Blog Farah Sanusi: baking

Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

19 Jun 2016

BISKUT CORNFLAKES RANGUP

Assalamualaikum

Semalam farah merajinkan diri buat biskut raya hehe. Buat biskut raya ni bukan tak suka. Tapi tiap kali buat mesti tak jadi. Heran pon ade. Tu yang malas tu.

BISKUT CORNFLAKES RANGUP

Minggu lepas farah ternampak resepi di blog masa dok blogwalking. Jadi farah request lah resepi sebab nak cuba. Hari jumaat dah suruh hubby beli barang siap-siap sebab nak buat. Baru nak mix butter, tengok-tengok expired huaaaa. Sedih giler. Siap berkulat lagi butter tu. Silap jugak tak tengok tarikh masa beli. Tak sangka lak expired haha. Maka tangguh la buat biskut ke semalam. Masa tengah buat, hampir-hampir pi suap dalam mulut cornflakes tu haha. Lupe puasa. Lain kali jangan buat biskut siang-siang kekeke.

Seperti biasa, farah memang pilih resepi yang senang je tambah-tambah lagi kalau baking hehe. Kite tak pandai sangat baking. Selalu tak jadi. Kejap je preparation dia. 

Masa dok gentel-gentel biskut hubby mai dapur,

"rajinnye dia.."

Hati ai kembang kuncup tapi muka watlek je haha. Sape tak suka husband puji kan. Bila dah masuk waktu berbuka hubby try biskut ni. Puji lebih-lebih pulak tu.

"sedapnye. Macam beli kat kedai!"
"eh tak, lagi sedap dari beli kat kedai"

Eh, kita mane ade beli biskut cornflakes kat kedai. Tart nenas ade lah. Hehe. Ok lah tak mau cakap panjang. Ni resepi biskut cornflakes rangup dari k.zack tapi farah ubah sikit.  K.zack pakai kellog's farah tak guna kellog's hehe. Suhu yang dicadangkan 180c selama 20-25minit. Tapi oven farah guna 150c je. Bila 180c biskut dah terbako habis haha. Jadi kena tengok oven masing-masing lah. Biskut ni akan kembang sendiri masa tengah masak. Jadi tak perlu lah buat bentuk cantik-cantik. Dropkan je atas tray tu. 

BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: iamzahirah

Bahan-bahan:
250g unsalted butter-farah pakai salted butter
180 gula kastor
2 tsp esen vanila
2 telur kuning
180g cornflakes-hancurkan sedikit
190g tepung jagung - ayak
130g tepung gandum - ayak
1/2 tsp baking powder - ayak

Cara-cara:
1. Masukkan butter dan gula. Pukul sampai gula hancur dan sebati
2. Masukkan telur kuning dan esen vanila. Pukul sampai sebati.

BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Butter + gula kastor + telur kuning + esen vanila

3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan baking powder. Kacau guna spatula sampai sebati.
4. Masukkan cornflakes. Gaul sebati. Susun bulat-bulat atas tray.

BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Lepas dah campur cornflakes

BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Susun macam ni. 

5. Panaskan oven 150c. Bakar selama 20-25minit. Ikut oven masing-masing ya. Setiap oven tak sama.
6. Selepas masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk selama 10 minit. 
7. Tunggu berbuka pastu makan hehe

BISKUT CORNFLAKES RANGUP


SELAMAT MENCUBA!!
Baca Selanjutnya »

16 Jun 2016

GYERAN-PPANG 계란빵 (KOREAN EGG BREAD)

Assalamualaikum

Gyeran-ppang 계란빵 atau pun Korean egg bread ni farah mula-mula dengar masa tengok The return of Superman. Nampak simple je nak buat. Jadi farah cari resepi dia. 



