Blog Farah Sanusi

5 May 2021

Ketam Masak Lemak Cili Api

Ketam Masak Lemak Cili Api

Resepi asal: che nom



ketam masak lemak cili api
Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:

3 ekor ketam segar

1 batang serai, dititik

2 cawan santan pekat

1 keping asam gelugor


Bahan untuk kisar halus:

5 biji cili api

2 biji cili merah

1/2 biji bawang besar

1 inci kunyit hidup (guna serbuk je)

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih


Cara-cara:

1) Bersihkan ketam, 

2) Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

3) Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keeping dan serai.

4) Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.


ketam masak lemak cili api
ketam masak lemak cili api

ketam masak lemak cili api


Baca Selanjutnya »

23 Apr 2021

Homemade Pizza

Homemade Pizza

Homemade Pizza

Bahan-bahan Doh: 1/2 cawan air suam 1 sudu besar yis 1 sudu kecil gula 2 cawan tepung gandum (di ayak) 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil pelembut roti (saya tak letak sebab takde) 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun Bahan Topping Pizza: Sos spagheti secukupnya Cheese Jagung Sosej Topping lain-lain
Cara-cara:
1) Bancuh yis dan gula dalam air suam. Biarkan sehingga berbuih (lebih kurang 15 minit).
2) Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti.
3) Masukkan minyak dan air yis tadi. Uli sehingga menjadi doh (boleh tambah @ kurangkan air mengikut kesesuaian)
4) Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
7) Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200°c atau sehingga masak.
5) Bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai. 6) Sapu sos spaghetti. Tabur topping dan cheese.




Resepi asal Buat Orang Lapo


Baca Selanjutnya »

28 Feb 2021

19 Oct 2018

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam || Kita semua memerlukan tidur pada waktu malam yang cukup. Walaupun siang dah tidur banyak, waktu malam masih perlu tidur sebab kualiti tidur siang dan malam tak sama. 

Semua ibu bapa mengimpikan tidur yang lena sepanjang malam kan? Terutamanya yang baru bergelar ibu atau bapa. Kalau dapat bayi yang baik, tidur senang, tak ada colic, Alhamdulillah. Tapi kalau bayi yang sebaliknya? 

Untuk farah sendiri, Alhamdulillah. Medina dan Hani dua-dua tak ada colic. Bangun menangis malam sebab pampers basah atau nak susu tu biasa lah kan. Selain dari tu tak ada yang sampai kami tak dapat tidur malam. 

Tapi hani susah sikit nak tidur lena lama. 30 minit tidur, dia terus bangun. Ke bayi yang menyusu  badan ni kerap bangun? Haha. Ntah la. Tapi walaupun hani kerap bangun, tak susah sangat nak tidurkan semula sebab farah menyusu. Cuma penat sikit je sebab jaga dia sorang-sorang. Waktu medina dulu minum guna botol, hubby boleh juga tolong kadang-kadang. 

Beberapa bulan lepas, farah ada ternampak satu post di facebook pasal doa untuk anak tidur lena. Mula-mula pelik juga. Kan dah ada doa tidur? Haha. rupanya ada satu surah yang kita boleh baca untuk anak yang sukar tidur. 

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam

Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam
Surah al-Qadr, Doa Untuk Anak Sukar Tidur Malam


Surah pendek je. Tak perlu risau nak hafal ayat doa panjang-panjang. Korang boleh baca 3 kali, hembus di ubun-ubun. Insyaallah.   





Baca Selanjutnya »

12 Oct 2018

Resepi Gulai Kuning Ayam

Resepi Gulai Kuning Ayam || Beberapa hari sebelum farah masak gulai kuning, farah ternampak rakan facebook upload gambar makanan. Gulai kuning nasi berlauk. Pergh sedapnya. Makan pulak dengan sambal. Menambah-nambah lah nasi nanti. 

Lepas tengok gambar tu, farah dok teringin sangat nak makan gulai kuning. Hajatnya nak buat gulai kuning nasi berlauk. Maksudnya ikan lah. 
Resepi Gulai Kuning Ayam
Resepi Gulai Kuning Ayam 

Farah pun tanya hubby, nak ayam ke ikan. Dia sengih. 

“Ayam”

Siapa suruh tanya kan. Dah tahu pun dia nak jawab apa. Haha. Jadi masak lah gulai kuning ayam. 

Sebelum ni pernah buat ayam masak lemak cili api. Sebenarnya bagi farah macam tak ada beza sangat melainkan resepi kali ni ada kacang dan timun batang dalam gulai. Rasa farah rasa tak jauh beza. Tapi farah lebih suka kan resepi kali ni. 

Hubby pun kata sedap. Makan menambah juga. Dia bukan jenis suka sangat lauk lain melainkan ayam masak merah atau sambal. Haha. 

Medina pun suka. Farah suap medina, habis satu pinggan dia makan. Medina memang suka lauk masakan lemak. Lemak kuning, lemak putih, semua dia suka. Makan campur kicap sikit, licin pinggan hehe. 

Resepi ni tak susah pun. Korang boleh tengok video dulu untuk senang faham. 


GULAI KUNING AYAM

resepi asal : aziekitchen

Bahan-bahan:
6 ulas bawang merah - kisar
1/4 inci lengkuas - kisar
1/2 inci kunyit hidup - kisar
2 cili kering - kisar
1 cawan santan
Air
1 asam keping
1 timun batang - belah 2 dan potong pendek
5 kacang panjang - potong pendek
1/2 Ayam - potong ikut saiz yang sesuai
Gula
Garam

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 
2. Masukkan santan. Kacau seketika. 
3. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan asam keping, timun batang dan kacang panjang. Kacau. 
5. Masukkan ayam. 
6. Perasakan dengan gula dan garam. 
7. Masak dengan api sederhana. 

Siap! 

Resepi Gulai Kuning Ayam
Resepi Gulai Kuning Ayam 
Makan dengan nasi putih panas, sambal belacan fuuuh. Kecur air liur tau. 

Gulai ni kalau nak buat gulai ikan kembung atau ikan selar pun boleh. Sedap juga. 

Selamat mencuba!





Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign