Assalamualaikum
Hujung minggu haritu teringin nak buat french macaron. Bila google tengok resepi, bahan yang guna tak lah banyak sangat. Cuma ramai orang kata leceh nak buat macaron ni. Sebab lepas pipe kena biar macaron ni kering sekurang-kurangnya 30 minit. Bab ni orang tak sabar. Tapi sebenarnya step ni penting. Sebab bila kita bagi dia rehat, baru lah macaron ni tumbuh kaki-kaki dia. French macaron ni agak manis. Tapi resepi ni manis dia sedang-sedang untuk farah. Hubby cakap sedap maknanya ok lah keke.
Farah ikut resepi ni dan masak dalm 3 batch sebab oven farah kecik je. Batch 1 habis hangus
. masa tu oven set 150c dalam masa 15 minit. Jadi batch 2 farah buat 140c 15 minit. Masih lagi ada sedikit hangus. Batch 3 farah buat 140c 10 minit. Haaa, baru lah cantik macaronnye. Jadi bila buat tu suhu kena ikut oven masing-masing ya.
Step mula-mula lukis bulat-bulat atas baking paper. Resepi cakap jarakkan 3 cm tapi ai degil
haha. farah lukis dekat-dekat sebab nak jimat ruang. Bila pipe terlebih (farah beginner bab piping ni), habis melekat antara satu sama lain. Jadi kalau uolls jenis degil macam farah, pipe jangan kasi penuh bulat tu sebab nanti dia melebar sikit. Untuk lebih selamat, jarakkan antara bulatan.
MINI FRENCH MACARON
OLEH: FARAH SANUSI
RESEPI ASAL: AZLITA
BAHAN-BAHAN
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna
![]() |
lukis bulat-bulat saiz 20 sen |
2. Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan.
3. Dalam bekas
lain, pukul putih telur hingga kembang dengan menggunakan mixer dan berkelajuan
max.
4. Masukkan
gula castor sedikit demi sedikit sambil terus putar sehingga adunan
kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu
dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu
tak jatuh.
5. Masukkan
1/4 daripada campuran serbuk almond dan gula icing tadi ke dalam putih telur.
6. Sebatikan
hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula.
7. Setelah rata
masukkan semua baki serbuk almond sikit-sikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama
sehingga adunan bergaul sempurna.
8. Kemudian
boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian
sahaja kerana adunannyer sedikit.(Farah buat satu color je)
9. Masukkan
adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg (ziplock bag pon boleh)
10. Picitkan
atas bulatan yg telah kita buat atas baking paper tadi.
11. Hentak tray
atas meja supaya gelembung udara boleh keluar. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yang
terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons berlubang
bila dibakar.
12. Rehatkan
macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila
kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
13. Panaskan
oven 150C (farah gunakan 140C). Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons
pecah atau retak.
14. Letakkan
tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 - 20 minit. (farah bakar 10
minit)
15. Setelah
masak, letakkan macrons bersama baking paper atas rack dan biarkan ia sejuk.
woahhhh. inti tu letak gape tu? nutella?
ReplyDeleteCoklat ganache..ha3..
Delete3rd batch..mmg nmpk jadi!! terbaik! Kite pun da beli bahan2 utk buat macaroon..tp aduilah.. belum temui lagi bile nk buat tu..heheh..bile tgk post farah.. ringan je mcm nak buat.. insha Allah.. nnti kite kuatkan semangat utk buat!hehe
ReplyDeletelepas buat sekali malas dah haha. barang ade lg. tak lame expired haha. next time nak buat saiz besar pastu filling nutella je hehe.
Delete