Gyeran maksud dia telur. Ppang pulak maksud dia roti. Senang je nak buat gyeran-ppang ni. Bancuhan untuk roti dia tak complicated pun. Farah tak letak telur untuk semua roti. Letak 4 biji je. Sebab macam banyak sangat lak nak guna telur haha. 1 biji roti 1 telur. Habis weh telur kat umah. Jadi untuk yang lain farah bakar roti je la. Tak letak telur. Bila tengok resepi asal, dia ade letak topping atas telur tu. So boleh la letak cheese ke, sosej ke. Farah tak letak sebab bila dah letak telur tu dah penuh muffin pan. Sampai melimpah-limpah. 

Bila tengah bakar bau wangi sebab bau vanila. Dah le tengah pose. Bergetar tulang rusuk haha. Roti ni sedap jugak. Mungkin bertambah sedap sebab ade telur hihi. Cuma yang tak best nye bahagian luar telur tu terlalu keras, jadi agak mengganggu masa gigit. Bahagian dalam lembut jadi ok lah. Roti dia agak berat, padat. Tapi sedap. Kalau tak letak telur pun sedap. Tapi kalau tak de telur, name dia Ppang je lah kan? Kekeke.

KOREAN EGG BREAD
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: Messywitchen

Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan butter cair
1/3 cawan gula
1/4 cawan susu
3/4 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon esen vanila
Telur untuk setiap biji roti

Cara-cara:
1. Masukkan 2 biji telur dan gula kedalam mangkuk. Pukul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung, baking powder, vanila esen, butter cair dan susu. Pukul sebati.
3. Griskan loyang (farah pakai nonstick muffin pan)
4. tuangkan batter 1/4 dalam untuk setiap lubang.

Letak bagi 1/4 penuh


5. Pecahkan 1 biji telur bagi setiap lubang
6. Bakar pada suhu 200c untuk 15 minit

Yang ni yang tak letak telur


Bila dah potong rupa dia laguni

Yang ni kalau takde telur

Selamat mencuba!!
Kbai~
Baca Selanjutnya »

13 Jun 2016

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Hari ni farah baru masuk kerja semula lepas cuti bersalin 3 bulan. Segala benda pon kekok haha. Pagi tadi masuk kereta blur mane satu butang aircond, mana satu butang radio. Lepas tu tertukar wiper dengan signal. Dah sampai klinik, parking kereta, dok pikir lak mana satu butang nak lock kereta hahaha. 3 bulan tak drive boleh lupa segala benda. Nasib baik lah kereta auto. Kalau kereta manual agaknye tak leh drive dah.

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

Perasaaan masuk kerja semula tak tau nak rase ape. Yang pastinya rindu baby lah hehe. Awal-awal dah mesej adik ipar suh wasap gambar medina. Tak tahan rindu beb. Harap-harap medina behave. Alhamdulillah dia ok. Semoga pasni pon terus ok.

Sambil-sambil rehat tengahari pikir nak makan ape untuk berbuka nanti. Banyak nye wishlist nak makan. Apekan daya tak leh ikut nafsu. Semalam teringin nak makan lompat tikam. Tapi makcik yang jual tu buka gerai lambat sangat. Jadi kempunan lah jawabnya. Tak pe lah tak de rezeki kan? Ai redho.

Hari ni buat pemanis mulut sket. Decide nak buat puding roti sebab bahan dia senang. Farah suka puding roti. Tapi tak pernah buat yang bakar. Biasanya buat puding roti kukus dan ada guna agar-agar. Jadi kali ni nak tukar angin sikit try buat yang bakar. Senang je buat puding ni. Campak-campak susun-susun, bakar, siap. Hehe. Betul, tak tipu ni.

Untuk sos kastad, farah memang suka pekat sikit. Tak suka cair, sebab nanti bila makan tak lekat kat puding. Bila sos tu sejuk, dia akan jadi pekat sikit berbanding masa panas. Jadi korang beringat lah nak agak-agak pekat dia tu. Nak pekat lagi tambah je tepung kastad sikit. Jangan banyak sangat kang jadi kek kastad pulak haha.

Untuk coklat parut pulak, tak letak pon tak pe. Farah letak sebab ade lebih masa buat kek. Parut melebih sampai puding hitam lepas bakar kekekeevil smile onion head


RESEPI PUDING ROTI SOS KASTAD
Resepi asal: FB

Bahan-bahan:
10 biji telur-saiz pape pun takpe
1 plastik roti keping- ambil yang besar
800ml susu segar
220gram gula 
1 sudu besar vanilla esen
butter-untuk sapu di roti
kismis untuk tabur
coklat masakan untuk parut-optional

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

Cara-cara:
1. Masukkan susu segar, telur, esen vanila, gula kedalam bekas. Kacau hingga sebati.
2. Sapu butter di roti. Susunkan didalam loyang. Jangan lupa griskan loyang dulu. kang lekat-lekat.
3. Tabur kismis atas roti yang dah disusun. Pastu parut coklat masakan.
4. Ulang melapis sampai tinggi mane korang nak. Farah buat 3 lapis je. Tinggi sangat nanti tak best hehe. 

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

5. Dah siap melapis, tuang adunan susu segar, telur, gula dan esen vanila tadi.

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

6. Masukkan kedalam oven suhu 150c 45-60minit. Oven kena panaskan dulu tau.

Bahan-bahan sos kastad:
200ml susu segar
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung kastad

Cara-cara:
1. Panaskan susu, gula dan esen vanila.
2. Bancuh tepung kastad dengan sedikit air.
3. Masukkan bancuhan tepung kastad.
4. Kacau sampai sos pekat.

siap!!

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD
Lembut je puding ni

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

TIPS:
Masa bakar puding boleh letak air dalam dulang diluar (bain marie) supaya puding tak kering sangat.
Kalau lebih suka sos kastad pekat sikit, cuma tambah tepung kastad lebih sikit.

Selamat mencuba!!


Baca Selanjutnya »

4 Jan 2016

MINI FRENCH MACARON

Assalamualaikum



Hujung minggu haritu teringin nak buat french macaron. Bila google tengok resepi, bahan yang guna tak lah banyak sangat. Cuma ramai orang kata leceh nak buat macaron ni. Sebab lepas pipe kena biar macaron ni kering sekurang-kurangnya 30 minit. Bab ni orang tak sabar. Tapi sebenarnya step ni penting. Sebab bila kita bagi dia rehat, baru lah macaron ni tumbuh kaki-kaki dia. French macaron ni agak manis. Tapi resepi ni manis dia sedang-sedang untuk farah. Hubby cakap sedap maknanya ok lah keke.



Farah ikut resepi ni dan masak dalm 3 batch sebab oven farah kecik je. Batch 1 habis hanguscrying3 onion head. masa tu oven set 150c dalam masa 15 minit. Jadi batch 2 farah buat 140c 15 minit. Masih lagi ada sedikit hangus. Batch 3 farah buat 140c 10 minit. Haaa, baru lah cantik macaronnye. Jadi bila buat tu suhu kena ikut oven masing-masing ya. 

Step mula-mula lukis bulat-bulat atas baking paper. Resepi cakap jarakkan 3 cm tapi ai degil embarrassed3 onion headhaha. farah lukis dekat-dekat sebab nak jimat ruang. Bila pipe terlebih (farah beginner bab piping ni), habis melekat antara satu sama lain. Jadi kalau uolls jenis degil macam farah, pipe jangan kasi penuh bulat tu sebab nanti dia melebar sikit. Untuk lebih selamat, jarakkan antara bulatan.



MINI FRENCH MACARON
OLEH: FARAH SANUSI
RESEPI ASAL: AZLITA

BAHAN-BAHAN
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

CARA-CARA

1. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas baking paper. Jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray. Ketepikan.

lukis bulat-bulat saiz 20 sen

2. Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan.

3.  Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dengan menggunakan mixer dan berkelajuan max.

4. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus putar sehingga adunan  kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh.

5. Masukkan 1/4 daripada campuran serbuk almond dan gula icing tadi ke dalam putih telur.

6. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula.

7. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sikit-sikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

8.  Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.(Farah buat satu color je)

9.  Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg (ziplock bag pon boleh)

10. Picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas baking paper tadi.

pipe kan satu-satu

pipe jangan penuh bulatan supaya tak melimpah

11. Hentak tray atas meja supaya gelembung udara boleh keluar. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons berlubang bila dibakar.

untuk cucuk-cucuk gelembung udara

12. Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

kalau dekat sangat dia lekat-lekat gini

13. Panaskan oven 150C (farah gunakan 140C). Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

14. Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 - 20 minit. (farah bakar 10 minit)

tengah masak

15. Setelah masak, letakkan macrons bersama baking paper atas rack dan biarkan ia sejuk.

letak atas cooling rack sekali ngan baking paper

first batch abes hangus
nampak sangat hangus
akhirnye batch ke-3 menjadi





kuit miut je macaron ni

SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040
Baca Selanjutnya »

29 Dec 2015

CONGO BARS dan COKLAT DRIZZLE MENGANCAM

Assalamualaikum

Post yang sebelum ni farah ada post brownies kan? Farah buat brownies tu masa majlis merisik adik ipar farah. Ha, dalam masa yang sama jugak farah buat congo bars. 

Yang nak cuba resepi brownies kedut-kedut boleh tengok sini ye.

Congo bars ni pon first time buat macam brownies gak hehe. Memang dah lama teringin nak buat, tapi tak terbuat. Masa bagitau hubby nak buat congo bars dan brownies muka dia kedut-kedut kerut-kerut. hehe. Dua-dua pon dia tak kenal. Padahal dia penah makan je congo bars masa jamuan jabatan. Siap cakap sedap lagi. Pffthehe onion head. Tengok la orang laki, main hentam je makanan. Kita ni jadi detektif siap pi tanya nama, tanya resepi. Terpaksa lah google gambar tunjuk kat dia. Baru lah dia ingat. 

dengan coklat drizzle skali
Congo bars ni banyak variasi orang buat. ada orang letak coklat cip kat dalam adunan, coklat cincang pon ade. Atas congo bars pulak boleh tabur sesuka hati kita. Resepi asal ade letak nutella kat atas tapi farah tak nak letak. Kebanyakan resepi tabur coklat cip dan hirisan badam. Terpulanglah pada selera masing-masing. Farah buat kali ni farah letak coklat cip dalam adunan, tabur coklat cip kat atas (hubby ku hantu coklat cip keke) dan hias dengan coklat drizzle ehehe. Jadi kat sini farah bagi resepi coklat drizzle skali ye. 

CONGO BARS
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: Jom belajar buat kek

Bahan-bahan
2 3/4 cawan  (315 gram) tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan (310 gram) gula perang (nak kurangkan ke 2 cawan pon boleh)
150 gram mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
coklat cip secukupnya

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula perang.
3. Lepas dah sebati masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai sebati.
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung, baking powder dan garam sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
6. Masukkan coklat cip. Gaul.
7. Alaskan loyang dengan baking paper, gris sedikit dengan mentega.
8. Masukkan adunan kedalam loyang.
9. Tabur coklat cip di atas.
10. Bakar pada suhu 150c 30-40 minit bergantung pada oven. Oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu.
11. Dah masak boleh drizzle dengan coklat drizzle diatas.

coklat cip di luar dan dalam
dan nak masak ni. masa ni bau dia sedap wooo

baru kuar oven


potong-potong and ready untuk drizzle


COKLAT DRIZZLE
Oleh: Farah Sanusi

Bahan-bahan
50gram coklat masakan
1/4 sudu kecil butter 

Cara-cara
1. Cairkan coklat masakan dengan teknik double boiler. Selepas coklat cair, masukkan butter. Kacau sebati.
2. Masukkan dalam piping bag dan hias sesuka hati

*coklat drizzle ni bila dah sejuk dia macam keras sikit, jadi drizzle masa suam sikit ye.


tapi lupe amek gambar coklat drizzle hehe

SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040
Baca Selanjutnya »

BROWNIES KEDUT- KEDUT

Assalamualaikum 

Sapa suka brownies bolatkan mata cepat!!big eye onion head haha. 
Ade lagi tak yang tak kenal brownies? Amende lah brownies nih. Hmmm. Cane nak explain. Nak kate kek, bukan kek. Senang-senang gini lah. Brownies ni kek coklat yang bantat tapi sedap (definisi sesuke hati ai) keke. Ye lah dah susah sangat nak bagitau. Kito SPM bahasa melayu B jah.

