28 Mar 2017

Alahan Telur Pada Kanak-kanak

Alahan Telur Pada Kanak-kanak

Beberapa hari yang lepas, farah dapat tahu medina alahan pada telur. Macam mana boleh tahu? Pada asalnya bulan lepas, farah ada bagi medina makan pancake pisang yang ada telur. Selepas makan pancake tu, sekitar bibir dia naik merah-merah. Farah tak perasan sangat banyak mana sebab farah ingat merah sebab garu. Tapi farah dah syak masa tu dia alahan telur.

Jadi farah cuba bagi medina makan telur lagi sekali. Kali ni makan telur sahaja, tak campur dengan makanan lain. Makan tak banyak pun. Beberapa cubit je. Selepas lebih kurang 10 minit, sekitar bibir medina naik merah medina dan gatal. Kesian dia dok menggaru-garu.  

Tidak lama selepas itu, leher dan dada medina mula naik merah-merah. Farah dan hubby dah mula bimbang jadi makin teruk. Kami membuat keputusan untuk ke klinik swasta. Sambil-sambil bersiap kami pantau kalau-kalau medina ada SOB (shortness of breath). Alhamdulillah pernafasan dia ok.

Selepas berjumpa doktor, medina di sahkan ada alahan pada telur. Doktor ada bertanya kalau-kalau medina ada masalah selepas cucuk MMR yang setahun. Medina tak ada masalah selepas cucuk MMR setahun. Jadi doktor pun rasa pelik. 

Sepatutnya beberapa bulan sebelum cucuk MMR, misi akan suruh ibu bapa beri telur kepada bayi untuk tengok samada bayi alahan atau tidak. Kalau bayi ada alahan pada telur, doktor boleh tangguh suntikan MMR ataupun bayi perlu diletakkan dibawah pengawasan selepas suntikan MMR.

Farah langsung tak tahu pasal ni. Salah kami juga tak ambil tahu. Telur sepatutnya diperkenalkan secara berperingkat, tapi farah terus bagi dekat medina. Farah ingatkan medina tiada alahan sebab hari tu makan kek tak ada masalah.

Tanda-tanda alahan telur:


  • Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
  • Muka menjadi merah.
  • Mata berair, bengkak kelopak mata.
  • Mulut gatal, bengkak bibir.
  • Tekak perit.
  • Hidung berair.
  • Nafas termengah-mengah, batuk.
  • Loya dan muntah.
  • Sakit perut.
  • Cirit-birit.

Cara memperkenalkan telur kepada bayi secara berperingkat.

PASTIKAN :
  • Telur kena pastikan betul-betul masak.
  • Boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Minggu 1
1 sudu besar telur kuning sahaja.
Minggu 2
2 kali seminggu jumlah yang sama (1 sudu besar telur kuning sahaja).
Minggu 3
1 biji telur kuning sahaja.
Minggu 4
2 kali seminggu jumlah yang sama (1 biji telur kuning sahaja).
Minggu 5
1 biji telur kuning sahaja + 1 sudu putih telur
Minggu 6
2 kali seminggu jumlah yang sama (1 biji telur kuning sahaja + 1 sudu putih telur).
Minggu 7
1 biji telur sepenuhnya.
Minggu 8
2 kali seminggu jumlah yang sama (1 biji telur sepenuhnya).
Minggu 9 dan seterusnya
1 biji telur tidak lebih dari 3 kali seminggu.
-->

Alahan Telur Pada Kanak-kanak
Dekat sekitar bibir naik merah.

Alahan Telur Pada Kanak-kanak
Di leher pun mula merah dan gatal tak lama selepas tu.
Kami tak berapa bimbang pada mulanya sebab medina masih aktif bermain. Cuma dia marah-marah sebab gatal. Doktor bagi ubat makan dan ubat sapu. Tapi selepas balik rumah dari klinik, kesan merah-merah tu mula berkurang dan mula hilang. Jadi kami tak bagi medina makan ubat. Cuma sambung pantau simptom kalau masih ada. 

Alhamdulillah alahan medina sekejap saja. Tuhan je tahu apa kita rasa bila anak sakit. Walau macam mana pun, farah lega alahan medina tak melibatkan paru-paru. 




2 comments:

  1. Lahai kesiannya... Kene berhati2 lepas ni.. Tapi kalau tak cuba, tak tahu pulak kan alahan ke tak.. hurmm susah jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. Second time tu memang farah bagi sebab nak tau ada alahan atau tak. Takut tak tahu, tiba-tiba alahan masa bercuti ke, kan susah nanti huhu

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign