Assalamualaikum
Lama dah sebenarnya nak buat entri ni. Tapi asyik tangguh-tangguh. Malas sokmo haha. Kadang-kadang blogging pon boleh dapat writer's block ye. Bukan orang tulis novel je. Kali ni farah nak review cloth diaper yang farah beli. Beli lama dah sebenarnya. Gambar pon dah ambil lame. Hehe.
Lazada |
Rasanya semua orang tahu bila ade baby ni banyak lah habis duit kan? Makin besar makin banyak pakai duit. Pampers, susu, baju, botol susu, mainan, dan lain-lain. Jadi bila farah mengandung farah cuba fikir ape yang boleh farah buat untuk kurangkan perbelanjaan bulanan. Nombor satu mesti lah menyusu badan. Menyusu badan memang jimat duit banyak. Tapi apakan daya tak semua orang mampu. Takpe, jangan paksa diri. Buat yang mana mampu dah cukup. Nombor dua yang farah fikir adalah pampers. Banyak terbaca pasal cloth diapers. Ade orang panggil pocket diapers. Sebab dia ade poket kat belakang untuk masukkan pelapik.
Farah survey lame jugak pasal cloth diapers ni. Banyak tengok brand Bamboolite lah. Kalau baca review, bamboolite memang ramai orang puji. Condition tiptop punya. Teringin jugak nak pakai kan. Tapi farah ingat nak cuba dulu sebab takut-takut medina tak suka @ malas nak basuh hehe. Jadi farah jenguk-jenguk Lazada cari cloth diaper kot-kot ade. Banyak rupenye. Cuma kena pandai-pandai lah pilih nak yang mana satu hehe.
Cari punya cari, farah decide nak beli yang package. satu package ade 6 cloth diaper, 6 charcoal insert, 100 helai liner, dan satu diaper bag, harga dia RM200. Bila dah beli tengok ade offer lagi murah huaaa. Sedih giler. tapi takpe lah. Farah rasa ok lah dengan harga dia. Kalau tengok dekat Bamboolite, satu cloth diaper (day) RM48, satu soaker pad (insert) RM18. Tapi bamboolite pon ade package dia jugak. Package murah sikit. Korang boleh cekidot sendiri kat website dia. Farah berkenan jugak yang bamboolite ni. Insyaallah next time beli.
Cloth diaper yang farah beli ni one size fit all. muat dari 3kg hingga 15kg. Tapi tak tau la betul ke tak. Medina belum sampai 15kg ahahaha. Ado snap button banyak so boleh pilih mane satu nak pasang. Senang lah sebab bila medina dah besar sikit pun masih boleh pakai. Bahagian luar dia corak-corak. Nampak comel je. Tak pakai seluar pon orang ingat dah pakai seluar. Bahagian luar tu waterproof. Jadi jangan bimbang bocoq. Tak bocoq aih.
Farah suka guna cloth diaper ni. Memang jimat banyak. Medina jenis tak boleh basah sikit pampers, dia terus merengek. Jadi kena kerap tukar. Sah-sah lah pakai banyak pampers kan? Bila pakai cloth diapers ni jimat lah duit. Boleh basuh-basuh. Mula-mula farah risau farah malas nak basuh. Tapi bila dah pakai, bab basuh tu tak jadi isu pon. Bukan hal besar pon hehe. Medina pun selesa. Kalau pakai pampers, biasa tengok peha dia berbirat. pakai cloth diaper takde langsung merah-merah. Orang kata nak dapat ruam lampin pun susah. Berbaloi kan?
Cloth diaper ni sebenarnya pelaburan jangka masa panjang. Cer korang kira sebulan berapa habis duit kat pampers? Banyak tau. Lepas tu farah ade baca yang budak yang pakai cloth diaper lebih senang potty training sebab dia lebih cepat belajar bezakan kering dengan basah.
Ha setakat ni je lah review farah.
Kbai~
Ai is tak rajennn nak men-cloth diapers. Hahaha.
ReplyDeleteSame je macam basuh baju hehe..bukan rajin sgt pon
DeleteAi is tak rajennn nak men-cloth diapers. Hahaha.
ReplyDelete