Sejujurnye dulu farah tak suka kek coklat, coklat atau ape-ape yang ade coklat lah. TAK SUKE. TAK SUKE. TAK SUKE. Tak leh bau coklat langsung, mesti pening. Tak tau lah pasai pa jadi lagutu. Disebabkan hal itu maka bertahun-tahun tak makan kek coklat. Tiba-tiba bila dah tua ni kepala tak pening dah dengan bau coklat kahkahkah. Pastu macam tersuke pulak dengan kek coklat terutamanya kek coklat kukus. Cuma coklat bar je tak berapa gemar makan. Tak tau nak kemam ke nak kunyah coklat bar ni keke. Pastu dok Langkawi plop coklat bertaburan di mana-mana. Eh, orang sini tak panggil 'coklat'. CE-KE-LAT (sebut laju-laju) hehe. *orang kedah jangan marah na cute2 onion head.

oh sedapnyeee
Eh topik lari jauh dah.
Balik ke brownies kita. 23.12.2015 adik ipar farah orang mai merisik/bertunang. Jadi farah pon gatal-gatal tangan la nak buat brownies nak bagi kat mama. First time buat brownies pastu nak bagi orang. Hehe Tak pe, kalau tak sedap pon mama puji je kot nak jaga hati hehe. Sebenarnya farah tak boleh makan manis buat sementara waktu sebab nak minum air gula nanti. Takut gula tinggi weh. Kalau dah buat, hubby bukan makan banyak sangat. Jadi pilih la masa ade majlis untuk buat.

BROWNIES KEDUT-KEDUT
OLEH: Farah Sanusi
Resepi asal: Al Ummu Al Payid


Bahan-bahan
230gm dark coklat jenama beryl's jenis coin (farah pakai cooking coklat biasa je) 
180gm gula kastor 
85gm butter anchor
85gm tepung gandum (ayak dulu)
23gm serbuk koko (ayak dulu)
2 biji telur A
1 penutup esen vanila
cip coklat secukupnya

Cara-cara
1. Cairkan butter dan coklat menggunakan double boiler. Bila dah cair, sejukkan sebentar.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang putih.
3. Masukkan adunan coklat yang dah suam ke dalam adunan telur.  Kacau pakai senduk jer.
4. Masukkan tepung. Kacau guna senduk sahaja.
5. Bila sebati masukkan esen vanilla. 
6. Lapik loyang dengan baking paper. Lebihkan tepi supaya senang nak angkat keluar bila dah masak.
7. Panaskan oven 160c api atas bawah. 
8. Tuang adunan dalam loyang.  Ratakan bahagian atas.
9. Bakar kek suhu 160c untuk 25-30 minit mengikut oven masing-masing
*Bila dah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Buka sedikit pintu oven agak-agak dalam 15-20 minit baru keluarkan.

baru masuk oven

siap potong dan packing

kedut itu penting

kedut-kedut lagi~

Butter sebenarnya boleh pakai apa-apa jenama. Cuma tuan resepi sarankan pakai anchor untuk lebih sedap. Butter anchor ni mahal sikit lah. Farah cuba pakai butter anchor, brownies ni memang sedap. Next time nak buat experiment guna butter lain kot-kot rasa dia lain hehe.
Farah ade letak coklat drizzle tapi lupe lak nak ambil gmbar.

*Kali ni tak sempat set up tempat ambil gambar cantik-cantik sebab tak boleh kacau yang dah masuk bekas huhu
SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign