Blog Farah Sanusi

19 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Ayam Masak Sambal Kicap

Ayam Masak Sambal Kicap
Sehari dua ni tertekan dengan suasana di tempat kerja. Ada saja yang tak kena. Farah bukan lah orang yang boleh menguruskan tekanan dengan baik. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi sebab fikir banyak sangat.

Bila tertekan, kualiti kerja pun berkurang. Nak kerja pun tak best. Tengok itu tak kena, tengok ini tak kena. Akhir sekali, solat sunat untuk tenangkan hati. 

Ok lah, tak mau membebel panjang-panjang. Jom buat Ayam Masak Sambal Kicap!

AYAM MASAK SAMBAL KICAP
Ayam Masak Sambal Kicap
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500gm ayam
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (dikoyak)
3 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
1/2 cawan minyak masak
Garam (sekiranya perlu)

Bahan-bahan B (dikisar):
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Ayam dibuang kulit dan di potong kecil. Kemudian basuh dan tuskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan pecah minyak. 
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato, kicap dan bawang besar yang dipotong gelang.
5. Masakkan sehingga pecah minyak.
6. Sedia dihidangkan.

KOMEN FARAH 
Ayam Masak Sambal Kicap
Ayam masak sambal kicap farah dan dalam buku tak sama. Farah punya lebih hitam dan dalam buku lebih merah. 

Rasa sangat sedap. Hubby cakap dia suka resepi ni. Jadi lepas ni kena buat lagi hehe. 

Ada daun limau purut, menambah lagi rasa dalam resepi kali ni. Biasanya farah tak letak daun limau purut. Sedap juga bila letak.

Korang dah cuba Ayam Masak Sambal Kicap? Jom masak!

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

18 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Kari Ayam

Testing The Cookbook || Kari Ayam
Dah lama farah cari resepi kari ayam yang agak pekat kuahnya. Dulu farah pernah kongsi resepi gulai ayam dalam satu entri. Resepi gulai ayam tu adalah yang farah selalu masak. Biasanya bila farah buat roti jala, farah akan masak gulai ayam tu. Tapi farah kurang gemar sebab kuah gulai ayam tu agak cair dan tak pekat. Lebih sesuai untuk makan dengan nasi putih.

Kebetulan minggu lepas, hubby minta masakkan kari ayam dalam buku ‘1 Hari 1 Resepi’.  Kuah kari yang farah masak cukup pekat. Memang sesuai kalau makan dengan roti jala ataupun untuk cicah roti dan pulut.


Jom masak Kari Ayam!

KARI AYAM
Testing The Cookbook || Kari Ayam
Resepi asal
Bahan-bahan A:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 cawan minyak masak
3 sudu makan rempah kari ayam atau daging
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
4 biji kentang - dipotong 4
3 biji tomato - dipotong 4
1/2 cawan air asam jawa
garam secukupnya

Bahan-bahan B (Tumisan):
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia
3 tangkai daun kari - tak letak
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis, dan serbuk cili ataupun cili kisar yang dibancuh dengan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, santan kerisik dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk ataupun lembut. 
4. Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.
5. Hidangkan dengan nasi, roti, pulut ataupun ketupat.

KOMEN FARAH
Testing The Cookbook || Kari Ayam
Kari yang farah masak agak berbeza rupanya dengan gambar dalam buku. Mungkin sebab santan. Farah gunakan santan kotak 200ml. Chef mungkin gunakan santan perah. Santan kotak lebih pekat dari santan perah. Tapi hasilnya farah dapat kari ayam yang pekat seperti yang farah nak.

Sedap! Rasa rempah cukup. Kalau farah masak sendiri, selalu tak tahu nak masukkan rempah ape. Sebab tak berapa faham fungsi rempah.

Korang dah cuba resepi Kari Ayam? Jom buat!


Selamat mencuba!  







Untuk resepi gulai ayam cara farah, boleh baca Gulai Ayam Paling Senang.

Baca Selanjutnya »

17 Apr 2017

Jalan-jalan Cari Jubin

Hujung minggu lepas, abah bawa hubby dan farah pi pilih jubin. Ni kali pertama farah masuk kedai jubin. Kalau farah pi sorang, tengok kedai dari luar memang tak berani masuk. Nampak macam gudang sebab jubin bertimbun.
Tapi bila masuk kedai, cantik! Dinding kedai penuh dengan jubin. Rambang mata nak pilih mana satu. 

Langkah pertama nak pilih jubin, tengok harga. Hehe. Sebelum pilih saiz dan corak, kena lah tengok harga. Kang pi pilih harga mahai, duit tak dak. Farah bukan faham pun macam mana nak pilih. sebab tu lah pi dengan abah mama. Depa dah ada pengalaman pilih jubin. 
Nak pilih warna apa, kena masuk dengan warna cat dinding rumah nanti. Aduss. Warna dinding pun tak buat keputusan lagi, macam mana lah nak pilih bagi masuk. 

Akhir sekali farah biar hubby je pilih. Hehe. Malas nak masuk campur. Orang tanya, kita setuju je. Senang cerita.
Lepas balik pilih jubin, kami singgah di kedai Sup daging. Sup sini memang sedap. Hubby selalu juga beli moi untuk farah di sini bila teringin. 
Baca Selanjutnya »

Resepi Telur Goreng Sihat

Sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak sihat. Farah sendiri pun tengah cuba untuk ubah gaya hidup dan diet kepada lebih sihat. Nak kurangkan makanan bergoreng, berminyak, makanan yang bercholesterol tinggil, ataupun makanan segera. Dekat rumah memang cuba untuk tak beli mee segera. Sebab kalau beli memang sah farah akan masak haha.

Hari ni nak kongsi cara goreng telur tanpa minyak. Kalau tak ada minyak, goreng ke namanya? Haha. Hentam saja lah. 

TELUR GORENG SIHAT

Bahan-bahan:
1 biji telur

Cara-cara:
1. Sediakan kuali leper.
2. Isikan sedikit air. Agak-agak telur separuh tenggelam.
3. Biarkan mendidih.
4. Pecahkan sebiji telur.
5. Tutup kuali. Biarkan sebentar.
6. Bila tengok telur kuning dah masak, boleh angkat.
7. Boleh tabur sedikit garam dah lada hitam kalau nak.
Cara buat telur goreng ni hanya untuk telur mata. Telur dadar farah tak pernah cuba, tak berani nak komen. 

Nak buat telur kuning separuh masak pun boleh. Air letak sikit je. Jangan letak banyak macam farah. Memang menjadi.

Kalau korang suka bahagian tepi telur yang rangup, resepi ni memang tak sesuai haha. Tak ada bahagian rangup pun.

Kalau korang tengah cari resepi yang sihat, boleh cuba resepi ni! 

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

16 Apr 2017

BANDUNG SOUVENIRS GIVEAWAY BY NAFAS BARU


Baca Selanjutnya »

Jalan-jalan di Wildlife Park, Langkawi




Hujung minggu lepas, farah dan hubby ke Wildlife Park, Langkawi. Ataupun boleh panggil Taman Hidupan Liar. Ini sebenarnya bukan kali pertama farah dan hubby ke sana. Wildlife Park ni memang tempat yang kami suka pi. Hehe. Ingat lagi kali pertama hubby bawa farah ke sini waktu kami baru tinggal di Langkawi. Belum mula kerja lagi masa tu.
Wildlife Park, Langkawi
#medinadahsampai
Hubby kata masa kecil dulu tempat ni dipanggil taman burung. Burung je yang ada. Sekarang dah makin banyak haiwan yang ada di sini. Kalau dibandingkan waktu kali pertama farah pi dan kali ni, ini pun kami nampak perbezaannya. Staf yang menjaga tempat makin ramai. Staf lebih mesra pelanggan dan banyak membantu kita berinteraksi dengan haiwan. Maklumlah, farah nak pegang burung pun takut hehe.

