Assalamualaikum
Semalam farah merajinkan diri buat biskut raya hehe. Buat biskut raya ni bukan tak suka. Tapi tiap kali buat mesti tak jadi. Heran pon ade. Tu yang malas tu.
Minggu lepas farah ternampak resepi di blog masa dok blogwalking. Jadi farah request lah resepi sebab nak cuba. Hari jumaat dah suruh hubby beli barang siap-siap sebab nak buat. Baru nak mix butter, tengok-tengok expired huaaaa. Sedih giler. Siap berkulat lagi butter tu. Silap jugak tak tengok tarikh masa beli. Tak sangka lak expired haha. Maka tangguh la buat biskut ke semalam. Masa tengah buat, hampir-hampir pi suap dalam mulut cornflakes tu haha. Lupe puasa. Lain kali jangan buat biskut siang-siang kekeke.
Seperti biasa, farah memang pilih resepi yang senang je tambah-tambah lagi kalau baking hehe. Kite tak pandai sangat baking. Selalu tak jadi. Kejap je preparation dia.
Masa dok gentel-gentel biskut hubby mai dapur,
"rajinnye dia.."
Hati ai kembang kuncup tapi muka watlek je haha. Sape tak suka husband puji kan. Bila dah masuk waktu berbuka hubby try biskut ni. Puji lebih-lebih pulak tu.
"sedapnye. Macam beli kat kedai!"
"eh tak, lagi sedap dari beli kat kedai"
Eh, kita mane ade beli biskut cornflakes kat kedai. Tart nenas ade lah. Hehe. Ok lah tak mau cakap panjang. Ni resepi biskut cornflakes rangup dari k.zack tapi farah ubah sikit. K.zack pakai kellog's farah tak guna kellog's hehe. Suhu yang dicadangkan 180c selama 20-25minit. Tapi oven farah guna 150c je. Bila 180c biskut dah terbako habis haha. Jadi kena tengok oven masing-masing lah. Biskut ni akan kembang sendiri masa tengah masak. Jadi tak perlu lah buat bentuk cantik-cantik. Dropkan je atas tray tu.
BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: iamzahirah
Bahan-bahan:
250g unsalted butter-farah pakai salted butter
180 gula kastor
2 tsp esen vanila
2 telur kuning
180g cornflakes-hancurkan sedikit
190g tepung jagung - ayak
130g tepung gandum - ayak
1/2 tsp baking powder - ayak
Cara-cara:
1. Masukkan butter dan gula. Pukul sampai gula hancur dan sebati
2. Masukkan telur kuning dan esen vanila. Pukul sampai sebati.
Butter + gula kastor + telur kuning + esen vanila |
3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan baking powder. Kacau guna spatula sampai sebati.
4. Masukkan cornflakes. Gaul sebati. Susun bulat-bulat atas tray.
Lepas dah campur cornflakes |
Susun macam ni. |
5. Panaskan oven 150c. Bakar selama 20-25minit. Ikut oven masing-masing ya. Setiap oven tak sama.
6. Selepas masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk selama 10 minit.
7. Tunggu berbuka pastu makan hehe
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/