Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih || Masakan sayur lemak adalah salah satu lauk kegemaran farah. Tak kisah lah sawi, taugeh, kubis, petola, semua farah suka. Kali ini nak kongsi resepi sawi dan taugeh masak lemak putih.
Sawi dan Taugeh Masak Lemak Putih
Sebenarnya farah masak sayur sawi dan taugeh masak lemak putih ini untuk habiskan taugeh. Kebetulan hari tu beli taugeh tapi tak habis....
30 Nov 2017
29 Nov 2017
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Resepi Ayam Goreng Kunyit || Seminggu sekali atau dua minggu sekali biasanya kami beli ayam untuk bekalan memasak. Kalau masak ayam banyak kali minggu tu, cepat lah ayam habis. Kalau tak, lambat sikit ayam habis. Tapi setiap kali beli ayam, mesti tak tahu nak masak apa dengan dada ayam. farah dan hubby pula dua-dua tak suka bahagian dada ayam. Memang kadang-kadang lama dia duk dalam peti beku.
Resepi...
28 Nov 2017
Resepi Cek Mek Molek
Resepi Cek Mek Molek || Hari hujan lebat memang sedap kalau dapat makan kuih cek mek molek panas-panas. Dengan gula cair kat dalam, sekali gigit boleh melecur lidah haha.
Resepi Cek Mek Molek
Kebetulan haritu farah beli ubi keledek tapi tak habis guna bila masak. Ada lah tinggal sikit. Teringat pula kat cek mek molek. Dah lama tak merasa cek mek kat kampung sendiri. Di negeri lain bukan...
27 Nov 2017
Resepi Nasi Goreng Kicap
Resepi Nasi Goreng Kicap || Nasi goreng kicap ni nasi goreng kegemaran hubby. Katanya lagi hitam lagi bagus. Lagi dia suka. Haa, gitu. Hitam itu menawan kot haha.
Waktu farah masak nasi goreng kicap ni sebab nak habiskan sayur yang ada. Setiap sayur ada sikit-sikit. Dah tak ada idea, masak lah nasi goreng kicap.
Resepi Nasi Goreng Kicap
Jom buat nasi goreng kicap!
NASI GORENG...
26 Nov 2017
Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi || 20 November yang lepas,selesai majlis makan malam pergigian daerah Langkawi bagi tahun 2017. Alhamdulillah tamat juga majlis kali ini berjaya diadakan di Hotel Seaview Langkawi.
Semua yang hadir pada malam tersebut.
Tahniah farah ucapkan kepada semua jawatan kuasa yang bertungkus lumus dalam menjalankan tugas dan...
25 Nov 2017
Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur || Benda paling farah tak suka sekali, kepala gatal-gatal sebab kelemumur. Kadang-kadang stress tengok bahu ada putih-putih. Ada juga waktu kelemumur banyak sangat sampai atas bantal pun ada putih-putih.
Sebenarnya dah macam macam syampoo farah cuba. Pi watson, Guardian cuba itu ini. Kadang-kadang beli satu set penjagaan rambut untuk...
24 Nov 2017
Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina || Farah masak nasi goreng cina kali ni untuk bawa bekal ke kerja. Waktu kecil dulu nasi goreng cina ni salah satu nasi goreng kegemaran farah. Bila ke kedai mesti order nasi goreng cina. Sekarang dah besar ni dah kenal banyak jenis masakan panas, tak lah selalu sangat order nasi goreng cina hehe.
Resepi Nasi Goreng Cina
Farah memang suka letak telur hancur dalam...
23 Nov 2017
Resepi Puding Laici
Resepi Puding Laici || Waktu makan malam pergigian hari isnin yang lepas, setiap klinik ada buat persembahan dan ada hadiah disediakan untuk persembahan. Klinik farah dapat tempat kedua untuk persembahan hehe.
Resepi Puding Laici
Waktu tu tak sangka sebenarnya dapat nombor dua. Sebab klinik kami je yang buat persembahan tayangan video. Klinik lain semua buat persembahan tarian atau nyanyian...