Ingat lagi dulu farah pernah kena gigit dengan burung waktu bagi makan. Masa tu bagi kacang tanah untuk burung tu. Dia pi gigit jari farah. Dah la paruh besar. Tapi mungkin burung tu tak boleh beza warna jari dan kacang tanah haha.
Wildlife Park, Langkawi
Nampak tak muka tengah tahan takut haha. Konon je berani. Burung ni lah yang gigit farah dulu.
Jalan-jalan di Wildlife Park, Langkawi
Bagi farah harga tiket masuk tidaklah mahal mana. Harga berlainan bagi bukan warganegara, pemegang mykad dan mykad Langkawi.  Macam kami guna mykad Langkawi, dapat lah harga Langkawi. Harga tiket korang boleh tengok di laman web Wildlife Park. Nak beli online di website tu pun boleh. Tapi farah belum pernah cuba.
Peta kawasan
Kami biasa datang ke sini waktu bukan waktu cuti, maksudnya orang tak ramai. Jadi tak perlu beli tiket awal. Kalau korang datang waktu cuti sekolah atau cuti umum yang bersambung dengan hujung minggu, farah sarankan korang beli tiket siap-siap.
Wildlife Park, Langkawi
Pintu masuk.
Mula-mula farah agak bimbang medina takut nak masuk. Takut dia menangis. Dah lah suara kuat hihi. Alhamdulillah medina tak takut. Nampak je binatang dia pi dekat. Tapi dia terkejut kalau binatang datang ramai-ramai. Masa jumpa itik, hubby bagi dedak sebab nak suruh itik dekat sikit. Medina terkejut sampai terjatuh haha. Lepas tu merangkak lari. Tapi dia tak nangis. Maksudnya dia tak takut lah agaknya.
Wildlife Park, Langkawi
Itik dalam buku warna kuning. Tiba-tiba jumpa itik depan-depan warna hitam. Agak-agak medina konfius tak hehe.
Wildlife Park, Langkawi
Lepas dah jatuh sekali, abah dia tolong pegang.
Wildlife Park, Langkawi
Makanan akan ambil di sini. Bagi je tiket makanan yang korang dah beli.
Tiap kali ke Wildlife Park, kami paling suka bahagian Budgerigars “love bird”. Ape maksudnya farah pun tak tahu haha. Kami suka bahagian ni sebab di sini boleh beri makanan kepada burung, dan burung datang ramai. Ada juga bahagian lain yang beri makanan pada burung. Tapi burung di kawasan lain tak semeriah yang ini.
Wildlife Park, Langkawi
Tak sempat nak ambil gambar masa burung ramai. Tinggal 4 ekor baru sempat ambil.
Dulu, makanan lovebird ni ada sekali dalam pek makanan yang kita beli. Memang puas hati bila beri burung makan sebab makanan ada banyak. Tapi, bila pergi tak kena masa dan burung dah kenyang, burung tak akan datang.

Sekarang, makanan lovebird dah tak diletakkan bersama pek makanan yang lain. Staf yang bertugas  di kawasan lovebird akan pegang makanan dia. Jadi burung disini sentiasa lapar dan akan selalu datang waktu pengunjung datang. Cumanya tak puas sebab seorang cuma satu tapak tangan je boleh bagi haha.
Wildlife Park, Langkawi
Waktu crocodile feeding time.
Wildlife Park, Langkawi
Ni buaya yang paling besar.
Farah dan hubby biasanya tak peduli sangat kalau tak dapat tengok feeding time. Kami main redah je mana yang sempat. Kalau tak dapat tengok tak ape. Kebetulan kali ni kami dapat tengok feeding time buaya. Kalau tak silap buaya ada 4 ekor. 1 besar, 2 kecil, satu lagi farah tak Nampak saiz dia sebab dia sembunyi dalam air. Buaya besar dapat makan rangka ayam. Buaya kecil makan 2 ekor ikan. Waktu feeding time staf di sini akan tanya siapa nak cuba bagi makan untuk buaya. Ha, siapa nak cuba, boleh lah tawarkan diri. Farah tak sempat nak pi, dah ramai waktu kami sampai.

Banyak lagi pertunjukan dan feeding time. Korang boleh rujuk di laman web. Boleh bajet siap-siap waktu bila nak pi.
Wildlife Park, Langkawi
Next!
Kawasan arnab ni dulu farah tak suka. Sebab kawasan arnab duduk tu dia atas tanah dan penuh dengan lopak air. Arnab pun basah dan kotor sebab tanah. Sekarang kawasan arnab dah makin cantik. Dah ada simen, jadi tak ada lopak air hehe.
Wildlife Park, Langkawi
Seek and feed.
Wildlife Park, Langkawi
Ni lah telurnya. Hubby jumpa 1, farah jumpa 1. Tapi kami ambil 1 je la hehe.
Waktu kami pi, kami cari telur yang ‘tersembunyi’ di kawasan kandang arnab ni. Kalau dapat jumpa telur, boleh buka dan ambil makanan arnab yang ada dalam telur tu. Dapat juga la merasa easter egg hunt kononnya hehe. Kalau ada anak kecil, boleh lah suruh mereka yang cari. Kami kalau suruh medina sampai sudah tak jumpa lah telurnya. Hehe. Dalam telur tu ada lobak merah.Lupa pula nak ambil gambar rupa dalam telur.
Wildlife Park, Langkawi
Baby arnab duduk dalam bekas kaca.
Wildlife Park, Langkawi
Ni masa medina bagi arnab makan. 
Ha, waktu ni farah letak medina berjalan. Nak bagi dia main dengan arnab. Medina tak takut dengan arnab, tapi bila arnab datang hidu tangan dia, dia bebel-bebel haha. Kami bagi lobak untuk medina pegang dan hulur untuk arnab makan. Lepas ajar 2-3 kali, medina hulur sendiri lobak kepada arnab.
Wildlife Park, Langkawi
Di sekitar tempat di sini memang ada banyak sinki untuk basuh tangan. Lepas sentuh haiwan terus basuh tangan. 

Kami tak bercadang nak pusing lama-lama. Kebetulan waktu kami ke sana tu waktu tidur medina. Masa tu dia dah penat dah. Lepas habis main arnab, kami balik.

Wildlife Park, Langkawi
Racoon ni buas gila. Sibuk nak turun tak mau orang dukung.
Wildlife Park, Langkawi
Ni pulak musang kot.
Wildlife Park, Langkawi
Ikan besarrrr
Wildlife Park, Langkawi
Kat sini pun boleh bagi ikan makan.
Wildlife Park, Langkawi
Burung Merak.

Wildlife Park, Langkawi
Lama dah tak ke sini. Nanti bila medina dah besar sikit nak pi lagi.

Untuk rujukan boleh tengok Wildlife Park Langkawi 
Baca Selanjutnya »

Resepi Sup Telur Paling Senang

Farah sangat suka sup telur. Simple tapi sedap. Makan ratah pun sedap. Kalau tengah-tengah malam rasa lapar, lebih baik buat sup telur dari pi melahap megi hehe.
Resepi Sup Telur Paling Senang
Sup telur pun ada banyak variasi. Ada orang letak sayur sawi dalam sup. Ada juga orang letak soo hoon. Ikut mana yang korang suka, korang boleh letak. Farah suka sup telur yang kosong sahaja. Kalau letak sawi rasa macam jadi sup sayur bertelur pula hihi.

Jom masak Sup Telur!

SUP TELUR

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji kentang - kerat 4
1 batang lobak merah bersaiz kecil
3 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - dihiris
1/2 kecil lada hitam -ditumbuk
1 kiub pati ayam
Daun bawang / daun sup - dihiris 
garam
air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merang, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang dan lobak merah. Biarkan sekejap.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur masak sendiri.
5. Perasakan dengan garam. 
6. Hidang dalam mangkuk yang bersesuaian. Taburkan daun bawang atau daun sup untuk hiasan.
Resepi Sup Telur Paling Senang
Ha, senang je sup telur. Masa yang diambil untuk masak pun sekejap je. Resepi kali ni sangat sesuai kalau korang nak cepat, orang dah lapar, tak sabar tunggu kita siap masak hehe.

Dah cuba resepi Sup Telur hari ni?

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign