Farah sangat suka sup telur. Simple tapi sedap. Makan ratah pun sedap. Kalau tengah-tengah malam rasa lapar, lebih baik buat sup telur dari pi melahap megi hehe.
Sup telur pun ada banyak variasi. Ada orang letak sayur sawi dalam sup. Ada juga orang letak soo hoon. Ikut mana yang korang suka, korang boleh letak. Farah suka sup telur yang kosong sahaja. Kalau letak sawi rasa macam jadi sup sayur bertelur pula hihi.
Jom masak Sup Telur!
SUP TELUR
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji kentang - kerat 4
1 batang lobak merah bersaiz kecil
3 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - dihiris
1/2 kecil lada hitam -ditumbuk
1 kiub pati ayam
Daun bawang / daun sup - dihiris
garam
air
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merang, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang dan lobak merah. Biarkan sekejap.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur masak sendiri.
5. Perasakan dengan garam.
6. Hidang dalam mangkuk yang bersesuaian. Taburkan daun bawang atau daun sup untuk hiasan.
Ha, senang je sup telur. Masa yang diambil untuk masak pun sekejap je. Resepi kali ni sangat sesuai kalau korang nak cepat, orang dah lapar, tak sabar tunggu kita siap masak hehe.
Dah cuba resepi Sup Telur hari ni?
Selamat mencuba!
Saya cuba buat malam ni. Nak keluar beli perencah.
ReplyDeletecuba lah adam. Senang dan sedap! hihi
DeleteSaya memang nak buat sebab kalau sedap saya buat selalu. Tak payah keluar kalau dah boleh buat sendiri. Saya ikut 100 % resipi ni.
ReplyDeleteNanti dah cuba boleh share link kat sini =)
DeleteFara,
ReplyDeleteHari ni tak jadilah.
Kawan ajak keluar makan.
Saya cuba minggu depan. Masa cuti.
Sedapnya. Nak try satgi
ReplyDeletemacam maggi ayam je.sedap jugak ni
ReplyDeleteSudah sya try buat tapi hancur tlur nya haha first time buat sup telur ni mlm sya try lagi lhh
ReplyDeleteizin copy dan upload di blog pribadi
ReplyDeleteThanks...nak uba jgk lh nmpk simple
ReplyDeleteMenarik! Boleh cuba malam ni. Kebetulan anak bujang pun tengah demam.
ReplyDeleteSy tgh cuba utk hidangan berbuka nanti..alhamdulillah
ReplyDelete