Orang lain raya kita pun sibuk nak raya kan?
|
Pagi-pagi naik feri, muka dua-dua sembab hihi. |
Dua tiga hari sebelum balik, abah umie kongsi gambar kat whatsapp. Rumah banjir!! Banjir sampai air dah masuk dalam rumah. Farah rasa dah lama air tak masuk rumah bila banjir. Dulu masa kecik-kecik memang selalu, tapi lepas abah sambung rumah, tinggikan bahagian rendah, air dah tak masuk.
|
Masa ni abah balik kejap dari sekolah sebab nak tolong alihkan kereta pi tepi jalan. |
Bila banjir, abah umie je ade kat rumah. Angkut barang pun berdua je. Masa ni la rasa bersalah, masa ni lah rasa nak pindah dok rumah sebelah. Bimbang oii. Mak ayah tak ada depan mata. Nasib baik lepas tu adik bongsu balik rumah. Lega sikit hehe.
Farah sempat merasa banjir kali ni. Air tak dalam sangat masa tu Alhamdulillah.
|
Bila banjir aktiviti abah mesti lah round tengok air. Alang-alang Farah mengidam keropok lekor , jadi abah bawa pi Kuala Besut untuk beli. Kedai yang kami nak pi beli tak buka. Jadi beli je kat kedai mana yang ada. |
|
Sebelum tu singgah makan Char Kuey Tiaw udang. Boleh tahan sedapnya. |
|
Dapat air Farm Fresh free lepas beli keropok hehe. Ni dapat free sebab expired hari yang sama. |
Ok dah cerita banjir ngan keropok hehe. Balik kali ni farah bawa medina pi baby spa. Rasa macam nak bagi medina berendam. Dah lama rasanya dia tak mandi berendam hehe. Bila dok fikir nak buat, baru lah farah teringat yang farah belum kongsi pengalaman farah bawa medina ke baby spa kat Kelantan dulu.
Aduhaiii. Teruk betul. Punya lah lama. Selalu terlupa. Bila dah beribu-ribu gambar ada dalam henfon, ada je yang terlepas pandang. Lepas ni nak kena cari cara untuk bagi tak lupa entri yang nak buat haha. Ada idea tak?
J Babies Spa ni terletak di Aeon Mall, Kota Bharu Kelantan. Farah bawa medina ke sana masa balik kampung untuk raya korban. Lama dah kan? Hehe. Masa balik kampung memang dah plan awal-awal nak bawa dia ke sana. Teringin sangat nak bagi dia cuba berenang sebab dia suka main air.
|
Kat Aeon Mall ni best sebab bilik menyusu dia selesa sangat. Nak dodoi baby pun best. |
Sebelum ni medina berenang dalam tab kecil. Sekarang dah 10 bulan kena guna tab mandi yang besar. Tab mandi ke kolam eh? Entah la, hentam je haha. Tab mandi besar ni lambat sikit nak panas air dia, kena tunggu sampai pukul 1.30 tengahari baru panas.
Mula-mula dah malas nak tunggu sebab kami sampai awal. Farah ngan hubby pi kat kedai buku Popular dulu sebab memang nak cari buku untuk medina. Sedar-sedar bila keluar dah dekat 1.30 tengahari. Dapat lah kami pi hehe.
Farah ambil pakej berenang je. Urut tak ambil sebab medina tengah mengantuk, dia tak nak baring. Kalau main air masa mengantuk takpe, dia tak marah hihi.
|
Kalau berenang 30 minit RM 45 untuk bukan ahli. |
|
Ada tempat gunting rambut. Farah gunting rambut sendiri je kat rumah haha. |
|
Ni la tab mandi besar. Medina mandi sorang-sorang memang puas hati. |
|
Ni tempat pedicure kalau tak silap. |
|
Ni tab mandi yang kecil. Dulu medina guna yang ni. |
|
Yang kecil ni boleh muat seorang je kot, |
|
Dulu mandi pakai pelampung leher ni. Tapi medina tak suka sangat. |
|
Ni masa dulu. Tengah urut sebelum berenang. |
|
Ni yang sekarang. Panaskan badan kejap je sebelum masuk dalam air. |
|
Sebelum masuk depa akan bawak pi sentuh air sikit. Baru lah baby tak terkejut tiba-tiba masuk dalam air. |
|
Kalau budak yang jenis tak takut air, suka mandi macam medina ni tak de masalah untuk berendam. Tak nangis pun orang tinggal dia hehe. |
|
Lepas mandi kami pusing Aeon. Terserempak dengan kawan lama masa belajar dulu. Kawan hubby lah hehe. Hubby kata dia tak ingat nama hubby sebab sepanjang borak langsung dia tak sebut nama haha. Lama sangat ke tak jumpa sampai tak ingat nama? Rasa macam tak lebih lagi 3 tahun.
Sekarang dok menghitung hari bila nak balik kampung lagi. |
Salam perkenalan.. blogwalking & done follow blog ini. :)
ReplyDeleteMama dia pun kalau nak manjakan diri pun boleh. Ni ada senarai spa yang boleh dikunjungi : https://www.lookp.com/malaysia/wellness-centre
ReplyDelete